Saturday, March 30, 2013

Pujukan

Burung-burung berkicauan
Bagaikan menyanyi sebuah lagu
Angin sepoi bertiup gurau-gurauan
Bagaikan memujuk hati yang sayu

:: NN ::

---Teringat waktu merapu dengan kawan dari petang sehingga malam. Mood buat ala-2 puisi yang tak berapa macam puisi secara spontan. Yang tu la salah satunya. Lepas tu, buat cerita merapu yang tak berapa nak kata logik secara sambung dan bergilir. Hahaha .The best day ever ! ---

Thursday, March 28, 2013

Senyumanmu

Tersenyum sipu,
Malu,
Tak tahu menahu,
Tiada hala untuk dituju,
Seakan dunia memandangku,
Kenapa perlu,
Kau senyum kepadaku

:: NN ::

---Ini antara jenis mode orang yang terkena panahan cinta :P Yang pasti,bukan In. Hahah---

Wednesday, March 27, 2013

Usaha,Diam

Assalamualaikum

Apa khabar semuanya ? Hihi ... Okay,nampak tak tajuk tu ? 'Usaha,Diam'. Kenapa kenapa ?! Okay,cemni... Kebanyakan sekarang ni,diorang suka merungut. Arghhhh,tensionnya bila dengar. Hahah. Merungut je kerja. Ade yang kata diorang dah usaha teruk-teruk dan bla3 lepas tu result tak meningkat la,merosot la apa la... Memacam ah . Apa ni ? Macam mana nak berjaya bila kita dah usaha,Allah beri ujian sikit lepas tu korang dah mengalah,merungut. Memang hilang habis lah pahala korang waktu duk bermandi peluh usaha tu. Cuba jadi ikhlas. Memang kita usaha untuk berjaya,dapat result gempak. Tapi ingat,bukan tu  sebab utama kita. Kita belajar kerana Allah. Letak tu no.1 dulu. In syaa Allah,kalau kita tak putus-putus usaha dan diam je. Jangan merungut. Walaupun kecewa. Diam je,istighfar bebanyak. Mungkin ade yang menjadi penghalang. Contoh ? Dosa kita ke ... atau kita ada buat salah dengan orang sekeliling ke.


  Jadi,sebelum nak belajar tu. Nak mula dari bawah tu,istighfar bebanyak... minta maaf kat kekawan semua... Kita kan pada usia ni rapat dengan kekawan jadi lebih mudah kita mengguriskan hati diorang sebenarnya. Kekadang diorang tak tunjuk tapi masih tersimpan dalam hati tu. Haa... Dannn ... dengar la zikir-2 indah. Jangan asyik lagu Korea,English,Melayu Rock Kapak,Balada,Cina,Jepun dan sebagainya. Heheh. Ye la,bagi je semua bahasa. Satgi bagi contoh satu dua bahasa ade pulak orang terasa lebih ... walaupun In tak ade niat. Huhu ... In suka dengar zikir-2 bila buat homework... Sambil-2 tu join sekali la dengan artis-artis yang berzikir tu. Heheh ... Seyes tenang je,tak cepat ngantuk,tak cepat letih ... Rasa fresh betul. Tapi bila study In prefer keadaan senyap ... In puaskan hati dulu ... tengok la movie dulu,main piano dulu,dengar lagu dulu... lepas hati dah puas,baru belajar. Tu In la ~~~ Haha

Selesai belajar ? Baca la doa ke ape ... Doa selepas belajar .. aaaa ... dan jangan lupa ucapkan "alhamdulillah". In syaa Allah kekal la ilmu tu dalam kepala korang . Save dah dalam otak tu. Kekadang In pun terlupa nak ucap. Haishh .. biasa lahhh .. In banyak kelemahan ni T.T ... kekadang nak makan pun boleh lupa baca bismillah. Ape nak jadi .. T.T ... in syaa Allah .. In akan lebih beringat-ingat... ^^, Korang pun oukay ?! :D My point is bila dah usaha,diam je... Jangan ungkit dengan usaha yang telah korang lakukan. Mulut kita ni berbisa ah.. Bisa buat diri kita sendiri ni... Kita cakap ni jadi satu doa. Kalau korang asyik kata ,merungut cemtu .. haaa,memang jadi la nanti. Huhu .. tak mau dah k ? Senyap je ... teruskan perjuangan ! Semangat ! ^__^ ...


     Dannnnn jangan lupa... ade orang dia belajar,usaha untuk dapat result gempak. Bila dapat result je perghh gempak giler laaaa ... Mengejar A tu sangat ... lepas tu ... ade juga orang yang belajar,usaha ... untuk berjaya.. Tapi result tak okay-2 pun... haih kenapa ni? Dua-2 tujuan untuk berjaya sebenarnya.. Tapi yang asyik merundum jatuh tu tak merungut apa pun. Dia senyum je .. Bagi dia,dia dah berjaya. Lebih daripada orang pertama tadi tu. Suatu hari,dapat lihat orang yang asyik merundum jatuh result dia tu lebih berjaya daripada orang yang asyik dapat result gempak tu. Hah ! Kenapa?

