Monday, March 18, 2013

Apakah Jawapan Anda ?

Assalamualaikum

In nak tanya. Jika lelaki tu,orang yang korang kenal sejak darjah 1 sampai sekarang. Dia,dia yang dah menyukai korang sejak sekolah rendah sampai sekarang. Dia,dia yang tidak mengharap banyak daripada korang tetapi cukup untuk membantu dan membimbing dia. Dia juga orang yang sanggup melakukan sesuatu diluar jangkaan buat korang. Contoh ? Contohnya sekarang ada 3 nombor phone. 1 celcom,2 maxis. Korang guna maxis dan dia guna celcom. Pada mulanya~ ... then kan mahal ? Korang pun tak boleh la contact dia selalu. So,dia sanggup beli nombor phone baru semata-mata untuk contact korang tanpa membuang credit banyak. Pada suatu hari,nombor tu tertinggal di MRSM tempatnya menuntut. Dia,yang memberitahu ibunya untuk menemui korang di belakang sekolah korang menuntut waktu balik. Ibunya bertanya kepada korang dan apakah reaksi dan jawapan korang?(Ibunya yang sentiasa riang menegur anda dan mengajak berbual) Korang sebenarnya dah lama tak jumpa. Kali terakhir darjah 6. Kini dah tingkatan 5. Dia yang sanggup datang hanya untuk melihat korang. Dan balik kepada nombor phone,korang text dia untuk buat dia lebih senang. Kesian,orang dah rindu. Err -.- ~ Text la nombor celcom dia. Lalu.... tetibe ada nombor maxis tidak dikenali text korang. Tengok-2 dia. Dia sanggup beli nombor baru maxis on the spot semata-2 untuk text korang. Dia beli baru sebab maxis lama tinggal dekat MRSM. Aduhai aduii -.- '' apakah ini semua ? Apakah perasaan korang ? Adakah ia sesuatu yang berharga,annoying,terharu,kelakar,sedih,kecewa,malu,segan dll ? Dan ya,korang sebenarnya bukan percaya dia sepenuhnya sebab lelaki dan 'cinta awal usia' ni bukan kekal sangat. Kadang-2 hanya sekadar mengisi nafsu atau rasa ingin menyukai atau bercinta,betul? Hmmph,entah .. jadi ..Sila bayangkan dan berkongsi apa yang korang rasa terhadap kawan korang tu...yang hanya korang anggap kawan lama,kawan baik ... ~~

Nak tau pendapat dan apa yang In rasa =.= ?

:: NN ::

14 comments:

  1. Agreed dgn apa yg awq cakap. cinta di awl usia x smstinya kekal. Jodoh kan rahsia Allah. Mmg dh terang lagi berspotlight yg dia suka awq :) Kejarlah cinta yg lebih abadi.doaknlah dia, jika menolak adlh cara yg baik, tolaklah dgn cara yg terbaik. Bila sampai masanya nanti, buatlah istikharah ^^ Moga apapun yg kita buat dpt reda Allah ^^ and. MAY ALLAH BLESS n GUIDE U :) *hehe just my opinion ok ^^v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,saya sokong apa seratus peratus ..hohoho~ memang saya dh tolak pun awal-2 dngn baik :)

      Delete
  2. kadang2 terus terang itu lebih baik kot.? In rase annoy ke ngn kehadiran dy.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah terus terang pun... Tapi dia hny nak In bimbing dia...dia kata dia macam lalang. =='''Dia faham and terima je keputusan In. In ni bukanlah sempurna mana nak bimbing dia.In pun perlu bimbingan =='' anyway,cuba yang terbaiklah...in syaa Allah :)

      Annoying jugak la...geli pun ada. Haha. Tapi dia tu kawan rapat In...nak marah pun tak boleh. Ye lah,sejak darjah 1-6 ...mane tak rapatnya...huhuhu

      Delete
  3. tanya hati In bagus2.. apa In rasa.. hehe tuu lagi baik rasanya. ^^ cinta fitrah manusia In., tak salah wujud kalau pandai mengawal., hehe In tanya diri In, apa In rasa.. jika In tak suka., bagi tahu terus terang, cakap baik2... hehe kalau In okay ngan diaa., teruskan jea berkawan.. ^^ kalau bercinta x ready., x salah berkawan kan..? hehe apapun., jodoh rahsia Allah., :') May Allah blessed you, dear.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. In rasa tak suka ? Hahaha... In memang tak akan bercouple melainkan yang halal. In memang dah berterus terang pun :) Dia faham n terima je keputusan In. Dia cuma nak bimbingan.. Kononnya kot XD ... hahah... Memanglah,In tak nak hubungan persahabatan kami renggang sebab ni ... alhamdulillah ,sampai sekarang ok je kami ... Tak kan persahabatan sejak kecil sampai sekarang terlerai sebab2 remeh ni. Memang tak lah :) thanks,, same goes to you,sis ! ^__^

      Delete
  4. maybe dia cakap nak bimbingan tu as excuse untuk rapat dengan In , tapi sebenarnya dia lagi boleh mendapat bimbingan tu daripada kawan2 lelaki dia ataupun mana2 ustaz . tak salah berkawan , tapi jangan sesekali memberi harapan agar dia tak terlalu mengharap . janggal kan nak berkawan bila kita da tahu isi hati dia . senang cerita , layan sekadarnyaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga,In ada terfikir . Tapi sebenarnya dia banyak berubah. Memang In nampak dia macam perlu bimbingan. Betul tu,In memang layan dia sekadarnya :) Walau apa pun,silaturahim perlu dikekalkan ... ^^,

      Delete
  5. menarik.cerita kita hampir sama.dia classmate saya pulak.tapi kami berlagak macam biasa.dan alhamdulillah in pilih jalan yang betul kerana Allah.kalau ada jodoh tak ke mana kan?terkadang saya terfikir, 'aku tak mengharapkan jejaka dunia,aku target pemuda syurga.' InsyaAllah. bukan bermaksud saya tak nak kawin. cumanya kalau kita nak yang baik,kita kena la jadi baik dulu. itu lebih afdal. Allah akan bagi yang terbaik.yakin dengan janji Allah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)
      Ye,kita kena jadi baik dulu. Malah,untuk mendapatkan anak yang soleh/solehah,kita perlu bermula dari sekarang ... Sebelum berdoa utk mendapatkan ank yg soleh/solehah,doalah agar dapat pasangan yang soleh/solehah. Tetapi,sebelum doakan itu,doalah terlebih dahulu agar kita menjadi seorang yang soleh/solehah. Begitu panjang prosesnya ... ^^,

      Delete