Sunday, January 18, 2015

Sampi Aku

Assalamualaikum

Kehidupan In sekarang sangat busy. Aasif. Tapi In gagahkan diri juga untuk buka blog dan update laju-laju just because In nak support kawan In,my classmate through this :D He is a drummer and buat cover lagu Sampi Aku by Covalent. He's from Sabah dan lagu ni lagu Iban. This song mengenai family and friends. Such a nice and beautiful song. Listen to it,even tak faham bahasa Iban but In syaa Allah you can feel it because I do. In akan kongsikan video cover dia di bawah and view it guys!!! :) Or maybe you can even like it or leave a comment on youtube if you want to. ^_^... Enjoy !

I am happy for you Sheldon! Hehe. Keep it up,dude! XD

:: NN ::

p/s THIS is the link where the official video with lyrics. Have fun !

Friday, January 9, 2015

Saya Nak Ajak

Assalamualaikum

"Salahkah aku hanya mengikut tuntutan agama? Salahkah aku hanya patuh pada perintah Tuhanku? Perlukah aku bertanggungjawab atas rasa sakit dihati mereka? Bukan aku tak peduli…aku sangat peduli dan sangat ambil peduli. Malah aku sangat sedih dan sangat amat terluka. Perasaan mereka menghantui aku. Bukan aku ketawa bangga. Aku menangis tertunduk,rebah di tanah. Aku hanya perempuan yang lemah,punya hati yang halus tetapi aku nampak kuat dan buat-buat kuat hanya kerana agama aku dan Tuhan aku. Cinta yang tidak boleh aku balas sewenang-wenangnya dan hubungan yang tidak boleh aku ceburi. Ia haram sekali haram. Maafkan aku. Aku cuma harap mereka boleh faham tetapi mungkin kasih,suka dan cinta mereka kerana nafsu semata-mata. Kerana itu mungkin mereka buta dan terus rasa tersiksa seperti aku sengaja menikam dada hati mereka tanpa belas kasihan. Walhal aku hanya ingin menjaga diri aku dan sekaligus diri mereka. Agar tidak terjebak ke gelombang kemaksiatan. Aku tahu,aku dipandang perempuan yang tiada hati yang sering melukai hati para Adam diluar sana. Aku tahu. Tapi apakan daya…Agamaku dan Tuhanku adalah segalanya buat aku. Aku boleh bertahan dan akan terus bertahan selamanya. Aku tak impikan pondok zina untuk diriku. Aku impikan masjid cinta untuk diriku. Aku hanya inginkan yang terbaik buat diri aku dan diri saudara Adamku. Aku hanya ingin berikan yang terbaik kelak buat zaujku,dan para Adam sekalian boleh berikan yang terbaik buat zaujah kalian. Aku cuba jadikan diri muslimah yang terbaik agar dapat seorang muslim yang terbaik. Akhawat yang terbaik untuk ikhwan yang terbaik. Aku bantu diri aku dan sekaligus aku membantu diri kamu. Tapi ada kamu nampak? Ada para Adam sekalian nampak hikmah disebalik ini? Ada pernah nampak disebalik kesakitan? Kenapa perlu melihat yang negatif walhal yang positif jauh lebih terpampang ada? Aasif ‘ala kulli hal. Aku hanya hamba Allah yang sangat hina tetapi dambakan syurga. Jadi untuk itu,aku perlu ikut apa Tuhanku suruh dan apa agamaku mengajar."
---Kisah benar. Suara hati seorang akhawat---

Saya nak ajak. Ajak akhawat sekalian yang masih lagi single untuk terus kekal begitu sehingga ada ikhwan yang datang berjumpa kedua orang tuamu untuk menjadi suri mereka. Saya nak ajak,untuk akhawat diluar sana terus kekalkan maruah dan darjat mereka yang telah Rasulullah SAW perjuangkan. Kebanyakan akhawat sekarang ini tidak menghargai atau gagal melihat usaha Nabi Muhammad SAW dalam menaikkan martabat wanita dan kita sekarang? Senang-senang menjatuhkannya hanya kerana seorang ikhwan yang bukan lagi siapa-siapa. Bukan lagi halal buat kita. Jangan sesekali tunduk dengan kata manis dan janji para Adam. Jangan pernah sekali terdetik untuk mencuba menerima mereka atas dasar kesian atau sekalipun sama-sama suka kerana agama kita mengajar,Allah perintah untuk kita memiliki hubungan yang halal. Hanya HALAL. Couple bukan hubungan yang sihat lagi halal. Bukan. Dan saya nak ajak agar akhawat...Para Hawa...saudara seIslam ku yang bergelar seorang perempuan untuk melindungi maruahmu. Dengan menutupi aurat pun sesempurnanya. Labuhkan tudung menutupi belakang,bahu dan dada. Labuhkan baju menutupi punggungmu dan tidak menampakkan susuk tubuhmu. Seluar yang tidak menampakkan bentuk kaki mu. Lenggokkan punggungmu. Pakailah stokin kerana kaki itu sebahagian aurat wanita. Malulah malu.  Jagalah pandangan mata disaat bertentangan dengan para Adam. Tundukkan pandangan agar hati turut terjaga. Sedikit hati terdetik suka,istighfar. Jaga pergaulan agar tidak bersentuhan dan berbual sesuatu yang lagha. Jaga ketawamu jangan terlalu besar,tinggi suara itu. Saya cuma nak ajak,para Hawa sekalian untuk kita sama-sama jaga diri kita,hati kita,maruah kita kerana agama yang kita anuti dan Tuhan yang kita akui. Jadikan Tuhan dan agama kita segalanya buat kita. Dahulukannya. Buatlah apa yang Tuhan perintahkan dan apa yang agama mengajar. Tabahkanlah hati,kekal kuat dan sabar hanya kerana Tuhan dan agama kita. Kita hidup dan kita mati kerana Allah dan kita mahu pengakhiran kita dengan Islam dan beriman. In syaa Allah. Kita hidup bukan untuk redha dan cinta manusia semata-mata tetapi Allah SWT. Saya hanya nak ajak. Terpulanglah kepada anda. Saya hanya ingin ajak. Kerana ini tanggungjawab saya. Aasif 'ala kulli hal. Maaf jika ada siapa-siapa tersinggung atau terguris hati. Anggaplah ia teguran daripada Allah SWT. Fi amanillah,assalamualaikum.

