Thursday, June 18, 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Sahabat

Assalamualaikum

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK. 

.

Alhamdulillah berkesempatan menyambut Ramadhan pada tahun ini pada hari pertama. Syukur. Moga diberikan 'anugerah' dan keizinanNya untuk sambut sepenuhnya bulan yang mulia lagi penuh barakah ini. Hurm, teringat mengenai ramadhan tahun lepas. Dihnye. Hahaha. Alhamdulillah tahun ni In dapat sambut ramadhan dengan family! Yeay yeay! Tahun lepas, satu hari pun tak dapat :'( . Dah la sakit teruk. Nak flashback sikit...

Tahun lepas kan. Sakit teruk. Bukan kronik. Bunyi dia macam sakit biasa tetapi ia teruk. Tak tahan :/. Sakit apa? Selesema dan batuk. Yea yea. Bunyi macam common punya sakit. Memang common tapi ia tahap yang T e r u k. Tolonglah percaya. Tolonglah faham. Cheh. Desperate gila nak orang faham. Hahahahaha. Tak lah.. Cuma tak nak orang anggap kite buat teruk :P Lol. Bukan buat teruk tapi seriously teruk! Hmph berapa kali nak ulang? X'D 

Teruk tu sampai muntah lah. Lemah lah. Sakit itu ini. Macam pening ke ape. Hah. Memang terukkk sangat. Dalam kelas selalu batuk. Kuat lak tu. Macam mengganggu kelas je. Sampai nak batuk tu kena keluar kelas pergi jauh-jauh sejauhnya. Pergi tempat takde orang and batuk puas-puas sebab KUAT. Sakit dada :< . Rasa helpless sangat. Ingatkan nak mati. Hohoho. Ramadhan paling mencabar bagi In lah tahun lepas. Sebab sakit. Tak de keluarga disamping. Rasa helpless. 

Doktor pun tak membantu. Bukan nak bagi surat cuti sakit. Bagi dia okay je. Walhal betapa deritanya In. LOOOOL. Seriously. Doktor tu nak In pengsan dulu ke. Haiz. Tak fahamlah doktor sana tu. Kede betul. Kekadang In tak faham. Doktor tu memang rasa In ok ke atau buat-buat macam In ok. Cuba kalau In anak dia, mesti dia bagi cuti. Heh. Sebabnya tak ada guna kita sakit tetapi pergi kelas because tak kan dapat apa pun. Satu apa pun x masuk dalam otak. Ganggu suasana kelas lagi ada la. 

Dengan demamnya lagi. Kekawan ada je yang kena jangkit. Hah kan. Sape suruh doktor tak bagi cuti. In yang amek cuti sendiri. Tapi sehari je la. Kalau lebih kang kena blacklist. Hish. Susahnye kan. :( Sedih sangat bila ingat balik. Bila kita sakit kita tak dapat fikir dengan baik and perangai pun macam on and off serupa kena rasuk je. LOL. Tapi nasib baik ada kekawan iols. Kekawan sekolah i. Hahaha. Muah sikit kat diorang yang kasi support and guided me nak buat apa time sakit. Diorang suruh minum air banyak la. Tanya dah makan ubat ke tidak. Bla3... Awww thank you.

Actually, memang benda tu semua common things to do tapi bila kita sakit kekadang kita tend to forget or rasa blank. Apa nak buat. Macam mana nak bagi sihat. Kekadang slow sikit otak ni. Bila ada orang suruh baru buat. Nak bermanja kot. Heh heh. Sakit-sakit kalau dimanjakan macam best je :P Kbye. Hahaha. Lepas tu yang teruknya paling teruk nak muntah kat fakulti. Cecepat keluar kelas and lari ke toilet dekat cafe tu. 

Tapi muntah angin je. Hewhew. X jadi muntah. Tapi menangis. Sebab. Sedih tengok diri sendiri dalam keadaan menyedihkan. Kahkahkah. Ada students lain dalam toilet mula risau tanya "Eh..you okay tak ni...you okay x? Awak okay?" HAHAHA. Serius segan and malu time tu. Ehermmmm... *tutupmuka* *facepalm* Hahahaha. Saya masih ingat orang-orang tu. Terima kasih awaks semua. Walaupun tak kenal tapi dapat rasa keprihatinan awaks semua :P Hahahaha. Bebudak kelas In tak perasan pun In menangis sebab In bab cover memang tipstops i tell you. Hahaha. Masuk kelas balik make sure muka kental dan gangster. Lah sangat. :P

