Friday, January 9, 2015

Saya Nak Ajak

Assalamualaikum

"Salahkah aku hanya mengikut tuntutan agama? Salahkah aku hanya patuh pada perintah Tuhanku? Perlukah aku bertanggungjawab atas rasa sakit dihati mereka? Bukan aku tak peduli…aku sangat peduli dan sangat ambil peduli. Malah aku sangat sedih dan sangat amat terluka. Perasaan mereka menghantui aku. Bukan aku ketawa bangga. Aku menangis tertunduk,rebah di tanah. Aku hanya perempuan yang lemah,punya hati yang halus tetapi aku nampak kuat dan buat-buat kuat hanya kerana agama aku dan Tuhan aku. Cinta yang tidak boleh aku balas sewenang-wenangnya dan hubungan yang tidak boleh aku ceburi. Ia haram sekali haram. Maafkan aku. Aku cuma harap mereka boleh faham tetapi mungkin kasih,suka dan cinta mereka kerana nafsu semata-mata. Kerana itu mungkin mereka buta dan terus rasa tersiksa seperti aku sengaja menikam dada hati mereka tanpa belas kasihan. Walhal aku hanya ingin menjaga diri aku dan sekaligus diri mereka. Agar tidak terjebak ke gelombang kemaksiatan. Aku tahu,aku dipandang perempuan yang tiada hati yang sering melukai hati para Adam diluar sana. Aku tahu. Tapi apakan daya…Agamaku dan Tuhanku adalah segalanya buat aku. Aku boleh bertahan dan akan terus bertahan selamanya. Aku tak impikan pondok zina untuk diriku. Aku impikan masjid cinta untuk diriku. Aku hanya inginkan yang terbaik buat diri aku dan diri saudara Adamku. Aku hanya ingin berikan yang terbaik kelak buat zaujku,dan para Adam sekalian boleh berikan yang terbaik buat zaujah kalian. Aku cuba jadikan diri muslimah yang terbaik agar dapat seorang muslim yang terbaik. Akhawat yang terbaik untuk ikhwan yang terbaik. Aku bantu diri aku dan sekaligus aku membantu diri kamu. Tapi ada kamu nampak? Ada para Adam sekalian nampak hikmah disebalik ini? Ada pernah nampak disebalik kesakitan? Kenapa perlu melihat yang negatif walhal yang positif jauh lebih terpampang ada? Aasif ‘ala kulli hal. Aku hanya hamba Allah yang sangat hina tetapi dambakan syurga. Jadi untuk itu,aku perlu ikut apa Tuhanku suruh dan apa agamaku mengajar."
---Kisah benar. Suara hati seorang akhawat---

Saya nak ajak. Ajak akhawat sekalian yang masih lagi single untuk terus kekal begitu sehingga ada ikhwan yang datang berjumpa kedua orang tuamu untuk menjadi suri mereka. Saya nak ajak,untuk akhawat diluar sana terus kekalkan maruah dan darjat mereka yang telah Rasulullah SAW perjuangkan. Kebanyakan akhawat sekarang ini tidak menghargai atau gagal melihat usaha Nabi Muhammad SAW dalam menaikkan martabat wanita dan kita sekarang? Senang-senang menjatuhkannya hanya kerana seorang ikhwan yang bukan lagi siapa-siapa. Bukan lagi halal buat kita. Jangan sesekali tunduk dengan kata manis dan janji para Adam. Jangan pernah sekali terdetik untuk mencuba menerima mereka atas dasar kesian atau sekalipun sama-sama suka kerana agama kita mengajar,Allah perintah untuk kita memiliki hubungan yang halal. Hanya HALAL. Couple bukan hubungan yang sihat lagi halal. Bukan. Dan saya nak ajak agar akhawat...Para Hawa...saudara seIslam ku yang bergelar seorang perempuan untuk melindungi maruahmu. Dengan menutupi aurat pun sesempurnanya. Labuhkan tudung menutupi belakang,bahu dan dada. Labuhkan baju menutupi punggungmu dan tidak menampakkan susuk tubuhmu. Seluar yang tidak menampakkan bentuk kaki mu. Lenggokkan punggungmu. Pakailah stokin kerana kaki itu sebahagian aurat wanita. Malulah malu.  Jagalah pandangan mata disaat bertentangan dengan para Adam. Tundukkan pandangan agar hati turut terjaga. Sedikit hati terdetik suka,istighfar. Jaga pergaulan agar tidak bersentuhan dan berbual sesuatu yang lagha. Jaga ketawamu jangan terlalu besar,tinggi suara itu. Saya cuma nak ajak,para Hawa sekalian untuk kita sama-sama jaga diri kita,hati kita,maruah kita kerana agama yang kita anuti dan Tuhan yang kita akui. Jadikan Tuhan dan agama kita segalanya buat kita. Dahulukannya. Buatlah apa yang Tuhan perintahkan dan apa yang agama mengajar. Tabahkanlah hati,kekal kuat dan sabar hanya kerana Tuhan dan agama kita. Kita hidup dan kita mati kerana Allah dan kita mahu pengakhiran kita dengan Islam dan beriman. In syaa Allah. Kita hidup bukan untuk redha dan cinta manusia semata-mata tetapi Allah SWT. Saya hanya nak ajak. Terpulanglah kepada anda. Saya hanya ingin ajak. Kerana ini tanggungjawab saya. Aasif 'ala kulli hal. Maaf jika ada siapa-siapa tersinggung atau terguris hati. Anggaplah ia teguran daripada Allah SWT. Fi amanillah,assalamualaikum.

5 comments:

  1. Keep it up sayang. Hidayah Allah swt itu akan menusuk hati seseorg yang Dia pilih. InshaAllah. Jangan caci, jangan keji, jangan memandang hina pd mereka. Tunjukkan akhlak yang baik. Doakan utk mereka. Kalau takut nak tegur, doakan supaya Allah swt bukakan hati mereka utk terima hidayah-Nya masuk ke dlm hati mereka. Kita menegur, kerana Allah yang menggerakkan kita. Tarbiyah dr Allah melalui kita, manusia utk menyampaikan kebaikan pd ummah. Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khayr. Aaamiin.



    love ♥,
    atiqah faudzi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,Allahu terima kasih atas perkongsian dan peringatan umie ^_^ <3

      Delete
    2. Sama-sama. Teruskan usaha. Heehehe. Allah sentiasa bersama kita.

      love ♥
      atiqah faudzi

      Delete