Thursday, January 8, 2015

Asasi Undang-Undang (1) -EDITED-

Assalamualaikum


Okay,ni untuk engkorang yang baru habis SPM kan,lepas tu nak buat research kan? Lepas tu pening kepala pula bila search Undang-Undang ada yang Undang-undang KPTM dan ada yang Undang-undang UiTM. Okay ni siapa yang rasa nak sambung kat UiTM atau nak mohon kan. Well,memang ada perbezaan Law KPTM dan Law UiTM. 

1) Tempat

Law KPTM ada di Shah Alam. (Di Merbok sekarang tak pasti)
Manakala Law UiTM ada di Shah Alam,Merbok dan Kuantan.

2) Semester

Law KPTM dan UiTM mempunya semester yang sama iaitu 2 semester bersamaan 1 tahun asasi. Sebenarnya tak sampai 1 tahun pun. Heh heh...

3) Pointer

Law KPTM perlu mencapai 3.5 untuk sambung di UiTM ketika degree manakala Law UiTM hanya perlu 3.0 untuk sambung degree in Law di UiTM. Kalau nak masuk universiti lain,kena tengok syarat diorang lah. Pengiraan sebenarnya adalah nanti final exam semester kedua,untuk sambung degree in Law...Dua subjek Law terbaik semester satu dan semester dua akan digabungkan. Pointer itu yang diambil kira. Bukan pointer keseluruhan termasuk subjek yang tiada berkaitan dengan Law seperti CTU (subjek agama),CSC (komputer) dan ELC (bahasa).

4) Degree

Untuk sambung ke degree... Law KPTM perlu memohon semula di UPU untuk sambung degree manakala Law UiTM tidak perlu kerana mereka sudah mempunyai tempat. Kerana mereka under UiTM. Law KPTM boleh sambung untuk degree dimana-mana. Tidak terikat. Best apa? Hehehe.  Saya Law KPTM. Hahaha. MUET at least band 4 ye adik-adik untuk sambung degree in Law. Jangan risau pasal MUET,nampaknya tahun ini ramai juga dapat band 4. Chill.

5) Subjek Semester Pertama (7)

- CSC 134 : Computer And Information Processing

Ini akan belajar mengenai komputer. Sedikit sebanyak mengenai software dan sebagainya. 

-CTU 085 : Islamic World View

Namanya je world view tetapi tak sangat pun. Sebasic-basicnya. Boleh scorelah,jangan risau. Mehmeh...

- ELC 080 : English For Foundation Studies

Ni korang akan belajar macam mana nak jawab MUET juga. Pendek kata,ni subjek English. Hahah

-ELC 091 : Critical Reading And Reasoning For Foundation Studies

Ni pula akan belajar macam mana nak berforum,debate. Macam mana nak kenal pasti artikel mana kuat dan lemah. Macam-macam. Best-best... eherm...

-LAW 012 : Introduction to Law I

Ni akan banyak belajar theory law daripada Aristotle bagai. 

-LAW 016 : Introduction to Malaysian System of Government And Politics

Subjek ni pula banyak pasal history la. Senang kata ni macam subjek Sejarah. Perlu ke nak bawa buku Sejarah Form 5. Bagi saya,tidak perlu kalau bebudak Law. Kalau TESL boleh la. Membantu lah juga. Lol.

-LAW 038 : Legal Research And Information Processing Skills

Subjek ni belajar macam mana nak buat research,procedure dalam kes,dan sedikit sebanyak belajar mengenai library. Senang score,betul. Tetapi nasihat saya,kena baca semua ye. Kadang-kadang memang tiba-tiba keluar tak sama sangat dengan past years questions X'D

6) Subjek Semester Kedua (8)

-CTU 086 : Fundamentals Of Shari'ah

Ni kira macam subjek agama jugalah. Tetapi lebih dekat dengan Law sikit. Haa... 

-ECO 099 : Introduction To Economics

Nama pun Eco,mesti belajar pasal ekonomi. Kalkulator perlu. Graph paper perlu.

-ELC 092 : Communicative Skills For Foundation Studies

Ni dalam kelas memang cakap,cakap,cakap... Untuk kita lebih berani cakap di depan, dan fluent in English. Forum and debate juga ada dalam kelas ni.

