Tuesday, April 30, 2013

Terima Kasih,FizGraphic :)

Assalamualaikum

Hi there ! :) Tak lama dulu In ade join segmen Gadis Blogger DSLR  . Tatahu lah kalau-kalau ade jejaka di luar sana pun join ? Hikhikhik... And hari ni In dapat tau yang 'tuan rumah' buat doodle comey le ! Hehee ... Terima kasih ye 'tuan rumah' :) In appreciate sesangat. Untung tau ade bakat buat doodle ni... XD Terima kasih yea =D
.
.

 
Lawaaa kan doodle ni. ^____^ ~~ Thanks yeah ! :D

And thanks to Miss Lissa yang sudi tag In ... Entah nape tergerak hati nak join. Kan In ni liat orangnye nak join segmen kan ? Hahaha... Tapi apa pun alhamdulillah .. Mungkin ini jawapannya. Hahahaha ;P
See yaa ! Nanti In nak kongsi satu cerita yang In sangat suka dan ade hikmahnya ! :D

:: NN ::

Monday, April 29, 2013

Baju Kelas 5S4 2013

Assalamualaikum

Hari ni In saje nak share mengenai baju kelas In yang akan kami sekelas tempah. Esok,In dan kekawan In akan pergi ke kedai tempah membuat T-Shirt. Kami buat T-shirt kelas !! Yeay ! Semangat tak ? Buat awal-awal. Kelas lain tak mula lagi pun. Maybe lepas kelas kami buat,baru kelas lain mula buat. Jealous mungkin? Kehkehkeh... Ingat nak buat Hoodie tapi maybe mahal kannnnn . Tak perlu la,T-shirt pun boleh ~ Kami sekelas ade la bagi cadangan nak buat baju macam mana. Simple is nice. In pun join sekaki untuk design baju. Ekekeke... Then,diorang decide untuk amek design In. Huhu...thanks. XD Walau tak seberapa mana kan? Iskiskisk... Then,yang lain-2 macam warna semua bincang sekelas. Amek kata sepakat. In ikut je. Serius,kawan kata kalau tanya In,yo yo O je... semua boleh. hahaha... In okay jep... :) Belakang T-Shirt,ada nama kekawan sekelas. Guna font yang dicadangkan oleh kawan sekelas ,budak Cina ...  Haa,sebenarnya design baju In yang kat depan tu dah di edit jugak dengan kekawan sekelas. So,baju ni bukan 100% hasil In tetapi kekawan sekelas ^__^ ... Kami share idea masing-masing. Jom tengok ?

      


Taraaa ! Cemnaa ? Hahaha ... Moga-moga lawa la kan bila dah jadi T-shirt sebenar. Tak ade cacat cela. In syaa Allah semuanya dipermudahkan :) Nama 3 orang teratas tu bukan nama kekawan sekelas tapi anak-anak cikgu yang berumur 6,5,1 tahun. Heheee,cikgu pun nak buat untuk anak-anak dye. ^_^... Mesti comey !!! Hahahahaaaa.... terbaikkk lah cikgu ~  Kelas In ade 31 orang ~ Nama orang Islam dibawah sebab bila pakai tudung,nama kami tak akan terlindung. Pun sepakatan kelas :) Haa,ce teka ... Mana nama In ? Hihi Doakan agar baju ni dihasilkan persis seperti kehendak kami semua XD Okay ? hehehee .. thanks !

:: NN ::

Sunday, April 28, 2013

Salah Siapa ?

Assalamualaikum

Allah!!!, entah mengapa ungkapan itu terbit tiba-tiba dari lidahku, mungkin inilah yang dikatakan fitrah seorang hamba yang memang tidak berdaya dan sentiasa mengharapkan limpahan kekuatan dan keinginan dalam meneruskan perjuangan yang semakin hari ku lihat semakin sukar.
Memang sejak kebelakangan ini hatiku membentak tentang tugasan yang padat menghujani aku satu persatu.
Jiwa yang dulunya tampak gagah kini meronta-ronta untuk dilepaskan dari segala bebanan ini.
Bukan aku tak mahu, tapi entahlah inilah kali pertama aku merasakannya dan semangatku kian padam dan semakin menghitam.
Salah Siapa
Hari demi hari yang aku lalui kini semata-mata menyalahkan orang lain diatas perasaanku yang kacau bilau ini.
Tetapi yang menghairankan, semakin banyak aku menyalahkan orang lain, semakin aku gelisah.
Seperti ada sesuatu yang mengatakan bahawa ia semua salahku sebenarnya.
Aku makin keliru, tujuanku baik untuk membantu agama Allah, tapi kenapa jiwaku membentak sebegini rupa?
Aku teringat kata-kata seorang ustaz yang pernah memberikan kuliah sewaktu bertamrin dulu.
"Islam ini agama yang terbaik, ganjarannya menegakkannya juga adalah yang terbaik, nescaya perkara yang berkualiti dan terbaik itu mestilah ada mahar yang standing dengannya. Itulah dia pengorbanan dalam perjuangan"
iluvislam.com
Tersentak jiwaku ketika teringat kata-kata tersebut, otakku ligat mencari kekuatan yang terbit dicelah-celah kata tersebut.
Aduh, daifnya diriku ini selalu meletakkan kesalahan ke atas bahu yang lain sedangkan aku masih lagi mampu memikulnya.
Aku sentiasa menegakkan bahawa orang lainlah yang menjadi asbab aku terbeban sedangkan aku sendiri lalai dan sentiasa lupa kepada diri sendiri.
Dosa Yang Menghijab Amalan
"sesungguhnya didalam setiap jasad anak adam itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya, jika jahat daging itu maka jahatlah seluruhnya, ketahuilah daging itu adalah hati"
iluvislam.com
Begitulah rangkap hadith yang dituturkan oleh Rasulullah dalam menegaskan tentang kepentingan hati dalam mempengaruhi tindakan yang akan dizahirkan dengan tubuh badan, terutamanya dalam mengharungi kehidupan ini sebagai seorang pejuang.
Aku meneliti ayat hadith berkenaan, lalu aku mendapat satu jawapan dan kepastian tentang bentakkan jiwaku yang tidak keruan ini.
Mungkin kerana dosa yang sentiasa aku lakukan menjadikan jiwaku penuh dengan dosa dan noda yang diibaratkan seperti titik hitam yang akan mengisi hati.
Mungkin dalam sedar atau tidak aku sendiri seronok melakukan dosa berkenaan dan perbuatan itu berterusan dalam keadaan aku yang semakin lalai dan cuai.
Bukan soal dosa besar atau kecil yang telah aku lakukan, tetapi dosa sebesar manapun ia tetap dosa dan tidak disukai Allah.
Aku Ingin Kembali
"Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taubat( taubat nasuha)"
iluvislam.com
Dengan perlahan-lahan aku teringatkan ayat Al-Quran itu.
Walaupun ringkas, tetapi punyai maksud yang dalam dan menusuk hati para pencinta agama Allah.
Sesungguhnya manusia sentiasa melakukan dosa saban hari dan waktu, tetapi ingat, sebesar manapun kesilapan yang telah dilakukan,
Allah lebih tahu akan hikmahnya dan tiada perkara diatas dunia ini yang dapat menandingi sifat pengampun Allah.
Dalam keheningan malam itu, aku mengalirkan air mata, spontan tanganku angkat dan jari jemariku susun rapi menadah tangan dalam kerendahan hati seorang hamba yang tidak berupaya melainkan dengan izin dariNya.
Ya Allah aku menadah tangan ini dengan penuh pengharapan, agar Kau kurniakan aku kekuatan yang pernah Kau berikan pada Rasulullah,
Kekuatan hati yang kuat dan keazaman yang betul-betul mantap, 
Aku seorang hamba yang hina dihadapanMu ya Allah,
Berilah aku hidayahMu untuk memandu jalanku ini,
Suluhlah jiwaku dengan suluhan Iman,
Perhiaskan diriku dengan sifat sabar,
Dan wangikan tubuhku dengan keringat jihad menujuMu,
Ya Allah, aku sedar aku tidak layak menuntut syurgamu,
Namun aku juga tidak mampu menghadapi murkaMu,
Ya Allah berilah kemulian kepadaKu dengan gugur SYAHID dijalanMU,
Sesungguhnya tiada yang lebih besar cita-citaku selain itu,
Ya Allah berikan sahabat seperjuanganku juga kekuatan,
Jangan biarkan mereka mati melainkan dalam perjuangan menegakkan agamaMU,
Sesungguhnya aku terlalu kasih dan cinta kepada mereka,
Ya Allah, pertemukan kami dengan kekasihMu iaitu Rasulullah,
Pertemukan kami dengan sahabat-sahabat baginda,
Dan pertemukan kami dengan para pejuang Islam yang istiqamah menyatakan kebenaran agamaMu,
Ya Allah, tuhan yang Maha Sempurna, perkenankanlah doaku ini...

