Thursday, June 25, 2015

Kehidupan Sehabisnya Asasi

Assalamualaikum

Hi semorang :) Pe khabar? Okay In rasa nak berceloteh banyak-banyak pagi buta ni. Tengah feeling-feeling juga tapi feeling tu simpan untuk my next post right after this post okay? Semangat ite awak. Hahahaha. Ada adik yang minta (In tahu dia lagi muda sebab dia panggil Kak Min!) untuk In bercerita mengenai kehidupan selepas asasi. Jujurnya In tak update mengenai kehidupan selepas asasi sebab tak ada apa-apa interesting sangat pun yang In buat hehew so tak rasa nak bercerita. But as someone requested about this so yeah! At least dia bagi idea untuk In update blog,thanks little sister! (101% sure that person is a girl. Kan? Yo yo o je. Hahaha). Anyway kalau lelaki rasa janggal pula panggil In as 'Kak Min'. No,just no. Let me know your gender pretty please. Hehew.

So, after asasi apa yang In buat? Balik saja ke daerah kelahiran saya, hehe...In pertama sekali cium-cium budak paling busuk dalam rumah si Mu'iz (my one and only cat,fyi). Agak dull mula-mula. Tatau lagi nak buat apa,just buang masa dengan tengok TV yang dah record sejak azali. Hehe. Pastu tetiba Mak peringatkan Abah bahawa sebelum In 'graduate' daripada asasi,time-time In tengah exam,In ada feeling-feeling tension dan kata after asasi I nak jejalan releasekan tension I. LOOL. So dengan itu Abah merealisasikan 'impian' kecil In dengan membawa In ke negeri-negeri tercinta di tanah air seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Cup,Johor tak jadi. Hahaha. Sebab kitorang suka duduk Melaka lama-lama :P LOL. Sorry Johor,nanti I datang okay? >_<. Kata nak update kan mengenai percutian tu malangnya tunggu lebih lama lagi,sekejap je lagi...Bersabar sebab In tak transfer gambar-gambar di laptop lagi. Ampun maaf dipinta ;)

Actually In lebih berangan nak pergi lebih jauh tapi... sebab abang-abang In tak ada cuti -____- so... kena pergi jalan-jalan 'lebih dekat' lah. Konsep Abah In adalah sama rata. Kalau nak pergi jalan jauh-jauh dia nak anak-anak dia semua ikut,katanya adil dan saksama. Sedangkan abang sulungku dah ke Hatyai bagai dengan kekawan dia still Abahku rasa nak pergi jalan jauh kena bawa abang-abang sekali -___-. Okay,fine. Hahahaha. Actually bagus juga sebab dari segi pengalaman, In lebih suka pergi jejalan dengan adanya abang-abang sekali sebab In lebih free explore tempat tu. In boleh pergi keluar bila-bila masa dimana-mana tempat kalau ada abang-abang In. Kalau dengan parents je,terikat sikit. Kena ikut diorang je. Of course diorang tak lepas In jalan sesorang di kota orang lain (blergh). Hahaha. Lagipula time perjalanan dalam kereta tak ada orang nak diusik or nak digaduh. huihui...Pastu kalau mengantuk takde bahu nak disandar heh heh... Kekadang In dengan abang-abang In tersweet seketika tanpa kitorang sedar sebab kitorang dah penat sangat dan mindless dan heartless. LOL. (Masih terasa bahu-bahu diorang yang sangat empuk ketika di Langkawi dulu) OHOHOHO.

So after sakan berjalan-jalan, emmm In penuhkan masa In dengan membaca buku,novels. Sebab konsep In sepanjang cuti ni tak nak mereput. Sebab kekawan In kata kepada In, "Kau tengoklah, beberapa hari je kau having fun lepas tu kau mereputs." Iskiskisk,guys why so negative? Hahahah ceh. So konsep In secara positif ialah tak akan mereput. Itu pilihan sendiri sebenarnya dan In tak nak mereput dan In akan buat apa sahaja buat In happy dan rasa bermanfaat dengan tidak mereput. So sometimes adelah hashtag gambar dalam IG #takkanmereputs. I am not showing off or something but sebenarnya nak buktikan kepada kekawan yang konpem sangat hidup In akan mereput hahahaha padahal tak. Nope. In sangkalkan kepercayaan diorang! Muahaha... So bukti In tak mereput juga adalah dengan In tak update blog! HAHAHA. Bukan nak kata bila mereput baru update blog cuma ruang masa nak type,update blog tu tak ada sebab dah diisi dengan benda lain. Hehe.

