Monday, October 20, 2014

SemBreak Post 3 : Tinggalkan Aku

Assalamualaikum

"Apabila fikirkan kawan-kawan aku,lantas aku teringatkan Allah. Betapa pemurahnya Dia pertemukan aku dengan mereka semua. Maka tidak syak lagi,aku punya kawan-kawan yang baik iaitu membuatkan aku ingat kepada Allah. Tapi andai diri aku ini melalaikan kawan-kawan aku,membawa mereka jauh dan lupa kepada Allah...Aku redha jika mereka tinggalkan aku kerana itu. KeranaMu,Ya Allah Ya Tuhan kami. Sungguh tiada rungutan daripada aku sama sekali tiada malah aku lebih bahagia dan bersyukur serta rasa selamat buat kita semua. Mungkin itulah yang terbaik buat kita semua tanpa dipersoalkan nanti di akhirat kelak. Tanpa saling menuding jari akan kegagalan sebagai seorang teman mengalas tanggungjawab dan amanah untuk membantu teman yang lain berada didekatMu."

NN, Teman yang tidak sempurna yang sedang mencari kesempurnaan.

Bismillah... Hai semuanya ;) , sihat? Surat chenta di atas itu. Hmmm... Izinkan saya menggunakan bahasa 'aku' disini. Ya,benar sekali aku ini manusia yang kotor dengan dosa. Nyata tidak sempurna yang sedang perlahan-lahan dalam jalan ke arah mencari kesempurnaan itu. Dalam perjalanan ini pastinya aku menemui ramai manusia sejagat,lebih dekat lagi kawan-kawan seperjuangan. Sepertimana tajuk diatas,benar...Aku mahu sesiapa sahaja yang pernah terfikir atau rasa aku ini membawa kalian dalam arus kelalaian,tidak mengajak kalian dalam mengingati Allah serta tidak menunjukkan sebarang nilai-nilai baik maka elok sahaja tinggalkan aku. Jujur aku tidak kisah. Ya aku mungkin tidak teruk pada sesetengah orang. Sungguhpun begitu,walaupun tidak teruk,tidak semestinya aku baik untuk semua orang. Mungkin aku ini baik untuk A tetapi tidak kepada B. Mungkin kerana keserasian atau faktor lain yang membuat aku tidak baik buat seseorang sehingga aku gagal untuk mengajaknya ingat kepada Allah atau mengajaknya dalam buat kebaikan. Atau juga mungkin seringkali menariknya dalam lembah kelalaian. Tolong selamatkan aku daripada dipersoalkan kelak,dengan meninggalkan aku. Dan juga selamatkan diri kalian daripada dipersoalkan kenapa bersama aku sedangkan aku ini perosak kalian. Jika itu aku buat kalian. Aku serius,aku tidak akan sama sekali terasa malah akan doakan kalian,buat kita semua yang terbaik. Kalau betul sayang aku tetapi aku ini teruk buat kalian,kerana sayang itulah tinggalkan aku. Bantulah aku,dan diri kalian sendiri untuk menjejak syurga. Tiada guna bersama jika hanya membawa ke arah sebaliknya,na'uzubillah min zalik. Fahami aku. Renungkan sebentar saat-saat kalian bersama aku. Dan mula buatkan keputusan. Aku redha,aku bersyukur dan sentiasa sayang kawan-kawan aku. Ingin sekali aku dan kalian semua menjadi jiran tetangga kelak di syurga,in syaa Allah...

NN,Aku yang cuba melayakkan diri walaupun tahu diri penuh dengan dosa tetapi masih inginkan syurgaNya.

Mereka yang fikir aku solehah,
Yang anggap aku ini seorang muslimah yang benar,
Sedangkan mereka hanya nampak apa yang Allah izinkan,
Aib aku yang Dia selindung mereka tidak nampak,
Aku ini seringkali lakukan dosa kecil dan besar,
Jika dosa itu bisa di bau,
Barangkali,tidak...sudah semestinya busuk itu dapat melayukan kehidupan flora di bumi,
Dapat mematikan kehidupan dilaut,
Dapat membuat seluruh manusia membenci dan membunuh aku,
Kerana aku ini sememangnya manusia yang penuh tompokan hitam dengan dosa,
Maafkan aku,ampunkan aku...Ya Rabb

:: NN ::

No comments:

Post a Comment