Hari ni In kongsikan mengenai cerita yang In petik daripada iluvislam.com. Moga cerita ini memberi kita kesedaran dan in syaa Allah kita dapat memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik dari semasa ke semasa. Ingatlah,Allah tidak akan mengubah seseorang itu jika dirinya sendiri tidak ingin berubah.

p/s Ni tak ade kena mengena dengan In tauu... haha,tengok komen awal-awal macam orang salah anggap je. Hoho... In just berkongsi perkara ni dengan korang semua ^___^ ...

:: NN ::

Monday, April 22, 2013

Surat Daripada Sahabat

Assalamualaikum

Tak lama dulu,In ada belek-belek 'laci kenangan' In.. Sebenarnya waktu tu sebelum baca subjek sejarah. Untuk mendapat 'mood membaca sejarah' , In pun nak la kenang kembali sejarah kehidupan In dulu. Dalam laci kenangan tu macam-macam ado ... Kebanyakan buat In menangis. Eh,tangisan kegembiraan tu. In pernah teringat,pada waktu tu...kenangan itulah yang begitu perit. Tapi bila kenang kembali,kenangan itulah manis. Wuuu... so guys,jangan begitu layan perasaan perit korang terhadap orang lain. Sebab selalunya,bila kita kenang kembali ia jadi sesuatu yang manis. Entah bagaimana... Mungkin kita ketawa kecil .. dan berkata ... "betapa tak matangnya aku dulu" ... "betapa kurang hajarnya dia,tapi sekarang waaa...terbaikkk!" CONTOH...CONTOH... manusia berubah kan ?  Berilah peluang kepada orang untuk berubah. Takut-takut dendam kita ni membuatkan dia tidak boleh berubah ke arah yang lebih baik... Eh,pengenalan begitu panjang daaa..... =='' merepek sampai mana tatau. Kihkihkih ^____^

Okay,mula-mula surat ni daripada seorang sahabat yang In kenal sejak sekolah rendah begitu lama dahulu. Cewwah ayat kau In ! XD Surat ini diberi ketika hari jadi In tahun lepas maybe ? Dia segan nak wish,lalu memberi surat. Siap ada beberapa 'posmen' tolong pass kan sehingga jatuh ke tangan In. Hewhew ~

Mr.WEAK and SMELLY :P

Nazmin...~Happy Birthday~Have a long and happy life.Be happy always yar...Sorry if I got do anything wrong to you okay...All the best in your life.

Touching giler mamat ni. Selalu touching. Kalau happy,terlebih pulak. Kihkihkih ... Tapi kalau dia sedih,memang betul-2 sedih ==''' Memang dia feel habis-habisan apa yang dia rasa... Hahaa :)
P/s kapur yang dia baling dekat In,In amek and simpan ...tapi TERhilang ;(( Agak-2 ibu In terbuang tak ? Nampak dekat atas meja dalam bilik. Hahaha... rugi je kalau hilang. Kenangan tu !!! ><''

Dan ini pula surat daripada seorang sahabat In yang In kenal sejak form 1. Kami memang kamceng !!!! Apa-apa pun kongsi sama-sama,buat sama-sama...merapu bagai sama-sama. Huahuahua... Dear,remember P KECIK dan P BESAR ? OMG !! harap-2 tak de siapa faham, kalau tidak MASALAH BESAR! ><''' hehe... Peace peace ! Dia beri kepada In surat ni melalui seorang kawan. In tak dapat jumpe dia,so dia berikan surat kepada In. Dia pergi ke MRSM,so terpisah lah kami semasa form 4 ! Iskiskisk... rindu serindu rindunya ... XD Ni surat pencetus semangat ni ! Jom,In kongsikan !!!

Assalamualaikum. Hai Nazmin... M (huruf pada nama permulaannyanya) ni..Rindu kat hg. Aku reunion dengan geng kita yang lain :P Jeles x? kehkeh.. Hg belajar elok2 tau,jangan putus asa,kuatkan azam hg.Nanti kita sama-sama jadi doktor tau! Wey,simpan tau kertas ni. Nanti aku nak beli nombor celcom. Maxis macam cekik darah. Meluat aku.Hg pun tukar celcom gak. huhu.. aku nak bawa fon lagi kat asrama

HAHAHA... XD Mula-2 terharu giler,menangis. *semua nak menangis* =='' ... Biasalah,perempuan ;P
Lepas tu part celcom maxis bagai tu jadi ketawa besar pulakk... In memang dari dulu nak beli number celcom sebab ada 2 phone leh guna ! Tapi hajat tu sampai sekarang tak buat lagi. Malaihh...huahuahua... Dan ayat "aku nak bawa fon lagi kat asrama" tu memang lucu. Tak serik-serik lagi walaupun kena rampas sekali. Hehehe... Miss M , jangan mare tau ku kongsikan bersama orang lain XD . Surat yang paling unik pernah ku terima !!! Hihi ......... ~ Muahmuah ! >____<'' ^___^ ~~~

Ada lagi surat-2nya ... Eh,korang kan kalau ade orang kasi surat ni semua jangan buang!! Sayang tau,kenangan ni... Indah sesangat. Inilah berharganya surat-menyurat berbanding dengan guna teknologi sekarang macam whatsapp,text semua ni ... winkwink ;)  Serius,kalau baca lagi sepuluh tahun akan datang semua,pasti best !!! In tau,mesti korang semua pun ade punya ! Tak ke ? Heheee .. okay,take care semua. ^_^

p/s Post seterusnya,sambung dengan ilmu yang bermanfaat...in syaa Allah :)

:: NN ::



Sunday, April 21, 2013

Tika Ku Membuat Homework

Assalamualaikum

Heyya ! :D Ehermm,ehermm... In saja nak kongsi ape 'perkara sampingan' ketika In sedang membuat homework. Korang suka ke buat homework? In tak suka tau. Rasa geram jugak ade homework terutama bertimbun-timbun and In tak reti buat !!!! Frustnye. Haha...tapi tapi ~~~ In dah jumpe penawarnya ;) So sekarang no problem untuk In ! Bak mai la homework XD *Ceceyy* ... 

