Wednesday, January 30, 2013

Mampukah Aku ?

Kadang-kadang
Kita rindu
Senyum
Ketawa

Kadang-kadang
Kita menangis
Suram
Diam

Semuanya tidak menentu
Kita memandang jauh
Namun tidak pasti bayangannya
Hati kebingungan

Akaun perjalanan ini
Perlu aku mengorak langkah
Meniti sendiri
Mampukah aku ?

:: NN ::

Monday, January 28, 2013

Kawan #1

Assalamualaikum

Hari ni In buka topik baru mengenai kawan. Selama In bersekolah ni,macam-macam In alami dan In lihat. Ada pada diri sendiri dan juga rakan-rakan lain. Pengaruh rakan yang paling ketara pada alam usia ini. Mana-mana ekot kawan,betul ? 

In lihat sikap pilih kasih,mementingkan diri sendiri dan lain-lain senegatifnya. Apa maksud In ? Bila kita disuruh untuk pergi ke lab atau bilik multimedia dll,ada 2 perkara In lihat.

1) Jalan mengikut 'group rakan'
2) Jalan sendiri/dua tiga orang masuk dalam tempat tu dan 'cup' tempat kawan siap-siap.

APAKAH ? Pernah dengar tak first-come first-served ? Pernah dengar tak siapa cepat dia dapat ? Kebanyakan kita sungguh mementingkan diri sendiri dan tidak ingin bergaul dengan orang lain. Hanya nak dengan rakan yang sama sahaja sepanjang saat,minit,jam,hari,bulan,tahun,selamanya. Amekkk .... Apabila kita sampai awal,maka pilih sahaja tempat duduk buat diri kita sendiri. Tak perlulah nak 'cup' tempat bagai untuk kawan lain. Macam mana jika ada rakan lain yang sampai awal dulu dan nak duduk di depan untuk belajar sama? Tapi malangnya diorang tak dapat sebab apa ? Sebab rakan yang seorang tu mementingkan diri dengan 'cup' tempat rakan dia yang lain. Bagi In,itu sangat mementingkan diri. Korang rasa murah hati sangat ke 'cup' tempat buat kawan lain ? Tak . Korang hanya nak duduk bersama-sama dengan kawan yang korang rapat je. Apa salahnya rakan yang kita tidak rapat tu,cuba kita rapatkan. Wujudkan tali persaudaraan yang baru dan lebih kukuh. Ini tidak,hanya berkepit dengan kawan yang sama je. In memang pantang kalau lihat ada orang macam ni. Kesian tau dengan orang lain ? Kalau In tengok orang 'cup' tempat orang lain, In buat tatau je,lantaklah. Suka hati lah,In datang awal dulu so In akan duduk je. Actually In taklah biadap. In mula-2 akan tanya dulu "ada siapa-siapa tak nak duduk dekat sini?" ... kalau jawapan 'tak' okaylah. Good. Tapi kalau kata ...'haa,ada .. missX miss Z miss Y miss......" amboi banyakknya. Hahaha. In apa lagi.. "ohh okay". Lepas tu In akan duduk je :P Hahahah .. nampak tak ? Ade In kisah ? Haha ... Actually In tak pernah lagi buat perkara macam tu sebab setakat ni tak de orang buat macam tu kat In,tapi ade orang In lihat dia buat kepada rakan-rakan lain. Sikap memilih. Bad. Pernah In tanya macam tu,orang tu mcm nak jawab tak jawab yang ada orang.. lepas tu In tanya lagi sekali .. mesti orang tu rasa bersalah juga kan.. Haha lepas tu dia kata tak ada. Hahhh,bagus XD 

Seriously kalau In datang paling awal,dengan kawan 'sehidup semati' pun,kononnya .. haha.. In tak akan'cup' tempat untuk dia. Bagi In,semua ada hak. Ingat sekolah moyang korang ? haha .. In akan bercampur.. Cina ke,India ke ...Siam ke .. *dalam kelas In ada orang siam:P* .. hahaaa lantaklah. Duduk la... Haa,so please janganlah memilih dan mementingkan diri sendiri. Ingat-ingatlah kawan lain yang sama juga,okay ? Tolonglah,jangan racist bagai. Tak elok. Faham ? Haha . In memang begitu tegas bab ni ya. In tak suka tidak keadilan. Sungguh tidak suka. Itu sahaja. Jadi kawan,marilah korang dan In sekali berusaha untuk menjadi kawan yang lebih baik lagi demi keamanan kita semua. Haha . Tiada bermasam muka,berpaling muka,mengutuk mengumpat sana sini dan sebagainya. Mari kita hidup dalam suasana bahagia yang berbilang kaum ini ! Yuk ! ^___^ .. daa,assalamualaikum

:: NN ::

Saturday, January 26, 2013

Fakta Menarik Tertarik ! #2

Assalamualaikum

Mari kita lihat fakta menarik apa lagi =)

1) Secara purata,seseorang minum 8000 gelen air sepanjang hidupnya.

2) Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad 'D' iaitu Denmark,Dominica,Djibouti dan Republik Dominica .... (errr,walaupun depannya sebenar Republik,termasuk huruf D juga eh? Kira macam sama je dengan Dominica..hee *monolog*)

3) Setiap tahun,Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

4) Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf 'A'.

5) Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir.Selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawalan.

6) Ketika bersin,semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (In nak tambah sikitlah,sebab tu lah selepas kita bersin,masih bernyawa tu ucapkanlah 'alhamdulillah'....~ )

7) Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius. (Nauzubillah)

8) Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

9) Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

10) Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Mengenai kesahihannya In tidak pasti namun fakta-fakta ini telah dibukukan dalam buku 'Aneka Fakta Menarik Dunia'. Wallahu'alam ... Apa pun,kita dapat lihat betapa besarnya ciptaan Allah SWT. Allahu Akbar. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Belajarlah mensyukuri nikmat Allah walau sekecil-kecilnya kerana sekecil-kecil itupun memberi impak yang besar kepada kita semua =) Alhamdulillah atas segalanya,Ya Allah ^^,

:: NN ::

Wednesday, January 23, 2013

YAKIN !

