Umur dah sembilan belaih. Memang kahwin topik hangat. Hahahaha! Asyik-asyik orang tanya pasal kahwin. Ada lagi advance, tanya nama bakal anak lagi tu. Errr kekok sangat! HAHA. Calon pun tak de, tak fikir terlalu advance pun XD (Actually calon dah ada, yang dicatat di Luh Mahfuz. Cuma belum ketemu. Hehew). Okay lah, jujur kata In jenis yang suka kahwin awal. Tapi seawal In rasa adalah umur 23 atau 25. Kenapa bukan 24? Sebab 24 bunyi tak sedap. HAHA. Okay jujur, ni bukan soal menggatal ke apa. Seriously. Okay In nak luahkanlah... hurmmm... (feeling ni).
Actually, memang niat nak kahwin awal tu hado sejak kecil. Bila makin besar ni memang masih niat yang sama. Cuma at the same time datang dilemma. Dilemma nya adalah In tak sampai hati nak kahwin awal sebab In tak buat apa-apa lagi untuk ibu bapa In. 2ndly, In ni ada impian nak berkerjaya juga dan stable dengan ekonomi sendiri. Ada kereta dan rumah sendiri dengan duit sendiri. Lepas tu, In ada kucing. Impian In nak bahagiakan kucing lagi. (Ini bukan lawak, ini betul-betul). Seriously, In tak main-main. In memang serius bab kucing sebab In orang obses kucing memang ada impian mengenai kucing juga. Hahaha. In rasa benda tu semua macam takkan terlalu awal untuk In peroleh so In rasa serba salah nak kahwin awal. HAHA. Walhal kahwin awal tu menambahkan rezeki lagi-lagi perempuan yang dirahmati Allah. Dilemma sangat lewls.
Okay, In bagi alasan-alasan kenapa nak kahwin awal. Firstly, rahsia. Ini memang niat dari awal dulu tetapi In tak nak kongsi publicly. Kekawan rapat je tahu kenapa. Mak In pun tahu kenapa (if she remembers) Hahahaha. So ni In tak nak kongsi. Okay, alasan kedua. Boleh dapat anak ramai (in syaa Allah). In suka ada anak ramai X'D... Eh, anak ramai rezeki pun melimpah okay. Hahaha. Tup tup dapat anak soleh solehah (in syaa Allah), bahagia di akhirat okay. Hahaha. Pastu time diorang besar mesti In masih muda (eherm). So mudah nak memahami diorang and mudah nak blend in. Pastu dapat cucu juga time muda-muda (eh). Over dah tu. Hahaha.
And then In nak kahwin awal sebab In takut sangat Mak Abah tak sempat tengok In kahwin. Actually alasan ni baru terfikir and memang menakutkan sangat kalau Mak Abah tak hado time In kahwin :<. In anak bongsu. So takutla. But fikir balik, abang sulung In (25) and 2nd (22) belum kahwin so... In tenang sikit. Tapi still...korang dua kena cepat kahwin juga sebab Mak Abah bukan muda lagi :< . Takut lah. Tapi in syaa Allah sempat. Doakan umur Mak Abah In dipanjangkan. Aaamiiin. Lepas tu, nak kahwin awal supaya belajar awal, dapat perbaiki awal-awal. You see, belum terlambat untuk belajar. Iyalah, pengalaman sebagai seorang isteri dan ibu. Kahwin awal boleh amek iktibar awal-awal. Belajar dari kesilapan. Improve and getting better...tak la rasa terlambat sangat. hahahaha.
Lepas tu nak kahwin awal juga sebab actually seriously sedih and lepas pemergian Wan (datuk) rasa kosong je...something's missing. Memang tempat Wan tak akan ada yang boleh ganti. But as his role tu boleh orang gantikan,kan? Dulu lepas Wan takde, Maktok mainkan role. Lepas Maktok takde,siapa lagi? TT_TT. Lepas Maktok takde, Nenek pula (moyang) pergi... TT___TT... Cubaan sangat buat kami semua. Tahunnya berderet-deret. Jangan kata la, my aunty and uncles pun ada pergi... (Al-Fatihah). Rasa macam, I need to expand the family. Ceh. Best rasanya kalau dapat family baru (family belah suami). Ada ikatan baru. Can you imagine? Indahnyaaa.