Pertama sekali ! Sebagai pelajar yang "cemerlang"...tindakan pun kena "cemerlang". Haha... Kerja yang cikgu bagi tu kan,terutama kertas-kertas tu....In tak tau jawapannya,tanya je Atuk Google! Tup tup,mana tau keluar terus sebijik dengan soalan cikgu bagi !!! XD *winky* ~ Rupa-rupanya,bukan In seorang je buat,kekawan kelas pun sama lah :P Tau kenapa ? Kami terpaksa lah,nak study... *kononnya* ... Eh betullah!!! Heeeeeee~

Kedua pula ! Tak tau tu, whatsapp kekawan. Kalau In ade facebook cam dulu,tanya kat situ ah. Siap wat status lagi. Perghh,memang In sanggup. Tau kenapa ? Tak mau tak siap homework. Nanti kat sekolah jadi kelam-kabut nak siapkan. Mana best. Kalau siap,boleh bangga sikit. Huahuahua >____<'' ~  

---Nak cerita sikit,time dulu ade facebook kerap ah jugak buka. Sebenarnya bukan apa,terutama kerap tu sebab ACCOUNT. Discussed kerja kursus bagai. Tapi parents In terutama mak In macam ingat In sembang kosong ngan kekawan ke ape kan. Tapi tak pe lah,senyap je. Kekadang CUBA bagitau,tapi macam susah nak percaya kan. hahahaha. Then suatu hari anak Paksu punya birthday. In sibuk,tak pegi. Mak In je pegi. Paksu In kata apa tau kat mak In ...Paksu kata In ni rajin. HAHAHA... Mak In pun tanya.... rajin?.~ Hahah XD Jeng-3~~ Paksu kata,tuuu kat facebook selalu tengok dia dengan kekawan buat kerja,belajar. Lebih kurang cemtu >____<'' . Fuhhh,thanks Paksu !!!!!!! Akhirnya tanggapan mak In terhadap In berfacebook telah berubah. Ngeee ~~~ So conclusion is bukan nak bangga ke ape,tapi korang pun nak guna facebook agak-agaklah. Jangan buang masa dengan buat perkara tak berfaedah kat facebook. Guna medium ni untuk belajar dan mengajar jugak! Okay ? In terfikir la,mungkin kesabaran In membuahkan hasil...Allah dah bantu In,alhamdulillah... Jangan marah mak ayah korang kalau diorang marah korang asyik On9 je. Kalau asyik On9 dengan tak berfaedah memang patut,tapi kalau On9 perkara yang berfaedah ,diam je. Nanti Allah bantu korang okay ? :) ---

p/s In jugak guna twitter,tweet-2 dengan kawan untuk belajar,pernah la SEKALI tu :P berkongsi mengenai fakta-fakta agama sebab nak exam dah time tu,tak sempat nak baca !!! Tweet la berkongsi ape yang dah belajar and ingat. haha... Serius,berkesan !

Ketiga kalinya ! Time In buat homework,cepat mengantuk la... letih... kesunyian. Ceh =='' tetibe je. Hahaha... So In nak share,In dengar zikir-zikir ni ~~~ Pergh,mata tak pejam-pejam pun! Rasa segar,fresh dan semangat ! And mudah relax dan berfikir. In lebih cepat buat kerja... Hati tenang la katakan...







Keempatnya ! In buat kerja dekat meja makan !!!! Ngeeeeee ~ Tak tau ,sekarang ni jadi tempat favourite untuk In buat kerja,study dekat meja makan. Bukan dalam bilik. Bila dalam bilik,nampak katil... Tergoda. Hahahaha. Rasa macam nak tidur je,baring-baring,golek-golek atas katil XD Lepas tu,krohh krohhh lena ... Hehe~ *Waktu malam* Kalau siang-2 In tak boleh dekat meja makan,mood hilang. Ni waktu memalam je. Sambil tu buat air dan makanan ringan yang berkhasiat. Maksudnya macam biskut bagai. Bukan keropok. Bukan aiskrim. Aiskrim makan siang-siang,petang-petang tengok TV. Hahaa XD *peminat setia aiskrim* In rasa segar je dekat meja makan malam-malam.

Kelima !!! Sebelum buat homework atau study,In suka senangkan hati dulu ~~ Tengok movie!! Yup,tu kalau In. Ade orang diorang kena study dulu,buat homework dulu baru nak bergembira. Kalau In tak. Sebabnya In takut terlupa... Ye la,kalau lepas study...tengok movie ke ape terutama yang kelakar-kelakar. Nanti gelak HUHAHUHA,habis lupa ape yang kita belajar tadi. Ngeh-3... XD Ada logiknya kan? Detektif kena la berfikiran logik. Hehe. ^_____^

Akhir sekali !!!! Kalau keadaan yang terdesak. Tengok kawan =_='' huhu. Seriously,In selalunya berat hati nak tengok kawan punya kerja. Tapi kekadang senang hati ada jugak :P Berat hati sebab sebenarnya mungkin In dapat buat tapi In tak lebihkan usaha dan pilih jalan ringkas ni. Tak elok juga sebenarnya,kan? Tapi senang hati tu sebab In memang sengaja tak buat sebab study kat rumah. hahaha. In senang hati juga sebab In jujur dekat kawan. ^_^ ... TAPI TAPI TAPI... Bukannya In tiru pun... In tengok !! Maksudnya di sini,In tak tiru buta-buta. In akan pastikan In faham. In teliti dulu,baru In salin sebab kesuntukan masa. Kalau In tak faham,la-la tu juga In tanya kawan. Haa,berbeza tau tak ? TIRU tu apabila kita salin je kawan kita punya tanpa membuatkan diri kita sendiri faham. Tu baru tipu diri sendiri. Tak elok. Ye ? :)

Jadi,sekian sahaja. Ini je In syok-syok kongsikan rutin harian In ketika membuat homework.

p/s Baca bismillah sebelum belajar/buat homework. Ucapkan alhamdulillah setelah selesai belajar/buat homework dan setiap kali belajar/buat homework dan faham :) Kalau rasa resah,susah,,buntu dan tertekan... ucapkan la hawla wala quwwata illa billah . Ada tips lain nak dikongsikan ? ^^,

pps Minggu Exam hampir tiba !!! Jadual pun dah dapat minggu lepas,kot. Tedia,punya awal. Baru je rasa habis
exam,tup-tup mai balik exam tu. Haha..cepat je rasa. Doakan In yeah ! <3

:: NN ::

Saturday, April 20, 2013

Segmen : Gadis Blogger DSLR

Assalamualaikum 


Heyya ! Hahahaha,kena tag oleh sis Lissa . Thanks :) Alang-2 nak release tekanan sebab minggu exam hampir tiba :O ... buat lah segmen ni ^____^ . Kesian sis penat-penat tag In. Kan kan. Hohoho

 

Klik banner untuk join okay ! Syarat mudah dan cepat ! Let's join this segmen! LOloL

nickname : Min Holmes
tudung : soft blue colour
baju : white/black

Gonna tag ;D

Sweet lil' sistaaa : KIDDO

Le' cute sistaaa : Miss Always Late ! 

