Friday, April 5, 2013

Perkahwinan #1

Assalamualaikum

Hari ni,In akan kongsikan serba sedikit mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan. Bukan apa,ini ilmu. Ilmu ni memang perlu diberi didikan awal. Lagipun,In dah form 5 dan memang tajuk ni ada dalam agama dan sivik. Jadi,tak salah untuk berkongsi. Yang belum berkahwin beri tumpuan,yang form 4 get ready dengan topik ni. Yang form 5,anggap sebagai ulang kaji :) Yang dah berkahwin,mantapkannya.Lain-2 ? Didik diri dari awal setelah dapat apa yang In cuba kongsikan :)

Dalam perkahwinan,terdapat beberapa hukum.

Harus 
Orang yang tiada tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tiada perkara yang mengharamkannya berkahwin.

Makruh
Orang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri.

Haram
Orang yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyakini akan menzalimi pasangannya.

Wajib
Orang yang mampu memberi nafkah zahir dan batin,sihat tubuh badan serta khuatir melakukan zina kerana gagal mengawal nafsu.

Tahukah kalian ?
Hukum asal perkahwinan adalah HARUS. NAMUN,ia menjadi SUNNAH kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW.Baginda sangat mengalakkan umatnya berkahwin.

-Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memberi pendidikan agama yang sempurna kepada isterinya.
-Lelaki sebagai suami dan bapa berkewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.
-Perempuan sebagai isteri berkewajipan mentaati suami,mendidik anak-anak dan menguruskan rumah tangga.
-Anak yang cerdik dan sihat berasal daripada keluarga yang bijak dan bahagia.

Islam menggariskan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon untuk mendirikan rumah tangga.Antaranya BERTAKWA,BERIMAN,BERILMU,BERTANGGUNGJAWAB,BERTIMBANG RASA

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Sabda Rasulullah SAW: Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara: iaitu kerana HARTANYA,KETURUNANNYA,KECANTIKANNYA dan kerana AGAMANYA.Oleh itu,pilihlah perempuan yang beragama,bahagialah engkau.

Persoalannya,berapa ramai lelaki sekarang ini meletakkan niatnya untuk mengahwini seseorang itu kerana agamanya? Ada ke dalam kalangan pembaca di blog ni ? ^_^ ~ Jika lelaki itu mendapatkan keempat-empat perkara tu,bertuahnya! Jaga elok-elok,jangan kasi lari ><'' haha ^__^ ~

-Islam mengharuskan seorang lelaki dan perempuan melihat bakal tunangnya.
-Menurut Imam Al-Syafie disunatkan melihat bakal pasangan masing-masing berulang kali.Anggota yang disunatkan dilihat adalah muka dan tangan.

Barang siapa berkahwin sesungguhnya dia telah mencapai separuh daripada agamanya,maka hendaklah dia takutkan Allah terhadap separuh yang lain.

BATAS PERGAULAN DALAM TEMPOH PERTUNANGAN

-Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bertunang masih sebagai orang asing (Ajnabi)
-Diharamkan bergaul bebas dan keluar berdua-duaan tanpa mahram.Maksudnya,perlu ada orang yang ketiga menemani mereka.Bawalah atok nenek bersama korang. >< hehee ...
-Ia sangat dilarang oleh syarak kerana bimbang menimbulkan gejala buruk seperti khalwat dan zina.Ingat ingat,zina tu banyak cabangnya :)

Setakat ini sahaja In berkongsi dulu. Yang lebih menarik akan kebelakang-belakang ;) Renung-renungkan... Agak-agak koranglah kan...yang belum berkahwin ni,umur berapa nak berkahwin? In tanya ni bukan suruh korang menggatai. Ni bukan menggatai namanya. Memang sepatutnya kita dah terfikir sekarang. Tapi jangan  ikut nafsu. Sekadar niat dan berdoa. Orang yang tiada niat itulah dapat jodoh yang tak baik. Bila kita keluar dari rumah,nak pergi kerja ka,sekolah ka,mana-mana ja .. Selain mendoakan keselamatan dan keberkatan,doa juga agar dapat jodoh yang terbaik buat diri kita. Doa yang berpanjangan dari awal tu lebih baik. Well,remember... niat itu perlu dari awal. In syaa Allah akan dapat jodoh yang baik. Allah tak ketawakan kita. Kalau takut orang gelakkan kita,doa je dalam hati. Solat. Kan ? In akan bagitau tentang diri In. Soalan yang awal-2 tadi ada sebab In tanya. Nak tau sebab dia,kena tunggu post yang lain. Hehe... Take care ! :)

:: NN ::

10 comments:

  1. In..maaf lama tak dtg.. sedang sibuk praktikal... dah lobos tu bahasa kasar.. segan plak fiq nk bgtau maksudnya....
    tp skdr utk amik tahu je yer..
    maksudnya wanita yg sudah tidak ada dara...
    (serius segan taip perkataan tu...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh,terima kasih ... cetek juga pengetahuan In ni ==''
      Ni cabaran cikgu BM ni ... manatau ada keluar dalam surat khabar,anak murid tak tau diorang tanya cikgu... hohoo .. terima kasih yea :)

      Delete
  2. subjek agama islam tingkatan 5 ~! hee nice sharing dear,. baca entry In nii refresh balik apa yang sis belajar dulu. hehe.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap :) hehe .. bukan sekadar subjek agama yang perlu di score dalam peperiksaan tetapi juga panduan hidup kita nanti :)

      Delete
  3. nice sharing dik.hihi.. akak nk kawen tpi masih lagi mencari calon..mmg niat dihati nk kawen awl.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ... disini In tak promo untuk kawen awal tpi berkongsi ilmu mengenai perkahwinan dan seumpamanya XD hehee . anyway,all the best to you sis ! In akan bagitau umur yang sesuai ;))

      Delete
  4. Apa yang Arol selalu nampak sekarang nie, pasangan yang baru bertunang tapi mereka seolah-olah dah ada hubungan yang halal. Bebas bergaul. Umur berapa nak kahwin? *jawab dalam hati* Hehehe! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... mereka dah lupa hukum sebenarnya dengan menganggap jika dah ada ikatan boleh seperti suami isteri tetapi hakikatnya tidak.

      Delete
  5. insyaAllah.. jaga ia semampu yng boleh.. :)

    *time sekolah dulu, bab ni la bdak2 semangat nak bagi perhatian..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin :)

      Heheee...bab ni la banyak soalan ustaz/ustazah kena jawab ... lol

      Delete