-ELC 093 : Academic Writing For Foundation Studies

Kalau tadi banyak cakap,ni pula banyak menulis ye. Tulis,tulis,tulis. 

-LAW 037 : Introduction To Law II

Subjek ni macam ada balik apa yang dah belajar dalam subjek Law yang lain. Kebanyakannya. Jadi subjek ni tak ada lah susah mana,mungkin. Lol.

-LAW 039 : Introduction To Social Psychology And Criminalogy

Dengar nama pun macam tau kan mesti belajar mengenai psychology. Best sangat subjek ni. Hehehe

-LAW 087 : Introduction To Law III 

Subjek ni akan belajar macam apa tu Criminal Law,Tort Law and Contract Law... 
(SUBJEK INI AKAN DIMANSUHKAN UNTUK BATCH SETERUSNYA DIGANTIKAN DENGAN SUBJEK LAIN YANG SAYA SENDIRI TIDAK TAHU)

-LAW 088 : Contemporary Global And Legal Issues

Ni lebih kurang macam isu semasa juga lah. Apa terjadi sekeliling. 

Semua subjek diajarkan dalam Bahasa Inggeris kecuali subjek CTU (agama). Untuk hafazan,semester 1 Surah Al-Mulk dan semester 2 adalah Surah As-Sajadah. Soalan lepasan SPM ni mesti macam,kelayakan nak mohon Undang-undang ni apa eh? Paling rendah 4A lah... 3A tu tak pasti pula... Dan Matematik memang kredit. Kredit tu C ke atas lah~ Lagi,susah tak belajar Law ni? Erm,dik...belajar apa-apa pun susah ye. Tak ada yang senang. Nak senang,kena usaha. Ho yeah~  Lagi...tak pandai speaking sangat,boleh ke masuk? Jangan risau,boleh saja. Akan diasah bakat itu. Acewah. Spesis mana yang rasanya selalu ambil Undang-undang ni? Spesis yang punya cita-cita nak jadi peguam ke,prosecutor ke,atau nak masuk sains politik ke... nak sambung bisnes,kaunselor/psikologi ...ini boleh jadi platform yang cepat. Sebab Asasi. Lagi spesis yang tak berapa suka matematik,boleh lah. Yang dah jemu Sains...tak mau dah belajar Biology,Chemistry dan Physics? Ini tempatnya. Muahahaha... Yang suka membaca? Erm,lebih kurang ini juga tempatnya. Hahahaha. Terasa lama tak study Asasi ni? Sekejap sangat kalau nak dibandingkan dengan diploma haa. Lagi-lagi kalau UiTM yang banyak sangat cutinya,tak terasa pun. Tup-tup dah finals,dan graduate. In syaa Allah. Jadi,selamat maju jaya semua! Jangan risau,baik-baik pensyarah di UiTM ni. Hebat-hebat belaka. Lagi-lagi yang ambil kos Undang-undang...Pensyarahnya ada bekas peguam,ada bekas inspektor bagai. Sangat berpengalaman,bukan? Haa... fikir memasak. Istikharah. Fi amanillah,assalamualaikum.

:: NN ::

Monday, January 5, 2015

Biskut Lidah Kucing

Assalamualaikum

Ni hao! Seperti yang dijanjikan,recipe baru yang akan dikongsi adalah Biskut Lidah Kucing! Memeow! Erm,tak tahu kalau ada nama yang lain tapi yang pasti ia femes dengan gelaran Biskut Lidah Kucing. Tapi lidah Mu'iz tidak pelangi sebegitu rupa. Tidak. Tanpa melengahkan masa,mari kita tengok!

Okay ni bukan mainan budak-budan playdoh ke,atau watercolour di plate ke ...tapi ini proses from 0 to an edible food! Mehmehhh. Ini lah biskut lidah kucing saya!!! Senang je buat ni. Gerenti lah. 

Bahan-bahan :

250gm mentega

175gm gula kastor

100ml putih telur

200gm tepung gandum

50gm tepung jagung

1/4 sudu teh emplex

Pewarna : Biru,Hijau,Kuning,Oren,Merah/Pink,Ungu [Kalau nak lagi satu warna]

Loyang khas! [Seperti didalam gambar]

Piping bag

Cara-cara membuatnya :

1) Ayak tepung jagung,tepung gandum dan emplex

2) Pukul mentega dan gula dalam mixer hingga sebati

3) Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar lagi hingga sebati

4) Masukkan tepung dan gaul dengan spatula hingga rata

5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang anda gunakan

6) Letakkan pewarna untuk setiap bahagian. Letak ikut kesesuaian

7) Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna yang anda gaulkan tadi

8) Potong hujung muncung piping bag

9) Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang dikehendaki mengikut warna pelangi

10) Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 15-20 minit. Jangan terlalu lama!!! Nanti hangus dah tak cantik biskut tu tetapi rasanya tetap sama. Kalau lama sikit,warnanya jadi dull dan kurang menyerlah. Tak syok la bergambar. Kdaa... hahahah