Kerana,seperti In kata tadi,orang pertama tu dia hanya mengejar A sahaja dalam exam. Dia belajar,usaha semuanya semata-mata untuk exam. Dia buat untuk kertas kosong tu je. Main isi je ape yang dia dah belajar. Tapi bila datang kepada dunia sebenar,dia tak dapat mengamalkan ilmu yang dia ada. I mean macam... korang faham kan? Dia tak reti nak gunakan ilmu tu dalam kehidupan sebenarlah ...Dia tau setakat buat dalam exam je.... Tapi,orang yang kedua ni... Dia lebih berjaya sebab dia pandai gunakan ilmu yang dia ada dalam kehidupan sebenar. Walaupun result dia tak berapa elok tapi ilmu dia tu sebenarnya masih ada dalam diri dia dan dia pandai untuk guna segala kemahiran yang ada dalam pekerjaan ke .. atau semasa di peringkat universiti? Haa .. 

  So secara konklusinya,korang belajar kerana Allah. Agama kita suruh untuk kita menuntut ilmu. Kerana apa ? Agar dapat membantu pembangunan negara. Maknanya termasuk diri sendiri,keluarga,masyarakat dan seluruhnyalah. Memang kekadang kita slack waktu exam. Tapi jangan kita slack dalam kehidupan luar daripada exam tu. Kalau asyik mengejar A dalam exam, kita lupa sebab utama kita sampai kita tak bersedia nak hadapi dunia sebenar ni..Tapi kalau kita dah setkan,kita belajar kerana kita memang ingin belajar kerana Allah,agama...in syaa Allah kita tak takut untuk hadapi dunia luar nanti... 
Go For It ! ^^, tata~

:: NN ::

Tuesday, March 26, 2013

Secret

Assalamualaikum

Hi semua,sihat ? Hari ni In nak kongsikan satu cerita Cina berjudul Secret . Cerita ni tak lama,1 jam lebih je... Kenapa In nak kongsi ? Saja ;P ~~~ Cerita ni boleh la ~ untuk isi masa yang korang tak tahu sangat nak buat apa,tengok jea cerita ni. Hahaha .. yang pentinggg,dalam cerita ni pemain piano sungguh hebakk hebakk belako ~ Ok,tak tahu lah bahasa apa tu. hihi~

 Best Asian Film ni !!! Hahaa,jadi ada la juga sebab kukuh kenapa In nak kongsi. Hihi... Lagu mula-2 dia tu seramm gak ah .... Jangan baru dengar lagu awal-2 tu dah tutup. Bukan citer hantu ni ... Bukan-2 ~ Citer ni unik tau... Tengok sinopsis pun belum tentu korang faham atau dapat imagine ... Haa,ni lah full movie ada subtitle lagi ye ...sila bagitau kalau In silap. Hehe....

Ni part Jay Chou dengan seorang ni battle... Battle main piano. Daebakk ! XD

Cerita ni ada unsur kelakar,sahabat,keluarga dan cinta dari segi penilaian In. ^_^

.
.
.

Sebenarnya tak la berapa surprise dah untuk In bila tengok cerita ni sebab teacher In pernah cerita sikit mengenai cerita ni dekat In. In dah main 2 lagu dah dalam cerita ni. Heheh ... dua-2 yang lagu duet. Sekarang In terpikat pulak dengan lagu Dandelion's Promise... kebetulan jugak In suka bunga Dandelion ... seriously,suka sangat... Suka tiup bunga tu ... ^_____^ ~ 


Sedap la lagu ni ... tatau la bagi korang ~ Hahahaaaa ... In kalau lagu Cina ni,entah nape mudah sangat nak suka .. kihkihkih ~ Ada versi piano,indah sangat tau :) Teringin nak main ^^,

Ah ya,sekarang ni In main Clementi Sonatina Op.36 No.1 in C Major. Haa,mula-2 In pun tak tahu akan kewujudan jenis macam ni ... Nanti In cuba kongsikan apa tu Sonatina dan Sonata. Agak berbeza la kot :) Hihi ^^, Daa ~

p/s Slip keputusan Ujian 1 dah keluar ... In dah tunjuk kat parents and parents gembiraaaa XD Alhamdulillah~ Mak In kata,'aii pelik ni terus tunjuk ..selalu kena minta kalau tak nyorok ja" XD hahahaa :P Mana ada,In tak pernah nyorok-2 ni... Kalau bagus ke tak bagus ke tunjuk jea ... hasil usaha :) Mak In bergurau je tadi tu... jangan anggap serius pulak ! Heheh ^__^ ~ Nak tingkatkan usaha lagi untuk periksa Mei ni pulakk !!! :D

:: NN ::

Monday, March 25, 2013

Fakta Al-Quran #8

Assalamualaikum


Terus bersambung dan bersambung ~ ... buat sesiapa yang belum membaca sebelum-2 ni .. boleh rujuk di SINI & SINI & SINI ^_^

Soal 56: Burung apakah yang telah memusnahkan pasukan Abrahah?
Jawab: Burung Ababil.

Soal 57: Binatang apakah yang telah membinasakan Raja Namrud?
Jawab: Nyamuk.

Soal 58: Binatang apakah yang pernah mendapatkan wahyu?
Jawab: Lebah (an-Nahl ayat 68).

Soal 59: Siapakah orang-orang yang telah mengumpulkan Al-Qur’an pada zaman Rasulullah saw?
Jawab: Imam Ali as, Mu’adz bin Jabal, Zaid bin Tsabit, Ubai bin Ka’b dan Abu Zaid Zaid bin Nu’man.

Soal 60: Siapakah orang pertama yang mengarang tafsir Al-Qur’an?
Jawab: Sa’id bin Jubair.

Soal 61: Siapakah orang pertama yang mengumpulkan Al-Qur’an?
Jawab: Imam Ali as.

