Friday, July 3, 2015

Sis, Tak Panas Ke?

Assalamualaikum

Ni hao ebelibadi! Ini bukan post 'Aku Yang Masak, Kau Yang Panas'. Ini persoalan mengenai orang sekeliling saya yang tanya , "Sis, tak panas ke?" Asal pula In nak rasa panas? Ada orang kuang hajo dengan sesape ke?
Eh meh sini nak luku orang tuuu... ><'''

Okay ekceli, ramai juga yang kenal In dengan cara pemakaian In. In kan, benda wajib pakai selain pakaian 'zahir', In kena pakai inner. Baju inner. Kalau masih rasa insecure lagi, In pakai handsocks. Insecure lagi, nak pakai sarung tangan pulak (in syaa Allah, omy). Pastu, kalau pakai kain dalam pun pakai seluar or, seluar hitam fit macam orang bersukan tu kan. Haa... Motif utama, keselesaan. Pastu nak kena feel secured la. Maksudnya aurat terjaga. Lebih tebal dan besar pakaian lebih rasa selamat dan terjaga. Hewhew.  Pastu baru rasa selesa. Niat sampingan (pun ada), kalau pakai kain pastu ada seluar motifnya boleh la nak lasak-lasak sikit (lol) dan mungkin time emergency boleh guna nak buat side kick ke ape kan (tediaaa). 

So, orang sekeliling tengok dengan heran. Makcik pakcik duk kipaih kipaih panaih bak hang. (LOL). Pastu kekawan pula macam... "panas Malaysiaaa" (ha ha, you guys should stop with the 'siaaa(sial)' Beradab please (hurm). Pastu jeling-jeling dari atas ke bawah, bawah ke atas. In pun macam "eh pehalll,ada tak kena ke dengan pakaian ni. Ishhh nampak pa pe ke... Ish ada pa pe ke..." Bermacam emosi bergelora di hati. In memang sensitip bab-bab ni. Pandang-pandang In memang tak shuuukeee... (lol). Pastu baru diorang bersuara, "Haihhh, tak panas ka pakai lapis-lapis macam ni?", "Haihhh, tak panas ka pakai pakaian macam ni (jubah and whatsoeverrrr)". Diorang keluh "haihhhh" dulu baru aju soalan. Macam terseksa sangat tengok In ni, walhal In lagi seksa tengok diorang dengan tanda tanya , "Korang ni, panas sangat ke???" (Agak mengejutkan dengan pakaian mereka yang tidak cukup kain, maklum sebab nak raya dah...tak da timeee...(LOL))

In dengan selamba disertakan senyuman yang sangattt manis (eherm) berkata, "Tak panas pun..." Kalau baik sikit In kata, "Panas la jugak. Sikit." (Konon In pun faham perasaan diorang). Jujur, In tak tahu ini isu apa. Sama ada In jenis yang susah rasa panas, atau suka panas so rasa macam tak panas atau isu lain. Tapi hakikat apa yang In rasa, awal-awal pemakaian In memang rasa panas juga tapi tak rasa macam nak berkipas-kipas. Pastu, makin lama makin jatuh cinta pakai macam ni, rasa enjoy. Pastu jujur In rasa, jarang sangat rasa panas. Bukan sebab In baik tapi In rasa, dengan izin Allah benda baik dipermudahkan. Berserta niat yang baik. In syaa Allah. Pastu ya, berpeluh-peluh, YA TAPI, In tak rasa panas. Korang faham tak? Peluh, TAPI tak rasa panas. Hewhew. Pastu ADA rasa panas, tapi boleh tahannn... rasa macam ala panas ni normal, so-so je. Padahal Mak Jemah rumah belakang dah bermandikan ais dan anak-beranak dia minum dua tong air ais. Hurmmm. 

Mokcikpokcik In especially time gather sama-sama kekadang ada ja la aju soalan ni. Kekadang diorang tak tanya, diorang bagi jawapan. Contoh... "Aih panaih ngat aih...Sis(me) tu biasala tak reti rasa panaih." Nampak tak, dia tak tanya. Dia bagitau In ni spesis tak reti rasa panas. Ha ha. Baguslah. Nampaknya dia memahami In. Huahua. Benda paling kelakar, pernah berpakaian macam tu pastu duduk sesorang kat hall pastu main phone pastu lama-lama baru sedar fan tak on... betapa In selesa dan enjoy dengan pemakaian In. Hurmmm... Mak In pun kekadang tegur, "ish tak panas ka tak on fan." Sorry,tak sedar lerrrr Makkkk...

Fakta : Pernah lupa nak makan
Fakta : Pernah berpakaian berlapis-lapis (tidak terkecuali bertudung sekali opkos) dan lupa on fan dalam cuaca yang panas. Walhal berpeluh tapi tak rasa apa. 

Konklusinya, jangan takut dengan perubahan. Jangan berundur kerana cuaca tetapi majulah kerana Tuhan dan diri sendiri. Jaga diri sendiri, iman tu. Maruah tu. Perjuangan Rasulullah SAW tu (dalam menaikkan martabat wanita). Jagalah jagaaa cekmekmolekkkk. Mula-mula rasa super hot. Pastu akan rasa hot. Pastu dan selamanya (in syaa Allah) cool for ever afterrr...(wah). Dia jadi cool, cooler and the coolest. Eherm. Hahaha. Coba aja... tak rugi. Basic ja, Tudung bawah dada,belakang dan bahu. Baju labuh punggung tidak mengikut bentuk badan dan serupa juga dengan seluar/kain/jubah and whatsoeverrr... In je yang melampau sampai nak berinner, tak cukup inner ber handsocks X'D. Rasa insecure pada diri sendiri adalah sangat tinggi,what to do :) Bagi In sebagai seorang perempuan, aurat dan maruah nombor satu untuk dijaga agar Islam dan Iman terjaga. In syaa Allah. 

p/s Paklang Jalil In baru sahaja meninggal awal semalam sebelum subuh I think. Tolong doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. (Al-Fatihah). (Yasiin sekali pun boleh). (Lagi pun ni kan hari Jumaat.). Arwah baru je datang ke rumah sebulan atau 2 bulan yang lepas. AllahuAllah... Nampak sihat benornye, tetapi ajal tak tunggu. Takdir Tuhan kepadanya :') . Redhakanlah... Semoga ketemu disyurga. In syaa Allah. I will try my best TT^TT... :')) Wait forrr meeee...

Nota Kencanggg! : Pakai baju lengan pendek dan berhandsocks tidak dikira menutup aurat dengan sempurna KECUALI handsocks itu tidak ketat. Handsocks itu longgar dan tidak menampakkan bentuk tangan. JIKA TIDAK, ia dikira MEMBALUT aurat bukan MENUTUP aurat. Allahu'alam. Sekian.

Fi amanillah. Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

No comments:

Post a Comment