Heyya!!! Sihat? Saya alhamdulillah baik-baik aje,cuma selesema sikit. Ada pada tempoh lalu saya post mengenai Taxi Brothers. Saya lebih fokus mengenai cerita dua pemandu taxi itu berbanding cerita lain yang terjadi pada hari yang sama. Hahaha. Ini merupakan tajuk post saya yang paling panjang mungkin. Hehehe. Okay... flashback time !
Saya mula dengan kisah diri saya yang lagaknya seperti seorang detektif. Hahaha. Ketika itu adalah ketika dimana saya dan seorang kawan saya (roommate) sedang lagi menunggu Pakcik Taxi. Tapi disebabkan lambat sangat,kami bersepakat untuk kembali ke mall di bahagian bawah untuk window shopping sahaja. TIBA-TIBA---
Kira: Eh Min! Mana jam Kira eh? Hilang laa,terjatuh.
Me: Eh,tak de eh? Check tengok dalam beg ke. Tadi ada kan?
Kira: Hah'a,tadi ada...
Me: Kali terakhir rasanya bila?
Kira: Time kita bergambar masih ade.
Me: Jom kita mula dari situ cari.
***
Ketika itu kami pergi ke seksyen di dalam mall yang pernah kami lalu dulu. Kemudian keluar dari situ dan pergi ke tempat kami bergambar untuk mencari... Dan hasilnya tidak ada!
Me: Tak ade lah Kira. Hah! Cube tengok gambar kita tangkap tu balik. Ade tak Kira pakai jam? *Mula lah instinct seorang detektif merasuk kedalam diri. Hehe
***
Dan Kira pun membelek gambar-gambar yang diambil dan ADA!!! Nampak,Kira masih memakainya ketika bergambar. Hehe. Jadi kami teruskan perjalanan sambil melihat bawah dengan teliti sehingga la detik-detik ingin sampai ke tempat kami menunggu taxi sebelum itu.
Kira: Min!!! Ada,kat sini! Jatuh kat sini. Wahhh Min... macam detektif ooo...
Me : *tersengeh* X'D
Begitulah cerita lagak saya sebagai seorang detektif. Hahahaha. Nampak simple tapi nikmatnya Allah sahaja yang tahu :P Alhamdulillah kawan saya jumpa jamnya. Hehe... Kita masuk pula dalam perbezaan kehilangan purse dan handphone saya. Huhu...
Pada hari pertama pendaftaran,nak kata kalut tidak tapi ambil masa juga lah. Time tu ulang-alik ke kereta angkut barang ke bilik. Kali terakhir yang saya ingat,saya letak purse saya di atas seat kereta belakang. Time tu kalut lah juga,kesian kan nak bagi parents tunggu lama-lama. Sudahlah jauh perjalanan. Hmph. Lapar pula tu. Lol. Anyway,time dah habis bawa barang ke bilik,nak teman parents ke kereta lah tapi tengok-tengok purse saya tak de. Punya panik kemain lagi adududu... Saya lari sana-sini,tanya orang sana-sini mencari. Tak ada juga T____T... Abah In bagi duit tambahan sebab purse dah hilang dan Abah In kata,kalau betul-betul hilang,nanti contact Maksu untuk pergi balai report polis. Huaaaa time tu rasa Ya Allah......dugaaaaaan apaaaaakahhhhh iniiiiiii... Penat sangat dan leceh sangat. Berharap sangat ada purse tu kat mana-mana. Muka memang nak nangis. Monyok! Mata berair. Hmph. In cuma kata kat parents untuk balik dulu,nanti In akan settle kan... (Ceh berdikari,dah besar la konon???) Hahahah. Pergi bilik,menitis juga la air mata sikit-sikit. Nasib baik roommates lain lewat :P Time tu tergerak hati nak buka satu bag ni. HAH! ADA DALAM BAG BIRU KU. Lelaju telefon parents kata dah jumpa! Fyuhhh lega teramat sangat T_T. Tapi In yakin sangat In tak letak dalam tu. Parents pun memasing tak ngaku. Hahahaha. Mak In pun saksi yang kali terakhir dia nampak In campak ke seat belakang. Tinggal Abah In je :P ... Tapi tak mengaku juga. Okay. So biar kekal misteri puncanya siapa :P Hahaha. Persoalannya kenapa In nak nangis? Kenapa In nak nangis jadi satu persoalan? Hahaha. Tunggu...