Assalamualaikum

Selepas baca satu post daripada rakan blogger...Dah macam adik dalam dunia blogger dah :) Rakan blogger menyatakan bahawa dia kurang keyakinan diri setelah dia dilantik menjadi ketua kumpulan. In dapat faham perasaan tu. Apa yang bermain-main difikiran ... In pun dulu macam tu =) Apa yang perlu korang buat kalau korang berada dalam situasi macam tu ? Untuk menjadi seorang ketua,korang kena sedar yang tanggungjawab korang lebih besar daripada ahli-ahli yang lain. Korang kena pimpin diorang. Tetapi ingat,walaupun korang ketua tapi bukannya semua tugas di bahu korang ^^, Untuk apa ada ketua ? Supaya kerja yang diberikan menjadi lebih mudah dan teratur. Korang hanya perlu fikir objektif kerja yang diberikan. Bahagikan tugas sama rata dengan adil dan saksama. Jangan risau "eh,ok tak aku buat ni," kalau kena jadi presenter , "eh,macam mana muka aku,macam mana suara aku,macam mana ....etc." Jangan fikir ! Jangan fikir juga dengan orang yang di hadapan korang... Apa yang korang perlu buat adalah fikirkan tugas anda,sampaikan dengan baik dan pastikan isi-isinya memuaskan. Minta pendapat dan nasihat daripada guru atau pembimbing. Moga-moga semuanya akan berjalan dengan lancar =) 

Hari tu,perjumpaan pengakap... ketua patrol In tak datang. Oh Alicia ! Why you didn't come ? Hahaha,In pula satu-satunya senior dalam group tu juga.. Kami ada main satu permainan ... and In beranikan diri untuk menunjukkan In ini ketua untuk membimbing diorang dalam permainan tersebut. Ya la,mana taknya...diorang hanya tengok sana,tengok sini. Diorang tengok In,In tengok diorang.Haha,adik-adik tu macam tatau nak buat apa. Nak tak nak In pun kata "aku jugalah yang kena ganti tugas Alicia ni." Haha.Tapi menjadi seorang ketua bukannya mengarah tetapi bekerjasama. Wujudkan satu hubungan mesra dan buat seperti kita ni macam diorang juga.Ingat,jangan berbesar kepala dan sesuka hati mengherdik sana sini. Jangan tau!Dalam pada masa yang sama kita tunjukkan kita adalah ketua. Bagaimana ? Kalau In,In hanya memberikan kata semangat kepada diorang dan kata agar fokus kepada kumpulan kita,jangan lihat kumpulan lain. Dalam permainan tu ada mangsa dari patrol lain. In kata fokus kepada dia agar dia tak dapat lepaskan diri. Dan akhirnya,alhamdulillah ... kumpulan In paling bertahan lama menahan pihak lawan =) Apabila kita bersatu,semuanya jadi mudah :) ... Hah ! Alicia ! You better come for the next two weeks! *bukan dia baca pun* Kena jumpa dia nanti...haha. Jenuhlah kalau In seorang je senior dalam kumpulan tu nak conduct adik-adik comel lagi periang tu semua ^_^ ... haha

So bagi sesiapa yang ada masalah ini semua,don't worry ! Perlahan-lahan bolehlah korang atasinya :) Sebenarnya,In masih ada satu lagi kekurangan yang tak dapat In atasi lagi. Microphone ! OMG ! In fobia dengan mike. Tatahu kenapa...... haaaa T.T takut yang amat sangat. Hahahaaa .. pernah dulu In kena baca info kat sekolah guna mike ! Balik rumah,OMG! Menangis teruk .. "why me ??why me??why me??!" Hahaaa,then In tenangkan fikiran dan berkata dengan yakin bahawa ini semua ada hikmah ! :D Tuhan tidak akan memberi sesuatu cubaan dan dugaan yang kita tidak mampu lakukannya... Okay ? Korang nampak macam perkara remeh je tapi bagi In tu perkara LUAR BIASA ! Sebab In memang fobia mike. Hahaa.. In syaa Allah In akan mengatasinya ASAP ! ^____^ . Daa.. Assalamualaikum !

p/s Sebenarnya jadi ketua ni bukannya apa pun. Kita kena rajin lebih berfikir berbanding dengan ahli lain dan lebih berkongsi idea kepada mereka. In pernah jadi ketua untuk group BI dan ada lagi apa entah kan. Tak ade apa pun sebenarnya. Orang yang korang bekerjasama tu juga rakan sekelas,bukan siapa-siapa. Seharusnya rakan sekelas kita yang terutama dah lebih daripada setahun kita kenal,kita tak patut rasa kecil dan malu. Mereka sudah menjadi seperi keluarga kita sendiri. Bergaullah dengan semua orang. Jangan hanya melekat dengan kawan rapat korang je. Cina satu group,India satu group,Melayu satu group. NO! Kena bersatu ! 1 Malaysia kan kita ? Hahaha .. ;)

:: NN ::

Sunday, January 20, 2013

Surah 101

Assalamualaikum

Apakah surah yang ke-101 ? Klu ? Mempunyai 11 ayat dan bermaksud Hari Qiamat. Haaa ! Nama surah itu adalah surah Al-Qaari'ah ^^, Jom tengok :D


Intisari surah Al-Qaari'ah :)

Dalam surah ini memaparkan yang diungkapkan Al-Quran mengenai peristiwa yang mengerikan. Ungkapan pemandangan kiamat tentu meresap,membangkit kesedaran dan keinsafan. Betapa hari kiamat senantiasa menjadi perhitungan dalam hidup. Lantas kita pun bersungguh-sungguh melaksanakan kewajipan dan ketaatan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

" Allah akan melipat petala langit di hari kiamat lalu menggenggam dengan tangan kanan-Nya seraya berkata: Aku Raja segala Raja! Di manakah orang yang membesarkan diri ? Di manakah orang yang menyombong diri ? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya seraya berkata : Akulah Raja segala Raja! Di manakah orang yang menyombong diri?"

