Sunday, May 18, 2014

Mereka Telah Pergi...

Assalamualaikum

Pada tanggal 14 Mei merupakan tarikh arwah Maktok saya pergi. Sudah cukup 2 tahun waktu itu. Maktok,yang masa hidupnya bernama Halimah Syed Abdul Rashid Al-Mashoor dan kini dibintikan nama ibunya. Begitu banyak kehilangan beberapa tahun dulu. arwah Pandak,arwak Paklang,arwah Wan,arwah Maktok dan akhir sekali menyusul arwah Nenek (moyang). Allahu,berderet dan sungguh dekat juga. Hanya selang beberapa bulan sahaja. Cukup masa pantas berjalan. Berat sungguh ujianMu,Ya Allah namun Kau lihat kami semua tabah dan redha dengan ujian itu. Kerana sesungguhnya Engkau tidak akan menguji kami sebegitu jika kami tidak mampu hadapinya. Kan? Mula cakap sebegini bukan sahaja kerana tanggal pemergian Maktok pada tempoh hari tetapi juga kerana diri ini rasa sudah semakin dewasa,nak menjejak kaki ke universiti tetapi ada terasa kosong. Dan kosong itu tanpa Wan dan Maktok tercinta. Sungguh,Wan dan Maktok banyak cakap mengenai kejayaan cucu-cucunya pada semasa mahupun pada kelak. Dan kata-kata mereka sentiasa kami ingat. Ya,kami. Bukan sahaja In tetapi juga sepupu sepapat,abang-abang In dan anak-anak mereka sendiri (Abah dan adik beradiknya). Apa yang dicakapkan mereka?

Maktok : Tak tau la nanti bila Minfa (me) kerja,maktok ada lagi ke tak...
Wan : Ada lagi...ada punya....

Dan hakikatnya kini Wan dan Maktok sudah tiada... tiada. Siapalah kita hendak menolak takdirNya? Kan? :")

Maktok : Tak yah duk fikir pasal perempuan lagi. Nanti kerja banyak duit bukan hang cari depa,depa sendiri mai kat hang. (Maktok nasihat abang-abang dan sepupu-sepupu lelaki In) Haha. Teringat juga,waktu tu muncul kata-kata "oooh,kalau camtu depa nak duit bukan nak kami. Materialistik" ... Something like that. Haha. That was so funny. Hahaha. Maktok tersenyum comelnya :)

Maktok juga yakin terhadap diri In ni... 

Abah : Tak tau la macam mana dia ni nanti (me) . 

Maktok : Tak pa,dia pandai ... *senyum*

Bukan untuk memuji atau menunjuk diri sendiri tetapi ayat ini mengharukan In sendiri pada waktu itu sehingga kini. Maktok sungguh yakin terhadap diri In. Mana boleh In gagalkan diri kan? Sebab tu In kena usaha dan terus berjuang :'(

Wan pula sering sahaja ingin tahu pencapaian In sentiasa,sebab tu In selalu gigih dulu. Nak tunjuk In ni seorang yang berjaya dan tak mahu kena perli dengan Wan :p Hahaha. Tapi sejak Wan pergi,agak menjatuh :( Wan pula dari dulu dah brainwashed In ni... Wan cakap...

Wan : Nanti sambung belajar ambil kos yang susah-susah. Yang susah-susah tak akan ramai ambil. Dan yang susah tu juga gaji besar. 

Oh Wan... kini diri ini sedang lagi kritikal. Memang susah benarnya pengajian In kelak >_<''' Hahah. Tapi In akan teruskan dan percaya dengan perancanganNya :)

Setiap kali pencapaian In dapat kan ... Abah selalu kata " Wan and Maktok must be so proud of you " ... Silently...I cried. I hope so :(  How I wished they were with me. Telling straight infront of me what they feel. AllahuAllah... Seriously I thought that AT LEAST Wan akan ada sampai In berjaya masuk universiti atau kerja. Tapi Allah lebih sayangkannya... Setelah Wan pergi,lagi sekali... AT LEAST,Maktok ada sampai In ke tahap yang lebih tinggi. Namun lagi sekali... Allah lebih sayangkannya... Tak apa... ada Nenek yang tak lupa cicit-cicitnya... AT LEAST Nenek bertahanlah sampai In jejak ke universiti... dan akhirnya dijemput jua. Kembali kepada Maha Pencipta kita :") 

