Wednesday, October 15, 2014

SemBreak Post 1 : Universiti Cane?

Assalamualaikum

Ni hao ;) , Tajuk bajet Shah Alam sikit. Hahahaha. So post rasmi untuk cuti sembreak ni bermula dengan ceritera di universiti. Phew,I was having a difficult time there. Apabila masuk universiti banyak kita kena sabar dan banyak kita kena bertolak ansur. Susah bagi In sebenarnya dalam kerja berkumpulan maksudnya apabila hendak buat assignment. Apabila dalam kumpulan itu punya manusia yang buat kerja sambil lewa,tidak menepati masa,buat-buat tahu walhal tak tahu,tidak memberi komitmen yang tinggi,mengharapkan segalanya pada seseorang atau antara manusia dalam group itu,etc. Wow,sangat sangat sangat menguji kesabaran dan ketahanan mental. Hahahah. You see,In nak habis kerja awal tapi ada yang nak guna masa discussion itu untuk dinner padahal dah roger-roger dah sekepala time tu buat discussion. And then, ada yang buat kerja sambil lewa. Kerja dan bersembang. Mulut jalan,tangan berhenti. Wow. Just wow. Sudahlah tak menyumbang sebarang idea,nak tulis elok-elok idea In dan yang lain in a piece of paper pun tak boleh? What can I say,dear readers? In nak marah tak termarah,nak menengking pun tidak lagi pula nak sarkastik. Ya Rabb...cubaan.

There was a time that I wanted to give up. Buat cincai-cincai. Study ala kadar because I'm so tired. Tired with people until I've no mood to study. Mental dah pecah-berkecai. Lewls... Kalau telefon mak abah serius menangis so tak call lah. Diorang yang call but I talked so fast untuk mengelak menangis. When they asked "how are you?-I'm fine" , "Is it okay there...-Oh yea,everything's fine," ... Just have to say so. Tak kan nak bagi parents risau. But sedalam-dalam hati ini nak kata ABAH PLEASE TAKE ME HOME. BRING ME BACK. JUST PLEASE. Yeah,macam tu. Dalam hati je mampu. Uhuksss... In tak kisah penat study tetapi yang In penat bukan study tapi to tolerate with other people yang perangai serupa anggap In macam manusia terkuat didunia,terajin didunia,hati kering sedunia... Oh please,I'm only human like you guys yang ingin masa lapang juga,yang ingin rehat,yang ingin perasaan dijaga,yang ingin bermacam keinginan because I'm only HUMAN ~ Another 5 months to go ~ with them ~ #prayforme ~ hahahaha

Anyway,ada juga baiknya...I do enjoy kehidupan di universiti juga kalau get rid manusia-manusia di atas. Lol. In more kepada sendirian,close with nature. Kihkihkih... tenang,serius. Boleh fikir lebih rasional,muhasabah diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Wew. And with my roommates,I had a great time with them,seriously. Diorang sangat baik,thank you Qi,Natasya and Umi :* ...We even went out together tauuuu,ngeee....I love them but next sem we may not be together as roommates... Hmph... sebab kena daftar lain,dapat bilik lain dan juga roommates lain. Kalau jodoh kuat,mungkin sama balik tapi kalau tidak...what to do... Just glad that kita pernah bertemu,berkawan dan sebilik ^^,... In syaa Allah next sem kita masih boleh keluar bersama dan bersembang lagi pasal ehemmmm ehemmm ehemmmm... banyak ehem tu :P Lalalalala... ^___^

I like to go to Pusat Sukan. Banyak lelaki kuat disana. Okay TAK TAK TAK. Hahahaha. No,sebab sana juga In dapat ketenangan. In duduk dekat seat and termenung jauh... (ceh ingat pergi untuk bersukan kan?) Hahahaha. Cara In bersukan sana is having a walk. Atau workout dengan alat yang sedia ada ditempat workout. Jog maybe. Sort of :) In selalu guna kaki,jarang guna bas which is a kind of exercise too ;) Suka ronda-ronda uitm yang sebesar alam semesta tu (hiperbola) dengan roommates dan kekawan yang lain... :D one of them adalah............... DIDA omey omey tomey. Hahahaha. JALAN KAKI OKAY. Sebab kitaorang exercise...best tau,daki bukit segala,tahu saja kan uitm Shah Alam tu macam mana...kurrr kurrr~ Apabila dengan diorang rasa semua masalah atau tekanan hilang buat seketika...alhamdulillah,terima kasih kekawan dan sebilik sekalian. hehe...