Dalam surah ini juga ada menyatakan ...

Ayat ke-10. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

Ayat ke-11. Iaitu api yang panas.

Nauzubillah ... semoga kita dijauhi azab api neraka dan juga sifat yang sombong dan bongkak.

:: NN ::

Saturday, January 19, 2013

Lebih Kaya Daripada Allah

Assalamualaikum

WoOt wOoT~ Macam panasss je topik hari ni. Lebih kaya daripada Allah ? Apakah ? Sesat ke ? Atau betul ke ni ? Haaa,ni In nak kongsikan satu cerita kepada korang semua :D Jom baca okay ? Best tau,salah satu cerita favourite In !!! ^^,

Siapa yang tidak kenal dengan Abu Nawas? Beliau begitu terkenal terutama di dunia Arab dan Islam. Bukan hanya seorang yang pintar,Abu Nawas juga seorang yang berpengetahuan luas dan sangat pandai membuat lawak jenaka. Tutur katanya sering membuatkan orang tertawa terbahak-bahak. Bahkan,Khalifah Harun Ar-Rasyid pun sangat mengagumi dan menyayangi tokoh yang seorang ini.

Tidak begitu menghairankan jika Abu Nawas disukai ramai orang. Abu Nawas sangat ramah dan pandai bergaul. Hampir pada setiap tempat selalu sahaja ada sahabat Abu Nawas.Malah,tidak jarang Abu Nawas sering dialu-alukan seperti seorang pahlawan.

Suatu hari,Abu Nawas bergegas pergi ke pasar. Ada ramai sahabatnya di sana. Hari itu pasar sangat ramai,dipenuhi para pembeli. Para penjual sibuk menjajakan dagangnya.

"Sahabat-sahabat, aku sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah,"ujar Abu Nawas.

Orang-orang menjadi kehairanan dengan ucapan Abu Nawas yang tiba-tiba sahaja berbicara seperti itu.Belum pun reda kehairanan mereka,Abu Nawas sudah berkata lagi,

"Hari ini aku kaya raya,bahkan lebih kaya daripada Allah."

Beberapa pedagang di pasar malah ada yang menyangka bahawa Abu Nawas sudah gila. Bayangkan sahaja,dia sangat membenci yang hak dan sangat mencintai fitnah. Kalau orang normal,pasti sebaliknya.Lebih gila lagi,Abu Nawas mengaku lebih kaya daripada Allah. Padahal,semua orang tahu bahawa Allah itu Maha Kaya. Tidak ada seorang pun yang lebih kaya daripadaNya.

"Wah,Abu Nawas sudah tidak waras!" seru seorang pedagang.

"Iya,benar!" yang lain ikut mengiyakan.

"Kita bawa sahaja Abu Nawas kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid."

"Benar,setuju!" yang lain serentak mengiyakannya.

Khalifah Harun Ar-Rasyid mendengar pergaduhan itu. Walaupun demikian,khalifah tidak terus menghukum Abu Nawas. Khalifah sangat adil,arif dan bijak. Bagaimanapun,beliau perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Boleh jadi,maklumat dari sebelah pihak hanya fitnah belaka.

Kemudian,Khalifah Harun Ar-Rasyid menyuruh Abu Nawas menghampirinya. 

"Kamu kata,kamu sangat membenci yang hak dan sangat mencintai yang fitnah. Benarkah apa yang dikatakan orang-orang ini?"

"Benar,"jawab Abu Nawas.

"Kamu juga mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?"

"Benar."

Wajah Khalifah Harun Ar-Rasyid bertukar menjadi merah padam. Beliau benar-benar murka kepada Abu Nawas. Seorang yang dikaguminya ini ternyata telah ingkar.

"Ada apa sebenarnya? Apa yang telah terjadi dengan mu? Apakah kamu benar-benar telah kafir?"

"Bertenanglah! Jika tidak keberatan,sila dengarkan baik-baik penjelasan saya ini," kata Abu Nawas sambil tersenyum.

"Apa lagi yang akan kamu jelaskan? Semuanya sudah jelas,tidak perlu penjelasan lagi."

"Begini. Saya sering mendengar orang mengatakan bahawa mati dan neraka itu adalah hak. Bukankah orang-orang tidak menyukai kematian dan neraka? Menurut saya,khalifah juga tidak menyukai kematian dan neraka."jelas Abu Nawas.

Kini,rona muka khalifah kembali ceria. Kepala beliau mengangguk-angguk tanda setuju dengan perkataan Abu Nawas. Ternyata,tidak seperti yang dibayangkan. Abu Nawas masih alim dan lucu seperti dulu.

" Tetapi,mereka mengatakan kamu sangat mencintai fitnah."

"Begini.Kata Allah,harta dan anak-anak itu merupakan fitnah. Tidak ada seorang pun yang membenci harta dan anak-anak. Saya dan khalifah sangat mencintai harta dan anak-anak."

Khalifah mengangguk-angguk lagi tanda setuju. Apa yang dikatakan Abu Nawas memang benar.

"Masih ada satu lagi. Bagaimana kamu boleh lancang mengaku bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?"

"Saya mempunyai ramai anak,sedangkan Allah tidak. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Ramai anak itu banyak rezeki.

Suasana menjadi riuh. Terdengar suara gelak tawa di sana sini. Orang-orang merasa puas hati dengan penjelasan Abu Nawas. Setelah itu, mereka pun bersurai.

Tidak seperti orang lain yang pulang dengan tangan kosong,Abu Nawas pulang dengan mendapat hadiah. Kerana kecerdasannya itu,khalifah memberikan hadiah beberapa barang berharga.

"Sebenarnya,apa yang mendorong kamu mengatakan hal-hal yang membingungkan seperti itu di hadapan orang ramai?" tanya khalifah yang masih kebingungan.

"Mudah sahaja. Saya hanya ingin bertemu dengan khalifah. Hanya dengan cara seperti ini,saya berkesempatan masuk ke istana."