Mudah kan?! Piping bag memang kena beli banyak lah tau? Susah kalau satu piping bag je. Serius tau. Dan loyang biskut lidah kucing ada beberapa bentuk tapi saya hanya beli bentuk ini. Oh ye lagi satu,sebelum nak pipekan warna-warna tu diatas loyang,sapukan dulu mentega diatas loyang tu eh! Dalam gambar tu ada nampak kot. Okay. Cepat dan mudah tau! Selamat mencuba! Boleh kongsi hasil jika ada yang mencuba! Fi hifzillah,assalamualaikum wbt :))

:: NN ::

Aku & Stokin

Assalamualaikum

Hi there! Ni hao! Ini cerita mengenai In dan stokin. Hehe. Okay,sebagai umat Islam dan lagi-lagi seorang muslimah,tahu sajalah aurat kita itu dimana. Aurat kita itu semua kecuali muka dan tapak tangan. Bermakna kaki,tapak kaki itu juga aurat,saya betul? Hee... Okay the idea why I'm going to share this to you guys is when I read an entry by Kak Balqis. Do read,she gives a few tips on how to start wearing it! Tahu,nak pakai stokin pakai sajalah. Perbuatan tidak semudah kata-kata. Ewah.

Permulaan In memakai stokin sebagai aurat bermula ketika di sekolah menengah. Tak ingat form berapa tetapi rasanya mula serius dalam form 4 ke form 5 begitu. Ada yang memakai stokin kerana undang-undang sekolah,tempat kerja dan seumpamanya. Tapi saya memakainya bermula pada tempoh saya katakan sebentar tadi kerana undang-undang Allah. Gitu. Baikkah saya? Tidak,itu kewajiban seorang muslimah! 

Kenapa mula nak pakai? Tak tahu,hati sudah terdetik. Mungkin tanda hidayah Allah menyinar di hati. Hmph,ayat tak nak kalah. Haha. Alhamdulillah. Kekok tak rasa apabila mula-mula pakai? Tak kekok. Sebab In memang solat pakai stokin sebab In ada syndrome-takut-tak-sah-solat-sebab-nampak-kaki. Panjang kan nama syndrome tu? Mehmeh... Hmph,nak mengata kat diri masa lampau. Time solat tau pula takut tak sah solat,time keluar tak pakai stokin tak takut pula syndrome dosa nampak aurat kaki. Iskkk. 

Apa yang dihadapi saat-saat mula pakai stokin ni sebagai aurat? Yang pertama sekali,In tak pakai stokin jari,for now. Sebab stokin jari still nampak peliks.edu bagi In. But would like to try so! Hahaha. Later on :P Jadi In cuba mengelak daripada memakai selipar yang ada pemisah antara ibu jari kaki dan anak-anak jarinya. Mehmeh... Selipar baru,kasut baru wuu! Nikmat apabila berubah :P Hahahaha tak de lah...

Mula-mula pastinya datang dari rumah. 

"Niii apa pakai stokin ni,luar rumah ja"

"Apa ni pakai stokin,dalam rumah ja orang datang"

Biasalah,time tu ada dua pilihan. Buat tak tau atau berdakwah. Ni lah peluang! Depan mata! Cakap elok-elok,ini aurat. Tak kisah mana tempatnya,tetapi jika ada yang asing untuk kita berpeluang untuk tengok,maka wajiblah dilindungi aurat tu. Selepas itu bila orang datang rumah ada lah,biasa manusia...Ada yang bertanya...

"Sejuk ke..."

"Demam ke..."

"Kenapa pakai stokin dalam rumah ni..."


Em,alhamdulilah waktu kecik-kecik teringat juga ada demam tu sampai kena pakai stokin. Tapi alhamdulillah sekarang ni walaupun ada je musim demam sampai In kena tempias lagi-lagi di kolej tapi tak sampai tahap kena pakai stokin lagi. Memeowww. Nasib baik tak tanya mengandung ke... Saya ada tengok orang mengandung pakai stokin,lantai sejuk. Tak elok mungkin. Hahaha. Time ni juga berdakwah! Ayuh. Ringankan mulut. Kata je,bukan...aurat ni. hehe. Berani??? ^_^

Alah,biasalah tu. Lembutkan hati untuk menerima soalan-soalan begini. Ini peluang buat kita,peluang buat mereka juga. Masing-masing ada kebaikannya. Kalau ada yang usya pelik saja,buat tak tau. Atau senyum sinis sikit. Macam, "Apesal bro,jakun ke tengok orang pakai stokin?" Heh heh,dalam hati cukuplah >_<''' Kekadang ada yang hanya suka-suka mengusik... Buat muka pelik... Kata poyo ke ape. Em,faham-faham je lah relation apa yang selalu nak kenakan orang ni. Adik-beradik la,siapa lagi. Hahah. Tapi so far,In rasa abang-abang In tak buat kot. Riaksi dorang macam ,"Lantak hang lah nak buat apa." Hahaha.

Tapi tak lepas yang suka menyakat pula. Ni selalu sepupu-sepapat atau sanak-saudara. Kadang-kadang keliru juga memang tak tahu ke pura-pura tak tahu.

"Ni kenapaaa niii kenapa niii pakai stokin"

"Nak pi mana pakai stokin?"