"Tak apa,masih ada mak ayah"

Jujur In kata,In lebih sayangkan Wan daripada Mak Abah In. Sebab arwah Wan lebih menyokong In sentiasa. Tahu apabila In lagi sedang bersedih,berduka dan punya masalah. Sering mengambil tahu perihal In walau sekecil mana pun. In pernah terfikir,kehilangan Wan kelak In tak pasti bagaimana hendak In terima. Tetapi alhamdulillah diri ini juga sudah matang dan 'dewasa' . Memahami kehendakNya. Memahami kuasaNya. Redha...yah :")

Saudara jauh : Tak nangis pun... senyum je... tak sedih ke?
Me : Redha saja ... :)
Saudara jauh : Yah ... redha saja :) 

Itu perbualan di masjid waktu pemergian Maktok. Tetapi setahun sebelumnya,waktu pemergian Wan... In masih boleh ketawa. Tapi hati memang sedih sangat. In jenis tak kongsi air dengan orang tau. Minum air sebotol/secawan dengan orang lain. Walaupun keluarga. Tetapi selepas In dan yang lain penat balik daripada kubur. In,abang-abang dan sepupu sepapat lepak di luar kerana dalam ramai orang. Dan tiba-tiba salah seorang sepupu In lelaki minum air di dalam botol mineral dan selepas itu menawarkannya kepada In. Tanpa berfikir panjang In menerima dan minum sekali botol yang sama. Otak penat,hati lelah... tak ada apa nak difikirkan pada waktu itu. Selepas beberapa hari berlalu baru In sedar. In telah berkongsi minuman dengan sepupu lelaki In ! Oh myyy... hahaha. Just ... speechless . Somehow In fikir itu sweet :p Ye lah,In dan sepupu sepapat In memang rapat benornye :) Dan sepupu In tu selalunya paling kuat menyakat tetapi time tu dia lebih gentle sikit. Hahaha. Ceh. Ye,waktu tu semua lagi sedih :))

Apa pun yang sudah pergi biarlah pergi. Mereka telah pergi... Doakan yang terbaik buat mereka. Al-Fatihah. Yang masih hidup teruskan kehidupan. In syaa Allah dapat berjumpa dengan mereka kelak disyurgaNya kan? In syaa Allah mudah-mudahan. I'm trying my best now... And so do to all of you tau? Ingat,saat ditimpa musibah ingatlah yang lain...Ada yang lain menimpa lebih berat daripada kita. Kekal tabah,teruskan dengan senyuman :D Ingat ingat Allah selalu. Mudahan hati riang :D Jadi mari kita semua buat yang terbaik untuk yang tersayang ! Selamat Maju Jaya semua... Pagi begini agak sentimental dan terdetik untuk berkongsi serba sedikit. Moga urusan kita semua dipermudahkan. Fi amanillah ! Salam alaik !

:: NN ::

8 comments:

  1. al fatihah...

    insyallah. marilah kita sama buat baik. tetutama kpd kedua ibubpa. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye,buat baik bantu diri dan saudara Islam kita =)
      In syaa Allah ! :D

      Delete
  2. Moga In terus tabah menghadapi segala macam dugaan. Kuatkan semangat kerana perjalanan In masih panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah :D
      Dengan mengingatiNya kita pasti tenang :)

      Delete
  3. Al-Fatihah.. pesanan Mak Tok tu pasti akan sentiasa In ingat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,sentiasa ingat pesanan Maktok dan Wan :")

      Delete
  4. Al-Fatihah juga buat arwah..
    ye btul...perlu sntiasa sedekah doa utk mereka..
    semoga mereka tenang di alam sana..kita juga perlu sntiasa beringat..
    akan pergi ke sana juga nti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa,yang masih bernyawa kena mempersiapkan diri. Huhu

      Delete