Sunday, May 3, 2015

Merajuk

Assalamualaikum

Hi there! Ni hao ma? ;) I am back! Okay just straight to the point. Main topic is MERAJUK. Hmph... Merajuk bukan satu masalah tetapi yang dijadikan masalah dengan siapa yang kita merajuk tu? Yang mana betul-betul kenal In, In memang susah nak merajuk. In rasa kalau merajuk tak dapat apa. Mungkin sebab In jenis malas nak layan hati. Hahah! Dan In juga bukan jenis nak memujuk orang lagi-lagi kalau kawan lelaki yang merajuk. Kawan perempuan, nak tak nak kenalah juga pujuk kan. Bukan salah. Loool! Tetapi kalau ajnabi ni nak merajuk dengan In,tolonglah -___-. Tak ada masa nak layan merajuk kamuuu! Memang kena tinggal dengan In. Muahahah!

To make this simple,macam ni. Perempuan tak manis nak bermerajuk dengan ajnabi ni. Kenapa? Sebab ajnabi! Dah kenapa dengan ajnabi? Ikhtilat! Kan pernah sembang dulu pasal ikhtilat. Dah tu merajuk ni sebenarnya ada sedikit elemen kemanjaan tau. Sedap la lelaki tu dapat manja-manja kita perempuan. Dah tu nanti suami nak dapat apa? Sobs! Jadi tak manis lah,tak eloklah nak merajuk dengan ajnabi ni. Lelaki ni jenis yang main layan je,ye kan? Susah nak jumpa kalau perempuan merajuk dengan lelaki, dia bagi last seen. Hahahah! Perempuan kena tahu,kena kawal perasaan. Dari segi emosi memang kita lemah tetapi kita perlu jaga,jaga untuk diri maruah kita juga. Kalau nak 'mendera' lelaki dengan sifat merajuk tu,biarlah dengan suami sahaja. Sweet la kot! HAHA!

Same goes to the boys! Si ajnabi pun tak manis nak merajuk dengan kami perempuan ni. Lelaki buat cara lelaki. Gagah khalifah dibumi mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin wanita. Jiwa tu kena perkasakan! Kalau lelaki nak merajuk sama dengan perempuan,nak pimpin ke mana? Hanyut laaa hanyuttt... Tak sukalah tengok lelaki lembik macam tu. Bukan nak kata lelaki ni tak perlu ada perasaan macam tu, tetapi biar bertempat. Biar tempat merajuk tu kena dengan kita. Halal dengan kita. Nak merajuk dengan anak dara orang dah kenapa? Pi bawah ketiak Mak lah baru sweet. Hahaha. Tak perlu nak jadi atau acah-acah berjiwa macam perempuan sangat. Lelaki ni sebenarnya utuh emosi dan pemikirannya. Sebab tu pemimpin! Ni kalau hati macam perempuan, fikiran pun terjejas. Rasionalnya entah kemana! 

Jadi setakat itu sahaja saya ingin kongsikan pendapat saya yang serendah-rendah pengetahuan ni. Saya suka observe, dah lihat banyak tetapi kita tak boleh nak ubah orang. Yang hanya saya mampu buat kemukakan apa yang saya dah lihat kita pada zaman ini dan hanya mampu mengajak untuk reflect siapa kita pada fitrahnya. Fitrahnya kita ini bagaimana? Dah tahu fitrah kita bagaimana, cara untuk kita menjaga dan kawal bagaimana? Step by step faham satu-satu in syaa Allah molek dalam luar kita. Molek lah kehidupan kita. Nak molek luar, dalam kena start dulu beroperasi. Barulah terpancar kemolekan kita diluar juga. Molek noh molek. Saya minta diri dulu. Fi hifzillah. Assalamualaikum wbt

:: NN ::


6 comments:

  1. klu akak kan In mmg failed bab2 pujuk org merajuk ni.. masa bercinta dgn hubby dulu akak mmg tak pujuk bila dia merajuk..haha..mcm geli plak nk pujuk2..hahaha...akak pun tak suka di pujuk..hihi

    ReplyDelete
  2. in! to be honest, akk kuat merajuk! haha *emo maluuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah takpe sis! Orang kuat merajuk ni sebenarnya comel-comel je tapi macam In kata,biar dengan orang yang betul. Hehe ye sis ye? >_<'''

      Delete
  3. emm..utk yg blum kwen yaya pun stju..
    mmg xelok nk mrajuk2 dgn lelaki ajnabi ni kan..
    tp bg yaya,even da kwen pun xelok juga,hati suami kena jaga,kan.
    xperlu ikut sgt perasaan..kena kawal..tp kalau buat-buat merajuk sbb nk trik phatian suami xpela..
    hehe tul x In... ^o^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, memang betul kena jaga hati suami ^^,
      Tak mustahil kita perempuan tend to merajuk dengan suami sebab nama pun perempuan lol! Saidatina Aisyah pun ada merajuk dengan Rasulullah SAW, dan baginda memujuknya. Allahu'alam. Cuma jangan melampau sehingga mengguriskan hati si suami ^_^.

      Delete