Saturday, October 25, 2014

SemBreak Post 4 : Kasih Sayang Dan Cinta Itu

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim... Marhaba! Kullu'aam wa antum bi khair (Selamat tahun baru). Kaifa halukuma? Ana bikhoir walhamdulillah ^^, ... Okay,ini bukan essay Arab. Ilmu Arab saya ciput saja. Hehe... Moh le kita terus ke tajuknya Kasih Sayang Dan Cinta Itu. Ada apa dengan kasih sayang? Ada apa dengan cinta? Ewahhh...! Sekarang ini kebanyakannya berpegang anggapan bahawa kasih sayang dan cinta itu berbeza. Tetapi seperti In pernah sentuh dahulu sebenarnya kasih sayang itu juga cinta kalau kita lihat pada zaman dahulu. Contohnya Rasulullah itu mengeluarkan kata 'cinta'. Cinta kepada Allah,akan keluarganya,sahabatnya dan juga umatnya! Namun kerana kefahaman zaman sekarang memisahkan kata kasih sayang itu dengan cinta maka disini saya juga memisahkannya.

Kasih Sayang Itu

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” 
&
“Orang mukmin itu dalam kasih sayang dan kemesraan serta simpati sesama mereka bagaikan sebatang tubuh. Jika mana-mana anggota tubuh mengalami kesakitan, maka seluruh tubuh akan merasainya.” 

---Hadith Riwayat Bukhari---

Kebanyakan kita pada masa kini jarang menemui ketenangan yang sebenar-benarnya ketenangan. Bila melihat kita senyum sentiasa,tenang sentiasa mereka bertanya,"Kenapa saya lihat awak ni sentiasa tenang?" Pernah lihat kanak-kanak kebingungan? Mereka bingung waktu nak pilih mainan saja,nak pilih coklat,gula-gula,McD ke KFC... Budak-budak tak faham boikot-boikot ni. Tapi bila diluar dalam membuat keputusan,mereka itu sentiasa girang. Senyum dan gembira. Kenapa ya,kenapa? Kerana mereka itu hatinya bersih. Jika pernah ada yang menyakiti hati mereka,terus dimaafkan. Sekejap saja mereka lupakan. Itu yang kita mahu! Hidup saling memaafkan. Jika mereka yang belum benar-benar lagi mempelajari dan mendalami ilmu agama sudah tahu kunci rahsia itu,kenapa kita yang berkurun lama menuntut ilmu agama masih tidak boleh menemui kunci itu? Atau kita sudah jumpa tetapi tidak mampu melakukannya? Siapa kata hamba Allah itu tidak mampu memaafkan orang? Itu semua bergantung kepada diri sendiri,hati dan iman kita. Jika kita hendak tenang,kita jangan berdendam. Luaskan kasih sayang itu dengan saling memaafkan walaupun mereka tidak datang meminta maaf. Boleh jadi mereka tidak tahu mereka telah berbuat salah. Bukankah kita hendak jadikan syurga itu kampung halaman kita? Seronokkah hidup dalam kampung sendirian? Mana meriah tanpa jiran tetangga. Kita perlukan jiran tetangga,bukan? Ayuhlah maafkan saudara Islam kita agar sama-sama dapat berkampung di syurga. Indah,bukan? Fitrah hati itu sebenarnya lembut,mudah sayang dan mudah memaafkan. Tetapi kini kerana dosa-dosa kita mungkin menjadi halangan untuk kita berbuat demikian. Tetapi adakah itu bermaksud iman kita tiada? Goyah sangatkah iman kita itu? Kita mesti lawan hati yang keras itu dengan istighfar moga dosa-dosa kecil kita dihapuskan dan hati kita kian menjadi lembut,iman kita semakin utuh. In syaa Allah.

