Dia,
Yang bila ada,
Bikin aku kuat,
Yakin semangat
Dia,
Yang bila memandang,
Bikin mata aku tenang,
Sejuk damai terasa
Dia,
Yang bila difikirkan,
Bikin dadaku lapang,
Ukiran senyuman dibibir
Dia,
Yang bila aku sisipkan doa,
Bikin aku bersungguh-sungguh,
Dan ikhlas tertumpu pada dia
Hanya pada dia
Dan aku,
Akan tetap,
Pilih dia
:: NN ::
Thursday, December 25, 2014
Tuesday, December 23, 2014
Diari Hati
Assalamualaikum
Ini apa yang terbuku dihati,yang tak bisa diungkapkan,ditujukan dan diluahkan. Lalu In campakkan rasa ini disini agar mereka yang perlu dengar,perlu baca jua buat diri sendiri boleh bersatu kembali. In guna 'aku' untuk post kali ini.
Apa sahaja yang telah berlaku dulu dan sekarang ingin sekali diselesaikan dengan baik dan berlapang dada. Dulu yang berlaku tanpa pengetahuan aku kerana dianggap aku tiada hak untuk mengetahuinya,aku tidak mahu bahas. Tapi,yang aku tahu apa-apa sahaja yang berkaitan dengan aku,aku perlu tahu kerana dimana sebutnya,bicaranya,terletaknya nama aku,aku berhak untuk mengetahuinya. Tapi aku redha kerana aku seakan sudah terlambat mengetahuinya dan aku positif bahawa ini semua kehendak Allah. Jadi,aku siapa untuk lebih beremosi? Aku siapa? Aku sedang hati-hati agar aku tak jatuh kedalam gaung perangkap syaitan nirrojim.
Masalah itu biasa. Masalah itu sebagai pengajaran dan salah satu cara buat kita matang. Tak dilupakan in syaa Allah apa kita hadapi sekarang membantu pada masa hadapan. Kita semua manusia,bukan Nabi dan bukan Malaikat. Jauh sekali Tuhan. Tuhan hanya satu,Yang Maha Esa...Allah. Adalah tidak menyenangkan kalau masalah itu bertangguh dan diselesaikan sekerat jalan. Kalau dah tak mampu,baik semua lupakan dengan menulis catatan hidup yang baru bersama-sama. Kerana kita bukan sekadar kawan,kita adalah saudara Islam. Kita semua masing-masing ada salah dan silap,ada kelalaian dan ada salah fahamnya. Perasaan amarah aku mohon semuanya dikawal kerana perasaan itu datang daripada syaitan. Istighfar.
Daripada saling menyalahkan,membawa diri dan seangkatan drama yang telah diperkatakan baik berhenti. Relfect diri sendiri,cari kesalahan sendiri. Bukan pada kawan. Pada diri sendiri. Aku juga cari kesalahan pada diri sendiri. Kita semua struggle dalam sesuatu tetapi kita tak memahami antara satu sama yang lain apa masalah kita,pemikiran kita,hati kita,struggle kita. Kita semua buat-buat tahu,berlagak tahu. Kita semua rasa kita begitu kenal antara satu sama yang lain walhal baru berapa lama bersama itu pun sejak dari awal sudah ada cerekarama. Aku penat,kalian tidak-kah? Aku ajak,untuk kita hidup saling meminta maaf dan memaafkan. Jangan berdendam dan terlalu simpan sakit hati,pedih hati,terguris hati. Kerana disitu terletaknya keberkatan Allah,dengan meminta maaf dan memaafkan agar kita semua mendapat pengampunan daripada Allah SWT.
