Monday, June 29, 2015

Bahasa Melayu Terhakis?

Assalamualaikum

Haiii...hakak tak boleh tidur jadi hakak hapdet blog. Kebelakangan ni terasa macam bahasa Melayu In semakin...koman. Koman maksudnya...noob? Maksudnya... macam... tak berapa betul la... Paling teruk la In tersalah... In nak kata 'janggal' tapi In kata 'ganjal'. Apakah? Dude, memalukan betul. Hahahaha. Macam-macam la,siapa rapat dengan In memang tahu sangat In selalu je salah guna perkataan. Membalikkan ayat ke ape. Mungkin ada dalam penulisan di blog In yang In sendiri tak perasan tetapi pembaca perasan? Perhaps? Perhaps... Hahahaha!

Pertama sekali. Persoalan. "Kenapa In semakin tak pandai guna bahasa Melayu?" Okay, sebenarnya In bukan pada tahap yang semakin lupa bahasa Melayu. Jauh sekali bukan. Dan In bukan juga yang jenis orang Melayu pergi UK, balik Malaysia terus hilang bahasa Melayu dia. Bukan. In sebenarnya, jenis... em... jenis yang tak reti guna ayat/perkataan tertentu. In jenis...yang tertinggal huruf atau terbalikkan huruf dalam perkataan tu...In jenis...yang lupa perkataan tu guna untuk situasi apa. Persoalan kedua, "Apa puncanya?". Sebenarnya In juga masih tercari-cari puncanya XD. Nak kata duapulohempatjam berspeaking,bukan. Kalau In fikir-fikir, mungkin kerana keturunan. (Terbau macam nak put a blame on others) :P HAHA. No, actually Mak In pun dalam penggunaan bahasa Melayu dia sangat... tak okay X'D . Way more worse than me. Hahahah. In selalu perbetulkan kesilapan Mak In dalam berbahasa. Abah In as well. Sebab sometimes, kitorang tak faham apa Mak In kata. Kekadang, kesilapan cakap juga boleh membawa maksud yang berbeza. Kita faham dia cakap apa,tetapi kita salah faham dengan maksudnya. Hahahah! Get it? >_<

So In syak mulanya dengan keturunan. BUT, this can avoid. Buktinya In sebenarnya sangat mahir dalam bahasa Melayu, mungkin paling mahir antara adik beradik, atau mungkin yang ke-2 mahir. (AT LEAST). Kekadang rasa abang sulung paling win bab berbahasa Melayu. Buktinya? Keputusan peperiksaan kami dolu-dolu time sekolah since primary. Selalu In bandingkan dengan abang ke-2 sebab beza kami hanya 3 tahun. Yang sulung macam terlalu lama so no use nak comparenyepunnn. Kertas-kertas dia maybe dah direcycle-d. So, sebab yang ke-2 mungkin pengaruh budaya sekeliling. In masuk UiTM as a law student. Seriously,guys... pergi sana,masuk law school...hampir semua speaking bak hang. Hahahaha! Selalu dengar orang sana,orang sini speaking je. Subjects In belajar pun semua English kecuali agama. Tasks kitorang dalam bahasa English. Paling WIN, korang tak kan boleh imagine punya... BAHASA INGGERIS LAW MEMANG THORBAEKKK. BERBELIT SANGAT. Bahasa Inggeris dia, tak boleh cari maksud dalam kamus biasa. Kena cari dalam kamus law. Unique bukan? So In rasa ia mempengaruhi sedikit sebanyak! Lidah In pun dah berbelit :<

Next, In syak dengan diri In sendiri yang terlalu fokus kepada pembacaan buku bahasa Inggeris dan tonton movie dalam bahasa Inggeris. Mana taknya, bahan bacaan Melayu yang baik macam segelintir je. Kalau novel, ngarut sangat~ Apatah lagi cerita. Blergh. Don't put the blame on me. Absolutely refuse to shoulder the blame for this matter! (Cheh). Nay, kidding! Okay, alasan yang ke-3 probably...em... In jarang guna bahasa Melayu secara total bukan? Mesti ada Manglish kan? Agaknya kenapa? Mungkin sebab tak ada keyakinan dalam berbahasa Melayu atau sebaliknya atau... In tak ingat that words or tak ingat nak expressed that sentences in Malay! Kahkahkah... TBH, apa yang In type ni sebijik apa yang In cakap (dalam hati of course). Medium untuk In luahkan adalah dengan penggunaan jari jemari ni untuk mengekspresi (betul tak?) ke dalam blog!