Soal 62: Apakah minuman terbaik yang disebutkan oleh Al-Qur’an?
Jawab: Air susu.

Soal 63: Apakah binatang terkecil yang disebutkan di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Nyamuk.

Soal 64: Apakah malam terbaik menurut pandangan Al-Qur’an?
Jawab: Malam Lailatul Qadr.

Soal 65: Apakah cara terbaik untuk membaca Al-Qur’an?
Jawab: Tartil.

Soal 66: Apakah kitab-kitab samawi yang diturunkan pada bulan Ramadhan?
Jawab: Al-Qur’an, Injil, Taurat, Zabur dan Shuhuf.

Soal 67: Buku apakah yang dikenal dengan sebutan Ukhtul Qur’an (Saudari Al-Qur’an)?
Jawab: Ash-Shahîfah as-Sajjâdiyah.

Soal 68: Siapakah di antara imam ma’shum as yang memiliki suara yang indah ketika membaca Al-Qur’an?
Jawab: Imam as-Sajjad as.

Soal 69: Surah apakah yang dikenal dengan sebutan Jantung Al-Qur’an”?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 70: Terletak di dalam surah apakah ayat Al-Qur’an yang paling pendek?
Jawab: Surah ar-Rahman, yaitu ayat yang berbunyi mudhâmmatân.

Soal 71: Apakah bulan yang terbaik menurut Al-Qur’an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 72: Apakah ayat yang terpanjang di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 282.

Soal 73: Terdapat di dalam surah manakah angka terbesar yang disebutkan di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Angka 1000 di dalam surah ash-Shaffat ayat 137.

Soal 74: Kitab apakah yang dikenal dengan sebutan Akhul Qur’an (Saudara Al-Qur’an)?
Jawab: Nahjul Balaghah

Soal 75: Berapakah kitab samawi yang disebutkan di dalam Al-Qur’an?
Jawab: 6 kitab samawi, yaitu Injil, Taurat, Zabur, Shuhuf Ibrahim, Shuhuf Musa dan Al-Qur’an. 


Soal 76: Apakah huruf yang lebih sering digunakan di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Huruf alif.

Soal 77: Apakah huruf yang lebih jarang digunakan di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Huruf zha’.

Soal 78: Apakah kalmat Al-Qur’an yang terpanjang dan terdapat dalam surah apa?
Jawab: Fa`asqoinâkumû h yang terdapat di dalam surah al-Hijr.

Soal 79: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur’an yang terpanjang?
Jawab: 25.500 huruf.

Soal 80: Berapakah jumlah huruf yang dimiliki oleh surah Al-Qur’an yang terpendek?
Jawab: 42 huruf.

Soal 81: Di manakah surah pertama Al-Qur’an diturunkan?
Jawab: Di Makkah.

Soal 82: Terletak di manakah ayat pertama yang memiliki sujud wajib?
Jawab: Surah as-Sajdah.

Soal 83: Apakah surah pertama yang dimulai dengan kata “qul”?
Jawab: Surah al-Ikhlash..

Soal 84: Apakah ayat pertama yang akan dibaca oleh Imam Mahdi as ketika beliau muncul kembali?
Jawab: Surah Hud ayat 86.

Soal 85: Surah apakah yang dkenal dengan sebutan Raihânatul Qur’an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 86: Surah manakah yang dinisbatkan kepada para malaikat?
Jawab: Surah Fathir.

Soal 87: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Makiyah diturunkan?
Jawab: 13 tahun.

Soal 88: Apakah hiasan Al-Qur’an?
Jawab: Suara yang indah.

Soal 89: Apakah musim semi Al-Qur’an?
Jawab: Bulan Ramadhan.

Soal 90: Apakah zikir terbaik?
Jawab: Membaca Al-Qur’an.

Soal 91: Ayat apakah yang diulangi sebanyak sepuluh kali di dalam surah al-Mursalat?
Jawab: Ayat wailun(y) yaumaidzin lil mukadzdzibîn.

Soal 92: Terletak di dalam surah manakah perintah untuk bershalawat kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 56

Sudah habis :D Terima kasih buat sahabat yang sudi berkongsi mengenai fakta yang sungguh In kagumkan ini .. Allahu Akbar :')

p/s Rajin-2lah meluangkan masa untuk membaca entri seorang blogger ni ... Antara Game Yang Menghina Islam

:: NN ::

Sunday, March 24, 2013

Sketsa 2

Assalamualaikum

Selain daripada couple bagai,wujud pula istilah 'angkat' ni ... Abang angkat,kakak angkat,adik angkat ... Hmmph... Memang wujud tapi kalau isi borang bagai la,tapi yang sesuka tu ... memang tak de nya ... Mula-mula angkat mengangkat,dah tu ... jadi couple pulaa ... tediaa,ada tau ... Haa,siapa terasa tu dia pernah lah . Hihi... >__<''

Cemni ... In kenal seorang abang ni,umurnya 21 tahun ni,if I'm not mistaken ~ :) Macam mana In kenal semua,In tak dapat bagitau dekat sini sebab ade la orang ni kalau dia baca,dia tau la In cakap pasal siapa. hahaha. Tak mau,malu .........>__<''

Suatu hari,dia text In and ade tanya ... "adk,dah bagitau parents ke abang ni abg angkat adk?hehee" ... Hahaha,In tersenyum baca text dia ... Tapi pada masa yang sama In tak tau nak balas apa... Then,In pun nak tak nak kena bagitau jugak lah ... In tau dia bergurau maybe,tapi In nak bagitau jugak .. haha... In balas .. "errkkk...abg,In anggap semua org yang lebih tua daripada In tu abg In ... tak de nye istilah abang angkat dalam Islam ... haha" Lebih kurang cemtu In balas :D *in buangkan unsur serius dengan letak "haha"* XD ... Hohho ~ Then,dia pun macam gelak and kami text macam biasa lah ^^, Maknanya,tak wujud la salah faham kan ... In memang anggap dia macam abang... Tapi In tak katakan hubungan ni sebagai hubungan antara abang dan adik angkat . No,dalam Islam tak de macam ni.