Aku ajak,untuk kita semua didik diri untuk bersabar dan lebih terbuka hati untuk luahkan segala rasa tidak enak yang tercalit,jujur apa yang dirasa dan difikirkan. Dan,jangan cuba untuk sendiri lagi-lagi dalam menyelesaikan sesuatu masalah kerana lebih baik bersama. Kita kuat kalau kita bersama. Bukan sendiri. Dan berbincang bersama,bukan hanya mendengar sebelah pihak semata-mata. Aku harap apa sahaja yang terlintas,curiga dan ingin tahu terus sahaja bertanya,bukan simpan dan membuat tanggapan sendiri. Kalau susah,maka tiada kepercayaan yang ada antara kita. Kata kawan,tapi... hak dibahagi, kepercayaan dibahagi, dan semestinya kasih sayang juga begitu,bukan? Jangan tipu pada diri sendiri. Relfect diri sendiri,kita semua.
Aku percaya kita semua ada usaha masing-masing buat kawan-kawan kita tapi kalau tujuan tak sama,usaha yang membawa haluan yang berbeza...tidak mengejutkan kalau ia boleh membawa suasana yang haru-biru. Anyway,kalau aku...aku keep telling myself that kita semua manusia dan tentu ada buat salah,kita semua berkawan dan tak sentiasa manis dalam berkawan pasti ada pahitnya. Tapi aku nak pahit itu kita hadam jadikan ia seperti ubat yang membawa manfaat pada diri kita. Aku maafkan kalian semua,dan aku juga ingin meminta maaf atas segala salah silap,dosa kecil atau besar. Allahu'alam. Jaga diri,jaga iman dan agama. Fi hifzillah. Assalamualaikum
Kita bukan sekadar kawan,kita saudara Islam! :)
:: NN::
Sunday, December 14, 2014
The Beginner [Piano]
Assalamualaikum
Hi there! Hari tu In tengah bosan dan belek-belek piano cover yang In buat time-time masih noob sangat main piano :P Well,sekarang lebih kurang je :P Kahkah! But then In buka satu piano cover ni and In macam OH MY ALLAH,when did I play this song? In tak ingat bila and tak ingat lagu apa. Hahahaha. Rasa macam amnesia. I bet that In dah hilang rentak lagu ni di jari jemari In. Hahaha. How sad. But I have the music sheet and I can start from zero again. Maybe slowly rentak tu akan datang balik and my fingers can dance better than before with this song! In syaa Allah. And also In ada tugasan untuk buat short movie. Criminal movie. In dah lupa macam mana nak edit video and all so In guna lagu ni untuk test,main-main edit kan. Guna Windows Live Movie Maker. So yeah. Malu nak tunjuk In main sangat noob :P >< I was so noob back then but still I'm so proud of myself. I met great teachers. They taught me a lot. I had a lot of fun with them. Alhamdulillah.
Hahahahaha,lack of feelings and everything !!! HAHAHAHAHA. Oh yeah,credit tu bohong aje. Yang jadi cameraman tu my mom. Time ni my brothers and father tak ade pun. Hahahaha. Like I said,tengah main-main edit je. So ni kira macam testing la... Hahahaha. Malu la itewww... Haduhai... Shhh,let it be our secret je tau :P Whoever read this,watch this please please please don't spread it! Especially my beloved friends. Just please :P Korang kalau ada benda nak bahan memang tak akan lepaskan peluang tu kan? Hahaha. Diam-diam aje tau! Alright,thank you. Have fun. Hahahahaa... Assalamualaikum wbt
:: NN ::
Sunday, December 7, 2014
Laksa
Assalamualaikum
Tidak lama dulu ketika musim cuti semester,In ada juga belajar masakan baru sedikit-sedikit daripada bonda yang tercinta. In belajar masak Laksa. Tak pasti nak kata Laksa apa,mungkin Laksa Kedah lah kot. Hehe. Mari kita tengok bahan-bahan dan recipenya :)
Bahan-Bahan
8-12 ikan kembung
Satu biji tomato
Satu tin sardin tomato
Belacan (Jenama yang digunakan Belacan Sedap)
Daun kalsom
Bunga kantan
Asam keping
10 cili kering
6 bawang merah
Telur
Cili padi
Bawang besar
Limau kasturi
Timun
Daun celom
Daun pudina
Salad
Cara Penyediaan
1) Rebuskan 8-12 ikan kembung
2) Keluarkan ikan rebus itu dan ambil isinya sahaja untuk diblend. (Boleh juga ambil sekali kepala dan kuahnya akan sedikit hitam)
3) Separuh air rebusan ikan kembung itu dimasukkan kedalam blender bersama isi ikan tadi,satu biji tomato yang sudah dipotong,satu tin sardin tomato dan juga belacan.