Jadi begitulah ceritanya. Bagi In,cerita ni sangat menarik,kelakar dan mempunyai mesej yang mendalam. Semoga cerita ini ada kebaikannya untuk dikongsi dengan korang semua :) Rujukan In adalah daripada buku  'Like Father Like Son' by Mohammad Zaka Ali Farisi. See ya ! ^^~

:: NN ::

Thursday, January 17, 2013

Fakta Menarik Tertarik ! #1

Assalamualaikum

Hari ini In nak kongsikan antara fakta-fakta menarik di dunia. Rujukan In adalah daripada buku 'Aneka Fakta Menarik Dunia'.

1) Apabila seseorang bercakap,secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

2) Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1000 jenis bahan kimia.

3) Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

4) Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

5) Di serata dunia,yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina,ia merupakan senjata yang merbahaya.

Cukup buat hari ini sebanyak 5 fakta yang menarik tertarik kau memang ngebom ! XD Haha. Tentang kesahihannya In pun tak pasti. Tapi dah dibukukan jadi mungkin ada benarnya juga. Wallahu'alam... ^_^ ~

:: NN ::

Wednesday, January 16, 2013

Miss NN

Assalamualaikum

Hi there !!! How areeee youuu ? :) NN ? What is it ? NN stands for 'Nazmin Nazifa' ye . Maklum. Haha. Who is she ? SHE ? or HE . Excuse me,walaupun nama didepan tu ala lelaki kannn namun followed by Nazifa yang memang sah nama perempuan. So think twice. Am I a girl ?-Or a Boy ? LOL . Jangan loya buruk ye ;P No 2 jantina bagai ... hewhew ><''' 

Nazmin Nazifa ........... dulu ada lah sedikit sebanyak factS about her kannnnn ! 25 tu . Cukup lah tu kot. Kan ? Ke nak tambah ? Bak sposen .. ehehe .. ^o^ ~ Emmm,In bersekolah di SMKSB (sekolah kluster kecemerlangan) Baru je dapat 'pangkat' tu tahun lepas. Sebelum ni sebagai sekolah Bestari . Lagu dia banyak syok maa... Jom dengar sampai habis ! 



Serius kali pertama dengar gelak oh ,riang sangat lagu ni. Terbaikkk . Serius rindu lagu ni.. Iskiskisk T.T

In waktu form 1-form 3 ambil Kemahiran Teknikal. Banyak syok maaa ... Buat itu ini,terbaikkk . Dapat pula cikgu aweesomeee ><'' Ishh,kawan-kawan suka kata tu ayah In. Sebab beliau sangat baikkk dengan In. Eh,tak de lah .. dengan orang lain pun sama baik lah :) Oh semalam tunggu abang dekat gate belakang selepas hadir aktiviti kokurikulum and cikgu tu pun ada.Dia tanya 'tak balik lagi?' In pun jawab la tunggu abang kan.Cikgu cakap"tunggu abang kandung ka abang angkat?" Hahaha,amboii cikgu! Ngeehee.. In pun jawab,'abang kandung la cikgu.....mana ada abang angkat..' Cikgu pun balas laaa..'manatauuu ...'. Hahaha,nakal kan ? XD Berada di sekolah tu sangat mencabar ye. Start hari ke-4 menjejak sekolah tu memang dah gempakk mencabar . haha . Dengan 'gossip-gossip' .. Haihh,sabar je lah.. Budak yang tatau apa ni pun korang nak kacau ea ... Gi jauh-jauh okay wahai wartawan-wartawan XD . Eh,In tak popular tau.. Entahlah diorang tu.Haha.Lepas tu cabaran dari segi peraturan . Fuhhh makin ketat tauu ... Lagi-lagi bila pengetua baru dan lagi sekali pengetua baru datang . Makin 'mengetat' la peraturannye mak jemah oi ...hehe ... 

Tak apa,sekarang tinggal setahun je lagi. Tu semua tolak ke tepi .. Tepi-tepi .. bagi SPM nak lalu... Haa,cakap mengenai SPM ... In ni salah seorang 'tetamu'nya ... Layanlah saya sebaik mungkin ye wahai tuan SPM ^o^~~ I'm ready ! *cewwahh,belajar pun tak habis lagi,dah ready .. Haha .. Oh yeahh ! Hari jadi ? 5.4.1996 . Nak bagi hadiah boleh tanya alamat rumah la, hantar email ke .. -----eh gurau :P------ Cakap mengenai hari jadi tu,lepas sahaja birthday tu mau amek lesen kereta !!!! WoohOo ~ Semangat semangat ! PLKN ? Ah,tak kisah lah dapat ke tidak :D Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya ... dapat tu redha je lah.. Tak dapat tu .. alhamdulillah :P Hahaha .... ><''' Tahu ke tidak,tahu ke tidak ! Shinichi Kudo hari jadi dia pada 4.5.XXXX tak silap !! Wee,seronok tau .. terbalik je ... hehe ... *FANATIK DETECTIVE CONAN ... siapa macam In ? Kita geng ! Sepp sikittt ! ^o^ ~~

In juga dikenali sebagai Detective Min Holmes . hahaha . Okay,mesti korang tatau punya...In tak pernah sentuh sangat hal 'peribadi' kat blog ni ... Macam mana kisahnya semua tak penting. Haha .. orang memang ada panggil In .. "detective" "Holmes" "Min Holmes" ... hahaaaa :)) Dan In baru lantik seorang kawan bernama Iffa Sharafana sebagai  Dr.Watson. Jadinya Iffa Watson. Haha,memang kadang-kadang suka merapu ye. Sabar je lah. Haha... ^____^

Buat masa sekarang,ini je lah In kongsi secara rawakk okay ... Maaf jika ada salah tatabahasa atau apa ><'' Heheh ... Jumpa lagi !!!


Otw to Piano Class,if i'm not mistaken !!! haha . This Is Me ... :)

See ya ! Assalamualaikum ~

:: NN ::

Monday, January 14, 2013

Hidup Sihat !