Begitu juga dengan seorang adik ni ... Memang kami rapat la ... ade je masalah,In minta dia cerita dekat In ... Haa... tapi suatu hari dia tanya .... "kak anggap adik ni macam mana ? adik angkat?" Lebih kurang macam tu dia tanya ... In pun takut jugak nak jujur ni... Sebab dia ni macam sensitif sikit ... lelaki sekarang ni memang lebih sensitif ler... Huhu ... In pun balas .. " ermm,adik...akak anggap semua yang muda daripada akak macam adik sendiri :) Akak tak guna istilah adik angkat ni ... akak anggap adik ni macam adik akaklah ..." Lebih kurang cemtu In jawab .. Haa,dia pun yo yo O je ... Haha,alhamdulillah .. Moga dia tak terasa . Heheh ><'' Lepas tu kami pun text macam biasa ~ (dekat FB) ... Situasi ni berlaku sewaktu In ade FB dulu la ... :) Hmph...

Jadi konklusinya,In gunakan sendiri pengalaman In untuk beritahu jika niat kita ikhlas,jujur untuk kebenaran,in syaa Allah semuanya berjalan dengan lancar . Allah akan permudahkan... Sebabnya,agama Islam tak ada nya istilah abang/kakak/adik angkat ni ... Kalau betul-2 nak,minta la ibu bapa anda anda andaaa mengambil anak angkat secara sah . Hahaa,jadi automatik korang dah ade adik beradik angkat. Tu baru betul ... ^^, Tapi batas pergaulan jugak kena jaga... Sebenarnya mengambil anak angkat ni bukan untuk jadikan mereka sebagai hak kita tetapi hanya untuk menolong mereka ... Sebab tu nama ayah mereka tetap sama walaupun telah dijadikan anak angkat. Itu la sedikit sebanyak In kongsikan... Moga tiada yang terasa sangat ya ... Maafkan In kalau ada yang terguris hati ... In cumaaa ....cumaaa .... tatau nak kata apa XD hehee .. Maaf .. be happy ! Assalamualaikum .....

:: NN ::

Saturday, March 23, 2013

Sketsa 1

Assalamualaikum

Aneh kan kehidupan ni? Kalau ditanya kepada setiap orang,begitu aneka cerita yang dapat kita dengar. Berlainan aliran kisah tak kira tema sedih,gembira,sahabat ataupun cinta. Masing-masing punya kisah peribadi yang dibukukan dalam hati. Hmph... *memikir*

In pun,banyak sangat cerita sepanjang perjalanan hidup ni.Alhamdulillah tetap tabah dan berpendirian. Itu yang penting. Kalau goyah,cepat-cepatla beristighfar. Minta petunjuk dan kesabaran :)
Kehidupan di sekolah rendah berbeza sekali dengan alam persekolahan menengah. Semakin kita matang,semakin berubah cerita kehidupan kita.  Hmph... *memikir*

Ada satu cerita... Entah bagaimana persahabatan ini terbentuk. Kami tiba-tiba rapat. Dari form 1 kami tak sama kelas. Sekarang ? Rahsia :) . Tapi,dia tahu saja apa yang terjadi and apa yang In buat. Telefon In akan berbunyi sebaik sahaja habis sekolah selama lebih kurang 15 minit macam tu. Ada saja dia tanya. Pelik. Macam mana dia tau. Haaa,skodeng ni ! Hahaa ... In pun kata,stalking me ? Cepat-cepat dia nafi. Haha... Sehingga satu tahap,In dapat rasa sesuatu. Kami dah rapat. Perasaan In jadi lain. Bukannya ehemm ehemmm tapi rasa bersalah. Hubungan erat ini mampu membuat hati dia berubah daripada kawan,menjadi kawan baik menjadi suka. In takut yang tu saja. Sebab hati In tetap kepada dia kawan karib. Tiba-tiba ada pula dengar-dengar kata diorang panggil In dengan nama dia. In pun macam "huh?" "alamakk..tak kanlah!" Kekawan In pula berbisik-bisik ... "aku tau,dia suka hang." "Seyes,dia suka hang. Hang suka dia ka?" Ahhh,sudahh ... mana ada mana ada ...  In nafi dia suka In dan In suka dia. Walaupun hati In dah kata , dia punya hati dah berubah. In tahu hakikat tu awal-awal lagi sebelum jadi ni semua namun In buat-buat tak tahu. Hati In ? Masih tetap,kawan karib . Tak lebih. Suatu hari,In tanya .. "you like me ?" He said,"yes"."I like you" and In tanya balik .. "since when ?" ... "I don't know..." 