---Suka doodle-doodle comeyyy,tapi sayang tak reti buat ... iskiskisk T.T---

p/s Maaf,In tak de FB ... huhu~

:: NN ::

Friday, April 19, 2013

Jangan Menangis,Anakku

Aku sedang berada di balkoni. Memandang jauh ke hadapan. Mengenang kembali masa lalu.

...

Aku terlihat gelagat seseorang di hujung lorong sunyi di sana.
Aku beranikan diri untuk pergi melihat.

Seorang anak.
Lingkungan 5 ke 6 tahun.
Menangis tidak henti.
Kelihatan ketakutan.

"Kenapa anak di sini?"

Dia senyap...

"Ke mana pergi ibu bapamu?"

Dia senyap...
Namun tangisnya semakin perlahan.
Aku menarik nafas lega.

"Siapa namamu?Lapar?"

Dia memandang anak hitam mataku.
Bebola mataku tak dapat lari daripada melihat matanya yang bergenang dengan air mata.
Aku tertanya-tanya siapakah anak ini.
Aku dapat merasakan cerita yang sedih daripada kolam matanya.

Dia bersuara...

"Saya Kasih.Sudah sehari suntuk saya menunggu ibu saya.Saya tidak pernah kenal ayah saya.Ibu kata dia akan kembali tetapi masih belum tiba.Saya menunggu suapan daripada ibu."

Aku berfikir sejenak.
Benarkah ibunya akan kembali?
Mungkinkah ibunya telah pergi meninggalkannya.

"Dengan siapa ibumu pergi?"

"Seorang lelaki asing.Saya tidak kenal." Jawabnya.

"Jangan menangis,anakku. Hari sudah nak malam. Mari kita pulang. Mulai sekarang,panggilku
bonda. Ayah dan adik-beradikmu sedang berada dirumah."

...

Azan mula berkumandang. Aku tersedar daripada lamunan. Ya Allah,kini aku telah berjaya. Menjadi seorang yang mempunyai identiti dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Namaku pada mulanya Kasih menjadi Wadhiah setelah menjadi anak angkat kepada seorang ibu yang luar biasa. Bondaku yang mendidik dan menyayangi aku sama seperti anak-anak kandungnya. Bonda menasihatiku agar menjadi seorang insan seperti namaku. Bonda ingin aku menjadi seorang yang bagus dan bersih. Bagus dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslimah. Bersih dari segala kotoran yang dapat mencemarkan hati ini. Ayah dan adik-beradik angkatku begitu menyayangi ku. Terasa bertuah dan bersyukur diri ini.

Hari ini merupakan tarikh dan bulan kematian bondaku.Sudah 2 tahun bonda meninggalkan keluarganya. Aku berdoa agar Allah sentiasa mengampunkan segala dosa bondaku dan menjaganya. Aku berdoa agar ibu-ibu lain di luar sana dapat menjadi seperti bondaku. Seorang ibu yang penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang. Yang tidak menjadikan darah sebagai halangan. Bonda begitu menyayangiku sejak hari pertama dia mengenali diriku.Aku berharap agar Allah mengurniakan anak-anak yang senasib sepertiku dahulu mendapat seorang ibu yang baik dan solehah seperti bonda. Aku juga berdoa buat diriku agar kelak menjadi seorang ibu seperti bonda.

Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan aku dengan bonda. Terima kasih bonda kerana sudi menerimaku,menjagaku,mendidik dan menyayangiku.Kerana jagaan dan doa bonda,aku telah berjaya sehingga ke peringkat ini. Terima kasih.

:: NN ::

Wednesday, April 17, 2013

Kisah Nabi Musa dan Seorang Anak Soleh

Assalamualaikum

Hari ni In nak berkongsi satu cerita yang penuh makna. Cerita ni banyak kali dah In dengar,baca. Tatau lah para blogger yang lain. Jadi,marilah baca ... kenang kembali :)

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SW.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. 

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah pun menjawab dengan mengatakan nama
orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. 

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan. 

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke
bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. 
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa. 

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan
kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap
melaksanakan tugasku.", sambungnya. 

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih
belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran
dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." 

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang
Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." 

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. 

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita, itu bukan urusan kita.Urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita.Urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur. Jadi,jangan pernah lupa ya untuk mendoakan ibu bapa kita semua :)

p/s Ibu bapa yang soleh/solehah juga Allah memakbulkan doa mereka ... Jadi tak kira kita ni sebagai anak atau ibu bapa,sebelum menjadi orang tua kepada anak-anak,sudah tentu kita juga seorang anak kepada dua orang ibu bapa...Pentingnya untuk kita mendidik diri sendiri terlebih dahulu menjadi seorang yang soleh/solehah :) In syaa Allah ...

:: NN ::

Saturday, April 13, 2013

Saya Dah Tengok Dunia !

Assalamualaikum


AMARAN : ENTRY BERJELA-JELA

Nampak tak title tu? Is it too early for me to say that? Not really kan? I've changed. Yes. Kenapa? Tak percaya? Macam pernah dengar je kan ayat tu. Haha. Banyak kesedihan kan kehidupan ni. Tapi tak terlepas pandang juga kepada kegembiraan. Namun ... tidak,In tak sanggup nak teruskan ayat ni. Lupakan. Haha . 
So,what's my point actually kan ? Tetibe je title tu. Hurm,In dah berubah jauh lebih-lebih banyak. Mungkin kekawan tak berapa nampak. Tapi orang-orang yang TERdekat ada nampak. In fact,In bagitau siap-siap yang In bukan seseorang yang korang kenal dulu. I'm the new one. Sebab apa In berubah? Sebab In dah tengok DUNIA ni sepanjang perjalanan hidup In sehingga 17 tahun hari tu bersamaan pada tarikh 5.4.2013. Selepas tarikh tu automatik berubah. Rasa sakit di hati,keperitan,kesakitan,kehimpitan,kekosongan,ke macam-macam ke lagi yang seumpamanya terlalu banyak ditanggung oleh hati In ni sampai hati In kata " ENOUGH ! THAT'S IT ! " Hmm...