Hahahah. Tapi selalu yang di atas ni digantikan dengan isu bertudung. Bertudung dalam rumah apabila ada sepupu lelaki. Memang didihlah dengar orang tanya soalan sama ni berulang-kali. Tak terlepas keluarga sendiri. Sabar,sabar. Hahahah. Ini cubaan dan dugaan kecil bagi In. Kalau lemah,tak boleh nak istiqamah. Jadi jiwa kena kuat. Keinginan kena teguh. Iman kena kawal. In syaa Allah boleh istiqamah dalam penjagaan aurat kaki. 

Alhamdulillah rasa stokin ni macam satu part yang penting dalam pemakaian In. Even rasa macam nak 24 jam pakai stokin. Overkan. Heheh. Sebab dah terbiasa. In pun tak tahu kenapa di library sekolah kena buka stokin bila nak masuk. Ada yang kata perempuan tak perlu ada yang kata perlu. In memang pelajar yang tegar melanggar peraturan perpustakaan. "Lantak kau nak kata apa,nak hukum apa,aku tetap nak pakai stokin. Aurat aku,kau tak ada hak." Dalam hati. Peh,nampak tak semangat tu? Hahaha. Siap dah ada speech untuk guru kalau-kalau kena tangkap jumpa guru bertugas ke,disiplin ke,library ke. Silap hari bulan Pengetua sekali. Mehmeh. Tapi alhamdulillah,tak pernah terjadi. Expert ni. hehe.

Indah kalau ikut jalan Allah ni. Apa yang Allah kata,kita buat hati pun senang. Time-time ni juga In ada luahkan kepada kawan In. 

"Weh,aku dah mula pakai stokinlah. Perlahan-lahan"

"Weh,aku pun dah mula start pakai stokin."

Peh,bonus!!! Ingat sedang meniti jalan ini sendirian,rupa-rupanya ada juga kawan rapat In yang juga sedang meniti jalan ini. Maka,bila ada geng segala perkara rasa menjadi mudah dan lebih semangat. Jadi,dalam memilih kawan juga penting. Kawan yang baik-baik. Biar berkawan dengan yang suka bagi sentap sebab tarbiyah mereka jangan berkawan dengan suka menyenangkan hati kita walhal ia dusta. Contoh.

Yang baik.

"Cantik tak aku pakai pakaian ni?"

"Cantik. Tapi lebih cantik dan indah kalau tudung dilabuhkan sikit lagi dan pakai stokin."

Yang sedang-sedang.

"Cantik tak aku pakai pakaian ni?"

"Peh,cantiknya!!! Mesti ada yang nak!" 
(Walhal selebet dengan tudung tak teratur. Singkat dan tidak berstokin.) Kdaa... hahahah

In tak tahu sama ada In saja rasa macam ni atau memang yang lain turut rasa perkara yang sama. Orang yang berstokin ni dia tampil lebih kemas dan bergaya. Ceh. Betul. Ini tanggapan peribadi In sendiri. Orang yang tak berstokin In rasa macam dia kurang sesuatu,macam selekeh pun ada. Tak kira pada perempuan atau lelaki. Lagi-lagi bila lelaki pakai kasut kan,ada yang tak pakai stokin. In memang rasa macam dia tak kemas. Dari atas okay dah segak,sampai bawah aduh spoil. Hehe. 

Favourite In,senang cerita pakai stokin hitam saja. Kalau bukan hitam,putih tapi amatlah jarang. Stokin hitam memang stok terbaik punya. Sekali stokin Abah In dikebas. Mehmeh... Baru-baru ni borong stokin hitam lagi sebab musim hujan kan? Di kolej basuh dan jemur tak kering. Apabila tak kering,lembap jadi busuk. Haru betul. Senang-senang hantar dobi,diorang keringkan terus dengan teknologi sedia ada. Kalau warna-warni dan bercorak ni,In jadi bingung untuk padankan dengan kasut atau pakaian. Bertambah masalah. Tak nak! Haha. Simple saja. Hehe.

Tak terasa dah berapa tahun In dan stokin ni bersama. Ceh. Mula-mula mungkin rasa sukar tetapi lama-lama in syaa Allah suka sangat,jatuh cinta dengan stokin. In senang pakai stokin sebab In suka pakai kasut. Apabila pakai kasut,stokin itu satu kewajiban. Hahaha. Sebab nanti kaki melecet ke apa. Memang tak selesa berkasut tanpa stokin. Hah lagi satu! Stokin sekarang ada yang pendek,sederhana dan panjang. In pakai sederhana atau panjang sahaja. Pendek tu agak-agak la setakat buku lali ke malah ada lagi pendek. Stokin apa tu cik adik kakak oi. Hehe. Nanti duduk,terangkat kain ke,seluar ke,terselak ke... Nampak pula aurat diatas tu ha. Beringat sama ^_^

Itu sahaja serba sedikit perkongsian pengalaman atau paling tidak yang pernah mengalami. Suka,senang hati tengok ramai yang mula berhijrah ni. Teringat time In dulu-dulu juga. Sekarang ni penghijrahan yang seterusnya. Huhu. Perlahan-lahan,in syaa Allah sempoi nanti. In doakan agar semua urusan murni kita,yang mendekatkan kita kepada Allah dipermudahkan. Aamiin Allahumma aamiin. Semoga diberkati,sayang. Fi amanillah. Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

Sunday, January 4, 2015

2015 - Major Issue : Ikhtilat

Assalamualaikum

Ni hao ;) Semua sihat? Bagaimana awal-awal pada tahun baru? Ada sedikit sebanyak perubahan atau azam? Azam baru? Atau masih membawa azam yang lama ke tahun yang baru? Hehehe. Azam saya,hmph setiap detik saat dan nafas ini azam saya sentiasa lah ingin menjadi seorang yang lebih baik hari demi hari. Ayat tak mau kalah tu. Hehe. In syaa Allah. Dan saya pasti,itu pasti ada pada setiap insan di muka bumi ini,mungkin. Ingin menjadi seorang yang lebih baik. Yeah.