Beberapa tahun kemudian ..... >____< ~
Waktu PMR tu memang kami tak berapa contact sangat sebab busy le ~ Haha ... tapi habis PMR,dah mula rapat balik. Again ...entah macam mana ? Erk ~ Lepas tu ... masuk form 4 ... rapat rapat dan rapat ... TETAPI , kat sekolah kami act macam tak ada apa. Nak cakap pun kurang ... Boleh kata In tak pandang dia langsung. Hahahahaa ... Walaupun... kekadang dia tertangkap. Tengah pandang In . Hahaha .. derr~ Anyway,lagi sekali 'gossip' tu tersebar among US .. ade la terdiri daripada beberapa orang rakan .. Huhu not againnnn T.T ~ Dulu dah hilang,now ada balik. Haizzz... tapi In tak berapa kisah sebab dia tu kawan karib .. So what ever . Haha.. Apa pun,In nak tau sesuatu ... In tanya ... "do you like me ?" "do you still like me?" Lepas tu ..dia kata .."do you remember,when we always talk dulu? Yes,during that time I really like you.Now,I don't know...why?" Dia tanya In pula kenapa.. hmph,In pula kata.."tak de la... if yes then,I'm sorry.. rasa bersalah pula.." Then he said.. "nahh,nothing la .. :) ........" 

Panjang lagi,pendekkan. Hihi...Lepas tu ...sampai sekarang ..kami still macam biasa.. ^^, Konklusi is...... walaupun tahu orang tu suka kat kita,jangan pernah kita goyah,jatuh. Maksudnya,couple bukan jalan penyelesaian... In bayangkan,kalaulah awal-2 dulu In couple dengan dia sebab dia suka In,alamakkk...entah la pe jadi dengan persahabatan kami sekarang. Haaa... Sebab,berbeza ye. Apabila antara pasangan kekasih bergaduh,peratusan besar boleh clash tau.Lepas tu lesap habis persahabatan tu. Tapi kalau antara sahabat bergaduh,peratusan besar masih terjalin lagi hubungan persahabatan tu. Kan lebih indah kalau ikatan dengan seseorang tu terbentuk dengan perkahwinan. Waa,baru gempak... ni sebelum kahwin dah couple,tak syok la. Lepas kahwin macam tak de ape nak dibualkan ke ape.. Hihi,,sorry ~ tu pandangan In je... huhu maaf kalau ada yang terasa . Be happy ! :D

p/s Lagi pun ayah dia ajar nilai-2 baik.... Macam jangan begitu berfikir mengenai ni semua,jangan memaksa dan etc. Jadi,peranan ibu bapa juga penting ! Semoga ibu ayah di luar sana atau rakan blogger boleh mendidik anak agar bersabar dan mencintai yang Maha Esa dulu sebelum yang lain :))

:: NN ::

Friday, March 22, 2013

Fakta AL-Quran #7

Assalamualaikum


Bagi sesiapa yang belum membaca sebelum-sebelum ni,boleh la KLIK SINI . Terima kasih :)

Soal 36: Di dalam Al-Qur’an berapakah nabi yang disebut sebagai suri teladan yang baik?
Jawab: Dua nabi, yaitu Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw.

Soal 37: Surah-surah apakah yang dinisbatkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah Thaha, Yasin, al-Muzzammil dan al-Muddatstsir.

Soal 38: Terdapat di dalam surah manakah Kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Belqis?
Jawab: Surah Saba ‘.

Soal 39: Surah apakah yang pertama kali diturunkan?
Jawab: Surah al-’Alaq.

Soal 40: Berapakah ayat dan kalimat yang dimiliki oleh surah Al-Qur’an yang pertama kali diturunkan?
Jawab: 7 ayat dan 29 kalimat.

Soal 41: Surah manakah yang pertama kali diterjemahkan ke dalam bahasa Persia ?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 42: Surah apakah yang pertama kali turun di Madinah?
Jawab: Surah al-Muthaffifin.

Soal 43: Terdapat di dalam manakah doa pertama Al-Qur’an?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 126.

Soal 44: Ayat apakah yang dibaca oleh kepala terpenggal Imam Husain as di kota Syam?
Jawab: Surah al-Kahfi ayat 9.

Soal 45: Berapa surahkah di dalam Al-Qur’an yang memiliki ayat sajdah?
Jawab: 4 surah..

Soal 46: Berapakah kalikah nama Rasulullah saw disebutkan di dalam Al-Qur’an?
Jawab: 5 kali; 1 kali Ahmad dan 4 kali Muhammad.

Soal 47: Nama nabi manakah yang lebih sering disebutkan di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Nabi Musa as.

Soal 48: Kisah Al-Qur’an manakah yang mendapatkan julukan Ahsan al-Qashsash (Kisah Terbaik)?
Jawab: Kisah Nabi Yusuf as.

Soal 49: Terdapat di dalam surah manakah kisah Isra’ dan Mi’raj Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Isra’

Soal 50: Siapakah satu-satunya wanita yang disebutkan namanya di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 51: Surah manakah yang kaum wanita disarankan untuk banyak membacanya?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 53: Surah manakah yang turun berkenaan dengan Sayidah Fatimah az-Zahra as?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 54: Nama surah manakah yang berarti “kaum wanita”?
Jawab: Surah an-Nisa’.

Soal 55: Berapakah jumlah surah Al-Qur’an yang memiliki nama binatang?
Jawab: 5 surah, yaitu an-Nahl, al-’Ankabut, an-Naml, al-Baqarah dan al-Fil.