So,selain spending masa dengan books,novels...In juga mengisi masa dengan tengok movies dilaptop yang stock movies beratus dalam laptop In yang In tak tengok-tengok lagi. Okay,ni mengikut definisi masing-masing. Ada orang kata tengok movie kat laptop dikira mereput dan buang masa but to me it is better than korang tidur. Asal bosan je tidur. Oh c'mon, sambil tonton movie sambil tu korang study apa? Contohnya,In suka movie english so In tengah revise and pertingkatkan bahasa Inggeris In. Teacher Intan sangat menggalakkan anak-anak muridnya tengok movies especially time exam pergi cinema tengok movie hewhew... Katanya membantu and of course. Lagi-lagi In ni jenis serap apa sahaja yang In dengar dalam movies. Cara diorang cakap,their slangs, words, grammars...In kekadang ikut cara diorang cakap. Hahaha. Tu cara In belajar and In enjoy. FYI, In mesti tengok movie Eng dengan sub Eng. Sebabnya itu juga cara In belajar dan pertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris In. Dari kecil. Sebab abang-abang In pun guna cara ni. Abang 2nd In, okaylah secara jujur In rasa English dia lagi bagus daripada In and dia still tengokeng movies with eng subs. Tapi MUET In dapat mengatasi dia which buat In excited sikit :P HAHAH. Tapi Mak In backup dia, Mak In kata time dia buat MUET dulu dia sakit perut. Hohoho. In masih ingat,lepas exam tu dia memang ada kata kat my Mak yang time MUET dia tak boleh buat the best sebab sakit perut. So...rezeki masing-masing XD

Time In cuti ni, abang sulung In pun ada kerap cuti juga. So time dia balik ni memang best sebab In dengan abang first selalu keluar bersama. Makan ke, tengok wayang ke or even ceramah. Tapi ceramah so far tak pernah lagi. In nak ikut but selalu diorang (abang In dan kawan dia) pergi ceramah jejauh and memalam sangat so In consider x elok juga if In sorang je perempuan walaupun ada abang sendiri kan. Dia on je. Kekadang In pun join sekali kalau dia keluar dengan kekawan dia sebab In kenal kekawan dia juga so In tak malu pun sebab In memang tak malu. Bye. Hahahaha. And kalau abang sulung takde, In ada sepupu yey! Sepupu perempuan. Actually sepupu lelaki usia tua setahun daripada In pun baru je cuti akhir-akhir ni and we did spend time together dengan dinner sesama. Wee. So kalau ada movie or ceramah best-best In akan halo-halo cousin perempuan In and kitorang keluar sesama untuk tengok wayang or ceramah. Kekadang cousin In bawa kawan dia juga,perempuan and In tak kekok,tak malu sebab In kenal juga so okay je. (Eh pe hal In kenal semorang ni) Hahahaha X'D. Kekadang juga In pergi rumah cousin In tu just saja nak jumpa,sembang-sembang eratkan silaturahim and actually ada anak-anak mengasuh juga and I just loveeeeeee allllll of themmmm so muchhhh because they loveeeee meee toooo hahahahaha. In suka bebudak,babies...so kekadang pergi sana nak jumpa diorang juga. 