Ini cerita kehilangan handphone In ketika keluar dengan roommate In tu. Hari dimana In beraksi sebagai seorang detektif :P . In sudah cerita serba sedikit di post Taxi Brothers. Pendek kata,In sangat tenang phone In hilang,dan tak gelabah. Nak nangis sikit pun tidak. Kira punya pelik dan hairan dengan In. Macam tak ada perasaan. Hahaha. Persoalannya,kenapa In tak nak menangis pula? Kenapa hati In relax je time tu? Gini ... Purse dan handphone itu sememangnya benda sahaja. Benda dunia. Milik In didunia saja. Tetapi yang istimewanya purse In tu,sehingga In nak menangis adalah kerana isinya. Isi didalam purse tu. Duit? Bukan. Time tu betul,rasa leceh sangat kalau nak buat report pasal IC la, lesen memandu la... Kad bank lah... Macam-macam. Tapi didalam tu yang paling berharga sekeping gambar...Gambar arwah Wan :')) ... Betul,In ada gambar arwah Wan yang lain tetapi ia berlainan. Bukan yang sama. Gambar tu terasa masih hidup :') Berwarna. Bukan hitam-putih. In akan rasa kehilangan yang besar buat kali ke-dua kalau hilang gambar tu ... Kerana gambar tu bukan sekadar gambar,tetapi orang yang paling In sayang. Phone? Apa sahaja yang ada didalam telefon In itu,In tak kisah kalau hilang. Kalau dah tak ada. Kerana ada yang dah disimpan didalam laptop,telah dicuci sebagai gambar dan mereka juga In sayang tapi mereka itu semua masih ada. Peluang untuk berjumpa itu masih tinggi. Lagi pula,masih segar di ingatan dan hati In. Orang yang telah pergi selamanya dari kita,somehow In rasa perlahan-lahan mereka membawa sekali kenangan yang buat In tend to forget about those memories. Phone tu,isi phone tu tak ada yang penting. Contact numbers? Sekejap je boleh dapat balik tu semua. Dengan adanya laman sosial yang lain. Minta bantuan kekawan lain. Tapi gambar arwah Wan,satu-satunya tu? Wo...priceless. Huhu... So that is the difference. Feeling,kehilangan purse dan handphone In. Hmph :)
Ingat,jangan cintakan benda sangat kerana nilai pada harganya. Tetapi kalau hendak cintakannya,cintakan dengan nilai pada memorinya. Bukan cintakan Iphone sebab dia mahal dan susah nak dapat (mungkin). Tetapi mungkin cintakannya kerana Iphone itu merupakan hadiah pertama daripada ibu atau ayah kita yang berusaha kuat untuk mendapatkannya buat kita. Demi kegembiraan kita. Nilai itu lebih tinggi. Contoh sahaja. Sedih kita bukan pada benda itu tetapi perasaan rasa bersalah itu sendiri. Kekecewaan pada diri yang cuai. Itu pengajaran buat diri In sendiri sebenarnya. Huhu... Apa pun kita tak boleh control setiap perkara yang terjadi,bukan? Pernah terbayang jika benar-benar hilang bagaimana? Mungkin In akan menangis dulu seharian :P , lalu redha sahajalah ^_^...Kerana ada yang lebih berharga menanti. In syaa Allah,pertemuan di syurga. In syaa Allah... Aamiin Allahumma Aamiin. Al-Fatihah buat mereka yang sudah tiada <3
:: NN ::
wah mcm tu eaa...kalau Kay semua bende hilang pun nangis. ups! bocor pulak rahsia.haha
ReplyDeleteHahahaha ish ish ish,hati kena kental ! Kuikui
Delete