Major issue saya dari dulu sampai sekarang adalah ikhtilat. On & Off. Ikhtilat saya dan jadi asam keping. Semalam pula Hari Kelahiran Rasulullah SAW. Habis fikir,saya ambil keputusan awal. Yeah,ini mungkin platform yang terbaik,permulaan yang baik. Apa itu? Saya akan unfollow semua lelaki di twitter kecuali keluarga. Bersihkan dari twitter dahulu. Zon bebas lelaki,ajnabi. Tapi cousin masih ada lah. Kawan lama,kawan baru,seniors dan juniors habis saya unfollow. Juga kenalan-kenalan yang lain yang bertemu di twitter. Terima kasih atas perkenalan kita sepanjang ini ^_^.

Mungkin akan ada ajukan soalan...

1) Tak takutkah unfollow mereka?

2) Bajet baik dan bagus?

3) Mana datangnya keberanian?

4) Kenapa unfollow mereka?


Ada soalan lain lagi? Boleh tanya di comment atau pun di ask.fm saya. Hahaha. Soalan itu je dapat saya fikir sekarang X'D Okay,soalan pertama. Saya tidak takut kerana ada Allah. Allah tahu niat saya,Allah tahu sebab apa dan in syaa Allah Dia permudahkan. Buat apa nak takut? Takut follower saya juga hilang? Sejak dari awal saya buat twitter bukan untuk meraih follower. Niat saya lain. Kalau follower begitu penting buat saya,saya tak tukar twitter sampai 3/4 kali. Hahaha. Soalan kedua. Sebab saya tak baik dan tak bagus lah saya unfollow mereka. Ikhtilat jadi ulat. Untuk itu,untuk jadi yang lebih baik in syaa Allah,saya telah unfollow mereka untuk didik hati saya,bersihkan hati saya,fikiran saya dan juga membina ikhtilat semula. 

Soalan ketiga. Keberanian itu datang daripada Allah SWT. Dah lama saya simpan hasrat ini,minta kekuatan daripada Allah. Baru sekarang terdetik betul-betul ingin lakukan. Ini bukan keputusan saya dalam sehari. Bukan rancangan saya dalam sehari. Tetapi telah lama difikirkan sejak tahun lepas lagi. Atau mungkin dua tahun lepas. Tak ingat. Hahaha. Dan saya juga buat sementara waktu penat dengan lelaki. Hahahahah. Tak tau lah,celaru. Ini juga antara cara saya neutralkan diri semula. Dekatkan lagi kepada Allah dan meraih syafaat Rasulullah.  Soalan ke-empat. Kenapa unfollow? Berbalik pada awal tadi,untuk menjaga ikhtilat. Bersihkan hati,fikiran dan neutralkan diri.

Saya tak tahu kalau ada antaranya yang terasa hati. Tetapi,kalau betul kawan saya,sahabat saya,saudara Islam saya,sayang saya kerana Allah maka isu terasa hati tidak patut ditimbulkan. Ini bukan sahaja baik untuk diri saya,tetapi orang sekeliling saya. Saya tak nak kerana saya,bukan ikhtilat saya saja tidak terjaga,dengan yang saya bergaul sekali tidak terjaga. Unfollow ditwitter bukanlah bermaksud putus hubungan,silaturahim dan tidak berkawan. Bukan. Saya masih sayang dan ingat. Bukannya tidak boleh cakap atau tegur sama sekali. Boleh,tapi biar ia berfaedah,biar ia diperlukan. Biar ia ilmiah. Itu saja. Kalau ajak borak kosong,tak naklah. Tapi kalau perlukan apa-apa,saya sentiasa ada, In syaa Allah.

Sekarang saya dah selesai unfollow mereka. Mereka yang ingin unfollow saya juga,silakan. Saya tidak kisah. Jika ingin terus follow juga tidak ada masalah. Cuma,saya pernah berpesan jika langsung tweet saya tidak membawa manfaat kepada anda,unfollow sajalah. Kalau ia mendatangkan sia-sia,atau apa-apa keburukan pada diri anda,baik unfollow. Serius,tak kisah. Nak buat perkara ni,hati memang kena kental. Dan step seterusnya adalah perubahan pada diri sendiri. Cakap apabila perlu. Kalau tidak perlu,diam. Perancangan seterusnya? Saya lebih suka lakukan dahulu baru cerita. Apabila ia datangkan hasil,baru bercerita kerana takutnya nanti sembang kencang. Hahaha. Jadi perancangan seterusnya ada namun masih dirahsiakan. Hehe. Doakan saja yang terbaik buat saya dan anda semua.