Assalamualaikum


Okay okay okay,hari ni In nak kongsi mengenai JANTUNG . Hah ...  Apa yang In nak kongsikan tu mengenai jantung ? Joooom baca! :D

.
.
.


Homework Biology saya ... Hohoho ~~~

Berhenti Merokok
Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Harungi Hidup Dengan Tenang

Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan. Untuk membantu anda membina pandangan baru, sila lawat blog saya dihttp://www.mymotivasi.com.

Jantung Sihat Sepanjang Hayat
Tahun lepas dilaporkan bahawa terdapat 9,000 kematian di hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular. Ia merupakan 22.5% dari jumlah kematian yang direkodkan. Ini memberi gambaran sebenar mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup saya memerlukan komitmen.

Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat. 

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?

Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.

Maklumat tambahan (Sumber: Familydoctor.org):

Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan arteri rosak dan darah lebih mudah menjadi beku. Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras homosistin tersebut

Tips penjagaan makanan untuk kesihatan jantung
Antara pilihan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah.
Lemak ini juga membantu untuk mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, sardin atau hering dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, panggang salmon yang dimakan dengan sayuran.
Oat
Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL.
Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh dicampur dengan hirisan buah-buahan segar.
Tips  –  Tidak mengemari Oat, anda boleh mencuba  produk FibreMax dari New Image Malaysia.
Epal
Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan.
Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12 auns jus epal sehari.
Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau bukan saja mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat tua.
Tomato
Tomato juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Hanya tambahkan hirisan tomato pada sandwic atau banyakkan sos tomato dalam makanan. Malah, sos tomato yang dimasak dan sos tomato di dalam tin yang mudah didapati di kedai itu mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah.
Soya
Protein soya adalah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti dapat membantu mencegah penyakit jantung.
Tips  Diet:  Dapatkan produk Alpha Lipid SD2, minuman campuran protein soya dan fibre yang bertindak 
untuk membantu tubuh badan anda membakar lemak melalui proses semulajadi.
Minyak zaitun
Minyak zaitun yang mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL.
Bijirin penuh
Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.
Badam
Badam dan jenis kacang lain mengandungi minyak menyihatkan, vitamin E dan bahan lain yang membantu mengekalkan paras kolesterol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.
Di atas dikongsikan 9 Makanan Untuk Kesihatan Jantung yang boleh anda cuba dan praktikkan secara berperingkat. Mungkin pada awalnya nampak sukar untuk mengubah corak pemakanan anda, namun anda boleh melakukan perubahan secara berperingkat.
Jika tabiat permakanan anda berubah, maka kesihatan anda akan lebih terjaga, berkemungkinan besar berat badan anda mungkin akan berubah. Sebolehnya anda berusaha untuk mengawal tabiat pemakanan anda. 
-GoOgLe-
:P ... 

:: NN ::

Sunday, January 13, 2013

Bunuh Diri Beramai-Ramai

Assalamualaikum

Again,3rd post yang link dengan ramalan hari kiamat. Seperti biasa,Muhammad Alexander,Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman.

Ann Mertin,pengelola laman web Curious? Ask an Astronomer, menyatakan ada individu yang begitu terkesan dengan ramalan Kiamat 2012. Katanya," Saya berasa kasihan apabila membaca e-mel daripada murid-murid sekolah rendah yang bimbang kerana dia tidak mahu mati muda". Ann juga menyatakan, "Ada juga seorang ibu kepada dua orang anak yang bimbang kalau-kalau tidak sempat melihat anak-anaknya mencapai alam dewasa".

Sejarah membuktikan penetapan tarikh kiamat sering menimbulkan kesan negatif,iaitu munculnya keinginan membunuh diri. Ada kaitan antara penetapan tarikh kiamat dengan keinginan membunuh diri. Berikut adalah antara kultus hari kiamat yang berakhir dengan pembunuhan diri secara beramai-ramai :

KULTUS "TRUE RUSSIAN ORTHODOX CHURCH"

Pada 16 November 2007,CNN dalam beritanya yang berjudul "Doomsday Cult Threatens Suicide" (Kultus Hari Kiamat Mengancam Membunuh Diri) melaporkan di Rusia (kawasan Penza, 400 batu dari Moscow), terdapat kultus hari kiamat yang menamakan diri mereka sebagai "True Russian Orthodox Church". Mereka percaya kiamat akan berlaku pada Mei 2008. Kultus ini terdiri daripada 29 orang, dengan dipimpin oleh Father Pyotr Kuznetsov,43 tahun. Mereka "mempersiapkan diri" menghadapi kiamat dengan cara berlindung di dalam gua. Pada masa itu,mereka mengancam membunuh diri beramai-ramai jika kerajaan Russia cuba membendung kegiatan mereka.
Pada April 2008,iaitu sebulan sebelum ramalan kiamat Mei 2008 termuat dalam berita, Pyotr Kuznetsov dilaporkan cuba membunuh diri dengan cara memukul dirinya dengan kayu.

KULTUS THE MOVEMENT FOR THE RESTORATION OF THE TEN COMMANDMENTS OF GOD

Joseph Kibwetere dari Uganda (Afrika), iaitu pengasas The Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God meramalkan dunia akan kiamat pada 31 Disember 1999 (kemudiannya diubah kepada 31 Disember 2000). Pada tahun 1998,dia dirawat atas masalah gangguan jiwa. Kemudian,sebelum 31 Disember 2000,dia menyuruh semua pengikutnya berkumpul di situ,pintu dan jendela gereja ditutup,dan Joseph membakar gereja tersebut. Selepas api padam,pihak berkuasa menjumpai 330 tengkorak manusia yang sudah rentung. (VOA Islam.com, 2009)

KULTUS BRANCH DAVIDIAN (RANTING DAUD)

