Tuesday, May 28, 2013

Sebelum Sang Pelangi Indah

Assalamualaikum

Hi semua! Semoga korang semua sihat wal'afiat okeh ? =)
In ada seorang sahabat ni.Seorang sahabat yang dah lama In kenal. Boleh kata setiap perkara kami ada lalui bersama.Tetapi ada satu perkara.Dia tak suka masalah sebenarnya.Bagi dia,dia nak bahagia saja tanpa masalah ni semua.Mungkin juga dia takut.Who knows? Tapi kan sahabat,kalau tak ada masalah dalam hidup kita,kita tak akan belajar.Kita tak akan terlintas untuk berubah ke arah yang lebih baik.Kita tak akan dapat memahami penderitaan orang lain dan terus menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri.

Sahabat,kita baru 17 tahun kan? Seperti sahabat,In pun ada banyak masalah dalam usia yang muda.Tapi kan sahabat,In tak ada merungut dan mengeluh dengan masalah yang In hadapi.Bagi In,itu adalah satu kekuatan yang buat In berdiri sampai sekarang.Sahabat,ingat tak? In ada kata,Tuhan memberi kita cubaan dan dugaan kerana DIA sayang kita.Kita perlu risau dan takut andai hidup yang kita jalani ini tak ada sebarang masalah.Pernah dengar? Hidup kita ibarat roda yang berpusing. Kadang-kala di atas dan kadang-kadang di bawah.Kalau nak gembira,kita pasti akan alami kesusahan dulu.Contoh,kita belajar bertungkus-lumus.Ada pelajaran yang menyeronokkan ada yang tidak. Namun masih kita belajar dan mengatasi perasaan tu. Dan setelah selesai kerja keras kita,kita dapat keputusan yang memberangsangkan. Kita happy,bukan?

Sahabat,ingatlah ada manusia lain diluar sana yang sedang mengalami cubaan dan dugaan yang lebih berat daripada kita.Tetapi Tuhan tahu,dugaan tu dia dapat hadapi.Bukannya Tuhan berniat untuk menghukum tetapi ingin kita belajar.Belajar mengikut kemampuan kita.Kalau sedang mengalami masalah,jangan ingat ia satu bebanan.Ingatlah,ada hikmah disebalik itu semua.Mungkin sekarang kita bersusah-payah tetapi mungkin kelak hidup kita akan lebih mudah dan berjalan dengan baik,kan? Orang kata,cakap itu senang nak lakukannya susah. Betul. Sebab itulah,kita perlu lebih memandang jauh dan lihat keadaan disekeliling kita. Ada yang kurang bernasib baik daripada kita. Tinggal di kaki lima tak berumah. Itu juga satu masalah bagi dia. Untuk itu dia perlu memilih untuk terus berada dalam kedudukan itu atau cari jalan penyelesaian untuk jadikan hidup dia lebih selesa atau tidak. Dia perlu berusaha mencari jalan perlahan-lahan.

Bila fikir-fikir balik,bukan bertujuan untuk menghina atau berfikiran serong tetapi ada orang lain di jalanan sana,hanya berdiam diri dengan keadaan macam tu dan mengambil jalan mudah untuk mendapat wang. Ada yang meminta sedekah padahal kudrat masih ada untuk bekerja,ada yang sanggup meragut orang dijalanan,mencuri,merompak.Kerana apa? Kerana dia nak cepat-cepat selesai masalah dia dengan cara mudah itu tanpa memikirkan masa depan diorang.Tidak berani untuk bersusah-payah dalam jalan yang benar. Bahaya kan tindakan diorang? Diorang tak akan boleh maju,diorang mungkin akan ditangkap dan dikurungkan ke dalam lokap,diorang akan makan makanan dan minum minuman yang hasilnya tidak halal. Ada masanya dan kita kena tenang serta melapangkan dada dan fikiran.Enjoy you problem(s).

Manusia semua sama.Manusia itu lemah namun dengan statement 'manusia itu lemah' bukan menjadikan diri kita betul-betul lemah yang cepat berputus asa dalam segala perkara.Manusia yang lemah itulah perlu belajar untuk perbaiki kelemahan mereka,bukan untuk terus berada dalam keadaan yang lemah. Kalau Tuhan jadikan manusia itu kuat-kuat belaka,sudah pasti kita semua tak perlu bersusah payah untuk belajar,membina badan,fizikal,rohani dan mental.Semua itu kita perlu belajar dan salah satunya melalui pengalaman.Jadilah orang yang berfikiran positif,optimis :) Boleh kan sahabat ?