4) Selesai blend,masukkan ke dalam air rebusan yang tinggal separuh tadi.
5) Masukkan daun kalsom,bunga kantan dan asam keping juga.
6) Blendkan sepuluh cili kering dan 6 bawang merah.
7) Campurkannya dan masaklah kuah laksanya.
Ikan kembung untuk diblend
Step 4 & 5
Step 6 & 7 (Tanpa kepala ikan)
Sekali kepala ikan
Untuk dressing...aicehhh,boleh lah guna telur,cili padi,bawang besar,limau kasturi,timun,daun celom,pudina dan salad.
Done!
Korang suka hidangan kuah Laksa yang cair ke pekat? Kalau In,sukakan kuah yang pekat ^_^... Hidangan ni boleh seramai 3-5 orang In syaa Allah. It depends juga... Boleh lah adjust jumlah ikan untuk digunakan berdasarkan untuk berapa hidangan. Senang aje masak Laksa ni ghupenyeee... Hehehe.. Selamat Maju Jaya ! :D Nantikan recipe seterusnya di hari yang lain...Apa agaknya,kan? Hehe ^^, Assalamualaikum.
:: NN ::
Friday, December 5, 2014
Taxi Brothers
Assalamualaikum
Ni hao! Ni hao ma? Wo hen hao. ^_^.
So hari ini In pergi keluar tengok movie Hunger Games Part 1 tu. Keluar berdua dengan roommate baru In. Hehe. Syakira namanya ^_^. Dari Terengganu okay. Hehe. Ni kali pertama In keluar tengok movie di Shah Alam. Betul,1st sem tak pergi. Hehehe. Ada cadang tapi batal. Heh heh heh. So hari ini berpeluang dan kita pergi tengok di Bukit Raja. Fuyyo,kelas kau pawagam dia. Seat dia. Macam mewah. Tiket pula murah. Hahahah. Tak ku sangka. Best tau,kat Kulim tak ada,uhuksss...Kat Kulim macam klasik dengan ...okay tak perlu cerita. Tak penting. Hahah. So berdasarkan topik besar tu sudah tentu In nak cerita mengenai dua orang pemandu taxi. Kenapa Taxi Brothers? Nanti dengar cerita,tahu lah :D
Mula-mula naik taxi dengan seorang pakcik bernama Pakcik Badrul. Pakcik Badrul dari masuk taxi dia sampai turun taxi dia asyik bercerita. Hahahaha. Seronok. Dan cerita dia mengenai cerita keluarga dia. Hahah! Dia cerita mengenai anak dia yang nak diet,tak nak makan. Dia cerita plan dia untuk bagi anak dia makan iaitu masak sedap-sedap,dia makan dan bila anak dia nampak mesti tak tahan nak makan juga. HAHA. Lepas tu dia cerita lagi mengenai anak dia berbadan besar. Anak dia merungut tapi dia kata,"Tu la,makan banyak lagi." Hahah. Banyakkkk lagi! Soal jodoh pun. Pakcik Badrul kata,kalau gemuk ke kurus ke tak apa sebab kalau dah jodoh,Allah dah tentukan memang akan berkahwin juga. Mesti ada yang nak. Hahah. Tu nasihatnya kepada anaknya. Sweeeeeet! Pakcik Badrul suka bergurau.Bergurau dia terkena kat hati jugak kalau perempuan tu sensitif. HAHAHA. Kalau In ni,kerja gelak je. Hahaha.
