Thursday, July 9, 2015

Berubah Berubah Berubah

Assalamualaikum

Hati ini tidak akan bertaman tanpa Rasulullah SAW *bermonolog* 

.

Hi semorang! Pe khabar? Amek extra manfaat dalam 10 Ramadhan terakhir ni tak? Rugi kalau tak! Rugi kalau tak dapat Malam Lailatul Qadr! Usaha! Okay? Hehehe. Apapun topik besaunya adalah Berubah. Semua benda tak jalan kalau tak nak berubah. Nak berubah tu kena ada niat sudah tentu, dan usaha. Baru perubahan itu berjalan lancar, In syaa Allah!

Awak awak awak, hidup ini kan... terlalu singkat untuk kita hidup dalam kenangan sahaja. Terlalu singkat untuk tidak move on. Jadi kena move on! Bila awak awak awak move on kan, ketahuilah terasa seperti dunia yang baru. Jauh lebih indah dan tenang. In syaa Allah! Apa guna memori lama jika ia hanya mengundang kesedihan tanpa kesedaran.

Okay, apa lah kan In membebel ni move on lah, memori la, kenangan lah. Ini secara general. Bukan sekadar memori luka, kenangan duka saat bercinta cintun. Tetapi secara general melingkupi segala kerugian kita pada masa lalu. Kerugian masa, waktu, tenaga dan nikmat! Penuh dusta, lagha dan dosa-dosa. Renung jap... hurmmmmmmmmmmmm.

Manusia ni sensitif. Sikit-sikit sentap. Tapi baguslah sentap tu. Maknanya memang kena tepat pada diri sendiri, tu yang nak sentap tu. Maknanya hati itu masih ada chance nak berubah! Nak jemput mai mai mai mai mai hidayah. Hehe. Tapi kan, sentap saja. Nak berubah tidak. Pulak! Lagi teruk acah-acah sentap. Beli buku tarbiah sentap, ambil gambar satu petikan, upload dan #sentap. =.='''

Sentap, terasa, hati terusik tetapi tak buat apa-apa. Seolah-olah hidayah datang dan hanya disapa didepan pintu hati. Tak diundang masuk pun kedalam hati dek kerana tidak dapat melawan penyakit-penyakit  hati yang sedang bermaharajalela. Maka teruslah berada dalam kegelisahan dosa,maksiat. Bukannya kegelisahan dalam menerima hidayah untuk mengubah hidup ke arah lebih baik!

Dramanya macam ni... (ilustrasi pendek)

Hidayah : *knock knock!* Assalamualaikummm...

Hati : *Membuka pintu* Ohhh, hidayah ka... waalaikumussalam wbt...bye!

Hidayah : ... TT___TT

Setakat tu ja. TU JA. TU JA? TU JA. Tak jemput masuk pun. Maka mereka pun berhuhuhuhu...
 -___-...

Pelik sangat, tetamu nak masuk bagi tambah seri tapi ditolak. Kenapa? Sebab tak ada usaha nak berubah..........(Dalam kes hidayah nak masuk ke dalam hati)  Rugi kan? Pembaca-pembaca selalu ada rasa gelisah tak? Kalau tak selalu, tapi pernah rasa kan? Kan kan kan? ^_^. Agak-agak kenapanya ada rasa gelisah tu? Ce teka, ce teka... (Sukanya In sok-sok tahu gituh). Heheheh...

Orang gelisah ni, ada dua jenis. 

1. Gelisah saat hidayah Allah mula ingin memasuki ke dalam hati.

Macam pelik kan, hidayah Allah nak datang pun gelisah. Ish, tak logik betul. HAA SIAPA KATA TAK LOGIK??? Cuba ingat balik ketika-ketikanyaaa crush In, cinta hati In nak terima wahyu... eherm, In tengah kata mengenai Rasulullah SAW. >_<. Alaaa, malu la kite... (okay melawak).
Apa ceritanyaaa? 

Nak pendekkan cerita, time tu Nabi Muhammad SAW badan berpeluh-peluh, hati jadi resah takut dan gelisah, dan pulang ke rumah apabila datangnya malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu. Selepas itu...semua tahu la noh apa yang terjadi. Ni kan antara kisah popular, penting mengenai Rasulullah SAW ^^,.