Setakat itu sahaja. Sedikit nota kencang kerana ada pertanyaan dari seseorang apa perbezaan fi amanillah dan fi hifzillah? Mungkin keliru kerana saya ada guna dua-dua kan? Fi amanillah bermaksud berada dalam keamanan Allah manakala fi hifzillah bermaksud berada dalam jagaan Allah. Boleh guna antara dua itu atau kedua-duanya sekali. Jadi,fi hifzillah wa fi amanillah! ^_^ Assalamualaikum wbt :))

:: NN ::

Friday, January 2, 2015

Ceritera Detektif Min Holmes & Kehilangan Purse VS Kehilangan Handphone

Assalamualaikum


Heyya!!! Sihat? Saya alhamdulillah baik-baik aje,cuma selesema sikit. Ada pada tempoh lalu saya post mengenai Taxi Brothers. Saya lebih fokus mengenai cerita dua pemandu taxi itu berbanding cerita lain yang terjadi pada hari yang sama. Hahaha. Ini merupakan tajuk post saya yang paling panjang mungkin. Hehehe. Okay... flashback time !

Saya mula dengan kisah diri saya yang lagaknya seperti seorang detektif. Hahaha. Ketika itu adalah ketika dimana saya dan seorang kawan saya (roommate) sedang lagi menunggu Pakcik Taxi. Tapi disebabkan lambat sangat,kami bersepakat untuk kembali ke mall di bahagian bawah untuk window shopping sahaja. TIBA-TIBA---

Kira: Eh Min! Mana jam Kira eh? Hilang laa,terjatuh.

Me: Eh,tak de eh? Check tengok dalam beg ke. Tadi ada kan?
Kira: Hah'a,tadi ada...

Me: Kali terakhir rasanya bila?

Kira: Time kita bergambar masih ade.

Me: Jom kita mula dari situ cari.

***

Ketika itu kami pergi ke seksyen di dalam mall yang pernah kami lalu dulu. Kemudian keluar dari situ dan pergi ke tempat kami bergambar untuk mencari... Dan hasilnya tidak ada!

Me: Tak ade lah Kira. Hah! Cube tengok gambar kita tangkap tu balik. Ade tak Kira pakai jam? *Mula lah instinct seorang detektif merasuk kedalam diri. Hehe

***

Dan Kira pun membelek gambar-gambar yang diambil dan ADA!!! Nampak,Kira masih memakainya ketika bergambar. Hehe. Jadi kami teruskan perjalanan sambil melihat bawah dengan teliti sehingga la detik-detik ingin sampai ke tempat kami menunggu taxi sebelum itu. 

Kira: Min!!! Ada,kat sini! Jatuh kat sini. Wahhh Min... macam detektif ooo...

Me : *tersengeh* X'D

Begitulah cerita lagak saya sebagai seorang detektif. Hahahaha. Nampak simple tapi nikmatnya Allah sahaja yang tahu :P Alhamdulillah kawan saya jumpa jamnya. Hehe... Kita masuk pula dalam perbezaan kehilangan purse dan handphone saya. Huhu...

Pada hari pertama pendaftaran,nak kata kalut tidak tapi ambil masa juga lah. Time tu ulang-alik ke kereta angkut barang ke bilik. Kali terakhir yang saya ingat,saya letak purse saya di atas seat kereta belakang. Time tu kalut lah juga,kesian kan nak bagi parents tunggu lama-lama. Sudahlah jauh perjalanan. Hmph. Lapar pula tu. Lol. Anyway,time dah habis bawa barang ke bilik,nak teman parents ke kereta lah tapi tengok-tengok purse saya tak de. Punya panik kemain lagi adududu... Saya lari sana-sini,tanya orang sana-sini mencari. Tak ada juga T____T... Abah In bagi duit tambahan sebab purse dah hilang dan Abah In kata,kalau betul-betul hilang,nanti contact Maksu untuk pergi balai report polis. Huaaaa time tu rasa Ya Allah......dugaaaaaan apaaaaakahhhhh iniiiiiii... Penat sangat dan leceh sangat. Berharap sangat ada purse tu kat mana-mana. Muka memang nak nangis. Monyok! Mata berair. Hmph. In cuma kata kat parents untuk balik dulu,nanti In akan settle kan... (Ceh berdikari,dah besar la konon???) Hahahah. Pergi bilik,menitis juga la air mata sikit-sikit. Nasib baik roommates lain lewat :P Time tu tergerak hati nak buka satu bag ni. HAH! ADA DALAM BAG BIRU KU. Lelaju telefon parents kata dah jumpa! Fyuhhh lega teramat sangat T_T. Tapi In yakin sangat In tak letak dalam tu. Parents pun memasing tak ngaku. Hahahaha. Mak In pun saksi yang kali terakhir dia nampak In campak ke seat belakang. Tinggal Abah In je :P ... Tapi tak mengaku juga. Okay. So biar kekal misteri puncanya siapa :P Hahaha. Persoalannya kenapa In nak nangis? Kenapa In nak nangis jadi satu persoalan? Hahaha. Tunggu...

