Wednesday, March 27, 2013

Usaha,Diam

Assalamualaikum

Apa khabar semuanya ? Hihi ... Okay,nampak tak tajuk tu ? 'Usaha,Diam'. Kenapa kenapa ?! Okay,cemni... Kebanyakan sekarang ni,diorang suka merungut. Arghhhh,tensionnya bila dengar. Hahah. Merungut je kerja. Ade yang kata diorang dah usaha teruk-teruk dan bla3 lepas tu result tak meningkat la,merosot la apa la... Memacam ah . Apa ni ? Macam mana nak berjaya bila kita dah usaha,Allah beri ujian sikit lepas tu korang dah mengalah,merungut. Memang hilang habis lah pahala korang waktu duk bermandi peluh usaha tu. Cuba jadi ikhlas. Memang kita usaha untuk berjaya,dapat result gempak. Tapi ingat,bukan tu  sebab utama kita. Kita belajar kerana Allah. Letak tu no.1 dulu. In syaa Allah,kalau kita tak putus-putus usaha dan diam je. Jangan merungut. Walaupun kecewa. Diam je,istighfar bebanyak. Mungkin ade yang menjadi penghalang. Contoh ? Dosa kita ke ... atau kita ada buat salah dengan orang sekeliling ke.


  Jadi,sebelum nak belajar tu. Nak mula dari bawah tu,istighfar bebanyak... minta maaf kat kekawan semua... Kita kan pada usia ni rapat dengan kekawan jadi lebih mudah kita mengguriskan hati diorang sebenarnya. Kekadang diorang tak tunjuk tapi masih tersimpan dalam hati tu. Haa... Dannn ... dengar la zikir-2 indah. Jangan asyik lagu Korea,English,Melayu Rock Kapak,Balada,Cina,Jepun dan sebagainya. Heheh. Ye la,bagi je semua bahasa. Satgi bagi contoh satu dua bahasa ade pulak orang terasa lebih ... walaupun In tak ade niat. Huhu ... In suka dengar zikir-2 bila buat homework... Sambil-2 tu join sekali la dengan artis-artis yang berzikir tu. Heheh ... Seyes tenang je,tak cepat ngantuk,tak cepat letih ... Rasa fresh betul. Tapi bila study In prefer keadaan senyap ... In puaskan hati dulu ... tengok la movie dulu,main piano dulu,dengar lagu dulu... lepas hati dah puas,baru belajar. Tu In la ~~~ Haha

Selesai belajar ? Baca la doa ke ape ... Doa selepas belajar .. aaaa ... dan jangan lupa ucapkan "alhamdulillah". In syaa Allah kekal la ilmu tu dalam kepala korang . Save dah dalam otak tu. Kekadang In pun terlupa nak ucap. Haishh .. biasa lahhh .. In banyak kelemahan ni T.T ... kekadang nak makan pun boleh lupa baca bismillah. Ape nak jadi .. T.T ... in syaa Allah .. In akan lebih beringat-ingat... ^^, Korang pun oukay ?! :D My point is bila dah usaha,diam je... Jangan ungkit dengan usaha yang telah korang lakukan. Mulut kita ni berbisa ah.. Bisa buat diri kita sendiri ni... Kita cakap ni jadi satu doa. Kalau korang asyik kata ,merungut cemtu .. haaa,memang jadi la nanti. Huhu .. tak mau dah k ? Senyap je ... teruskan perjuangan ! Semangat ! ^__^ ...


     Dannnnn jangan lupa... ade orang dia belajar,usaha untuk dapat result gempak. Bila dapat result je perghh gempak giler laaaa ... Mengejar A tu sangat ... lepas tu ... ade juga orang yang belajar,usaha ... untuk berjaya.. Tapi result tak okay-2 pun... haih kenapa ni? Dua-2 tujuan untuk berjaya sebenarnya.. Tapi yang asyik merundum jatuh tu tak merungut apa pun. Dia senyum je .. Bagi dia,dia dah berjaya. Lebih daripada orang pertama tadi tu. Suatu hari,dapat lihat orang yang asyik merundum jatuh result dia tu lebih berjaya daripada orang yang asyik dapat result gempak tu. Hah ! Kenapa?

Kerana,seperti In kata tadi,orang pertama tu dia hanya mengejar A sahaja dalam exam. Dia belajar,usaha semuanya semata-mata untuk exam. Dia buat untuk kertas kosong tu je. Main isi je ape yang dia dah belajar. Tapi bila datang kepada dunia sebenar,dia tak dapat mengamalkan ilmu yang dia ada. I mean macam... korang faham kan? Dia tak reti nak gunakan ilmu tu dalam kehidupan sebenarlah ...Dia tau setakat buat dalam exam je.... Tapi,orang yang kedua ni... Dia lebih berjaya sebab dia pandai gunakan ilmu yang dia ada dalam kehidupan sebenar. Walaupun result dia tak berapa elok tapi ilmu dia tu sebenarnya masih ada dalam diri dia dan dia pandai untuk guna segala kemahiran yang ada dalam pekerjaan ke .. atau semasa di peringkat universiti? Haa .. 

  So secara konklusinya,korang belajar kerana Allah. Agama kita suruh untuk kita menuntut ilmu. Kerana apa ? Agar dapat membantu pembangunan negara. Maknanya termasuk diri sendiri,keluarga,masyarakat dan seluruhnyalah. Memang kekadang kita slack waktu exam. Tapi jangan kita slack dalam kehidupan luar daripada exam tu. Kalau asyik mengejar A dalam exam, kita lupa sebab utama kita sampai kita tak bersedia nak hadapi dunia sebenar ni..Tapi kalau kita dah setkan,kita belajar kerana kita memang ingin belajar kerana Allah,agama...in syaa Allah kita tak takut untuk hadapi dunia luar nanti... 
Go For It ! ^^, tata~

:: NN ::

12 comments:

  1. Setuju dengan In, belajar kerana Allah! Kalau kita belajar kerana Allah, insyallah segala urusan akan dipermudahkan. Lagi satu, "Allah tak tengok hasil yang kita dapat, tapi Allah tengok usaha kita". Kadang2 kita dah berusaha tapi masih tak dapat result yang cemerlang, itu kerana Allah nak uji. Adakah kita akan terus berusaha atau sebaliknya?

    Kepandaian merupakan satu ujian, dan kurang pandai juga merupakan satu ujian. Faham tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye , mestilah :D
      Sebenarnya,bukan tak pandai ... Cuma kita hanya perlu berusaha lebih lagi :)

      Delete
  2. betul tu..kdng2 kita ni terlalu bnyak merungut..sebab tu ilmu tak lekat kan..

    ReplyDelete
  3. ape yg kita niat kita akan dapat..
    kalau dapat untunglha.
    kalau ta dpt..? sia2..
    tapi kalau niat kerana Allah..
    dapat or tak adalah yg terbaik n kte lbey mudah terimany satu hari nty

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk melakukan apa-apa perkara sekalipun,niat kita memainkan peranan yang utama :)

      Delete
  4. suka2! thank you for this entry. :')

    ReplyDelete