Persoalan yang ke-3, "Macam mana nak back to normal (konon) or nak pertingkatkan lagi penggunaan gaya bahasa Melayu?" Well, ada kekawan beri nasihat baca buku Melayu. Korang ingat In tak baca ke? In baca okay. Hahaha. Cuma... tak banyak. But still baca,bukan tinggal langsung pun. Actually, dulu lagi teruk. Dulu mana ada baca langsung buku bahasa Melayu tapi still okay je penggunaan bahasa Melayu In. In pun bukan jenis speaking sangat dalam rumah. Even Abah In speaking kepada In, selalu In balas in Malay je sebab malas nak speaking (pun boleh). Selalunya In berbahasa Inggeris bila In kecewa, terlalu sedih, terlalu gembira, geram, level nak marah tak marah (tak elok marah-marah) or tak reti nak explain dalam bahasa Melayu and In rasa lebih panjang ayat dia kalau berbahasa Melayu. Hahaha. Kalau korang tanya In kan, suka cakap bahasa apa antara Melayu dan Inggeris. Heyyy,mestilah In kata bahasa Melayu. Orang Melayu, duduk Malaysia...bahasa Melayu la nombor satu (nampak tak patriotisme tu) (ada kena mengena ke). Cuma keadaan tidak menyebelahi In kekadang. Sobs T^T.

Persoalan ke-4, "Lupa daratan ke, bajet Matsalleh ke?" Well hello, lupa daratan jauh sekali as I said before yang In bukan tahap teruk sangat sampai tak pandai langsung cakap Melayu ka, nak speaking duapulohempatjam ke. But kekadang, even ada orang actually...kenalan In, yang dia sebenarnya lebih kepada penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan dia. Dia kata bahasa Inggeris merupakan bahasa nombor satu dia, macam bahasa ibunda dia. Peh. Hebat ko. Tapi bukan bermaksud dia lupa daratan. Just corak kehidupan dia awal-awal telah dicorak sebegitu rupa, nak buat macam mana. Bukan bermaksud mak ayah dia pula lupa daratan, mungkin mak ayah dia dah ada perancangan masa depan dulu. Hahaha. Ye la, bahasa Inggeris kan penting sekarang, so...nak tak nak memang kena mula dari kecil la. Bajet matsalleh pun jauh sekali. Macam In kata, penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris amat penting sekarang. Kalau blog dulu-dulu In lah, atau post berkurun lama, bagi kekawan yang setia membaca dari permulaan In berblogging, mesti perasan dolu-dolu In selalu juga post in English FULL. FULL okay, bukan bahasa Melayu dan bukan Manglish. Tetapi sekarang lebih kepada berbahasa Melayu dan Manglish. Kenapa? (Sebenarnya In pun tak tahu). HAHA. I tend to do so... dia macam...In rasa penting juga untuk kita berbahasa Melayu dalam penulisan. Even if memang sekarang pun In berbahasa Inggeris penuh, bukan bermaksud bajet matsalleh. Ramai bloggers yang femes pemes pun guna English. Kekadang kita bantu diri sendiri dan juga pembaca dalam peningkatan berbahasa Inggeris. Korang cuma kena stay positive!

So konklusinya, ya...In memang KADANG-KADANG (bukan selalu), ada masalah dalam penggunaan bahasa Melayu. Lagi-lagi, ada orang kata In cakap Indon la (slang)... blablablaaa... Ya ya... semua tu tak disengajakan. Memang terasa bahasa Melayu In terhakis sedikit sebanyak but still, boleh berpuitis dalam bahasa. (amacam...). Anddd penggunaan bahasa Inggeris In adalah ala kadar. Tak macam orang fikir yang In selalu berbahasa Inggeris...nay. Sebenarnya, apabila In menype atau bertext memang In more dalam berbahasa Inggeris especially apabila orang yang In berkomunikasi itu juga menggunakan dalam bahasa Inggeris. Tetapi dalam percakapan, In lebih kepada bahasa Melayu. Unless kawan In tu, or saudara In tu jenis yang English dia lebih daripada bahasa Melayu since dari kecik so...nak perbualan berjalan lancar kena ikut dia lah~ Dengan orang Melayu In memang selalu cakap Melayu. Even dia cakap BI, In akan balas BM. Kalau orang bukan Melayu or senang orang bukan Islam, In...haa ni unik sikit. Kalau dia cakap BI, In balas BI. Dan kalau dia cakap BM, In more kepada BI. HAHAHA. Kenapa? In pun tak tahu. In rasa pelik kot. LOL. Tapi ini bukan bermakna penggunaan bahasa Inggeris In hebat. Nope... Penggunaan bahasa Inggeris In biasa-biasa ja, cuma bahasa Melayu tu yang awalnya tahap ehermmm terer la jugak kahkahkah (sorry), jadi merundum macam budak baru belajar.  Maybe lama tak buat karangan kot, ayat tak bunga-bunga so... hilang bahasa sikit hahah! Apapun, bahasa Melayu masih menjadi keutamaan saya. Malah, In pernah berhasrat nak masuk bidang bahasa Melayu ni tau. Lelagi belajar bahasa Melayu klasik pehhh! Deep betul nanti penulisan In huahuahua... So, In akan berusaha untuk kembali berkembang dengan bahasa dan at the same time masih juga belajar b.Inggeris sebagai kepentingan kedua. Bahasa Mandarin apa cerita? Hurm, ke laut banyak dah...Nanti lah In revise balik. Yang tak best walaupun tahu nak cakap tapi tak de siapa nak berkomunikasi in Mandarin untuk memperbetulkan sebutan dan penguasaan In dalam Mandarin. Hu hu. Okay, fi amanillah. Assalamualaikum.