Selain itu, In kekadang bosan-bosan buat photography. Hahahaha. Kebanyakan tatau ni. In actually suka photography terutama kalau ada abang In with his DSLR awwww XD. Tapi In jarang upload je. Simpan sendiri :P Syok sendiri :P bye. Hahaha. And kekadang In layan si Mu'iz tu.You know, grooming..mandikan all. Hantar ke klinik check up bagai. Over uols Mu'iz tu. Kalah In tau. hahaha. And actually In officially a mother kepada Mu'iz sebab I touched his poop. Macam mana nak explain ek. Sebelum-sebelum ni kalau nak bersihkan najis dia dari pasir tu je kan. Hari tu his poop ade dekat ekor dia. In tatau pun tu poop,nampak macam habuk je huahua. Pepegang I was like.."Mu'iz !!! THIS IS YOUR POOP! CLEAN IT UP!." Well macam biasa Mu'iz buat muka tak bersalah dia and lari sana sini konon nak In main aci ligan dengan dia. Hurmmmm... So In rasa sudah menjadi seorang ibu kepada dia apabila In terpegang najis dia and In stay calmed. Macam pegang najis anak sendiri. I am okay with it. Tetiba rasa dah ready nak ada anak. LOL. Rasanya lagi senang ada anak (manusia) daripada anak (kucing). Hahaha. 

Apa lagi...oh yah. Abah In belikan In blender untuk esblended. Macam COOLBLOG PUNYA BLENDER SEBIJIK. I was so touched. Sebab In suka buat air ais blended. Tapi guna blender cili Mak HAHAHA and Mak selalu tegur kata tu bukan untuk AIS dan bila blend je ada percik api keluar wooosh seram gila. Hahahahah. Sebab blender cili memang tak patut guna untuk blend ais. Tension dia too high. You know what I mean kan... kan...? err... And then the next day ABAH BELIKAN BLENDER MACAM COOLBLOG TU. Excited sangat X'D. Sejak tu hari-hari guna KOT buat air. Hahahaha. Jus ke blended ke... HAHA. Itu memang hobby In lah. So Abah memang dah selalu tengok In buat so dia tak rasa macam buang duit kalau beli blender tu kepada In. Actually goal In awalnya nak MESIN JAHIT tapi dapat BLENDER AIS pulak so bersyukur je alhamdulillah. 

Cakap pasal mesin jahit, In memang ada minta nak mesin jahit. Barang yang diminta tak dapat,tak minta dapat pulak hurmmm. Hahahaha. Bila In kata macam tu Abah In gelak gilaaa...siap panggil Mak In cerita tergelak-gelak. Apa lawaknya orang minta mesin jahit -____-. OMG rasa tercabar gila. Hahahaha. Pandang rendah kepada kebolehan anak dia... Hurmmm tak boleh jadi. Hahaha. Dia kata kalau nak mesin jahit kena masuk kelas menjahit. Same rule macam dulu. Kalau nak piano kena masuk kelas piano. Piano In dah lulus. Menjahit pulak niii... So kalau adik-adik bertanya apa nak dibuat cuti panjang ni, tambah knowledge dan skill korang! In nak tambah skill menjahit so In, mudah-mudahan nak masuk kelas menjahit. Dah survey dah tempat. In syaa Allah after Raya, In masuk kelas menjahit. In berangan-angan nak jahit tudung sendiri, and aksesori untuk orang-orang sekeliling. Tunggu tau! HAHA. Doakan >_<... 

Masak? Bagi In kelas masak buang duit XD (jahatnya) Hahahahaha. Sebab masak boleh belajar daripada Mak sendiri ataupun tengok recipe. Baking semua In dah lalui, alhamdulillah. In suka. Cuma nak mengemas tak suka. HAHA. Hey! Raya ni In ada buat biskut....tunggggu hasilnyaaaa... In syaa Allah hari ni lah In nak buat! Hehewwww... pastu In nak buat sesuatu. Tu rahsia. Surprise XD Pastu pastu... In actually nak giat balik bermain piano. Bukan tak de masa tau. Tapi mood tu. i need the mood and banyak lagu In nak main cuma In tak tahu mana satu XD. Bila konpius terus hilang mood. In syaa Allah tak lama lagi In akan giat balik berlatih lagu and ada rezeki In kongsikan di blog. Maybe? Hehew... 

