Friday, February 8, 2013

Ya Allah

Ya Allah,
Segala keperitan ku terima
Ku redha di jalanMu
Tertulis disuratan aku dicuba

Ya Allah,
Demi rahmatMu ku berdoa
Berilah aku ketabahan
Cekalkanlah hati ini
Agar tak terkandas ku ditengah jalan

Ya Allah,
Di dunia yang fana ini
Penuh dengan bunga berduri
Jagalah aku lindungilah aku

Ya Allah,
Aku memohon padaMu
Redhailah ketulusan hati
Redhailah kesabaran ini

Ya Allah,
Dalam perjalanan waktu
Kurniakanlah aku kebahagiaan
Dunia akhirat

Ya Allah,
Dengarkanlah doaku
Yang aku impikan
Selama ini...

:: NN ::

| Semuanya telah tercatat. Namun masih,kita perlu memohon dan berdoa kepada Maha Pendengar. Kenapa? Kerana sudah menjadi tugas kita sebagai hambaNya yang serba serbi kekurangan ini yang sentiasa memerlukan bantuan pertolonganNya yang Maha Berkuasa |

2 comments:

  1. Btul tu dik..DOA itu senjata org mukmin..
    serah kan diri pada Allah di samping kita berusaha..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ..dengan berdoa in syaa Allah segalanya dipermudahkan :)

      Delete