Perlukah kita menyayangi seseorang itu jika mereka tidak menyayangi kita? Sudah semestinya! Kita menyayangi mereka bukan untuk mendapat balasan daripada mereka. Bukan hendak menadah kembali sayang itu daripada mereka tetapi daripada Allah SWT! Dengan kasih sayang Allah,kita mendapat kasih sayang hambaNya yang lain. Dengan keberkatan dan keizinanNya kita bakal disayangi oleh saudara Islam kita yang lain. Unzur ilannas bi nazri arrahmah iaitu bermaksud pandanglah manusia dengan pandangan kasih sayang. Allahu. Apabila ada manusia yang lemparkan kebencian kepada kita,kembalikan kepada mereka dengan kasih sayang kerana yang baik itu pasti akan menang. Jika tahi dibalas tahi,kotor tetapi jika tahi dibalas air ia menjadi bersih. Jadikan diri mencurahkan kasih sayang itu bagai air yang berderas mengalir tanpa henti. Membawa dan menyucikan segala kotoran berlalu pergi,hilang. Indahnya kehidupan kita jika kasih sayang itu disebarkan dengan ikhlas tanpa niat yang terselindung. Hipokrasi yang kian meninggi membuat manusia jatuh membenci jangan kita mengulanginya lagi. Buang segala sifat dendam,benci,pentingkan diri,hipokrit dan sebagainya lalu in syaa Allah dengan keredhaanNya hidup kita pasti tenang dan bahagia. Syukur atas segalanya,Ya Rabb :)

Cinta Itu

Al hub huwal fithroh iaitu cinta merupakan fitrah. Tak kan Allah ciptakan manusia 2 jantina tetapi membenarkan jantina sejenis untuk bercinta. Tidak bukan? Kita dilarang sama sekali untuk bercinta dengan sejenis kita. Kita dibenarkan bercinta kepada si dia yang berlawanan jantina. Wew,si dia tewww... Okay,serious mode balik. Tetapi masalahnya sekarang ramai telah salah gunakan cinta itu. Sebenarnya cinta itu indah,sangat indah. Cinta itu suci bersih. Cinta itu sebenarnya positif dan membina. Kita tahu kita memang wajib beriman dan mencintai Allah dan Nabi Muhammad SAW. Ya,tetapi In mahu highlightkan kepada cinta si dia. Si dia tu mungkin kawan (one sided love lettewww), pasangan kekasih ataupun suami isteri. Sebenarnya,telah In kemukakan soal ini dipost yang lama. Lagi-lagi soal couple. DISINI. Nasib tak dikecam der. Hahaha. Ehem,serious. Mengapa,mengapa harus kalian katakan cinta itu perit dan kejam? Mengapa,mengapa harus kalian mengotorinya dengan sihir dan jatuh dalam kehidupan kerana cinta. Mengapa,mengapa jadi begini? Itu kerana kalian masih tak mahir mengendalikan cinta. Kenapa,tak setuju? Cinta itu tidak semestinya dimiliki saudara saudari sekalian. Allah tak kata, "Aku berikan rasa cinta ini kepada kamu dan dia itu wajib membalasnya.Pergi jadikan dia milikmu walau apa jua!" Pehhh,memang tak. Allah tak kata macam tu der. Cinta itu anugerah yang Allah berikan. Allah nak kita rasa nikmat itu. Cinta itu satu nikmat sayang-sayangku sekalian. Allah nak kita bahagia dengan rasa itu. Mungkin kita diuji perit dengan rasa cinta itu dengan cara kita membawa rasa itu. Maksudnya disini couple lah. Kalian kira untung ah saling mencintai lalu couple. Lepas tu clash. Lepas tu mula meraung,cederakan diri,mogok makan bagai. Ish ish ish. Ada Allah suruh kita couple? Tak pun. Couple itu haram,mendekati zina,syaiton nirrojim banyak syok maa. Tu jadi haru biru tu. Kalau cinta itu kita buat jadi inspirasi ka macam boleh buat kita bermadah. Peh,boleh buat novel tu. Silap hari bulan terlajak laris! Sebab lahir dari rasa cinta Allah kasi tu. Atau mungkin dengan rasa cinta kita kepada seseorang itu,kita belajar sesungguh nak berjaya agar sama berjaya dengan orang tu. Peh! Untung lah... cinta itu membina semangat. Cuba ubah pemikiran itu kepada cinta tidak semestinya dimiliki. Dia tidak membalas cinta kita tak mengapa. Kita jadikan cinta itu segi lain. Bawa dia kearah lain. In syaa Allah,cinta itu hasilnya akan jadi baik. Jangan dah ditolak nak sihir bagai,nak ugut bunuh semua. Tak cool,tak style. Hilang macho,hilang lawa,hilang comel tu. Ma qaddarallah khair iaitu bermaksud apa yang Allah takdirkan itu baik belaka. Terima seadanya,jangan terlalu membawa dan menguasai sehingga nafsu menjadi-jadi.