Kenapa hati In kata macam tu ? Sebab hati ni tak rela lagi menangis. In tak tahu lah In ni terlalu baik ke ape. Rasanya taklah juga tapi ... itulah hakikatnya that sometimes In rasa In ni terlalu sangat-sangat baik. Korang faham tak BAIK tu apa? Bukan nak menunjuk,bangga ke apa. Langsung tak,tapi In nak bagitau bagaimana In lihat dunia ni sekarang. I'm so so so extremely sad ! What a shameeee ! Huhu .. korang rasa In tengah marah ke ? Tak,In kecewa. In malu. Kerana In juga seorang manusia seperti korang. Buat daripada tanah. Nanti mati pun kembali ke asal. Sama je kita semua tapi... tapi... ada seperkara itu membuatkan In akan kata KITA TAK SAMA! Sama sekali tidak ! I'm not like some of you guys ! Never be like you guys ! 

Okay,tak faham lagi kan ? Tengah membebel ape ni kan... ? What people always say that I'm too kind,maybe...it is true. And I must change that. And I did. I am. Dulu,In selalu mengalah. Sekarang tidak,I've to stand ! Stand up for the rights! STAND UP FOR MY RIGHTS,YOUR RIGHTS,OUR RIGHTS,HUMAN RIGHTS.  Dulu In kurang tegas. At first,sekolah rendah In memang tegas. Itu sebab my duty. Sebab sekolah rendah pengawas. Naik sekolah menengah tak jadi pengawas,hilang habis ketegasan. I feel like semua dah besar,tak perlu la nak bertegas kan tapi In salah ! Masih je gitu-gitu. SEKARANG In akan tegas. Dulu,In suka menolong orang. I feel like yeah,ok la. Dapat pahala. Sabar. Maybe orang-orang tu boleh ikut tapi SALAH lagi. Dunia ni dah lain. Tak macam dulu-dulu.

DUNIA DAH LAIN. SEDIH. KECEWA. APA DAH JADI ? Kadang-kadang,manusia itu perlu berubah demi orang yang kita sayang. In sayang orang-orang In kenal and kalau perangai,attitude korang memang hampeh,In dah fed up,I will change untuk korang. Yes,I'm being myself. I'm not gonna be someone yang hipokrit. Dulu,In jaga hati orang,sekarang? IF I REALLY HAVE TO-REALLY REALLY MUST-TELL THE TRUTH,yes I WILL. And ambil kesempatan tengok mata In,seriously man,I'm telling you the truth. I won't lie demi jaga hati kepada orang-orang yang tak reti menghargai dan menjaga hati orang lain. You have to feel the same thing so that korang tak akan ulang. Dulu,In pernah nasihat just teruskan jaga hati diorang,lama-lama diorang akan sedar,diorang akan letih and mula belajar but then TAK PUN. Sebab DUNIA DAH LAIN. Dulu-dulu berkesan,tapi semakin In meningkat matang memang tak ahhh ... jauh dah dari dunia dulu.

Tahu tak ? In nak bagitau pengalaman ni .. Nampak remeh tapi mendalam. Sebab ATTITUDE. In AJK BM tau tak ? Tugas sebagai AJK mestilah kalau ada nak hantar buku,kena kutip la kan satu kelas and hantar. You know what ? In bagitau kat semua la kan hantar buku sekarang or sebelum rehat. Tapi kan yang datang hantar ke meja In segelintir je ... 10-15 orang out of THIRTY ONE. Bayangkan? Ada yang tak bawa buku.duduk senyap-senyap. Bukan nak datang bagitau. Ada yang simpan buku. Buat tak dengar. Ada yang rumusan sekejap je buat tapi sembang pula sampai kerja tak siap-siap. Tak hantar lagi. Ada yang tunggu untuk In ambil dari meja ke meja. Dari dulu sampai sebelum-sebelum nak sampai hari jadi In. In memang tahan. Bayangkan setiap hari yang ada BM In kena la pergi dari satu meja ke satu meja tanya "buku mana?" "dh hntr buku belum?" "mana buku?" "where's your book?"  Ingat In ni KULI ke? Diorang buat endah tak endah. Geram...Well hello, FORM 5 okay ? Bukan Form 1,2,3 nak perangai macam tu . Like c'mon ! In akan tunggu diorang habis... TAPI sekarang TAK ! Siapa tak hantar,buat tatau.. lantaklah,hantar sendiri tempat cikgu BM yang jauh nun atas kamar syura tu . Ada orang yang nak tolong,korang tak nak tolong diri sendiri pulak kan. Mengada nak kena ambil daripada tempat korang. Seriously,In marah,sakit hati sangat-2 dengan diorang. Tapi In bukan jenis orang yang cepat marah. In akan pendam. In tak sampai hati nak marah. Tak sanggup. In menangis sendiri. Sebab In tak dapat nak marah. In sendiri tanggung. Faham tak keletihan In hadapi? Layan orang yang attitude SELFISH. SOMBONG. BERLAGAK. Tahulah pandai. Tapi pandai attitude lintang pukang boleh ke nak hidup nanti ? Sekarang ni,bila In dah hantar buku..bila balik kelas tengok-2 ada orang yang hantar. Tengok nama,In letak balik atas meja diorang. Kalau tuannya ada .. In kata "sila hantar sendiri." . Kalau korang kata In kejam,korang salah. Orang-orang yang kenal,rapat dengan In je tau tindakan In tu memang wajar buat orang yang tak reti menghargai orang lain. Cukuplah,In berkorban untuk korang. In pun nak masa juga. Masa untuk In buat kerja In . Supaya In tak bawa balik kerja In ke rumah. Supaya In pun dapat study dekat rumah. Kalau saling bertolak ansur,kerjasama..semua jadi mudah. Takdenya nak sakit hati ni semua. In muak je tengok perangai macam tu. Bukan In seorang rasa. Ade je kekawan In yang lain pun menyampah. Sebab kami ada tugas. Korang patut hargailah. Faham-2 je lah kelas kita jauh. Nak pi kamar syura,buka kasut,naik tangga. Yang tak bawa buku,esok-2 In suruh hantar sendiri. Takde maknanya nak hantar 1,2 buku kat tempat cikgu. Tugas In hantar buku SATU KELAS. Bukan satu dua buah buku. Banyak lagi kalau nak kata mengenai pengalaman.

Dah tu,mengada ada juga. Baru panas sikit... PANAS DUNIA orang kata. Sabar je la. Kami bertudung ni pun masih chill je. In tak akan marah diorang-diorang. Nak jaga imej. Imej Islam. In sayang Islam,agama In,dan juga kekawan In yang lain. Sebab tu In tahan je selama ni. Kalau tidak,memang laaaaaa... Tak perlu nak merungut sangat. PLEASEEEEE... In stress orang yang suka merungut ni. PLEASE DON'T ! Dan ada yang mengumpat,mengata,membandingkan guru dari belakang. JANGANNNNNNNNNNN! In tak suka. In tak nak dengar! In akan pergi jauh-jauh supaya In tak dengar. Kalau tak In tension. Korang tak pandai nak hargai. Kang kalau exam tak okay marah-2. Padahal tak de berkat. Mengata lagi,mengumpat lagi,membandingkan cikgu. Tolonglah,jangan. Sedih tau tak. Korang tak sedar sebenarnya ia memakan diri sendiri. Tuhan pun marah :'(( Salah satu kesalahan terbesar kita ialah kita cakap tanpa berfikir. Kenapa In suka duduk senyap-senyap? Sebab In berfikir. Seriously...kalau orang tanya In selalu .. yang TERDEKAT .."buat pa tu?" ... In jawab ..."thinking" .. Korang patut lebihkan masa dengan berfikir. Perkara lalu...sekarang...masa hadapan.. In senyap bukan badmood,tapi malas layan. Malas cakap. Dosa dah banyak,tak nak tambah banyak. Buat apa. Rugi diri je. Huhu..