Manusia selalu kata,'people make mistakes'. Asyik-asyik buat salah,keluar ayat tu. Boleh tak kita sekarang jangan terlalu memikirkan statement tu?Setuju,manusia tak perfect,tak sempurna. Kekurangan sana sini.Kerana kita ada kekurangan,kita selalu buat silap.Sebab itulah,kita perlu tahu kita ni bagaimana.Kena cari semua kelemahan dan kekuatan.Kelemahan tu kita perlu perbaiki agar kita kurang membuat masalah,kesilapan.Kalau kita asyik bergantung dengan ayat di atas tu'people make mistakes',kita tak akan maju dan akan jadi cuai tak peka. Kerana kita beranggapan ia tidak ada masalah dalam membuat kesilapan. Kesilapan yang kecil-kecil boleh jadi besar.Ingat tu.Kita jangan lupa impak yang akan berlaku tu.Bila buat kesalahan perlulah kita perbaikinya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama atau so-so.And manusia selalu melepaskan kata-kata yang tidak enak didengar. Mencarut terutamanya.Kenapa kita nak kata ia satu kesalahan yang tidak disengajakan? Kita sepatutnya pandai mengawal diri kita,menahan rasa untuk mengeluarkan kata-kata kesat itu.Orang lain boleh buat,kita boleh buat.Pada dasarnya,kita semua tak cakap pun perkara ni semua,namun atas dasar pengaruh luar kita belajar perkara tak elok ni. Eloklah kita kembali ke dulu kita semasa kita tidak pandai untuk mengeluarkan kata-kata mencarut! In petik ni daripada saudara Aseraf Hilman : 'Before you think of an unkind word,think of someone who can't speak'

Sahabat,kita boleh tanya apa kekurangan kita pada pandangan orang lain.Kita jangan takut dengan pandangan orang terhadap diri kita,kita perlu berani dan menerimanya dengan hati yang lebih terbuka.Jangan sesekali berasa sedih atas kritikan orang lain. Kita sepatutnya berbangga dengan rakan-rakan yang suka memberi pendapat tentang diri kita dari segi negatif berbanding rakan-rakan yang sering memuji kita tidak tentu hala.Setelah kita sedar banyak kekurangan kita terhadap rakan-rakan kita,kita mesti terfikir.Masih juga diorang nak berkawan.Bersyukurlah ada kawan yang masih setia dengan korang daripada rakan-rakan yang mudah meninggalkan korang tanpa 'notis' . Langsung tak ingin membantu.Korang boleh kongsi kekurangan dan kelebihan korang antara satu sama lain. Perbezaan itu juga mengeratkan lagi tali persahabatan kita semua:) Kalau semua sama je perangai,perwatakan,pemikiran boleh jadi bosan oiii. Haha. Macam duduk depan cermin je.

Jadi sahabat,In harap sahabat teruslah berjuang dalam kehidupan ni.Senyumlah sentiasa walaupun dalam kedukaan. Mula-mula kita senyum tak ikhlas tetapi lama-lama tu ikhlas lah :) Senyuman tu juga pengubat segalanya. Sahabat pernah tanya,In juga selalu nampak moody kat sekolah.Bukan apa,kekadang tu sakit haa,kadang-kadang tu bukan moody ke sakit tetapi tu lah In serius -.-. Kalau In serius memang orang selalu risau,ingat something wrong ke apa,tetapi tak lah. Hahaha. Serius tu sebab In lebih tumpukan perhatian kepada sesuatu perkara sampai tak nak orang kacau :P Haha. Ingatlah,sebelum pelangi hadirnya hujan sebelum hadirnya hujan cuaca mendung-mendung gitu sebelum cuaca mendung-mendung panasnya terik yang amat :) Setelah lalui semua tu harinya cerah dengan Sang Pelangi Indah :D DAN,musim ini akan berubah dan berubah. Jangan putus asa dalam setiap perubahan musim ini ye ? :D ILYSM as my friend ^_^

p/s Entry ni khas untuk sahabat In yang seorang tu,moga-moga dia baca. Esok atau lusa In akan buat pelajaran English! Nak buat draft dah ni :D GtG! See yaaaaaaa ! <3

pps/ Dan bagi orang Islam,kita semua perlu seimbangkan perkara didunia dan akhirat bukan? Kalau kita asyik mengejar keduniaan memang tak kemana dah lepas ni. Marilah kita kejar kebahagiaan yang hakiki,yang kekal iaitu kebahagian di akhirat dan in syaa Allah sampai ke Jannah :) No wonder if In dan orang-orang lain masih happy-happy kalau ada masalah sebab we all know that Allah is here with us.Watching all of us.^_^~

:: NN ::

6 comments:

  1. assalamualaikum kak in.... rindu kak in~ sesungguhnya hidup ini tak akan pernah lepas dari masalah. kecuali kita bijak menyelesaikan masalah itu dengan kemampuan kita dan bimbingan allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam dik :D Miss youuu too my dear ;)
      Exactly :) Kena biasakan diri dalam susah dan senang :D
      Yep,kalau tak mampu,buangkan ego sementara waktu dan berkongsi serta minta nasihat daripada orang yang boleh dipercayai :)

      Delete
  2. she luckily to hv you, sis :) good advice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope so :) alhamdulillah...

      and not 'she' actually XD hoho~

      Delete
  3. salam...
    semua org xlari dri mslh kan In..=)
    dan kita ptt bsyukur ada mslh..ssghnya ia kan antra ujian dri Allah utk kita ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :)

      Masalah tak akan lari drpd kita sis,tp ade org cuba lari drpd masalah... how sad,sis~

      Yep ^^, bersyukur and teruskan perjuangan kita :D

      Delete