Pada Februari 1993, pemimpin kultus Branch Davidian,Vernon Howell (yang terkenal dengan nama David Koresh) melakukan pembunuhan diri secara beramai-ramai bersama dengan 75 orang pengikutnya. Mereka membunuh diri dengan cara membakar rumah tempat mereka bersembunyi. David Koresh mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa dan daripada keturunan Nabi Daud. Ajarannya itu mampu menarik minat orang bagi mempercayainya. Dia meyakinkan orang lain kedatangan Tuhan (kiamat) sudah hampir,dan kiamat akan berlaku di Texas. Berdasarkan kepercayaan itu,dia dan para pengikutnya mengumpulkan senjata dan berkubu di kem yang dipanggil Ranch Apocalypse. Oleh kerana mereka memiliki senjata, Biro Penyiasatan Persatuan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menganggap mereka sebagai berbahaya. Akhirnya, tempat mereka berkubu dikepung oleh polis. Mereka diarahkan menyerah diri tetapi mereka enggan. Selepas 51 hari dikepung, David Koresh memerintahkan semua pengikutnya supaya membunuh diri,iaitu dengan membakar bangunan tempat mereka berlindung. Akhirnya, Koresh dan para pengikutnya menjadi korban api yang marak menyala.

Kejadian membunuh diri secara beramai-ramai oleh pelbagai kultus hari kiamat membuktikan roh dan jiwa para pengikut kultus itu sedang sakit sehingga akal waras mereka terbelenggu. Ini sememangnya bertentangan dengan nasihat Nabi Muhammad SAW,iaitu supaya walau apa pun yang terjadi,manusia perlu berfikir dan bertindak secara positif,malah sentiasa berharap bersikap optimistik dalam mengharungi kehidupan. Hari Kiamat adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu. Renungkannya :)

:: NN ::

Wednesday, January 9, 2013

English #4

Assalamualaikum

In akan sambung mengenai sva . Hari tu In buat untuk singular and hari ni untuk plural.

A plural verb must be used :

1) Subjects are joined by "and" , example ;

-(Lina and Ita) are walking to school.
-(Jogging and walking) are two good activities.
-(Cats and dogs) are popular household pets.
-(Lim and Tan) were absent today.

2) When there are many subjects , example ;

-(The girls) were playing in the field.
-(My children) are coming home this evening.
-(My cousins) like to eat there.
-Every day,the (students) walk to school.
-The (students) have gone home.

3) "I" and "you" - must be followed a plural verb . [ take it as >1 ] 

-(I) have one sister.
-(I) cycle to school every day.
-(You) have to back by 6 p.m. .
-(You) are late!
-(You) run faster than me.

Dan yang ini lain .. sama ada plural atau singular .. Bergantung kepada perkataan yang paling dekat.

Either...or... , Neither...nor... , Not only...but... the verb agrees with the noun nearest to it,example ;

-Either the girl or the (boys) are going for the picnic.
-Either the students or the (teacher) was robbed.
-Neither Kim nor her (sisters) were at home.
-Neither the houses nor the (car) was given to the grandchildren.
-Either Tina or Ravi has taken the dog out.

All the best ! :D

:: NN ::

Saturday, January 5, 2013

Surah 100

Assalamualaikum

Semua sihat ? Okay harini ? Happy ? Hihi ^^, Hari ni In akan kongsikan mengenai surah yang ke-100 which  mempunyai 11 ayat. Surah apakah itu ? Nama suruh tu adalah surah Al-'Aadiyaat. It means Kuda Perang. Let's see the surah :D

Taraaa :D So this surah is about what ? 

Kandungan ayat keenam dan ketujuh ini merupakan tema utama dari surah ini iaitu sesungguhnya manusia menyedari dan menyaksikan sendiri kekufurannya terhadap nikmat-nikmat Penciptanya. Dalam ayat kelapan, Allah mengkritik cinta manusia yang berlebihan terhadap harta, dan sikap manusia yang bakhil dan rakus.

Ayat ke-6. Sesungguhnya manusia itu sangat tidak berterima kasih kepada Tuhannya.

Ayat ke-7. Dan sesungguhnya dia menyaksikan keingkaran itu.

Ayat ke-8. Dan sesungguhnya dia sangat mencintai hartanya.

Dalam sedar tidak sedar,melalui hari-hari yang penuh dengan bermacam perkara kadang-kadang kita lupa,alpa untuk mengucapkan alhamdulillah atas segala kurniaan Allah dan masih memberi kita kesempatan untuk bertaubat. Ya Allah , terima kasih atas segalanya. Alhamdulillah ... Allahu Akbar !

:: NN ::

Wednesday, January 2, 2013

Just Act

Assalamualaikum

Hi semua ... Popular kan dengan ayat ni " Don't Talk,Just Act" . Kita boleh lihat rata-rata sama ada pada diri kita sendiri,ayah ibu kita,kakak adik abang kita,kawan-kawan kita atau sesiapa sahaja orang disekeliling kita. Apa yang diorang suka pasti diorang buat. Betul ? Yah. Kalau tak suka,kenapa nak buat kan ? Hahaha. Tapi ada juga perkara yang runsing bila dengar. You know,most of us mengaku yang kita suka baca Al-Quran. But the truth is,selalunya Al-Quran itu tidak berganjak dari almari buku or tempat-tempat lain yang kita letak. Kita sering lupa dan hanya bercakap sahaja. Tapi kita tidak bertindak. This is between diri sendiri and Allah. Tiada siapa boleh memaksa kita,tapi kita boleh nasihat menasihati,bukan ? 