Ini cerita kehilangan handphone In ketika keluar dengan roommate In tu. Hari dimana In beraksi sebagai seorang detektif :P . In sudah cerita serba sedikit di post Taxi Brothers. Pendek kata,In sangat tenang phone In hilang,dan tak gelabah. Nak nangis sikit pun tidak. Kira punya pelik dan hairan dengan In. Macam tak ada perasaan. Hahaha. Persoalannya,kenapa In tak nak menangis pula? Kenapa hati In relax je time tu? Gini ... Purse dan handphone itu sememangnya benda sahaja. Benda dunia. Milik In didunia saja. Tetapi yang istimewanya purse In tu,sehingga In nak menangis adalah kerana isinya. Isi didalam purse tu. Duit? Bukan. Time tu betul,rasa leceh sangat kalau nak buat report pasal IC la, lesen memandu la... Kad bank lah... Macam-macam. Tapi didalam tu yang paling berharga sekeping gambar...Gambar arwah Wan :')) ... Betul,In ada gambar arwah Wan yang lain tetapi ia berlainan. Bukan yang sama. Gambar tu terasa masih hidup :') Berwarna. Bukan hitam-putih. In akan rasa kehilangan yang besar buat kali ke-dua kalau hilang gambar tu ... Kerana gambar tu bukan sekadar gambar,tetapi orang yang paling In sayang. Phone? Apa sahaja yang ada didalam telefon In itu,In tak kisah kalau hilang. Kalau dah tak ada. Kerana ada yang dah disimpan didalam laptop,telah dicuci sebagai gambar dan mereka juga In sayang tapi mereka itu semua masih ada. Peluang untuk berjumpa itu masih tinggi. Lagi pula,masih segar di ingatan dan hati In. Orang yang telah pergi selamanya dari kita,somehow In rasa perlahan-lahan mereka membawa sekali kenangan yang buat In tend to forget about those memories. Phone tu,isi phone tu tak ada yang penting. Contact numbers? Sekejap je boleh dapat balik tu semua. Dengan adanya laman sosial yang lain. Minta bantuan kekawan lain. Tapi gambar arwah Wan,satu-satunya tu? Wo...priceless. Huhu... So that is the difference. Feeling,kehilangan purse dan handphone In. Hmph :) 

Ingat,jangan cintakan benda sangat kerana nilai pada harganya. Tetapi kalau hendak cintakannya,cintakan dengan nilai pada memorinya. Bukan cintakan Iphone sebab dia mahal dan susah nak dapat (mungkin). Tetapi mungkin cintakannya kerana Iphone itu merupakan hadiah pertama daripada ibu atau ayah kita yang berusaha kuat untuk mendapatkannya buat kita. Demi kegembiraan kita. Nilai itu lebih tinggi.  Contoh sahaja.  Sedih kita bukan pada benda itu tetapi perasaan rasa bersalah itu sendiri. Kekecewaan pada diri yang cuai. Itu pengajaran buat diri In sendiri sebenarnya. Huhu... Apa pun kita tak boleh control setiap perkara yang terjadi,bukan? Pernah terbayang jika benar-benar hilang bagaimana? Mungkin In akan menangis dulu seharian :P , lalu redha sahajalah ^_^...Kerana ada yang lebih berharga menanti. In syaa Allah,pertemuan di syurga. In syaa Allah... Aamiin Allahumma Aamiin. Al-Fatihah buat mereka yang sudah tiada <3

:: NN ::

Thursday, January 1, 2015

2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah I am still breathing,for now. I am unofficially 19,Ya Allah!!! [Buat teruk]. Hahahah. Cuti extend lagi satu minggu. Nak update blog dan blogwalking pun extend lah. Heheh. Maaf. Busy menghiburkan diri sebab kat Uni kurang terhibur. LOL. Dan busy with assignment dan will be busy dengan study & revision as STUDY WEEK TAK ADA BECAUSE CUTI DAH EXTEND. I am so sad. Hahaha. But,maybe it is the best for us. In syaa Allah. I've to struggle awal-awal lah noh? Hahah. And make a du'a for my finals nanti in syaa Allah. Boleh graduate dengan cemerlang,tepat pada waktunya. In syaa Allah. Semoga tahun 2015 ini lebih baik dan membangun. Mungkin lebih mencabar,makin meningkat usia tahun makin dekat lah iye kita dengan akhirat. Mati itu pun lebih dekat. Happy,happy juga tapi jangan sampai lagha sangat lah ye. Mercun dan bunga api tu afdhalnya jangan lah ye,lagi-lagi negeri jiran sana ada yang mengalami musibah banjir. Gitu. Fikir jugalah perasaan orang lain. Hmph. Birthday Rasulullah SAW pun dah nak dekat,ye? Mari kita bermaaf-maafan bukan kerana masuk tahun baru tapi kita dalam bulan kelahiran Nabi SAW ni. Dah nak dekat. Jom la 0-0. Baru nikmat,syok menyambut Hari Kelahiran baginda! Kan? 

Jadi,saya disini ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang membaca ini. Kenal ke,tidak ke minta maaf sangat-sangat. Mungkin ada sengaja ada tidak sengaja. Maafkanlah,ye? Mari kita mulakan persaudaraan dengan buku yang baru bermula dengan mukasurat pertama out of 365 :D Doakan untuk kita semua. Kita kuat apabila kita bersatu! Jyeahh! Fi hifzillah,assalamualaikum wbt.

:: NN ::