Friday, April 19, 2013

Jangan Menangis,Anakku

Aku sedang berada di balkoni. Memandang jauh ke hadapan. Mengenang kembali masa lalu.

...

Aku terlihat gelagat seseorang di hujung lorong sunyi di sana.
Aku beranikan diri untuk pergi melihat.

Seorang anak.
Lingkungan 5 ke 6 tahun.
Menangis tidak henti.
Kelihatan ketakutan.

"Kenapa anak di sini?"

Dia senyap...

"Ke mana pergi ibu bapamu?"

Dia senyap...
Namun tangisnya semakin perlahan.
Aku menarik nafas lega.

"Siapa namamu?Lapar?"

Dia memandang anak hitam mataku.
Bebola mataku tak dapat lari daripada melihat matanya yang bergenang dengan air mata.
Aku tertanya-tanya siapakah anak ini.
Aku dapat merasakan cerita yang sedih daripada kolam matanya.

Dia bersuara...

"Saya Kasih.Sudah sehari suntuk saya menunggu ibu saya.Saya tidak pernah kenal ayah saya.Ibu kata dia akan kembali tetapi masih belum tiba.Saya menunggu suapan daripada ibu."

Aku berfikir sejenak.
Benarkah ibunya akan kembali?
Mungkinkah ibunya telah pergi meninggalkannya.

"Dengan siapa ibumu pergi?"

"Seorang lelaki asing.Saya tidak kenal." Jawabnya.

"Jangan menangis,anakku. Hari sudah nak malam. Mari kita pulang. Mulai sekarang,panggilku
bonda. Ayah dan adik-beradikmu sedang berada dirumah."

...

Azan mula berkumandang. Aku tersedar daripada lamunan. Ya Allah,kini aku telah berjaya. Menjadi seorang yang mempunyai identiti dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Namaku pada mulanya Kasih menjadi Wadhiah setelah menjadi anak angkat kepada seorang ibu yang luar biasa. Bondaku yang mendidik dan menyayangi aku sama seperti anak-anak kandungnya. Bonda menasihatiku agar menjadi seorang insan seperti namaku. Bonda ingin aku menjadi seorang yang bagus dan bersih. Bagus dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslimah. Bersih dari segala kotoran yang dapat mencemarkan hati ini. Ayah dan adik-beradik angkatku begitu menyayangi ku. Terasa bertuah dan bersyukur diri ini.

Hari ini merupakan tarikh dan bulan kematian bondaku.Sudah 2 tahun bonda meninggalkan keluarganya. Aku berdoa agar Allah sentiasa mengampunkan segala dosa bondaku dan menjaganya. Aku berdoa agar ibu-ibu lain di luar sana dapat menjadi seperti bondaku. Seorang ibu yang penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang. Yang tidak menjadikan darah sebagai halangan. Bonda begitu menyayangiku sejak hari pertama dia mengenali diriku.Aku berharap agar Allah mengurniakan anak-anak yang senasib sepertiku dahulu mendapat seorang ibu yang baik dan solehah seperti bonda. Aku juga berdoa buat diriku agar kelak menjadi seorang ibu seperti bonda.

Terima kasih Ya Allah kerana pertemukan aku dengan bonda. Terima kasih bonda kerana sudi menerimaku,menjagaku,mendidik dan menyayangiku.Kerana jagaan dan doa bonda,aku telah berjaya sehingga ke peringkat ini. Terima kasih.

:: NN ::

8 comments:

  1. kak Nazmin yang mengarang cerita ni? sedih pula, tapi akhirnya bertemu juga dengan bonda.. nice... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah,yep ... Buat penghargaan ibu-ibu diluar sana yang sudi menerima anak-anak yang bukan darah daging mereka. Mereka jaga dan menyayangi anak-anak yang kurang bernasib baik ... Susah sebenarnya untuk berkongsi kasih sayang macam tu,tapi ada ibu-ibu di luar sana berjaya :)

      Thanks ! ^_^,

      Delete
  2. Tersentuh hati bila baca ni In..
    moga akak dapt menjadi ibu yg baik pd anak akak nti..moga Ibu2 di luar sana mempunyai rasa kasih yg tinggi spt Bonda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      In syaa Allah,kak.. Pasti boleh ! ^__^ ~ Aamiin .. :)

      Delete
  3. tersentuh baca., hee berbakat menulis In ni., :) teruskan yaa., ^^ hehe

    akk tag In sini., segmen simple jaa., hhe

    http://lissa-lissalalissa.blogspot.com/2013/04/segmen-gadis-blogger-dslr.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...alhamdulillah,thanks sis :)

      Oukay ... i'll take a look sis ! ^__^

      Delete
  4. Cerita yang ringkas tapi penuh makna. Seorang ibu memang penuh kasih sayang dalam dirinya, sentiasa mengalir dalam diri anak-anak. :)

    ReplyDelete