Monday, May 20, 2013

Ku Tunggu-Tunggu,Mr.Right

"Uahhh.....sepinya hidup tanpa pasangan. Sabar,Saleha. Sabar. Sesungguhnya Tuhan menyayangi orang-orang yang bersabar. Fuh,lega aku. Motivasi diri yang berkesan!" Kata Saleha perlahan-lahan.

"Amboi,pe yang kau merungut ni haaaaa? Ingat aku tak dengar? Banyak laki beratur tengah tunggu kau,tapi semuanya kau tak pandang. Pe citer ?" Temannya,Ilya menyampuk.

"Oih! Ape ni curi-curi dengar dalam bilik orang. Dah habis aktiviti kokurikulum kau? Pergilah mandi,busuk! Lepas tu kita buat assignment sama-sama. Lusa profesor nak,kau tahu???" Jawab Saleha tanpa mempeduli dengan soalan kawannya.

"Cukuplah main elak-elak dengan aku.Kau bagitau,apa kurangnya lelaki-lelaki yang luahkan perasaan diorang kepada kau? Sedihlah aku. Diorang suka kau gile-gile tapi kau tak terima. Aku? Aku suka diorang gile-gile tapi diorang tak pandang. Isk isk isk,sadis." Ilya cuba untuk bergurau.

"Ceh,ayat kemain lagi pasrahnya. Aku tau,mungkin aku banyak menyakiti perasaan lelaki diluar sana.Tapi apa boleh buat,aku tak boleh menolak ajaran agama demi kepentingan sendiri. Walaupun hati ini kosong,memerlukan seseorang itu mengisi tapi aku tidak dapat terima. Kau tahu kenapa? Sebab diorang tak serius dengan aku. Aku rasa,itu semua hanya sekadar nafsu semata-mata. Aku nak,seseorang yang ingin mengahwini aku. Aku tak terima diorang sebab...sebab diorang nak aku jadi kekasih! Kekasih yang tidak halal!" Jawabnya tegas.

"Wowww...terbaik kau,ustazah Saleha. Eh,aku tak perli. Aku mendoakan kau ni. Hehe. Baiklah,kawan! Aku harap kau jumpa Mr.Right kau! Aku pun akan tetap teguh seperti kau. No Couple ! Kan kan? Hehehe... sayang kaulah!"

" Pe kes tetibe sayang ni? Hahaha..."

" Ye,aku tak sunyi sesorang...ada kau teman aku. Huahuahua !"

"Eh,cepuk satgi. Hehe... tidak Ilya,kita ada Allah sebenarnya. Cinta Allah sudah cukup untuk aku sekarang. Well,untuk KITA sekarang."

"Setuju...okay,aku nak mandi.Kau buat dulu assignment tu,biar aku tiru awal-awal. Hee"

***

" Ehemm,cikgu Saleha yang comel. Ngorat boleh? " Usik Ilya.

"Eh,ape kau ni. Tak de kerja ke nak buat? Pergi semak buku anak-anak murid kau. Apelah nasib,sekolah rendah dengan kau,sekolah menengah dengan kau,universiti dan sebilik dengan kau. Sekarang? Tempat kerja pun dengan kau." Gurau Saleha.

"Jodoh agaknya? Eh,tak! Tak sanggup aku! Hehe... Umur kita dah nak melanjut 26. Macam tua ada jugak. Tak sangat kot? Hehe. Aku rasa,kau yang akan jumpa dulu Mr.Right kau."

"Eh,ke situ pula kau. Macam tak de topik lain nak disembang." Saleha balas seperti acuh tak acuh.

"Okay la,sorry cikgu! Saya nak sambung kerja. Pamerkan diri ya,cikgu. Hahaha..." Ilya meminta diri dan Saleha menggelengkan kepala dengan kerenah temannya.

"Memang...aku masih menunggu Mr.Right. Yang dipilih oleh Allah. Aku percaya dengan sepenuhnya perancanganMu." Bisik hati Saleha.

***

"Tahniah !!!! Waaaaa,masinnya mulut aku! Baru dua bulan lepas aku kata! Kan kan,kau dapat dulu Mr.Right. Huhuh... aku ?" Kata Ilya.

"Heheheeee,sabar je la Jemah oi..eh eh,Ilya oi. Nak buat macam mana,Allah pertemukan kami dulu. Nanti-nanti kau pulak ye." Balas Saleha dengan mesra.

"Ye laa,selamat pengantin baru! Ce citer,cemna kau jumpa si Adham tuuuuu...jangan-jangan selama ni kau...." Tanya Ilya dengan penuh kebingungan.

"Ha..ha...jaga sikit mulut tu. Hahah. Aku tak pernah couple okay. Aku kenal dia sejak aku pergi khusus perguruan dulu la. Kau tahu,3 minggu yang lalu dia datang ke rumah mak ayah aku. Masuk meminang nak kahwin. Terkejut aku dibuatnya! Tapi,aku terharu. Tindakan dia tu...berani betul! Dan dia tak pernah cuba mengorat aku lah. Lagi-lagi ajak couple. Hairan aku. So,aku tanya dia. Kau tahu dia jawab apa? Ni buat aku rasa bertuah sangat ni!" Balas Saleha.

"Weyyyy,ape? Bagitau,bagitau!" Ilya mengungkapkan lagi persoalannya yang dinanti-nantikan.