And then, kahwin awal... sebab rasa seronok dalam soal mendidik. TBH, sejak In ada pengalaman jadi guru tadika memang best mengajar. Tapi In tak suka jadi cikgu actually. Cikgu disekolah. Even ditadika as well sebenarnya. Bukan sebab murid ke apa. Tapi sebab sistem :P . In tak suka mesyuarat la,kursus la...blablabla yang kerap sekali. Tak suka. Hahaha. In suka buat rules sendiri which boleh buat kalau ada keluarga sendiri :P HAHA. And didik diorang, kalau ada rezqi lah kan... best sangat. Suka. Ajar diorang untuk kenal Allah dan Rasulullah. Penting sangat. Rukun Islam dan Iman. Tanggungjawab besar dan mencabar tapi...at the same time seronok la. Nabi pun suka kan...
Bab kahwin ni In sebenarnya suka yang simple. In sendiri orang yang simple. (ye ke). Hahahaha. Inai,no. TBH, In sangat benci inai. Hahahaha. In tak kisah, tak rasa apa. Nampak lawa je, okay je kalau orang lain pakai inai. Tapi kalau diri sendiri pakai boleh menangis selagi inai ada dijari. Hahaha. Nak kata fobia tatau la tapi memang benci inai. Hahaha. Ceritanya time kecik dulu dalam 4/5/6 tahun teringin nak pakai inai sebab tengok cousin pakai. Bila dah pakai, time nak cuci tu lepas tengok tu rasa ewww sangat. Time mandi menangis-nangis nak hilangkan inai tu dijari. Serius pengalaman paling pahit,menyedihkan dan takkan dilupakan. Memang In tak suka inai dijari In. Tambah pula ada dengar soal inai, khilaf. So...bagi orang yang tidak meminati inai...In mengambil pandangan pakai inai tu haram (if I am not mistaken). Hahaha. I am okay with it. Dr.Fatin Liyana pun tak pakai okay. Jangan banyak cakap. hahaha.
Tu benda wajib In fikirkan kalau In kahwin. Harap dua-dua belah pihak dapat menghormati. Hahahaha. Tapi lagi sekali,rasa bersalah kalau fikir nak kahwin awal sebab bagi In pelajaran pun penting. Pekerjaan pun. Sebab untuk kehidupan yang stabil juga. Dan membalas jasa-jasa ibu bapa juga yang takkan habis dibalas sampai akhirat. Hahahaha. Lepas tu rasa diri tak layak dari segi...entah. Tengoklah,jahit pun baru nak belajar. Masak ala kadar je. Lol. Memang betul lepas kahwin pun boleh belajar sambil tu. Tapi bagi pandangan In baik siap sedia awal-awal sebelum jadi isteri orang. Bukan suami nak jaga isteri juga, isteri pun kena jaga kepentingan suami. Ye idok? Hahahah. Tapi fyi, suami In tu memang kena pencinta kucing dan rajin. Sebab In...tak boleh kalau tak de kucing dalam hidup ni. Hahahaha. Dengar macam over je kan? Tapi seriously, In rasa kosong kalau takde kucing. Bagi In,kucing peneman yang penting dalam hidup In. Hahaha. Serious ah. Hahaha. In tak demand lelebih, In cuma berharap dia suka kucing dan rajin (untuk urusan kucing):P HAHA. In suka tau, tengok uncles In yang rajin sangat bersihkan kucing dia bagai. Untung aunties In tauuu... ;)) Buatlah In untung sekali...LOL
So itulah serba sedikit mengenai kahwin. Kenapa In nak kahwin awal. Dan kenapa In rasa kekadang kena hold niat nak kahwin awal tu sebab benda-benda yang lain. Hmph. Tapi kalau Allah dah kata kita ready dan Allah memang dah izinkan kita untuk berumahtangga awal,memang tak dopek eden nak elakkan. Ada hikmahnya kan? So macam In kata, follow the flow... So tak nak fikir banyak. Nak ikut flow je. Kalau datang,datanglah. Tidak,fokus je dulu untuk diri sendiri dan masa depan dalam pendidikan dan kerjaya. Buat Mak Abah In juga...dan kucing In. Hahahaha. So see yeaah! Jangan fikir sangat soal jodoh siapa sebab maut itu lebih dekat ;) Silap haribulan bukan jodoh datang, 'hat tu' yang datang ambil nyawa. Seram ke tidokkk..Hahaha. So jadikan yang terbaik buat Tuhan dan ibu bapa kita. In syaa Allah ada umur yang panjang kita dapat melangkah untuk menjadi terbaik buat suami dan anak-anak. Fi amanillah. Assalamualaikum wbt.
:: NN ::
No comments:
Post a Comment