Pakcik juga cerita anak dia kecil-kecil minat nak jadi Pramugari atau Nurse. Dia hantar anaknya ke sekolah Cina dari kecil sebab nak bagi dapat cakap Mandarin dan besar nanti bolehlah jadi pembaca berita Mandarin. Ye la,orang Cina je jadi pemberita dalam Bahasa Melayu. Kenapa tak ada orang Melayu jadi pemberita Bahasa Cina,ye dak? Itulah Pakcik kata... dan dia ingat mungkin boleh jadi Guru juga. Itulah hasrat,impian pakcik sebagai seorang ayah ketika anak-anaknya masih kecil Allahu,jelas dan cantik perancangan pakcik. Namun Allah lebih berkuasa dan rancangan Allah yang terbaik :) Anak pakcik dapat tawaran jadi Pramugari di MAS. Dan juga 3 tawaran kot di Singapore itupun sebab anaknya pandai cakap Mandarin juga. Hebatkan? Luas rezekinya kan?
Tapi,isteri Pakcik Badrul tak bagi. Takut lupa Mak Ayah. Allah :) Dan semestinya In tahu maksud isteri pakcik dan pakcik sendiri tapi tidak perlu In kongsikan disini. Pembaca juga mungkin boleh faham sendiri. Dan ended up anak pakcik jadi seorang Nurse sekarang di Hospital Pantai. Tudia! Murahnya rezeki Allahu Allah. In kata kat pakcik,"Baguslah Pakcik. Salah satu keinginan anak pakcik,dia dapat.Kan?" Pakcik pun menyetujui kata-kata In. ^_^. Pakcik punya 3 orang anak :)
***
Dah masuk Bukit Raja punya Mall,tak lama tu tersedar phone In hilang! Jeng-jeng-jeng. Alhamdulillah,bila dapat tahu phone In hilang,sedikit pun tak nervous,tak risau,tak fikir. Tenang je. Alhamdulillah. In bagitau kawan In...dan kita pergi ke tempat-tempat yang kita dah masuk dan cari dan tanya tetapi tak ada. Text pakcik tu selepas selesai solat Jumaat guna phone kawan In. And pakcik tu kata ADA! Alhamdulillah,syukur kepada Allah :)
***
Time dalam cinema dah memang text pakcik suruh ambil pada jam 5.00p.m. Dia kata okay. Tapi perancangan Allah itu lagi sekali,memang cantik :) Percayalah,cantik perancangan Allah tu. Pakcik Badrul telefon dan kata dia ada emergency. Pakcik simpankan telefon In tu :) Tak mengapa... ^_^. Lepas tu,telefon la pakcik taxi yang kedua. Namanya Pakcik Ismail. Dia pun kata boleh ambil. Lama betul tunggu pakcik ni. Hahahaha. Telefon balik,pakcik kata nak belok pusing dah ni. Hahahaha. Tak lama tu sampai lah. Masuk lah... Pakcik kata,tadi time call Pakcik tengah makan. Hahahaha. Ok ok ok X'D Sunyi la mula-mula,In dan kawan rancak bersembang. Hehehe. Tak lama kemudian entah tak ingat macam mana boleh Pakcik tu rancak berbual sekali dengan kitaorang. Haha! Dan tak lama tu kawan In kata yang sebelum ni ada call Pakcik taxi lain tapi dia ada emergency di Petaling Jaya.
Pakcik Ismail tanya nama siapa,kita katalah Pakcik Badrul. Pakcik pun ohhh Badrul,kenal tu. In pun tanya,"Oh ye,kenal?" Pakcik balas,"Apa pula tak kenal,sekali kerja. Pejabat pun sekali." Hahahahah. Okay >_<''' Lepas tu In buka cerita kata telefon In tertinggal dalam taxi tu. Pakcik Ismail pun kata dah tu macam mana. In kata lah nanti Pakcik Badrul datang kolej hantar. Heheh. Then Pakcik Ismail mula rancak bercerita sebenarnya Pakcik Badrul dan dia sekali dulu students UiTM juga. Dah kenal 12 tahun. Siap tunjuk kad UiTM lagi tau. Pakcik simpan!!!!!!!! Hahaha. Pakcik kata,diorang ada 4 sekawan yang dari universiti sampai sekarang sekali dan bekerja sebagai pemandu taxi. Selalu kalau ada students telefon dan tiba-tiba pakcik tu jauh ke,ada hal ke kurang rajin ke ceh ... pass kat kawan dia :P Pakcik Ismail akan call Pakcik Badrul suruh ambil budak sekian-sekian ditempat sekian-sekian. HAHAHA. Style. In kata,jadi pakcik dua ni sahabat lah kan! Pakcik balas,"Haah ya,sahabat. Sahabat pakcik." Awwwwwww sweet. Malah pagi tadi pun minum air sama-sama didepan UiTM ni. hahah.