Pendek kata memang tak reti jaga diri sendiri bila sakit bila diperantauan. Jauh daripada keluarga. In sangat noob bila sakit. Tak tau nak buat apa. Lagi satu hal. Tak tau diri sendiri demam. Bila demam tak tau pula baik ke belum. So gagah keluar beli alat check suhu badan. Semata-mata nak pantau diri sendiri sebab doktor kata kalau demam x baik kena pergi klinik semula. Abah In la asyik kata denggi denggi. Dia takut In kena denggi sebab ciri-ciri kena denggi tu ada. So orang kata baik dengar cakap orang tua-tua kan. kalau ketegaq nanti kena padahnya. Alhamdulillah berkat mendengar kata ayahanda beta, beta sihat walafiat bebas daripada denggi. Moga2 jauh diriku dan kita semua daripada penyakit denggi. Jauh-jauhkanlah. Na'uzubillah min zalik. 

Motif flashback sebab nak kata tahun ni pun kena 'serangan' yang sama. Sakit macam ramadhan tahun lepas tetapi tak seteruk tahun lepas. Kali ni tak de la muntah-muntah ke hape.Alhamdulillah. Dan kali ni tak rasa helpless sebab ada keluarga disamping weee... Tapi kan bila dah ada keluarga dekat dengan In, In rasa boleh fikir dengan baik. Kalau jauh daripada diorang In rasa helpless. LOL. Maksudnya tengah-tengah duk sakit ini In tahu je ape nak buat supaya cepat baik. See... permainan otak ni. Cheh. Salahkan otak. Hm. 

Alhamdulillah masuk ramadhan pertama ni rasa macam makin baik. Syukur dah pergi jumpa doktor awal-awal. Kalau drag mesti lagi lambat baik. Entah ramadhan ke berapa nak baik kan. Tak best la sambut ramadhan dengan sakit-sakit ni. Sedihla. Hm. Satu hal yang In syukur. Tahun lepas time ramadhan. Ada hikmah juga. In memang rasa Allah sangat sangat memahami. Sebab time kita sakit mesti kita perlukan ubat untuk dimakan kan? Supaya cepat baik. In tak perlu skip puasa pun sebab time In sakit tu memang In tak boleh puasa! Omo omo! Allah sangat sweeeeet kan :* 
Rasa terharu sangat T_T. In betul-betul rasa Allah sayangkan In and In sayangkan Allah. Hee. 

 Apapun. Nak kata SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. Moga sihat-sihat dan kuat! Yang ber-ramadhan di perantauan tanpa keluarga tu sila tabah ye! I know how it feels. He he. Well to be honest dulu In rasa excited sangat ramadhan tanpa keluarga sebab dapat rasa new feelings. Dan new experience. Alhamdulillah. Actually In rasa sedih satu hal je tahun lepas x dapat puasa dengan family. Sebab pertama sekali makanan :P Kedua tu sebab sakit. Bila sakit memang homesick. Tak sakit, lupa keluarga :P LOL. Kidding! >_<

Enjoy your ramadhan. Maksud In bukan enjoy yang melaghakan tetapi yang membawa manfaat dan menggembirakan hati. Takmo seteres time bulan puasa. Takmo buat hal bebukan ye. Takmo. Jaga diri dan iman. Sahur jangan makan banyak nanti cepat lapar. *Fakta saya sendiri* :P LOL. (Atau mungkin memang wujud dan betul? i don't know) Hahaha. Apa pun have fun ! Semoga kita dapat that malam lailatul qadar...In syaa Allah. Malam yang paling indah dalam bulan ramadhan kan? Hee. Take care. Fi amanillah. Assalamualaikum.

::NN::

2 comments:

  1. Bulan puasa nie kena jaga diri lebih sikit. Kalau Arol, kalau boleh tak nak tinggal puasa sebab nanti mesti liat nak ganti. Hehe! :D

    Tahun lepas langsung tak balik rumah ke? Hmm, itu memang sedih. Dah macam study kat oversea pulak. Hehe! Cuma bezanya dapat beraya dengan keluarga.

    Nasib baik Arol ada gap dua minggu, so dapat berpuasa kat rumah. Ramai kawan yang first time puasa 1 Ramadan kat U, sedih jek baca status Facebook dorang. Arol minggu depan balik U, so dapatlah jugak feeling puasa di perantauan (lah sangat). :D

    Eh, panjang pulak komen! Sebab dah lama tak datang sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arol! Dapattt dapattt puasa dengan fam tahun lepas tapi akhir2 ramadhan nak dekat raya. Tbh In x ingat langsung mengenai ramadhan lalu. Rasa macam x pernah berlaku. Hahahaha. Nasib baik dh habis asasi and tahun ni dapat puasa penuh dngn fam! Yey in syaa Allah. Salam Al Mubarak!

      Delete