Hi semua. Apa khabar? Ni hao ma? Wo hen hao! Hewhew. Maaf la lama dah tak hapdet sebab blog pun berpuasa :P Kihkihkih... Okay. Haritu buat untuk para sayang-sayang ana,muslimah diluar sana? Amacam,ada praktikkan tak? ^_^ Setakat tersentap saja tak ada guna jika tidak cuba untuk berubah!
Straight to the point. Lelaki diluar sana, ana tanya ni. Dah rasa sado kah anda semua terutama kepada yang body tuff tuff tu... >_<. Mana boleh kalau body dan tenaga je sado. Rohani, iman kita hati dan nafsu tu pun kena sado tau? Macam mana nak sadokannya? Serius senang. Tak tipu. Hehe. Sambil menyelam minum air. Kenapa? Kerana secara tidak langsung anda juga telah menyelamatkan beribu muslimah diluar sana! In syaa Allah. Heheh...
Dengan teknologi yang semakin giat membangun dan para pengguna juga maju mengikut peredaran masa...ada yang terus tenggelam dengannya sekali. Kalau dah tenggelam tu lemas lah kuikui. Ana nak minta bantuan para lelaki kacak diluar sana. Semua kacak. Jadi ana nak minta kepada semua para muslim, lelaki...untuk membantu dan membimbing para muslimah ini. Cewah. Boleh kan? Anda semua pemimpin-pemimpin berwibawa yang telah dipilih oleh Allah untuk mendamaikan dunia ini. Hehe. (Pujuk sikit).
Caranya mudah. Pertama, kalau nak upload gambar yang ada perempuan di dalam gambar tu, ana mohon untuk melihat dulu gambar itu. Teliti dulu. Tengok jika ada auratnya terdedah. Bukan setakat perempuan saja, malah mungkin ada aurat lelaki yang terdedah! Contohnya berseluar pendek. Endak maukkk! Jangan upload. Boleh? Tahu, nak kongsi kepada dunia. Nak beritahu kepada dunia betapa anda hargai dan menyayangi saudara saudari kita tetapi sebenarnya, bukti yang anda menyayangi mereka adalah dengan tidak mengupload gambar orang yang terdedah auratnya! Anda menjaga aib mereka. Mengelak mereka daripada dosa dengan 'tontonan' orang lain.
Kalau bab aurat mesti kena ingatkan balik apa itu sebenar-benarnya aurat. Bagi lelaki sangat simple which mungkin tak perlu nak kata la noh? Ni bagi perempuan sangat penting untuk ada tahu. Tutup aurat itu bukan pakai tudung,bukan lengan panjang sahaja tetapi lebih terperinci! Pakai tudung MENUTUPI dada,bahu,belakang dan TIDAK melekat dibadan. PAKAIANnya Tidak memperlihat susuk tubuh badan,TIDAK memperlihatkan aurat lengan MAHUPUN PERGELANGAN tangan. KAKI tutup dengan STOKIN. BAJU LABUH punggung. SELUAR/KAIN tidak memperlihatkan susuk tubuh badan. Boleh faham kan? Jelas kan? ^_^. Tolong eh Inche Sado sekalian? :))
Lepas tu, scroll scroll SNS anda tengok-tengok ALLAH! Ada seorang wanita upload gambarnya. Memang lawo perempuan tu. Tapi gambar dia ada kekurangan. Aurat terdedah. Atau mungkin aksi menggoda :< . Kalau dah macam tu memang terusik sikit la kan hati dan nafsu tu? Hurmmm. Istighfar! Tapi boleh tak bantu kurangkan dosa dia? Boleh tak bantu dia berubah? Macam mana tu? Kekadang kalau tak berani tegur dengan baik, boleh guna cara lagi halus. Contohnya, jangan komen memuji dia. Kedua, jangan 'Like' gambar dia. Kalaulah...andailah...semua lelaki buat macam ni,mesti dia tertanya2 apa kekurangan pada gambarnya. Kan? (Ana dah pesan kepada para muslimah,gadis untuk post yang lalu. Kini giliran para Adam!)
Perkara kecil-kecil kadang-kadang tanpa kita sangka memberikan impak yang besar :) Dengan tidak komen dan like gambar mereka, mungkin boleh menjadi jalan perubahannya. Who knows? Jadi tolong jangan upload gambar orang yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Jangan komen memuji dan jangan like gambar yang tidak sempurna auratnya. Lagi satu, kalau kata jangan komen memuji bukan bermaksud boleh menghina! NO. Menghina sama sekali dilarang ye. Nak bantu orang bukan dengan kekerasan. Kadang-kadang orang tak faham nak bezakan kekerasan dan ketegasan. Belum masanya nak explain. Cuba buat basic things ni dulu. ^_^.
Andailah ada yang menyuruh atau bertanya tentang perilaku aneh anda yang tiba-tiba jarang upload gambar dengan orang yang selalu bersama anda. Jarang like atau komen... Pada ana,itu masanya untuk jujur kepada mereka. Dengan lembut,minta maaf kepada mereka kerana tidak dapat menunaikan hajat itu kerana _______ (anda tahu kenapa). Lelaki kan pemimpin. Kena lah tunjuk bagaimana anda 'mengawal' kami yang lemah ni >_<''' HAHAHA. Okay gurau. Herm. Itu beberapa cadangan ana kemukakan dan harap ada yang dapat praktikkannya :) . Ana tak pandang mana-mana lelaki kalau tak cukup sado untuk melakukan sedemikian.
Kenapa ana kata macam tu? Sebenarnya benda tu mudah. Lagi-lagi pada bulan Ramadhan yang mulia jika nak mula praktis. Pada bulan puasa bukan sekadar puasa diperut. Mata,hati,telinga semuanya kena puasa. Kalau benar sayang saudara seIslam kita, dan kekawan serta keluarga. Benda ini jadi mudah. Lagi-lagi jika benar ini kerana Allah Ta'ala. Cinta kita pada Allah dan saudara kita boleh menumpaskan nafsu durjana ;) Mari mulakan perubahan. Islam tidak lemah dan bukan mudah untuk ditindas lagi-lagi dalam dunia IT! :) Selamat bersahur, salam alaik!
:: NN ::
No comments:
Post a Comment