Pakcik Ismail pun cerita juga anak pakcik Badrul ada 2 orang. Hah! Perasan tak? Peka tak? Tadi In kata Pakcik Badrul punya 3 orang anak kan? Kenapa agaknya Pakcik Ismail kata dia ada 2 orang anak? Jeng-jeng-jeng. Kawan In pun cakap,'Eh,bukan 3 orang anak ke?" Pakcik Ismail pun kata,"Oh,seorang lagi tu anak angkat." Pakcik sambung,"Dia kata ada 3 orang anak eh?" In dan kawan serentak mengiyakannya. Allahu Allah! Pakcik Badrul sangat bersih hatinya,sangat menyayangi anak-anaknya tidak kira darah daging siapa. Melayan dan menganggap sama rata. Walaupun sudah punya dua orang anak tetapi masih ingin mengambil seorang anak angkat sebagai anak bongsu,Allah! Baiknya Pakcik Badrul,sweet sangat. Tak silap,anak angkatnya itu dari Sabah kot. Huhuhu. Terharunya,bertuahnya keluarga Pakcik Badrul!
Nak dekat sampai UiTM jammed sikit. Time tu Pakcik Ismail telefon Pakcik Badrul...
"Badrul...niii budak-budak kau yang kau hantar tadi...dan tak jadi nak ambil diorang call aku. Ni ada dengan aku ni."
"Niii Badrul,bila kau nak bagi telefon budak ni?"
"Kalau kau bagi dia belanja kau sebungkus nasi lemak."
HAHAHA. Kelakar betul pakcik-pakcik ni. hahah! Dah lah In tak suruh tanya pun mengenai phone In,pandai-pandai je. Hahah! Lawak betul. Tapi itu namanya caring :') Hehehe... Alhamdulillah selamat sampai dikolej tak lama selepas itu. Pakcik juga kata yang diorang tahu sangat selok-belok UiTM ni tetapi saja-saja buat tak tahu. Hahahahah! Dan apa yang korang faham dengan Taxi Brothers? Tentulah diorang seperti adik-beradik. Saling menjaga,boleh pass-pass kan pelanggan lagi tu. Hahah. Kenal keluarga masing-masing dan macam-macam lagi. Apa yang cantik dengan perancangan Allah? Cantik sangat dengan kehilangan phone In,dan Pakcik Badrul tak dapat ambil kami...kami bertemu dengan Pakcik Ismail iaitu kawan lama dan sahabat Pakcik Badrul. In belajar banyak dari cerita Pakcik Badrul dan juga Pakcik Ismail. In dapat banyak nasihat daripada mereka berdua. Sungguh In kagum dan bersyukur. Dan pakcik-pakcik ini secara tidak langsung membuat In teringat kepada Allah. Berfikir secara positif dan kekal semangat dalam apa jua. Percaya dengan perancangan Allah dan rezeki Allah. Alhamdulillah atas nikmat yang berganda pada hari ini ya Allah. Semoga murah rezeki mereka,kekalkan persahabatan mereka dan semoga mereka,dan kita semua bersama kelak di syurgaMu ya Allah. Aamiin Allahumma Aamiin. Fi hifzillah! In akan edit dan sertakan number telefon pakcik-pakcik ni. Sesiapa area Shah Alam boleh telefon minta hantar ke mana-mana! ^_^ Assalamualaikum wbt.
:: NN ::
Subscribe to:
Posts (Atom)