Bila orang tu suka Kpop, hari-hari dengar lagu korea. Bila suka lagu rock kapak,hari-hari jamming lagu rock kapak. Bila suka menari , hari-hari berlatih menari,ekot cara artis tu,artis ni. Ada juga suka baca novel. Satu buku muka surat 300 ke 500 lebih peh, sehari dua boleh habis . Paling lama bertahan seminggu kot ? Mana-mana berkepit sahaja baca novel. Ye tak ? Sebab apa ? Kita suka . Hobi mungkin ? Salah ke ? Tak salah . In fact,baca novel boleh dapat pahala juga if korang setkan baca untuk menimba ilmu kerana Allah. Ye lah,dekat novel boleh improve kita punya bahasa,grammar and etc. In tak kata perkara tu salah tapi sometimes it's kind of over. Kita lupa,perkara tu semua tidak boleh membantu kita selepas ini . Tetapi ... Al-Quran ? Al-Quran boleh bantu kita didunia mahupun diakhirat. Seriously. Korang tak rasa Al-Quran tu menghiburkan ? Dulu,In macam yeahh,'bosan' 'bosan' 'bosan'. Apa pun yang In lakukan terasa bosan . Entah nak buat ape dah . Then why not baca AL-Quran ? Rasa tenang sikit . Itu tanggapan pertama In. Then In mulakan .. Yaasiin , yup ! Terasa lama In baca,seronok tau. Tapi tengok-tengok jam masih awal . Macam what ??! Baca rasa lama,enjoy tau ... tenang pun tenang . Then rasa alamak awal lagi la kann ,then In baca terjemahannya. Interesting. All of you should try . Make it as a habit. In rasa terhibur yet ada rasa sedih juga lah if terjemahan dia membuatkan In rasa sedih or what. Tapi timbul keinsafan juga. Alhamdulillah.

In suka baca buku Yaasiin yang selalu In bawa kat sekolah,colour biru which is my favourite colour. One day,buku Yaasiin tu hilang,resah tau. Memang dah 3 tahun bersama then hilang kat sekolah.Rasa bersalah,In rasa macam buku Yaasiin tu my best friend and buku tu macam always be with me. Macam-macam dah In lalui bersama dengan buku tu. Macam pelik je baca kan ? But,if In happy,sedih,bingung,marah or what... In ambil buku tu and baca. In fact, In bosan or sakit perut dekat sekolah,In buka baca Yaasiin. Hahaha,sometimes my bestie tu pun bosan dia kata "mai jap buku yaasiin hg" . Haha,aww she's cute and pretty and funny ! XD  So what did I do buku tu hilang ? Ade my friends cuba cari buku tu sampai ke surau but then tak jumpa. Entah mana,then In pergi kedai waktu In beli dulu. And In gali-gali kat rak buku tu,hah ! Jumpa pun buku tu !!! Tersorok bawah satu buku tu. And happy giler !! Orang tu mesti pelik,macam tak pernah tengok buku yaasiin .. haha =='' In cakap dekat ibu In,"dah jumpa!!dah jumpa!!" Hahaa.. but still In rindu the old one .. kali ni kena jaga elok-elok ! Yeah ! *actually still berharap jumpa yang lama. Actually In tunjuk dekat kawan In,lelaki. He said macam pernah nampak dekat surau tempat lelaki. Dulu In suruh dye tolong cari he said tak de. Then In cakap "what ??!! dulu kate tak de !!" Hahaa,then he said dia tak tau. Tak pe lah,kalau betul ada pun derma je kat surau. Kang yang baru ni ditinggalkan,iskiskisk . haha  :)

Apabila kita kata kita suka itu ini,kita pasti buat atau beli or what ... Tapi bila kita kata kita juga suka baca Al-Quran,the fact is kita agak pelupa. Kita tak selalu baca pun. Mungkin sebab masa,busy . Right ? At least,baca juga sekali seminggu if dah busy macam PM . Hehehhh .. Korang pasti bahagia punya =) Seriously! Please don't forget Al-Quran :'( read it,at least once a week ... 

Sekadar peringatan buat diri sendiri dan anda,anda,anda semua ... :) 
See ya !
:: NN ::

Tuesday, January 1, 2013

Ramalan Kiamat Ternyata Tidak Berlaku

Assalamualaikum

Ok,semua sihat ?  Hari ni In nak buat post ke-2 yang berkaitan dengan hari kiamat. Seperti biasa rujukan In adalah dari buku Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman. Buku ni,semakin lama kita baca semakin takut dibuatnya. Ada diberitahu mengenai kesan semasa asap dakhun yang akan berlaku dalam pertengahan bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun hari ni bukan itu ceritanya. In akan kongsikan pelbagai ramalan tentang hari kiamat yang ternyatanya tidak berlaku.

Berikut adalah senarai ramalan hari kiamat yang ternyata tidak benar. Ada peramal yang menyebut tahunnya sahaja dan ada juga yang menyatakan tarikhnya secara spesifik,malah termasuk masanya :

1) Charles, seorang paderi Kristian dari Amerika Syarikat meramalkan kiamat iaitu bumi akan terbakar pada 21 September 1945,pada jam 5:33 pagi.

2) Charles Laugheda, seorang doktor dari Amerika Syarikat meramalkan kiamat berupa banjir dan gempa bumi yang dahsyat akan terjadi pada 20 Disember 1954.

3) Ada pihak yang pernah meramalkan kiamat akan terjadi pada 14 Julai 1960,jam 1:45 petang disebabkan oleh ledakan bom bawah tanah milik Amerika. Ekoran ramalan itu, ada orang yang menghasilkan perahu di gunung.

4) Ahli astrologi India meramalkan kiamat akan terjadi pada 2 Februari 1962,iaitu antara pukul 12:05 tengah hari hingga 12:15 tengah hari.

5) Kultus Gereja Orang Denmark Orton Dan Anders Jensen meramalkan kiamat akan terjadi pada 25 Disember 1967,iaitu dalam bentu perang nuklear. Ramalan itu mendorong kultus yang berkenaan membina tempat perlindungan bawah tanah.

6) Christian Church True Light meramalkan kiamat akan berlaku pada 31 Disember 1970,jam 12 tengah malam.

7) Pada akhir tahun 1967,Pat Robertson meramalkan kiamat akan berlaku pada bulan November ataupun Oktober 1982.Dalam siaran The 700 Club pada Mei 1980,dia menyatakan "Saya jamin pada akhir tahun 1982 akan menjadi hari penghakiman bagi dunia". (VOA Islam.com,2009)

8) Leland Jensen dan Charles Geynza daripada kultus Baha'i meramalkan pada 29 April 1980,dunia akan kiamat akibat perang nuklear. Mereka kemudiannya membina tempat perlindungan di pergunungan Amerika Syarikat.

