Tuesday, July 16, 2013

John Ridley

Assalamualaikum

Tuesday, July 2, 2013
Dugaan seorang wartawan BBC yang memeluk Islam

Betapa besarnya ujian seorang wartawan British yang masuk Islam. Keislamannya bukan hanya ditentang oleh keluarga juga sukar untuknya mencari wang untuk sara hidup.

Namanya John Ridley. Da dilahirkan dalam sebuah keluarga Nasrani. Dia rajin ke gereja setiap minggu bersama orang tua dan saudara perempuannya. Namun, semakin bertambah usianya pemikiran John pun semakin kritikal. Banyak soalan dari hatinya mengenai Tuhan dan kebenaran agama yang tidak menemui jawapan tersebut di gereja.

Hingga tibalah saat itu, ketika John mendapatkan kesempatan untuk mengenali Islam. John diterima di BBC Worldwide sebagai wartawan untuk dihantar ke Timur Tengah. Sebelum berangkat ke Timur Tengah, John berkenalan dengan seorang Muslim ketika sedang menjalani latihan broadcasting dan jurnalistik BBC. Dia juga mempelajari Islam sebelum berangkat ke Timur Tengah dan berinteraksi dengan umat Islam di sana.

John ditugaskan di Oman. Di sana dia bebas bercakap dengan umat Islam, membolehkanya dia berbual tentang Islam selain aktif membaca sastera Islam. Hidup John mula berubah, dia sudah menemui jawapan yang dicari selama ini.

"Aku berpelung bertugas di Timur Tengah selama enam bulan. Itu adalah pengembaraan pertama yang menakjubkan yang pernah ada dalam hidupku," kata John Ridley, menceritakan kisahnya menemui hidayah.

Di Timur Tengah itulah, setelah menyedari kebenaran Islam dan menyaksikan secara langsung kehidupan muslim di sana, John mengucap dua kalimah syahadah.

Perjuangan Mempertahankan Islam

Masuk Islam bukanlah perjalanan mudah bagi John Ridley. Ketika pulang semua ke Britain, John mendapati keluarganya menentangnya. John terus mendekati keluarganya, tetapi mereka tetap berkeras. Di negeranya sendiri, John juga mula sukar untuk mendapatkan pendapatan.

Ketika itu barangkali adalah saat-saat yang paling sukar dalam hidup John. Tetapi, Allah tidak membiarkannya sendirian. Allah membukakan jalan kepada John. Sebuah stesen radio Arab Saudi memintanya menjadi seorang wartawan selama pencerobohan AS ke Iraq pada 2003. John menerima tawaran itu. Dia terbang semula ke Timur Tengah.

Mula bertugas di Saudi selepas itu John berpindah ke Malaysia iaitu di KL. Makin bertambahlah pegetahuannya tentang Islam. Lapan bulan kemudian, dia kembali semula ke Timur Tengah. Negara yang telah dia kunjungi dalam 30 tahun terakhir ini iaitu Lebanon, Oman, Yaman, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Bahrain, Iran dan Jordan.

Pengalaman John hidup puluhan tahun di Timur Tengah menjadi kekuatan tersendiri bagi profesionnya sebagai wartawan, penyiar dan penulis. Pengetahuan dan pemahamannya tentang dunia Islam dinilai luar biasa.

Membela Palestin

Menulis menjadi senjata John untuk membela Palestin. Dalam pelbagai tulisannya, John menyeru hak warga Palestin.

"Kemanusiaan, perdamaian, perlindungan anak, diajarkan dalam Islam. Bagaimana saling mengerti antara manusia dan hidup berdampingan. Saya benar-benar beruntung menemukan Islam," ujar John bersyukur.

Namun demikian, pembelaan John untuk Palestin tidak hanya diwujudkan melalui tulisan. Dia juga turun padang menyampaikan pidato di kem-kem pelarian Palestin.

Menulis, bagi John, bukanlah masalah menghasilkan wang. Apalagi menulis untuk membela hak-hak kemanusiaan di Palestin dan dunia Islam. "Kita memang memerlukan wang. Tapi, ada hal yang lebih penting yakni manusia dan kemanusiaan. Saya tidak mau hanya diam, sementara orang-orang di luar sana telantar dan kesusahan. Saya sangat mahu menjadi sebahagian untuk membela mereka," kata John menegaskan misinya .

والله أعلمُ بالـصـواب

:: NN ::

Jenis dan pembelian novel di sini keluaran Fixi/Lejen Press : Novel-Novel Gempak

6 comments:

  1. wah! amat mengagungkan kisah John ni...
    kita yg sedia Islam ni pun kekadang tak sekuat mereka yang di uji dengan pelbagai dugaan..
    TQ sharing In...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ... hanya Allah yang berkuasa menentukan siapa Dia ingin memberikan hidayahNya :)

      La syukran 'ala wajib :)

      Delete
  2. salam..
    begitu bnyk mua'laf yg dtimpa pelbagai dugaan ni..mereka da dlhirkan bukn Islam.bila da msuk Islam,ni la ujian yg harus mereka terima..ramai jga kan yg terima nsib serupa, kita yg dah dlhirkan sbg Islam ni kne bnyk bsyukur..Alhmdulillah.

    smoga Allah sentiasa mbantu mereka dan permudahkan urusn mereka..amin.

    ReplyDelete