Cinta itu jika dibalas dengan seseorang yang perlu buat adalah jaga jarak tu,bukan ajak couple. Jaga jarak supaya nafsu tu pun terjaga,iman juga terjaga. Jika niat baik,in syaa Allah,Maha Kuasa meredhai kita. Jaga cinta tu. Jumpa keluarganya,minta restu haa.Kalau dah mampu tu boleh tunang dulu kalau nak mengenal. Kalau dah kenal tu kahwin lah terus. Tapi pastikan yakin bahawa boleh jaga dan sara anak orang tu. Komitmen kedua-dua belah pihak boleh bagi. Sedar sudah tanggungjawab tu. Haa. Kalau orang yang cintakan kita tu datang kepada kita lalu luahkan,tak dapat balas,tak rasa ada future dengan dia bagitau terus terang. Jangan,sama sekali jangan bagi harapan,jangan buat dia menunggu. Qulil haq walau kana murran iaitu bermakna berkata benar meskipun ia pahit. Pahitlah nak beritahu orang yang mencintai kita itu bahawa kita tidak dapat mencintai dia. Terus terang saja,jangan buat simpang sana-sini buat pening kepala. Tak nak,eh? Susahlah kalau buat macam tu,kalau tak berterus-terang. Tak tenang saya kata. Memang tak tenang. Tak mau cakap banyak sangat sebab dah pernah sentuh soal ni. Cuma itulah,sedih kalau tengok sebab cinta ini manusia mula mencarut bila patah hati. Mula menangis tidak henti-henti. Berpada-padalah. Istighfar dan percaya apa sahaja yang berlaku ada hikmah. Cinta itu semua itu hanya pinjaman dan yang berhak sebenar-benar berhaknya ialah Allah. Allah boleh beri dan tarik bila saja. Ada lah tu tujuanNya. Hikmah tu ada. Stay positif,optimis. Watlek der. Sakit tu rawat dengan Al-Fatihah. Istighfar,zikrullah. In syaa Allah sembuh secepat yang mungkin. Jangan nak buat setia sangat selagi belum jadi suami isteri. Tak perlu janji apa-apa selagi belum suami isteri. Sedangkan suami isteri juga bergaduh dan bercerai apetah lagikan dengan yang bercouple dan berpisah. Cuba rasakan mereka yang pernah bercerai itu,lagi sakit lagi sedih tau? Dengan ada anaknya lagi. Cuba fikir. Ni baru couple lah. Rumah kereta semua pun masih guna duit mak ayah. Pelajaran pun kerajaan tanggung. Sabar sikit... doa saja. Doa itu satu usaha juga. 

Sebelum tamatkan post ini,nak kata fokuskan dulu cinta kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Tidak lupa juga kepada keluarga tercinta kita. Jasa-jasa mereka tak terbalas,tahu? Al usrotu hiya afdholul maal,keluarga adalah harta terbaik. Dengan Allah,solat pun belum tentu diawal waktu,masih lubang sana sini maksud saya,ada saja yang tertinggal,terlajak waktu. Kalau kepada Rasulullah pula,berapa kali kita selawat keatas baginda? Ada ke dalam sehari tu? Ni,Al-Quran yang juga membantu kita kelak ada sentuh? Ada tengok? Ada baca? Berapa kali? Istiqamah dah ke belum? Nasihat ini bukan untuk anda semua tetapi untuk kita semua,ya benar termasuk diri saya sendiri. Rasulullah SAW pernah berkata,"Anta ma'a man ahbabta." Iaitu bermaksud kamu akan bersama dengan orang kamu cintai akhirat nanti. Kalau nak berlebih-lebih,memuja sangat artis sana sini sinu ke boleh tapi haram ah dah sampai tahap memuja tu -,- nak buat,buat tetapi tahu sajalah balasannya apa,dan mereka bantu ke nanti kat akhirat kita,boleh? Nak mana,dengan artis kesayangan ke atau Nabi Muhammad SAW yang tercinta? Pilih,buat pilihan cepat sebelum terlambat. Luangkan masa banyak lagi dengan yang tercinta untuk bersama mereka akhirat kelak. Dunia ini sementara,ingat! Ya Rabb,fainnahu laa yaghfiruzzunuba illa anta,Ya Allah,maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu. Assalamualaikum wbt,fi amanillah. 

:: NN ::

Yang Mungkin Berkaitan: 

Iman-Malu-Couple
Kasih Sayang Rasulullah SAW

2 comments:

  1. selagi kita belum berumah tangga, keluarga harus diutamakan..
    jadi seorang ank yg bbkti pd kdua org tuanya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis...mereka dah banyak berkorban untuk kita... :')

      Delete