Sunday, May 11, 2014

Langkah Baru (UiTM Shah Alam)

Assalamualaikum

Dah lama tak update sebab menanti untuk post perkembangan In selepas ini. Syukur alhamdulillah dengan 'pinjaman' yang Allah berikan kepada saya. Antara Matrikulasi Negeri Sembilan dalam Sains dan juga UITM Shah Alam dalam Asasi Undang-Undang KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia). Mana menjadi pilihan? Jeng...

Kalau ikutkan nak ja rasa sambung dalam bidang Sains tapi macam letih pula. Eh? Haha. So pilihan berubah kepada luar kepada Sains iaitu Undang-Undang. Undang-undang ni boleh kata Sastera la noh? Haha. Pengajian selama 1 tahun (lebih kurang) dan mempunyai 2 sem. Apa yang In tau dalam kedua sem ini ada hafaz. Sem 1 kena hafaz Surah Al-Mulk dan sem 2 kena hafal surah As-Sajadah. Mari kita mula dari sekarang. Hohoho. 

Ramai kata,jadi lawyer lah nanti? Hmph,not sure. Kalau result bagus melepasi kelayakannya in syaa Allah jadi lawyer. Atau lebih daripada lawyer. Eh? Haha. Mana tau sambung degree dalam bahagian kedutaan ke ape. Hahahaha... *Atudiaaa* :P In ni Undang-undang under KPM jadi lebih tinggi kelayakannya. Nak sambung kena pointer 3.5 tau. Tapi kalau 3.0 dia mungkin hantar ke IPTA lain,degree tak sambung di UITM. Itu cerita lain nanti. Hahah. Dan syarat WAJIB untuk sambung lawyer memang tak boleh lari punya adalah MUET BAND 4. Okay all the best to me and others in this course. Lewlsss... Baju ada hari akan pakai ala peguam iaitu hitam dan putih. Hmph... 

Ni pun satu tak boleh lari,semua orang tak boleh lari melainkan sakit. Hari ORIENTASI. Hari orientasi ni akan lebih luas di kongsi bila In sendiri dah merasai untuk bakal adik-adik tahun depan sebagai rujukan. Kekawan In ramai dapat UITM Puncak Alam sebab dalam kos Asasi Sains. Ada juga yang terbang jauh di kampung halaman saya,Sarawak. Hahah. Serious talk,tak ada siapa dapat UITM Shah Alam Kolej Mawar ke Badlishans or my old friends during primary school,SKTAM? Sila inform saya pada whatsapp,wechat,twitter,text,comment here or mail. Thank you. Hahah.

Kawan baru? Okay seram. Bukan apa,In ni susah sikit nak bergaul dengan perempuan sebenarnya. Sebab perempuan ni selalunya...hmph. Hahaha. No comment. Hahah! So tawakal je lah dengan siapa roommates saya dan dengan siapa bakal belajar dengan saya. Hahah. Apa pun saya akan pergi daftar pada 1 Jun 2014. Faham-faham sajalah bila saya jarang update ini kerana ingin mengadaptasi dahulu tempat dan suasana baru. Hahah. Mungkin juga menghilang selama 1 minggu sebab orientasi yang bakal memenatkan dan memeningkan kepala. Mungkin juga atas kekangan masa dan Wifi. Tapi in syaa Allah masalah Wifi tak ada kot. Tengah bandar,UITM paling besar pula tu. Rasanya kemudahan Wifi ni ada je. Hohoho. 

Ya ya... sebak juga berjauhan dengan ibu bapa nanti. Masakan mak dah tak da. TV tak ada. Kucing si Mu'iz tak ada. Bilik sendiri 'serba mewah' tak ada. Hahah. Pakaian cuci sendiri. Okayyy okayyy. Haha. Tapi saudara mara In ramai juga ada berdekatan. Haha. Actually sama UITM Shah Alam,sepupu In pun ada. 3 orang. Dua orang dah masuk lagi seorang bulan 9 ni. Namun diorang dalam degree and seorang master dan tiga-tiga juga perempuan. So semestinya tak jumpa kot. Hahaha. Ada maksu dan aunties In yang berdekatan Shah Alam. Tempat kerja dan juga mungkin rumah. Entah. hahah! Ada saudara yang di Taman Tun agak jauh but still boleh tahan. Ada dekat dengan sepupu lelaki yang menuntut di Unisel. So apa-apa pun ok lah ~ Nak balik untuk hari yang singkat tak yah pi Kulim. Pi 'keyel'. Hahah. 