Betul,pengalaman mematangkan kita.Kita tak boleh jadi terlalu baik...sebab orang akan ambil kesempatan terhadap kita. Hati ni,sampai sekarang sakit. Allah sahaja yang tahu. Sebab In kadang-kadang rasa bersalah,In tak dapat buat apa. Korang je boleh bantu diri sendiri. Allah tidak akan membantu dan mengubah seseorang itu jika seseorang itu tak membantu dan mengubah dirinya sendiri. So please... In pun tengah cuba juga. Kita sama-sama la okay? Dan malas lah nak sebut pasal suka menyuka,cinta-cintun,cemburu celik buta semua ni... Korang dah besar... faham la kan... jangan hanya kerana ni semua persahabatan renggang,retak. Berapa kali nak bagitau,nak nasihat? Mana letak otak korang? Tak takut Allah ke sampai sanggup korbankan tali persahabatan,persaudaraan... tak patut-tak patut. Korang patut tahan diri,nafsu,hati,kemarahan,cemburu tu. Try to act like normal... Jangan sebab kecewa tak dapat orang tu,orang ni .. korang nak musuh dengan orang-2 tu. Janganla... takdir Allah .. Baik-baik je. Okay je. Terbaik punya untuk korang. Ada hikmah. Tak usah khuatir,bimbang. Rock n Roll je .. Okay?

Banyak lagi nak cakap. Tapi tangan pun letih. Orang lagi la.. memang tinggal suku jalan je baca . Thanks baca sampai habis. Kalau ada kekurangan,nak bagi idea supaya tambah .. haa,sila-sila..boleh je. memang ade banyak lagi,tapi cukup la sekarang. Nama pun LIHAT DUNIA. DUNIA tu luas,memang macam-macamlah ... Akhir sekali,In nak kata .. sama-sama kita cuba bertolak ansur,pandai akal pandai juga attitude tu. Pandai nak behave ... Biar seimbang.. kalau kejar dunia saja tak ke mana ... Kejar akhirat selamat ... Elokkan seimbang. Sila tolong diri anda sendiri. Kata-kata hadir ikhlas daripada hati seorang insan yang keletihan dengan perasaan yang bercampur adur sehingga tak enak untuk dirasa. In nak buang semua ni dan simpan yang baik-baik ja di hati. Yang happy-2 ja... So please... teliti keadaan sekeliling,kekawan korang... Kalau tetibe diorang berubah,memang tak kena. Just like me. Kerana apa ? Saya dah tengok dunia. Adios Amigos.

:: NN ::

Friday, April 12, 2013

Fakta Menarik Tertarik ! #5

Assalamualaikum

Hi !!! Lama tak kongsi mengenai fakta menarik ni kannnnn ! Teruskan membaca ! ^^,

1.Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 km dalam tubuh manusia.

2.Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

3.Setiap 1cm persegi kulit manusia,didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.

4.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas.Langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

5.Apabila seseorang bercakap,secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

6.Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1000 jenis bahan kimia.

7.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

8.Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari.Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.

9.Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

10.Kandungan emas dilaut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

Habis :D Sambung nanti pula... sorry la In tak sempat nak update selalu sebab agak busy. Mei ni exam lagi. Lepas tu lagi beberapa bulan trial. Then SPM SPM SPM SPM SPM SPM SPM SPM SPM+..... tediaa XD Ada maksud tersirat tu ><'' hehe .. ~ Dan mengenai fakta number 4 tu .. subhanallah .. tengok betapa sayangnya binatang kepada anaknya. Tetapi manusia ni ? Sanggup buang anak bagi mati . Huhuhu ... Dan mengenai fakta 7 tu macam tak juga ~ entahlah ~ tengok ajal maut kita yang telah tercatat le kannnn ... huhu ... Ni lah antara fakta menarik yang In kongsikan ... Wallahu'alam ~ 

:: NN ::

Saturday, April 6, 2013

Happy Birthday To Me ~

Assalamualaikum

Kawasan Pendaftaran : Kedah Darul Aman
Kawasan Kecil : Kulim
Tempat Kelahiran : Hosp.Kulim
Tarikh dan Waktu Kelahiran : 5HB APRIL 1996 @ 10.15 PM
Jantina : Perempuan

Serba sedikit maklumat kelahiran seorang birthday girl. Kepada sesiapa yang kehilangan anaknya persis seperti maklumat di atas semestinya bukan saya. Hohoho ... jangan cari saya. Tak larat nak buat ujian DNA. Eh ape yang dimerepekkan ni XD Hehe .. maaf maaf ~

Semalam hari jadi In yang ke ..........17 !!!! Yeay ! I am a big girl !!!! :D Tapi bagi orang tua kita,anak perempuan mereka selamanya still macam bebudak kan .. aduhai T.T ... Oh abah,I'm a big girl already ~ huhu ... ><''' 

Sebenarnya,In tak berapa suka sambutan hari lahir semua ni. Hahaha. In memang tiada minat terhadap ni semua. Cukuplah sekadar bersyukur dan ucapan alhamdulillah kerana masih lagi bernafas sehingga sekarang.  Tapi bila orang nak sambut,In okay je. Tak sampai hati nak menghampakan diorang kan. Lagi pun,nanti kata anti-sosial pula. Aduhai masalah. Hahaha... Dan yah,saje In postkan selepas hari kelahiran In. Kalau post hari tu,kang kekawan yang baca tawu pula birthday In. Bukan apa,sebenarnya In nak uji and usya-usya kekawan mana yang ingat. Hahahaha XD Nakal kan ? :D Ye lah,In dah tak ade facebook. Jadi tiada tempat rujukan untuk diorang tahu. Melainkan diorang ada catat,alarm dalam phone atau diorang ingat. Wow !!! Terbaikkk ... thumbs up untuk korang . In guna bahasa biasa In pakai okay ? 

