Thursday, July 11, 2013

Kasih Sayang Rasulullah SAW

Assalamualaikum

Rasulullah SAW bersabda:

"Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail a.s. pernah berkata kepadaku:

Berkata Jibril a.s.: "Wahai Rasulullah SAW, barangsiapa yang menbaca selawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan aku pimpin tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikhail a.s.:" Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku berikan mereka itu minum dari telaga mu."

Berkata pula Israfil a.s.:" Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu."


Malaikat Izrail a.s. pula berkata:" Bagi mereka yang berselawat ke atas mu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh Nabi-nabi."

Begitulah kasih dan sayangnya junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW terhadap umat baginda. Dengan hanya menyebut nama baginda disamping amalan-amalan yang diperintahkan, seluruh Malaikat mendoakan kebaikan kepada kita, MasyaAllah.

Berselawatlah ke atas Nabi dan rindukan Baginda dalam hidup kita, pasti Rasulullah SAW juga akan merindui kita di sana nanti, InsyaAllah.

:: NN ::

16 comments:

  1. TQ sharing this In..
    sayang Rasulullah pada umatnya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....
    tidak pernah lupa..sntiasa mngngati Baginda SAW dgn bnykkan selwt ke atsnya =)

    ReplyDelete
  3. thanx for sharing dear.. nice entri..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. La syukran 'ala wajib =) moga ada manfaat kita bersama :)

      Delete
  4. hebatnya Rasullah kan..

    tu pun kita masih tak teringat...

    terima kasih sharing..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup!!~ jadi marilah ingat baginda selalu dan berselawatlah :D
      La syukran 'ala wajib ^__^~~~

      Delete
  5. salam in.

    Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, tamabahan lagi kita sedang berada di bulan yg mulia, ramadhan al-mubarak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :)

      Betul ...in syaa Allah =)

      Delete
  6. Sama-sama kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah saw

    ReplyDelete