"Ceh,excited terlebih kau ni. Dia cakap,dia hargai ciptaan Allah yang digelar perempuan. Tak sanggup dia ingin memainkan perasaan perempuan kerana ibunya juga seorang perempuan,wanita yang sangat dia sayang dan hormati. Dia juga tak sanggup untuk melanggar perintah Allah. Dan lalai dalam tanggungjawab sebagai seorang lelaki di muka bumi Allah. Seorang lelaki patut menjadi contoh,ketua,pembimbing kepada wanita. Dia perlu menahan dan mengawal nafsu untuk menolak bercouple. Dia mengaku,pernah dia menyukai perempuan-perempuan di luar sana tetapi dia melihat perempuan-perempuan itu mudah menerima ajakan lelaki.  Maksudnya,sekali ajak couple ke ape terus terima. Dia rasa kecewa,sedih. Mudah terima,mudah juga ditinggalkan.Lalu,dia bertekad untuk hanya memiliki seseorang sahaja dalam hidupnya,in syaa Allah. Apabila dia melihat aku,dia bertanya mengenai aku kepada kawannya. Kau tahu,kawannya tu si Mamat! Mamat yang pernah suatu ketika dulu ajak aku couple gak. Haha,terkedu aku time tu!" Saleha bercerita kepada Ilya.

"Story kau panjang sangat. Pendekkan. Cepat-cepat!" Ilya memotong cerita Saleha dengan nada bergurau.

"Ishh..fine. Lepas tu Mamat kata,aku lain daripada yang lain. Dia mengaku dia pernah menyukai aku dulu sewaktu di bangku sekolah tetapi aku menolak. Bukan hanya dia,tapi yang lain. Dia kata aku tak pernah lagi dengan siapa-siapa. Mamat kata kepada Adham,dia pun tak tau perempuan jenis apa aku ni. Ceh,sanggup kau tahu dia kata macam tu pasal aku! Tak pernah terfikir ke aku ni hanya menunggu MR.RIGHT. Haha.. and then,Adham tersenyum seakan-akan memahami aku. Dia kata kepada Mamat,dia tahu jawapannya. Lantas,dia sediakan segalanya dan.... datang ke rumah mak ayah aku. Lalu....semuanya berjalan dengan lancar alhamdulillah. Dia kata,dia tak akan lepaskan orang seperti aku. Waa,tak ke terharu aku! Aku akan belajar untuk mencintai dia kerana sudah semestinya kewajipan seorang isteri. Doakan aku!" Kata Saleha.

"Cehh,orang seperti kau konon.. hehe,bergurau,bergurau... Aku tahu kau ni special. Best friend aku yang paaalingggggg aku sayang !!! Kihkihkih. Untunglah kan... jumpa jodoh kau dah,in syaa Allah berkekalan sehingga akhir hayat. Betul kau kata,yakin sahaja kepada Allah. Sesungguhnya aku tak expect pernikahan kau bermula seperti tu. Kau pun sama kan? Allah Maha Mengetahui segalanya . Kesabaran kau buahkan hasil yang manis. Aku pun akan jadi seperti kau,Saleha. Doakan aku." Kata Ilya.

"Sure,Ilya. Kau pasti dapat yang terbaik juga. Trust Allah. Dah,aku nak balik rumah. Sediakan makanan kepada suami...hehe" Saleha mengatakan dengan penuh gembira.

"Ceh,tak perlula nak bagi aku jeles. Aku pun nak balik rumah,luangkan masa dengan Allah dalam solatku. Aku akan mencari cinta Allah dulu buat masa sekarang. Huhu..." Balas Ilya dalam nada semangat.

"Alololo,sweetnya kawan aku. Semoga Allah memberkati kita semua kan?" Balas Saleha.

"Yes !! Absolutely." Jawab Ilya.

:: NN ::

18 comments:

  1. cinta Allah, cinta yg paling agung.. :)

    in karang cerita nii yaa??

    ReplyDelete
  2. Min kena tulis cerpen or novel plak lepas ni. Selitkan dakwah dlm kisah cinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa.... ke situ pulakk... ade ke orang nak baca~ haha,I'll try my best ! :D Thank you ye ~

      Delete
  3. waa..best3.. :3
    karang sendiri ea..boleyh2..pasniy novel lak aw

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL .. ye ah tuu :P

      Hmphh,novel makan banyak masa... after SPM kot >_<''' ngeheheeeee

      Delete
    2. Memang ade buat tapi baru suku :P tu pun tak tau nak proceed ke tak. Hahahaaaaaa

      Delete
  4. sweetnya.. =)

    dulu akk selalu berharap mcm ni kisah cnta akk..tp kita ni hnya manusia biasa..kalau kita bernasib baik, blh la dapat..tp dalam zaman serba moden ni, tak semua lelaki nak begitu kan.. paling tidak msti punya nak couple dulu...dgn alasan nak kenal hti budi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ... ye,zaman sekarang ni susah namun masih ada kan :)
      In pun tak berapa fikir sangat,berserah je kepada Allah ^_^ ~

      Delete
    2. masih ada..tapi tak ramai..=)
      insyaAllah..Allah dah aturkan..kan.. :)

      Delete
  5. so sweet story..
    boleh buku kan ni In..:)

    ReplyDelete