Kekawan semua yang wish kepada aku,THANK YOU SO MUCH ! I LOVE ALL OF YOU ! Actually,aku tak percaya ... orang-orang yang aku tak sangka akan wish,diorang wish ! Aku terkejut and senyum sesorang tau!!! I really appreciate it! Itulah,baru In tau kekawan mana yang sudi juga ingat serba sedikit mengenai diri kawan diorang seorang ni. Alhamdulillah. Aku dapat rasakan hubungan friendship kita berkekalan dengan lebih lama. In syaa Allah .. Terima kasih kepada kekawan In tak kira agama dan bangsa. Seriously terkejut dapat text daripada korang. Dan ada dua orang kawan In ni ada di kem. Seorang tu texted In tadi and wish to me lah. Then dia kata,kawan lagi seorang tu nyanyi tengah malam kol 12 happy birthday. hahaha,funny. Aku tak dengar uit !!! Nyanyi lagi kuat-2 kat sekolah boleh,sayang? *perempuan tau*. Aku tak dengar ! Mana adil T.T ~~ heheheee ... ~ And and !!! segala doa korang,aku doakan untuk kita semua :) Biar sama-sama baru best! Kan ? Mencapai kebahagiaan dunia akhirat,berjaya dunia akhirat,umur yang panjang and etc. Same goes to all of you !!~

TAPI ni tak bermakna aku memandang rendah dengan persahabatan kekawan yang lain yang tak wish. It's ok. I understand lah!! Actually,tak perlu pun wish ni semua. I mean like,aku setiap kali tak mengharapkan sesiapa wish pun. Seriously. Entah nape... Aku tak kisah or tak ambil hati lah bagi sesiapa yang lupa atau memang tak tau. Hahaha,tak ambil tau pun tak pe. I don't mind as long as kita semua masih berkawan kan? :D So tak perlu la rasa bersalah lepas baca post ni tetibe .."Alamak!!!terlupa semalam birthday Nazmin!!" bla-3~ It't ok la.. ^_^  Aku still sayang korang semua tau !!! Okay ? :D 

Kesempatan ini juga,aku ingin memohon maaf jika aku ada buat salah dan silap,dosa besar atau kecil kepada korang semua.Aku hanya manusia biasa yang ada banyak kekurangan dan tidak dapat lari daripada melakukan dosa sama ada sedar ataupun tidak. Maafkan aku yea ? Aku tahu selama ni mungkin aku ada terguriskan hati mana-mana pihak so aku ingin meminta maaf. Kepada my family,parents and brothers ... Maaf ya ? Anak dan adik bongsu ni kekadang nakal,sensitif dan tah ape dalam fikiran :) So I'm so sorry for what I've done ya ... everything!!! I'm sorry. Entah lah ade ahli keluarga yang baca atau tidak,tapi kalau ada..buat-buat macam post ni tak wujud okay? Hahahahaaaa... malu leeeeee~~ ><'' tettt~!

And someone sent this to me. Dia tak pandai main piano,so dia just sent this video. Hahaa,i know why he said that. Birthday dia hari tu aku main piano untuk dia but only simple Birthday song.Video ni buat aku menangis,you know that ? :') 
*my close friend*




Back to normal dalam blog. Bagi In, ucapan sempena kelahiran seseorang itu hanya sebagai tanda kita menghargai dia,kita peduli tentang dia dan sebagainya dari segi positif. Secara tidak langsung,ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Ye lah,rasa terharu bagai. Selepas In delete FB tu,In terlupa pula nak catat birthday kekawan. Then,In berusaha la minta bantuan kekawan lain. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. So guys,jangan kerut dahi la bila tetibe je dapat wish from me sebab dah berusaha dah untuk tahu birthday korang! Yang ingat tu memang ingat. Yang tak berapa ingat,In catatkan :) Sorry kepada sesiapa yang In terlepas pandang. In akan usahakan lagi ^^, hehe .. Love all of you !!! Termasuk bloggers lah :) Take care !!!

:: NN ::

Friday, April 5, 2013

Perkahwinan #1

Assalamualaikum

Hari ni,In akan kongsikan serba sedikit mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan. Bukan apa,ini ilmu. Ilmu ni memang perlu diberi didikan awal. Lagipun,In dah form 5 dan memang tajuk ni ada dalam agama dan sivik. Jadi,tak salah untuk berkongsi. Yang belum berkahwin beri tumpuan,yang form 4 get ready dengan topik ni. Yang form 5,anggap sebagai ulang kaji :) Yang dah berkahwin,mantapkannya.Lain-2 ? Didik diri dari awal setelah dapat apa yang In cuba kongsikan :)

Dalam perkahwinan,terdapat beberapa hukum.

Harus 
Orang yang tiada tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tiada perkara yang mengharamkannya berkahwin.

Makruh
Orang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri.

Haram
Orang yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan menzalimi pasangannya.

Wajib
Orang yang mampu memberi nafkah zahir dan batin,sihat tubuh badan serta khuatir melakukan zina kerana gagal mengawal nafsu.

Tahukah kalian ?
Hukum asal perkahwinan adalah HARUS. NAMUN,ia menjadi SUNNAH kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW.Baginda sangat mengalakkan umatnya berkahwin.

-Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memberi pendidikan agama yang sempurna kepada isterinya.
-Lelaki sebagai suami dan bapa berkewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.
-Perempuan sebagai isteri berkewajipan mentaati suami,mendidik anak-anak dan menguruskan rumah tangga.
-Anak yang cerdik dan sihat berasal daripada keluarga yang bijak dan bahagia.

Islam menggariskan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon untuk mendirikan rumah tangga.Antaranya BERTAKWA,BERIMAN,BERILMU,BERTANGGUNGJAWAB,BERTIMBANG RASA

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW: Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara: iaitu kerana HARTANYA,KETURUNANNYA,KECANTIKANNYA dan kerana AGAMANYA.Oleh itu,pilihlah perempuan yang beragama,bahagialah engkau.

Persoalannya,berapa ramai lelaki sekarang ini meletakkan niatnya untuk mengahwini seseorang itu kerana agamanya? Ada ke dalam kalangan pembaca di blog ni ? ^_^ ~ Jika lelaki itu mendapatkan keempat-empat perkara tu,bertuahnya! Jaga elok-elok,jangan kasi lari ><'' haha ^__^ ~

-Islam mengharuskan seorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya.
-Menurut Imam Al-Syafie disunatkan melihat bakal pasangan masing-masing berulang kali.Anggota yang disunatkan dilihat adalah muka dan tangan.

Barang siapa berkahwin sesungguhnya dia telah mencapai separuh daripada agamanya,maka hendaklah dia takutkan Allah terhadap separuh yang lain.

BATAS PERGAULAN DALAM TEMPOH PERTUNANGAN

-Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bertunang masih sebagai orang asing (Ajnabi)
-Diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram.Maksudnya,perlu ada orang yang ketiga menemani mereka.Bawalah atok nenek bersama korang. >< hehee ...
-Ia sangat dilarang oleh syarak kerana bimbang menimbulkan gejala buruk seperti khalwat dan zina.Ingat ingat,zina tu banyak cabangnya :)

Setakat ini sahaja In berkongsi dulu. Yang lebih menarik akan kebelakang-belakang ;) Renung-renungkan... Agak-agak koranglah kan...yang belum berkahwin ni,umur berapa nak berkahwin? In tanya ni bukan suruh korang menggatai. Ni bukan menggatai namanya. Memang sepatutnya kita dah terfikir sekarang. Tapi jangan  ikut nafsu. Sekadar niat dan berdoa. Orang yang tiada niat itulah dapat jodoh yang tak baik. Bila kita keluar dari rumah,nak pergi kerja ka,sekolah ka,mana-mana ja .. Selain mendoakan keselamatan dan keberkatan,doa juga agar dapat jodoh yang terbaik buat diri kita. Doa yang berpanjangan dari awal tu lebih baik. Well,remember... niat itu perlu dari awal. In syaa Allah akan dapat jodoh yang baik. Allah tak ketawakan kita. Kalau takut orang gelakkan kita,doa je dalam hati. Solat. Kan ? In akan bagitau tentang diri In. Soalan yang awal-2 tadi ada sebab In tanya. Nak tau sebab dia,kena tunggu post yang lain. Hehe... Take care ! :)