9) Elizabeth Clare Triumph dari Church and the World meramalkan dunia akan kiamat pada 31 Disember 1989 disebabkan kejatuhan ekonomi dunia dan perang nuklear.

10) Tami Lee Young Lim dari Gereja Korea Selatan meramalkan kiamat akan terjadi pada tengah malam 28 Oktober 1992.

11) Marina Tsvigun,Mary Davy daripada kultus White Brotherhood (kultus orang Ukraine-Rusia) mengisytiharkan dirinya sebagai Nabi Isa,dan meramalkan dunia akan kiamat pada 10 November 1993.

12) Sheldonp Nidla,seorang peramal dari Amerika meramalkan dunia akan kiamat pada 17 Disember 1996,iaitu disebabkan kemunculan makhluk asing dan para malaikat.

13) Chelyabinsk meramalkan bumi akan dilanggar komet dan seterusnya kiamat pada tahun 1998.

14) Seorang ahli astronomi dari Chile,Munena Carlos Ferraro meramalkan kiamat akan terjadi antara tahun 1998-2001,akibat Bernard-1 yang memasuki sistem suria.

15) Alexander Kazantsev mentafsirkan tulisan Nostradamus yang menyebut kiamat akan terjadi pada tahun 19 Julai 1999,kononnya disebabkan hentaman asteroid ke bumi (kawasan Donbass)

16) Alexei Priyme, seorang penulis dan ahli astrologi dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada 19 Julai 1999. Apabila ia tidak berlaku,dia mengubah pula ramalannya kepada 7 Julai 2002,jam 3:00 pagi.

17) Ahli astrologi bernama Steven Polasom mentafsirkan buku Nostradamus,permulaan kiamat akan berlaku pada 23 September 1999. Ia kononnya akan berlaku dalam bentuk jatuhnya bintang berekor di Lautan Atlantik.

18) Sebuah kultus dari Jepun,iaitu Sekou Asahara meramalkan kiamat akan terjadi pada September 1999.

19) Kontakterov Ozersk dari Rusia meramalkan kiamat akan terjadi pada Oktober 1999,akibat ledakan supernova.

20) "Imam Mahdi" Syamsuri pernah meramalkan 9 September 1999 adalah hari kiamat. Ratusan orang diajak ke tempat pertapaannya bagi menyambut kiamat pada jam 9 pagi (waktu tempatan).Sebelum sempat ramalan itu terungkap,dia ditangkap oleh pihak polis. Dia kemudiannya dihukum penjara 11 bulan. Apabila ramalannya ternyata meleset (kiamat tidak berlaku pada 9/9/1999), dia memberi alasan , "Kiamat tetap akan terjadi dalam waktu yang terdekat." Itu sebabnya selepas dia dibebaskan dari penjara,lelaki dengan 15 orang cucu itu tetap menunggu kiamat, sambil mengusahakan kebun limau di belakang rumahnya. (VOA Islam.com,2009 & GATRA, Jumaat, 14 November 2003).

21) South Korean Church Semona Che and Park meramalkan Nabi Isa akan turun buat kali kedua (the second coming of Christ) pada 28 Oktober 1992, dan disusuli dengan kiamat pada 6 Disember 1999, jam 6 petang.

22) Joseph Kibwetere dari Uganda,Afrika, iaitu pengasas The Movement for the Restoration of the Ten Commandments of God meramalkan kiamat akan terjadi pada 31 Disember 1999. Ia kemudiannya di tunda pula kepada 31 Disember 2000. (VOA Islam.com, 2009).

23) Seorang ahli astrologi dari Rusia Vladimir Sobolev meramalkan kiamat akan berlaku pada tahun 2000. Kowalewski,juga seorang ahli astrologi Rusia sependapat dengan Sobolev, iaitu kiamat akan terjadi pada pertengahan tahun 2000.

24) Hieromonk Arsene, orang Romania yang mengaku dirinya seorang nabi meramalkan kiamat akan terjadi 11 Ogos 2002,jam 4 pagi. Disebabkan itu, dia menasihatkan semua pengikutnya supaya berlindung di Gunung Athos. Menurut Arsene,selepas tiga hari tiga malam, hanya mereka yang suci di sisi Tuhan yang akan diselamatkan.

25) Seorang ahli astrologi Amerika, Jane Dixon meramalkan kiamat akan terjadi pada tahun 2003,iaitu disebabkan pereputan bumi.

26) Mangapin Sibuea,seorang paderi Kristian dari Bandung Selatan,Indonesia yang mengaku dirinya adalah rasul meramalkan pada 10 November 2003, antara pukul 9 pagi hingga 3 petang,Nabi Isa akan turun dan membawa anggota kultus itu ke syurga. Akhirnya,pihak polis dan Team Crisis Centre membawa lebih daripada 200 orang pengikut kultus itu ke Gereja Tabernakel Lengkong Bandung bagi mengelakkan kejadian bunuh diri secara beramai-ramai.

Habis sudaa..Pelbagai contoh ramalan kiamat di atas jelas membuktikan manusia tidak mampu mengetahui tarikh hari kiamat secara tepat. Hanya Allah sahaja yang mengetahui saat kiamat datang melanda. Bahkan Nabi Muhammad SAW selaku utusan Tuhan terakhir sendiri tidak mengetahuinya. Inikan pula kita? Baginda hanya diberitahu tentang tanda-tanda kiamat sahaja,sebagaimana yang akan In postkan hari-hari yang lain. Ramalan-ramalan ini bukan baru berlaku dalam zaman kita ini tetapi juga pada zaman dahulu kala sudah ada. Paling In tak tahan pada ramalan 1996 iaitu makhluk asing dan para malaikat menyebabkan kiamat berlaku. Aduhai,apa nak jadi... Semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar dan terus teguh dengan iman yang kuat. In syaa Allah. Aamiin ...

:: NN ::