Yap,as I said earlier that In memang rasa macam nak give up kan sebab people around me. It sounds so stupid to give up because of other people but actually,you see... macam mana nak study dan berjaya dalam suasana yang tidak menyenangkan,merimaskan,dan menyesakkan kita? I just can't. TETAPI,ada lah beberapa orang terutama Mr.Questionman yang buat In rasa senang disana. Senang macam instead of tengok sisi manusia-manusia yang buat In penat,why not tengok sisi manusia-manusia yang buat In rasa lapang je hati,senang je nak berbual dan nak berkongsi serta bekerjasama. Haa gitu... Seriously Mr.Questionman sangat membantu In disana secara dia sedar atau tidak. Hahahaha. Thank you Mr.Questionman. Memandai je In bagi dia nama gelaran...(Tak bagitau dia lagi ni) Hehehe. Selagi Mr.Questionman ada I think I can do and stay there for a few months more. Hahahaha.

Final exam 1st sem macam mana? Well, NO COMMENT ON THAT. Hahahahaha. I just did my best setakat usaha sendiri :P , Terima saja macam mana pun result yang mendatang...Kena repeat,repeat je la paper tu. Nak toleh mana,nak berganjak kebelakang tak boleh...move on je lah,terus kehadapan dan hadapinya ^_^ . Life is so simple and do not make it complicated :D I just hope that I will do better for the next sem and dapat graduate pada waktunya ! XD Oh yeah,dah tahu juga nak ambil apa untuk degree...I might reconsider it back but for now rasa macam muktamad. Tak kan bagitau lagi selagi ia tidak tercapai :D MUET? Baru je buat hari tu untuk MUET speaking test. I didn't do so well. I think I did better during the test with Madam Hadayat. Anyway,dah buat kan and I let the rest to Allah SWT. Tinggal listening,writing and reading pada 8 Nov if I'm not mistaken. So do pray for me ! Make a du'a for me tau :D is okay kalau tak dapat band 4 nanti well at least I've experienced that. Walaupun memang harap amek one go saja tapi kalau tak ada rezeki ambil lagi tahun depan. Mungkin kali pertama nervous ke ape kan? So Allah lebih mengetahuinya :)) I'm pretty sure boleh buat punyaeiiii but maybe kena gilap sikittt lagi :) I've learnt from my previous mistakes and if kena ambil lagi,I won't do the same mistakes again... In syaa Allah :)

My conclusion is kehidupan universiti buat masa sekarang ni In rasa ada tekanannya dan ada juga enjoymentnya. Hahaha. Enjoy dalam BM apa? Hibur? I don't know ><''' ...tapi hendak atau tidak kena juga atasi tekanan itu jika nak teruskan hidup disana,nak berjaya disana serta jangan juga begitu larut dalam hiburan sana.Bahagi masa sebaiknya and you'll survive there. Hahahaha. Harapan agar masih boleh bertahan lagi 5 bulan disana dan juga mencapai keputusan yang cemerlang di pengakhiran nanti... Kerana Allah,agama dan bangsa. Kerana Mak dan Abah...akan In tabah dan terus berjuang sehingga ke garisan penamat ;) Aamiin Allahumma aamiin...Ya Rabb,Kau berikan kekuatan serta ketabahan buat kawan-kawan seperjuangan dan aku sendiri. Sentiasalah bersama kami,ya Allah ya Tuhan kami... kerana hanya kepadaMu tempat kami bergantung dan menerima kekuatan itu. Engkau Maha Besar,Engkau Maha Pemurah...Bantulah kami :)

p/s tahniah buat kak Mimi atas puteri sulungnya =D Semoga sis sekeluarga sihat wal'afiat ^^,

:: NN ::


2 comments:

  1. Hidup d kampus banyak manis dan pahitnya. Kawan2 ada jenis 'malaikat' dan 'iblis', kita kena bijak memilih. sy teringat sahabat saya dulu best student SPM dan cemerlang masa kt matrikulasi. Tapi kat Universiti, dia terpengaruh dgn rakan2 dan akhirnya dia tak dapat menamatkan pengajian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Na'am...ada juga pensyarah cerita pengalamannya...In syaa Allah,sy berdamping dengan kawan-kawan yang baik akhlaknya dan membuatkan diri saya lebih dekat kepadaNya ^^,
      Terima kasih atas perkongsian dan nasihat!

      Delete