Mungkin ada bertanya, tak nak kerja? Kenapa? Oh, tidak. In tak bekerja cuti ni sebabnya In dah ada pengalaman kerja sebelum asasi dulu. Best. Jadi cikgu tadika. Nikmatnya indah belaka. Sebab dah ada pengalaman, cuti ni In nak cuba benda baru and macam In kata, tambah skill. In sebenarnya bercita-cita nak jadi superwoman. Seorang wanita yang serba boleh lewls. So In tak pandai jahit lagi kan? In cuti ni kena la belajar menjahit. Wanita kena pandai menjahit tau. Eherm. Hahaha. In suka sangat belajar benda baru, try new things... My listing yang bebetul nak cuba sekarang juga adalah archery. Memanah. In dah gitau Abah In but he said okay...tapi cari sendiri tempat tu -____-. Abah in memang suka anak-anak dia usaha sendiri dulu baru cari dia -___-. Hahahaha. So korang kalau tahu kat Penang ke Seberang Jaya ke ape yang ada archery untuk level 0 ni, saja-saja nak cuba bagitau ye? In memang teringin nak try sunnah 3 perkara tu. Kuda,memanah,berenang. Walaupun tak expertlah,walaupun level bawah-bawah at least kita cuba ye tak? Kuda dan berenang walaupun level macam merangkak still kita cuba kan? Dua tu dah cuma archery je belum. Entah bila Kulim ni nak maju sampai tahap ni. Lol.

Kalau bab-bab ibadah tu urusan masing-masing antara kita dan Tuhan. So tak nak cakap banyak. Pandai-pandailah ye bahagi masa ke ape. Dalam ibadah kita mesti kena ada goal. Ye la, kita macam-macam nak cuba. Contoh macam In, menjahit lah,memanah lah... tapi bab-bab ibadah, semua takkan taknak ada kan? So pandai-pandai buatlah goal korang. In sendiri ada tapi tak boleh kongsilah nanti timbul riya' maa. Okay In bagi contohlah. Contoh korang buatlah goal,sebulan solat taubat sekali ke. Atau...dalam cuti ni nak hafal 2 juz ke. Apa-apa sahaja. Just give it a try. In syaa Allah diberkati percutian kita and opkos tidak mereput. Simple je cuti In ni. Tak de extreme mana. And macam In pernah kata, pindah rumah baru kan. Maybe 2 atau 3 bulan dah? Tapi kalau In kurang sebulan la sebab sebulan tu In kat kolej. Hahaha. So TBH memang tak habis unpacking lagi :P LOL. Unpacking barang kolej dah. Barang dari rumah lama ni...actually kotak-kotak dah habis unpacking. Ada sesetengah memang nak stay dalam kotak letak dalam stor sebab kemungkinan besar In akan pindah lagi dalam masa setahun atau dua tahun lagi. So tak nak unpacking semua. Penat. Cuma nak touch up bilik dengan barang unpacking ni belum XD. (Hey tapi bilik kemas okay) Hahahaha. 

So rasanya itu sahaja nak dikongsi kehidupan selepas asasi. Hahahaha. Biasa-biasa je. Masih contact dengan kawan asasi and roommates. Masih. Tapi tak selalu. Hahaha. In harap sedikit sebanyak terjawab XD Boleh lah beri sedikit inspirasi atau guide korang untuk masa depan korang :P HAHA. In cuma nak kata awal-awal korang boleh nak tidur banyak sebab time kat kolej jarangggggg sangat tidur... Stay up gila-gila punya...So awal-awal tu boleh balas dendam. Tapi jangan lama-lama. After 2 3 days start bertenaga balik. Kurangkan tidur. Nak tidur, qailullah je. Okay? Hahaha. So hadoi post ni pun dah penat. Tapi teman semangat nak post lagi satu ni. Hahahaha. Post ni pun panjang. Maafla. Nama pun kehidupan selepas asasi :P Jaga diri jaga iman. Fi hifzillah. Assalamualaikum...

p/s nak selitkan juga. Time cuti-cuti ni ada pergi melawat sekolah lama dan keluar dengan kekawan. Eratkan silaturahim kateko. Hehe. 

:: NN ::

No comments:

Post a Comment