Tinggal sedikit saja lagi :D

p/s In terlupa pula nak berkongsi yang sekolah In mencatat 47 orang straight A's , if i'm not mistaken ... And peratus pun meningkat,if i'm not mistaken. Amboi tak pasti saja XD Haha,ye la..In tak pergi dewan hari tu... Dengar daripada kekawan je ~ ^^, Go Badlishah :D Terus maju :D In syaa Allah ~

:: NN ::

Thursday, March 21, 2013

Congrats !

Assalamualaikum

1st of all,In nak ucapkan tahniah kepada semua warga SPM batch '95 !! Kerana anda anda anda semua selamat mengambil keputusan SPM. Hehe . Tahniah kepada yang mendapat keputusan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Jealous la In kepada orang yang memang gempakkk punya result. Jealous pun,bukannya dari segi negatif tapi sebagai penaik semangat. Ceeewah! Al maklum la Al SPM candidate tahun ni. Huhuhu ... Takut siott untuk Add Math dan Physics ni ...Killer subjects bagi In. hahaha . And kepada those yang keputusannya tidak begitu memberangsangkan,it's ok !!! Enjoy your life :) Korang dah buat yang terbaik bukan ? Mungkin itu rezekinya dan jangan risau,ada lagi rezeki di hadapan korang,tempat lain. In syaa Allah. Kadang-kadang kita lihat orang yang keputusannya tidak begitu baik,tup tup dia lah yang lebih berjaya kelak berbanding orang yang keputusannya gila gempak dulu. Haa,see... Jangan risau. Jangan begitu berkabung dengan result tu okay? Fikirkan hal lain yang lebih penting di sekeliling korang. Hidup di dunia ni sekali je... Pentingnya usaha,bukan nak score tu. Kalau usaha korang tinggi,score in syaa Allah automatic tinggi... Tapi kekadang tak semestinya... Allah saja nak uji kita. Mana tau,Allah tak kasi kita berjaya sekarang ni sebab nanti kita jadi bongkak,sombong. Lepas tu tak ada siapa nak berkawan dengan kita. Haaa,parah kan? Allah Maha Mengetahui. Think positive okay ? Belum tiba masanya,mungkin :) Smile dan fikirkan langkah seterusnya ! Take your time,think wisely ! ^_^

Ucapan tahniah khas kepada seniors / ex-seniors In : Kakak kepada Farah Afifah,Kak Aminah,Vinotthesan,Afizzat,Solihin...

Haa,diorang ni tergolong dalam golongan cemerlang gemilang terbilang lah ni!! Ada yang straight A,Ada yang 8A+ 2A and macam-macam lah .. Jenuh lah nak senaraikan berapa A+ berapa A bagai ..ada juga yang dapat 8A 2B ... Add Math and Math tu A+ ... Haaa power dok ? 

Tu baru segelintir.. belum lagi ucapan khas kepada seniors lain !! Alice,Daniel Lim,and etc !!! Diorang punya result gempak ahh ... ada yang kurang satu A atau 2 A .. still gempak bukan ? Peh,bangga betul. Huhu ~ Agak-2 In boleh jadi antara diorang tak ?  Dan ada jugak yang seniors tak dapat di kesan XD Mana korang nyorok ni ? Hahaha ... tunggu korang,detective mari >< Hahaha .. ~ 

And tahniah juga kepada my beloved cousins!! 

Dan untuk batch '96 tahun ni . All the best to you guys,us !!! Do the best okay ! Weehuu!~ >___<
Doakan kami ye abang-abang,kakak-kakak semua ... makcik pakcik pun... atok nenek jugak ... Amek berkat ni. hihi .. Terima Kasih :)

:: NN ::

Unspoken

It is something inside
A question left unanswered
Playing hide and seek
In the corner of my heart

I can't say it aloud
I'm not that brave
I'm not that selfish
Just I'm not that kind of friend

Somehow when people say
I'm a good friend
I just deny and say
No I'm not

Somehow when people say
You're not really a good friend
I just smile and say
I've tried my best,I'm sorry

I may not always show up
But I'm always there for my friends
Yes,you can't see
I just hope you can feel

A relation which I'm not sure
How long it takes
I just try my best
To make it stay strong

How happy I am
How sad I am
How angry I am
How disappointed I am

I hope you guys know that
I will never leave my responsibilities
As a friend
In our friendships

Because I love my friends
Like I love my family
Because my friends
Are a best gift from God

:: NN ::





Tuesday, March 19, 2013

Tarannum #3

Assalamualaikum

Pembahagian Tarannum

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:


a) Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

b) Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”

1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

ASAS TARANNUM ALIRAN MISRI

Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

1. Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.

Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting untuk mengarabkan bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah).

2.3.2 Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).

2.3.3 Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).

2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).

2.3.5 Salalim su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut ilmu tangga-tangga suara ).

2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).

2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).


:: NN ::

Monday, March 18, 2013

Apakah Jawapan Anda ?