Tak ada banyak nak kata. Cuma nak kongsikan sikit sahaja. Agak seram,agak takut agak down tapi bakal diatasi. hahaha! Dulu kemain semangat nak sambung belajar dan duk jauh-jauh sekarang ni ? Cam tak mau pi mana-mana ja. hahaha. Okay lupakan. Doakan saya dan kekawan seperjuangan yang lain. Kami bakal hadapi kehidupan yang baru,suasana dan teman yang baru. Semua serba baru. Hehe. Doakan kami! Fi hifzillah.

:: NN ::

18 comments:

  1. wow!!!! tahniah IN!!! gud luck! :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah In! L:epas ni kena pandai suaikan diri dengan suasana baru.
    Anak sulung ibu pernah dpt tawaran asasi undang-undang di tempat sama tapi dia tak berminat. Tak ada rezeki nak berjumpa dgn In..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih,alhamdulillah :)
      In syaa Allah... ^^,
      Oh ye ke,tak de jodohnye , huhu... =)

      Delete
  3. HAIIIII !!!!! tadi saya gugel2 je sampai kt blog awk n terkezuttt tgk tarikh 2014 .. heyyyy tell you what kite same course la !!! salam perkenalan huhiiiiii ~ oh ya saya ni org parit buntaq ja hehe .. sory i'm kind of excited skit ;p .. oh well saya rasa semua harap dpt kwn baik2 kot sbb i am too !! takut sgt dpt yg hmmm mcm awk ckp kt atas tu lah ngehehehhe .. ok esok saya mai sini cekidout lg nohhhh :DDDDDDDDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helllloooo =D
      Oh saya orang Kulim,ngeh xD
      So akan pergi ke course tu? Dapat IPTA mana dan kolej apa? :))
      Hahah it's okay.. Seeing you like this makes me kind of excited too xD
      In syaa Allah kita dapat orang yang sepatutnya kita kelilingi...percaya dengan perancangan Allah SWT... ^^,

      Delete
    2. Welllllll same la uitm shah alam , kolej mawar gaskkk XD ... saya pegi la sbb mmg takmo masuk matrik (kms to be frank) .. just , enough with sc la .. poning palo den hehehhh .. ex badlishah kennn ? mesti kenai izyana faradila en.. the fact that i'm ex sainarian ..
      SEEEEE YOUUUUU THEREEEE !!!!!

      Delete
    3. Izyana Faradila? Batch ape? Tak kenal pun atau dah lupa and sainarian tu apa? Hahaha,sorry xD
      Haha,panggil Wani eh? Okay see you there,in sya Allah =))

      Delete
  4. Tahniah In. Saya yakin In dah buat pilihan yg bijak berdasarkan minat dan kemampaun. Moga In berjaya menggapai cita2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,terima kasih ... :)
      In syaa Allah,doakan :)

      Delete
  5. Haiii !! Dpt law jgak. But asasi undg2 uitm. Bkn kpm punyaa. N lagi 1 dpt kolej mawar jgak. Hihi. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hellooo =)
      Oh di UiTM Shah Alam juga? Salam perkenalan =))

      Delete
  6. good luck..moga kejayaan milikmu dear..amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah,aamiin Allahumma aamiin. Semoga kejayaan milik kita semua,dunia akhirat. Aamiin =))

      Delete
  7. Wah! Tahniah, In! :) Seronoknya dapat Asasi Undang-undang. Insyallah, bakal peguam. Rasa takut tue semua sekejap jek. Mula-mula memang takut dan homesick (hehe), tapi dah lama-lama nanti okay jek. Dah jumpa kawan rapat, dah start kuliah, mesti seronok lepas tue! :D Apa pun, semoga berjaya, In! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I hope so ! Thank you so much for the support :D Aamiin !!! =))

      Delete