:: NN ::

Monday, April 1, 2013

Apa Ku Lihat

Assalamualaikum

   Keadaan kelas sungguh bising.Barangkali cikgu Fizik tidak dapat hadir kerana kelmarin beliau kelihatan sakit tekak.Ya,tidak syak lagi setelah ada guru ganti yang masuk ke dalam kelas.Pada satu masa,kelas kelihatan diam.Sedikit-sedikit bunyi bisikan.Kemungkinan sedang berbincang atau bergossip kali?Biasalah,remaja.Tugas guru itu diganti pula dengan seorang lagi guru yang pernah mengajar kami semasa tingkatan empat,subjek Bahasa Malaysia.Keadaan kelas kembali bising.Terdengar suara-suara "Shhh!Shhh!Shhh!" Aku hanya tersenyum.Kalau aku ditempat cikgu,sudah tentu aku curi-curi ketawa.Terasa seperti budak sekolah rendah pula.Perlu disuruh diam.Keadaan masih agak bising namun berkurangan. Cikgu kusyuk bersama 'netbook' miliknya yang berwarna biru,berjenama Toshiba.Aku bosan.Aku tiada kerja ingin dibuat.Semuanya sudah aku siapkan.Jadi,aku mengalihkan kerusi aku ke belakang mengikut rakan kananku.Aku duduk bertentangan.Dua orang rakanku dibelakang tiada.Mereka pergi menemui seorang guru untuk berbincang mengenai perkara yang berkaitan dengan Pandu Puteri.Aku mengambil nota kecilku dan sebatang pensil.Aku mula memerhati keadaan didalam kelas.Aku mula menulis...

   Aku melihat pelbagai ragam rakan sekelasku.Tidak kira sama ada Melayu,Cina,India dan Siam.Bermula dari bahagian meja disebelah kanan.Dua orang dihadapan mengalihkan kerusi mereka menghadap ke belakang.Empat sekawan berbangsa Melayu sedang lagi bercerita.Aku tidak berada begitu jauh dengan mereka.Jadi,aku ada dengar sedikit sebanyak.Mereka bercerita atau berkongsi mengenai makanan yang disukai dan sebaliknya serta lain-lain lagi.Mungkin,tidak patut aku nyatakan disini.Salah seorang daripada mereka membawa kipas tangan.Dia mengipas-ngipas kerana kepanasan.Maklumlah,cuaca kebelakangan ini sungguh panas.Terutama apabila menuju ke Utara.Lagi panas jawabnya.

   Seterusnya,dibelakang mereka terdapat dua orang lelaki India.Mereka juga bersembang dan bergelak ketawa.Tetapi tidak kuat.Dua orang dibelakang mereka lagi terdiri daripada seorang India dan seorang lagi Siam.Pelajar India itu sedang tidur manakala pelajar Siam itu sedang tekun membuat kerja.Akhir sekali ialah di belakang mereka terdapat dua orang lelaki berbangsa Cina.Mereka sedang membuat kerja juga.Penuh kusyuk.Namun yang duduk ditepi tingkap itu kadang-kadang kelihatan seperti termenung jauh.Apabila aku terus melihat dia dengan lama,dia tersedar.Dia lambaikan tangan kepadaku.Agak-agak,teringatkan 'crush'nya yang juga berada didalam kelas itu."Hehe",senyum sinis didalam hati.

   Seterusnya,dibahagian tengah dimana tempat aku duduk.Aku dibarisan hadapan sekali bersama dua lagi rakanku.Seperti dinyatakan diatas,aku sedang menulis apa yang aku lihat disekeliling aku.Kawan kananku yang sedang lagi berada pada kedudukan persis sepertiku sedang membuat kerja sekolah subjek Bahasa Inggeris.Begitu juga dengan rakan disebelah kiriku.Namun,dia berada dikedudukan seperti biasa.Tidak mengalihkan kerusi ke belakang seperti kami berdua.Belakang rakan kananku dan belakangku kosong.Seperti dinyatakan diatas.Namun seorang rakan masih ada ditempatnya.Dia juga tekun membuat kerja Bahasa Inggeris.Belakang barisan itu pula terdiri daripada tiga pelajar berbangsa Melayu.Seorang lagi bersembang dengan rakan kirinya.Rakannya itu juga berborak dengannya sambil membuat kerja.Yang berada dihujung kiri sedang membuat kerjanya sendiri.

   Belakang lagi,tiga sekawan berbangsa India sedang duduk berderet.Dua dari kanan sedang bersembang sambil membuat kerja.Hujung disebelah kiri sedang kusyuk membuat kerja sambil-sambil memerhati juga keadaan sekeliling.Kedudukan akhir sekali dibelakang,tiga orang rakan berbangsa Cina.Mereka juga bersembang sambil membuat kerja.Terlihat juga dua pasangan kekasih bercakap.Mungkin,berbincang mengenai kerja sekolah.Kelihatan seperti itu."OPS!" Harap-harap,aku tidak salah tafsir.Memang mereka pasangan kekasih kali? Aku sudah melihat dan mendengar beberapa bukti serta saksi."Hehe",senyum sinis lagi didalam hati.Tidak ketinggalan juga ada seorang rakan Cina membawa kerusinya ke belakang untuk bersama tiga rakan itu.Bersembang sambil membuat kerja juga kali?

   Akhir sekali dibahagian sebelah kiri.Dua rakan dihadapan yang terdiri daripada seorang India dan seorang Cina.Kedua-duanya perempuan.Mereka sedang tekun membuat kerja.Belakang pelajar India itu mengalihkan kerusi dibelakang persis seperti kedudukan sepertiku.Dia bersembang dengan dua orang rakan dibelakang.Namun salah seorang dua rakan itu membuat kerja sambil berborak.Dibelakang pelajar Cina itu,iaitu duduk disebelah pelajar yang mengalihkan kerusi dibelakang itu,dia tiada ditempatnya.Tahukah anda dimana dia berada? Dialah pelajar yang membawa kerusinya kebelakang untuk berkumpul bersama dengan tiga orang rakan lagi tadi.Masa rehat sudah tiba.Aku sudah meluangkan masa dengan agak bermanfaat.Mungkin? Akhirnya,kebosanan aku sudah terisi dengan menulis setiap ragam rakan sekelasku.Aku kembali kepada posisi sebenar.Masukkan kerusi kedalam,dan..."Terima kasih,cikgu!"

Situasi di dalam kelas ; 1/04/2013/Isnin/Waktu Fizik dua masa sebelum rehat

---Heheheeeee,ayat BM memang komanlah...Haha,tapi ini yang In lihat suasana didalam kelas tadi.Peace!Saja,sebelum tidur ni nak berkongsi juga.Pening tak? Dapat bayangkan tak? Macam susah je kan.Agak-agak dapat teka tak berapa orang didalam kelas In? ;)  Kihkihkih...See Ya!----

:: NN ::