Saturday, January 26, 2013

Fakta Menarik Tertarik ! #2

Assalamualaikum

Mari kita lihat fakta menarik apa lagi =)

1) Secara purata,seseorang minum 8000 gelen air sepanjang hidupnya.

2) Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad 'D' iaitu Denmark,Dominica,Djibouti dan Republik Dominica .... (errr,walaupun depannya sebenar Republik,termasuk huruf D juga eh? Kira macam sama je dengan Dominica..hee *monolog*)

3) Setiap tahun,Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

4) Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf 'A'.

5) Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir.Selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawalan.

6) Ketika bersin,semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (In nak tambah sikitlah,sebab tu lah selepas kita bersin,masih bernyawa tu ucapkanlah 'alhamdulillah'....~ )

7) Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius. (Nauzubillah)

8) Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

9) Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

10) Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Mengenai kesahihannya In tidak pasti namun fakta-fakta ini telah dibukukan dalam buku 'Aneka Fakta Menarik Dunia'. Wallahu'alam ... Apa pun,kita dapat lihat betapa besarnya ciptaan Allah SWT. Allahu Akbar. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Belajarlah mensyukuri nikmat Allah walau sekecil-kecilnya kerana sekecil-kecil itupun memberi impak yang besar kepada kita semua =) Alhamdulillah atas segalanya,Ya Allah ^^,

:: NN ::

12 comments:

  1. pergghhh dahsyatnya singa mengaum....
    seram

    ReplyDelete
  2. hmmm.. ok. menarik.. tp kan.. camne nk tau jantina tiram ye.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,hasil rujukan In...tak ade cara untuk menentukan jantina tiram :) ... cuba lah cari,mana tau boleh jd prof.pula nnti ;) kih3

      Delete
  3. baru tahu badak lari lebih laju..hihi

    ReplyDelete
  4. lama akk tak singgah komen kan..hehe..tp singgah tak tinggal jejak sebab xde shoutbox kat sini eh.. ;)

    eh, bdak air yang demok tu leh lari laju eh..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,bolehla :)
      Kalau dh komen tu kira tinggal jejak lah kan ? ;)

      Yep,bagi sesiapa yang tatahu fakta ni,kalau pegi kacau badak air,kena lah nnti ><'' hahaha

      Delete