Assalamualaikum

In nak tanya. Jika lelaki tu,orang yang korang kenal sejak darjah 1 sampai sekarang. Dia,dia yang dah menyukai korang sejak sekolah rendah sampai sekarang. Dia,dia yang tidak mengharap banyak daripada korang tetapi cukup untuk membantu dan membimbing dia. Dia juga orang yang sanggup melakukan sesuatu diluar jangkaan buat korang. Contoh ? Contohnya sekarang ada 3 nombor phone. 1 celcom,2 maxis. Korang guna maxis dan dia guna celcom. Pada mulanya~ ... then kan mahal ? Korang pun tak boleh la contact dia selalu. So,dia sanggup beli nombor phone baru semata-mata untuk contact korang tanpa membuang credit banyak. Pada suatu hari,nombor tu tertinggal di MRSM tempatnya menuntut. Dia,yang memberitahu ibunya untuk menemui korang di belakang sekolah korang menuntut waktu balik. Ibunya bertanya kepada korang dan apakah reaksi dan jawapan korang?(Ibunya yang sentiasa riang menegur anda dan mengajak berbual) Korang sebenarnya dah lama tak jumpa. Kali terakhir darjah 6. Kini dah tingkatan 5. Dia yang sanggup datang hanya untuk melihat korang. Dan balik kepada nombor phone,korang text dia untuk buat dia lebih senang. Kesian,orang dah rindu. Err -.- ~ Text la nombor celcom dia. Lalu.... tetibe ada nombor maxis tidak dikenali text korang. Tengok-2 dia. Dia sanggup beli nombor baru maxis on the spot semata-2 untuk text korang. Dia beli baru sebab maxis lama tinggal dekat MRSM. Aduhai aduii -.- '' apakah ini semua ? Apakah perasaan korang ? Adakah ia sesuatu yang berharga,annoying,terharu,kelakar,sedih,kecewa,malu,segan dll ? Dan ya,korang sebenarnya bukan percaya dia sepenuhnya sebab lelaki dan 'cinta awal usia' ni bukan kekal sangat. Kadang-2 hanya sekadar mengisi nafsu atau rasa ingin menyukai atau bercinta,betul? Hmmph,entah .. jadi ..Sila bayangkan dan berkongsi apa yang korang rasa terhadap kawan korang tu...yang hanya korang anggap kawan lama,kawan baik ... ~~

Nak tau pendapat dan apa yang In rasa =.= ?

:: NN ::

Sunday, March 17, 2013

Fakta Al-Quran #6

Assalamualaikum


Bersambung ya :) Sesiapa yang belum lagi membaca yang sebelum ni,boleh la KLIK SINI 

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra’?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-’Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur’an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir’aun.

Soal 20: Surah Al-Qur’an manakah yang memiliki arti “wanita yang teruji”?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur’an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan “ath-Thayibah” (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur’an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab? Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-’âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An’am)

Soal 31: Di dalam surah manakah disebutkan lima macam makanan?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 61.

Soal 32: Di dalam surah apakah Allah membicarakan mengenai diri-Nya?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 186.

Soal 33: Dalam berapa ayat Al-Qur’an Rasulullah saw disebutkan?
Jawab: Dalam 305 ayat.

Soal 34: Di dalam ayat manakah nama kelima nabi ‘Ulul Azmi disebutkan?
Jawab: Surah al-Ahzab ayat 7.

Soal 35: Berapakah jumlah surah Al-Qur’an yang memiliki nama para nabi as?
Jawab: 6 surah (Muhammad, Ibrahim, Nuh, Hud, Yunus dan Yusuf).

Akan terus bersambung :) 

:: NN ::

Friday, March 15, 2013

Persahabatan Indah

Assalamualaikum

Persahabatan yang indah.
Tak kira di mana asal usulnya.
Tak kira apa jenis darahnya.
Tak kira apa namanya.

Persahabatan yang indah.
Terbentuk dalam satu ikatan.
Di mana senyum sedih bersama.
Tak kira apa kata yang mendatang.

Persahabatan yang indah.
Di mana tiada benci menyelit.
Di mana tiada rasa ruang kekosongan.
Hati hanya dilimpahi kasih dan sayang.

Persahabatan yang indah.
Mekar bak bunga yang tumbuh ayu.
Bukan duri yang lagi layu.
Luas terbawa haruman debunga.

Persahabatan yang indah.
Yang diimpikan seorang rakan.
Yang membawa kepada keamanan. 
Yang membolehkan kepada keharmonian.

Mungkin terdapat begitu banyak kekurangan yang menjadi jurang dalam ikatan persahabatan yang telah terjalin. Namun jangan pernah kita menyerah dan memutuskan mana-mana ikatan yang telah terjalin. Jika talinya semakin halus dan mula putus,janganlah membiarkannya. Sama-sama kita berusaha untuk hapuskan segala jurang yang ada.Baikilah kekurangan yang ada dan pertingkatkan silaturahim yang pada awalnya memang sudah terjalin. Persahabatan rapat kita jangan biarkan ia lemah dan jatuh. Persahabatan yang baru membina jangan biarkan ia roboh dan berpecah. Semoga kita menjadi sahabat yang berkekalan selamanya :) Terima kasih rakan-rakan dari jiran tetangga,tabika Perpaduan Taman  Seluang,Sek.Keb.Tunku Abdul Malik,SMK Sultan Badlishah,Facebook,Twitter,Foursquare,Blog dll ~ ^^, Maaf jika rakan seorang ini ada buat salah dan silap dimana-mana ruang persahabatan ini dan moga sepanjang persahabatan kita semua diberi keberkatan oleh Allah SWT.