:: NN ::

7 comments:

  1. betul tu In! Bahasa Melayu dah makin terhakis. :')

    ReplyDelete
  2. rasanya sekarang bila masuk form six... banyak jumpa orang yg keluarga dia full berspiking sampai dia sendiri dah terbelit nak cakap bahasa melayu. hrmm...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Sejahtera semua! Halo semua! saya nak ketengahkan pendapat saya saya harap tuan puan yang berbangsa Melayu patut menerima, mempertimbangkan dan mengambil berat mengenai apa yang saya nak cakapkan.
    Aduhai, cik In, nak pandai cakap Melayu tu, tak tahulah saya sebab cik in pun cakap campur aduk atau guna bahasa rojak. Kejap cakap Melayu, kejap2 cakap Inggeris. Tu yang menjadi masalah Cik In dan orang2 kita sebenarnya ni,,,,Jadi, kita kalau boleh nak martabatkan bahasa kita, kenalah guna bahasa piawai atau baku, bukan cakap campur aduk macam tu. Saya bukanlah nak menyindir tapi kalau kita nak suruh orang lain cakap Melayu dgn baik . Jadi, sepatutnya kita dulu yang patut beri contoh yang baik dan cakap Melayu dgn baik serta tunjukkan cara kita berbahasa kebangsaan dgn baik, bukan main redah je. Kalau kita sendiri pun cakap Melayu tunggang langgang , apatah lagi anak keturunan kita nanti. Betul tak? Kita patut jaga bahasa kita dan cara kita berbahasa serta jangan sesekali campuradukkan bahasa Melayu dgn bahasa Inggeris. Saya rasa cakap loghat Melayu lagi baik daripada cakap rojak sebab walaupun cakap loghat Melayu atau bahasa daerah ni juga macam guna bahasa yang tak piawai atau tak baku sekurang2 masih lagi guna bahasa orang2 Melayu bukan guna bahasa asing atau senang cita , bahasa rojak. Pendek cerita, cakap bahasa loghat atau pelat Melayu lebih baik daripada cakap bahasa rojak. Bahasa Rojak ni bahasa campur aduk dgn bahasa Ibunda kita dgn bahasa asing. Jadi, merosakkan bahasa kita dan menghilang jati diri atau pengenalan bahasa dan bangsa kita sebab bahasa mencerminkan atau melambangkan bangsa. Sekian itu saja, terima kasih, salam hormat!

    ReplyDelete
  4. Sejahtera semua! Helo semua! saya luahkan pendapat mengenai bahasa Melayu. Baiklah, apa yang Cik In cakap tu ada betulnya tapi saya rasa sedikit terkilan melihat karangan Cik In yg bercampur aduk menggunakan bahasa. Maksud saya sekejap cakap Melayu, sekejap cakap Inggeris. Ini boleh merosakkan bahasa Melayu. Bagi saya, baik guna bahasa loghat atau pelat negeri daripada guna bahasa rojak/bahasa yang bercampur aduk ni sebab bahasa loghat atau bahasa daerah sekurang2 masih lagi termasuk daripada bahasa Melayu bukan bahasa asing. Bahasa rojak yang Cik In gunakan ni memang saya agak kecewa dan merasa sedih bagaimana bisa Cik In nak jadi pakar bahasa Melayu sedangkan percakapan atau cara berbahasa Cik In pun guna bahasa rojak. Sebenarnya bahasa rojak macam nilah yang menjadi masalah Cik In dan org2 kita sekarang ni. Jadi, fikir2kanlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam alaik. Terima kasih atas perkongsian dan pendapat. Nampak begitu semangat sekali. Hahaha. Pertamanya, menggunakan bahasa loghat bagi saya tidak sepatutnya jika kita fokus kepada pembacaan umum kerana tak semua tahu loghat-loghat yang ada di Malaysia. Yang keduanya, ya saya terima penggunaan Manglish tidak sepatutnya. Kalau nak cakap Melayu, Melayu terus. Nak cakap Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris terus. Bukan saya tak mencuba, saya sangat berusaha mencuba dan masih lagi mencuba :) in syaa Allah. Terima kasih :)

      Delete