Jadi, untuk hilangkan gelisah ini perlulah mendekatkan diri kepada Allah agar mudah tenang, dan hidayah Allah itu masuk ke dalam hati kita setelah menepis, melawan, dan merawat penyakit-penyakit hati kita. Hilang segala tompokan titik dakwat cat hitam di hati kita tu. In syaa Allah, dengan izinNya!

Kan Allah ada berfirman, dengan mengingatiNya hati akan tenang. Ingatlah Allah, hati pasti tenang, no doubt! Belum cuba, belum tahu! Tak kenal maka tak cinta. Kenal Allah, sudah tentu tak rugi malah jatuh cinta sedalam-dalam lautan cinta. Huhuhu... Pastu, dalam mendekatkan diri kepada Allah tu, haa...solatlah taubat ke, rajin zikrullah ke... dekat dengan Al-Quran. Baca Al-Quran.

Lalu, pasti akan rasa dekattt sangat dengan Allah. Menangis-nangis ingat dan menyesali dosa-dosa lalu, segala perkara lagha. Gelisah pasti akan hilang selepas itu! Dan apabila hendak melakukan apa-apa keburukan, maksiat, kesalahan atau pun dosa, hati akan datang gelisah serba-salah kerana takutkan Allah dan dosa sebagai 'ganjaran'. Pastu, tak jadi la buat. Alhamdulillah...

2. Gelisah saat menolak hidayah dan terus dibelenggu kemaksiatan.

Time gelisah tu kan, yang tengah rasa gelisah pasai pa tak tau. Konpius. Buat apa-apa serba tak kena. Instead of kembali kepada Allah, pergi buat benda lain. Benda yang bertambah lagha, tapi rasa dia pehhh macam segala kekusutan hilang. Contohya nak hilang rasa gelisah, pi dengar lagu lagha kuat-kuat, menari-nari, pi clubbing, minum air kencing syaiton nirrojim aka arak, ambil dadah dan sebagainya. Rosak!

Gelisah tu hilang. Pasti rasa macam dah hilang. Tapi ketahuilah gelisah yang hilang tu, yang nak bawa ke jalan yang benar. Yang ketuk-ketuk pintu hati tu tapi dah direject dengan kejam. Iskkk. Friendzone pun tak ada! Apa yang ada? Tu, yang kencing tu XD. Itulah peneman 'setia' yang buat syok sendiri rasa macam tak gelisah dah. 

Padahal kan, gelisah lain yang datang. Gelisah ni kan, feel dia lain sikit. Gelisah ni dalam keadaan sedar tak sedar. Bila buat dosa pun, rasa best. Rasa tenang. Tak rasa apa. Gelisah ni dasyat. Pastu kan, sampai tahap tak rawat, boleh bawa kemurungan lama-lama. Pastu kan, boleh bawa ke arah bunuh diri! Na'uzubillah min zalik. 

Jadi, orang tu sebenarnya dalam kerugian kerana bila nak buat maksiat, kesalahan, keburukan dan dosa tapi tak rasa apa kerana sudah terbiasa. Hidayah yang hadir dihalau, tak sempat nak ajak masuk pun, tak dihalau pun. Sombongnya sombong! Lalu, teruslah dibelenggu dengan kegelapan, yang syok sendiri ingatkan dah bertemu dengan cahaya balik. Heh!

Konklusinya, apabila gelisah itu...tandanya hidayah nak masuk lah tu. Jadi, cecepat la jemput masuk, sedarlah sedar okay untuk menggenggam hidayah dan berubah! Usaha untuk berubah. Kalau dah jemput masuk, tak ada komitmen dan usaha nak berubah tak boleh jugak. Aduh, pening. Nanti tetamu tu balik (hidayah). Ni kes nak bagi tetamu tinggal dalam rumah (hati) kita selamanya XD.

Jadi, jangan sentap saja. Berubah. Usaha. Berubah. Jangan gelisah dan tak mencari Tuhan. Cari Tuhan. Berubah. Usaha. Berubah. In syaa Allah, hidup pasti lebih bahagia dan bermakna. Dengan hidayah dan redha Allah. Pasti semua berjalan dengan lancar! Cantikkkk ahhhh! Heee. Minta diri dulu, fi amanillah wa fi hifzillah. Assalamualaikum wbt!

:: NN ::

2 comments:

  1. Nice entry sahabat. Datang singgah beraya kat sini. hehehehe .selamt hari raya :)

    http://santanmanis.blogspot.com/2015/08/raya-bersama-yuna-oh-yeah.html

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ

    ReplyDelete