Ikhlas sayang ^^, frommmmmm ~~~

:: NN ::


Thursday, March 14, 2013

Le' Back

Assalamualaikum

Hello there ! Haha,syukur alhamdulillah ... selesai juga examination kali ini . Cewwahh,ayat kemain . Betul-3... bersyukur sesangat setelah menghadapi pelbagai rintangan,dapat juga jawab semua subjek kannnn . Susah senang biasalah ~~~ Tak mau cerita ! :P Yang pasti........... ini ialah permulaan . Ceh ceh >_<

Okay,In dah habis singgah sana sini ... Alhamdulillah ... Maaf kerana kelambatan In untuk menjenguk korang. ^_____^ ~ <---buat muka tak bersalah . Hehe

In nak tanyalah,kalau tetiba orang text korang atau whatsapp ke ... Dia tegur korang entah muncul dari dunia mana. Hewhew .. Korang tak kenal pun...dia kata no.korang ada dalam phone tu.Sebelum ni kawan dia ada guna no.tu.Dia baru sedar no.tu apabila melihat foto seorang perempuan di whatsapp. Tapi kan masalahnya tak ade pula nama korang,just nombor. Sadis. Haha .. Bukan itu yang  In fokuskan. Yang In nak tanya,kalau dia nak berkenalan,sudikah korang ? Especially perempuan lah. Yang tegur tu lelaki. Kacak wokkk ;P Haha . Betul,kacak. Maybe,dalam gambar tu la. Haha. Gambar whatsapp dia. Haha. Tempoh hari situasi di atas In hadapi. Sebenarnya kalau orang tu,yang sebelumnya guna nombor lelaki tu,ada nombor In...pasti In ada nombor dia juga. Tapi tapi In tak de nombor tu dalam phone. Hmmphh,tak kan la mamat tu nak tipu? Motif ? Mana dapat no.In ? So ada logiknya juga kenyataan dia. Anyway,dia kata nak berkenalan dengan In. Tapi In menolak dengan baik. Namun In kalah suku jalan. Hahaha... lepas tu alang-2 time exam week kan.. tengah baca Bio pulak tu... In kata la In tak free waktu tu and nak study. Dia pun kata okay all the best and all ~~~ Fyuhh,terlepas jugakk ! Haha . Exam In dh habis.. Kalau dia tak tegur-2 baguslah .. Tapi kalau dia tegur,In buat keputusan untuk cakap dengan dia lagi sekali (whatsapp) untuk cukup sampai disini sahaja. Ceeeeyyyyy -____- ayat . Bukan apa,In tak berapa berkenan berkenalan dalam teknologi maya ni. Faham tak ? Dunia maya la... terutama berkaitan dengan phone. Seram lah ~~~ Tetibe je text,whatsapp..In tahu,itu juga jalan untuk eratkan lagi silaturahim kita dengan orang lain dan menambah kenalan. Tapi biar bertempat. Tempat yang dijamin selamat . Kita tak tahu keikhlasan seseorang untuk berkawan dengan kita melalui alam maya. Diorang boleh je tunjuk baik. Ye tak ? Tapi kalau kita kenal seseorang melalui dunia nyata ni,terjumpa ke ape. At least,kita boleh la menilai secara berdepan jugak kan sikit-2 .. tengok cara dia bercakap bagai,kekadang kita boleh juga agak keikhlasannya. Jujur,kalau perempuan In tak ade masalah. Tapi kalau lelaki,tanpa berfikir panjang In akan menolak. Demi keselamatan dan ketenteraman jiwa. Haha. Facebook,twitter,blog semua ni lain. Ia umum dan kita juga boleh selidik sendiri melalui cara diorang bergaul dengan orang lain di Fb,twitter,blog sume kann .. tapi tidak dengan phone ~~ Setuju tak korang ? Huhu ~~~

Anyway,exam dah tamat tetapi tidak untuk result. Haha . Oh nononooooo ~ XD Jujur In tak berapa takut sangat la. Sebab In dah cuba dan berusaha sebaik mungkin and i've tried my best ~ Tawakkal je .. ^_^, Apa pun agak terkilan sedihnya kalau BM BI AGAMA tu tak dapat A . hahahaha .. Subjek cemtu kalau tak dapat A agak tertekan sedikit XD Ye la,subjek lain boleh faham tapi kalau subjek cemtu,aduiiyai ~ Sedih-3 kalau tak dapat A . haha .. Apa pun macam In kata,dah cuba yang terbaik and berserah kepada Allah :D

Okay ! That's all untuk kemunculan kembali In di blog XD Hehe .. see you soon on the next post ! :D

p/s maaf kekawan tak dapat join kem pengakap di Gunung Jerai peringkat Negeri . Baru habis exam,memang waktu terbaikkk ah nak bercamping ni .. Tapi cikgu bagitau agak lewat dan In tak sempat nak bersedia dari segi fizikal dan mental ~ Padahal,In memang patut pergi sebab In dah ada pengalaman camping di Gunung Jerai dulu.... kenangan bersama korang time tu memang terbaikkk la.. ahh nak nangis pula ingat balikk .. huhu .. dan kenangan bersama pacat pun tidak ku lupa. Otototo.... XD Memang rasa rugi tak pi but what to do ~bukan salah cikgu jugak,pihak berkenaan pun inform kat cikgu lambat.. Haa ~ tak pe ah,korang enjoy and take care .. Tengok siapa jadi mangsa pacat tahun ni XD Huahuahua ~ ;D

:: NN ::

Monday, March 11, 2013

Fakta Al-Quran #5

Assalamualaikum


Soal jawab ini mempunyai 92 dan sungguh banyak ya kalau nak diletakkan dalam satu post ... Jadi In akan bahagi-bahagikannya . Semoga kita dapat maklumat yang baru ! =)

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur’an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan “jantung” Al-Qur’an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur’an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-’Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An’am, al-Kahfi, Saba’ dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur’an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu ‘Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur’an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur’an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra’ ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa’.

Akan bersambung ..... =)

:: NN ::