In akan berkongsi cerita ni yea :D In dapat cerita ni daripada buku Like Father Like Son By Mohammad Zaka Ali Farisi. Kalau korang jumpe buku ni jangan teragak-agak untuk membeli ! :D
Salman al-Farisi adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Dari namanya saja orang dapat kenal dengan mudah bahawa Salman berasal dari Parsi. Perjalanan masuk Islam Salman juga cukup unik dan menarik.
Semasa hidupnya,Salman pernah menjawat jawatan sebagai gabenor di salah sebuah wilayah kekuasaan umat Islam. Sekalipun menjawat jawatan sebagai orang nombor satu di wilayahnya,beliau tidak merasa sombong. Jawatan gabenor dipandangnya sebagai amanah yang harus ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Kedudukan tinggi tidak mengubah keperibadian beliau yang rendah hati,ramah,penyantun dan penolong terhadap sesama manusia.
Kejadian berikut ini rasanya cukup menggambarkan peribadi luhur Salman. Waktu itu,Salman sedang berjalan seorang diri melihat-lihat keadaan rakyat. Di sebuah tempat yang sepi,Salman bertemu dengan seorang lelaki separuh usia yang sedang memikul karung yang cukup berat. Orang itu kelihatan kepenatan,apalagi di tengah terik matahari yang panas menyengat. Melihat ada orang yang lalu di depannya,lelaki itu terus menarik Salman dengan kasar dan menyuruhnya memikul barang.
Salman hanya tersenyum melihat kelakuan orang itu.Tanpa berkata sepatah kata pun, beliau melakukan apa yang diminta lelaki itu. Dengan agak kasar,lelaki itu menyuruh Salman memikul karungnya sampai ke tempat yang dituju.
Di tengah perjalanan,mereka melewati seseorang yang sedang berehat. Spontan,orang itu berdiri dan memberi salam kepada Salman. Alangkah terkejutnya dia melihat Salman memikul karung.
Merasa ingin tahu,orang itu pun berkata, "Pakcik,apakah pakcik tahu orang yang memikul karung mu adalah Salman,gabenor negeri ini?"
Spontan lelaki itu terperanjat dan terkejut mendengar pernyataan tersebut. Betapa dia telah berlaku kurang ajar dengan pemimpin negeri ini. Lelaki itu terus mengekori Salman yang telah berjalan agak jauh. Lalu,dia menurunkan karung dari atas bahu Salman sambil meminta maaf berkali-kali.
Namun,dengan selamba Salman menjawab sambil memikul kembali karung itu,"Tidak mengapa.Saya akan memikul karung ini hingga ke rumah mu."
Tamat :D
Allah.... tengok betapa tulusnya hati seorang gabenor,Salman tu. Pemimpin yang baik,tidak bongkak dengan kedudukannya yang tinggi. Huhu,indahnya kalau semua orang dapat mencontohi sifat dan sikapnya yang penuh pekerti. Tidak kira siapa kita,sama ada yang di bawah,di atas,terbawah mahupun teratas...ataupun tengah-tengah ... kita patut memiliki sifat macam ini. Yang masih tidak lupa diri,tidak lupa jati diri. Memahami tugasnya dengan baik. Indah kan kalau hubungan sesama manusia macam ni. Tiada siapa yang akan tertindas,tiada siapa yang akan terasa. Moga In dapat jadi macam beliau :) . Moga kita semua dapat menjadi macam gabenor Salman ^^, Aamiin ~~~
Jadi,dalam cerita ni semoga pembaca dapat tangkap nilai dan hikmah dalam cerita ni ya... In suka sangat cerita ni dan mesej yang ingin disampaikan. See yaa ^^,
:: NN ::
Ya Allah.. bagusnya gabenor tu kan..tak berkira kudrat dia..walaupun gabenor, walaupun dah dikasari, tetap menolong orng tu.. :)
ReplyDeleteKannn :) Betul tu sis.. Berbangga sangat kalau ade pemimpin macam ni. ^^,
Deleteummar al-khattab juga pernah menyamar jd orang biasa semasa pemerintahannya.. dia nak tengok kesusahan rakyat dia... SubhanALLAH ..
ReplyDeleteYup :))
Deletebwk mksud mndalam cerita tu dik :)
ReplyDeleteKannn =) Mudah untuk difahami bagi In ^^,
DeleteSubhanallah., baik sangat gabenor tuu., :)
ReplyDeleteYahh,betui-3 ~~~ :D
Delete