Saturday, March 22, 2014

Stew Daging Pes Bawang

Assalamualaikum

Marhaba,ni hao,hi ! Hari tu In ada masak buat kali pertamanya jika dikecualikan ikan dan ayam goreng. Haha. Dibantu dan dipantau oleh Mak saya sudah tentu. Thank you Mak! Ini resepi saya dapat daripada ini blog. Alhamdulillah jadi dan memuaskan. Abah pun kata okay. hehe. Time ni abang-abang saya tidak ada. Mereka di Uni. Kami 3 orang je le me,Mak dan Abah. haha. Saya ada bagitau dan hantar gambar kat abang sulung saya,respon dia apa tau ? "tak sedap?" Cis. Hahaha. Abang kedua pula, "Zzz". What kind of feedback were that ? Haizzz. Hahaha. Lain kali saya masak lagi sedap-sedap jangan harap boleh sentuh :P *pegang parang* Hahaha. Anyway,I would like to share the photos first and then the recipe okay ? Enjoy !
PERINGATAN *Tolong jangan menunjukkan post ini dengan ibu bapa anda. Dikhuatiri akan datang pinangan. Saya tidak bersedia* Ahaks,ayat bajet gila kau :P








Finale

Credit kepada bonda tercinta saya kerana ini hasil kerja tangannya memotong segala bahan. Ahaksss. *Okay ibu bapa anda lari tak jadi buat menantu. uhuks ;P* Anyway,saya buat muka seposen kepada bonda saya untuk masak stew dalam claypot. Apakah? hahah. I don't know boleh ke tidak but I just really wanted to use this claypot. Orang kata masak dalam claypot sodappp belako! Whatsapp-ed my Abah and he replied "Welldone,tonite I want to taste it." I was so ketaqqqqq okay. Macam mana tak sedap? Abah nak makan apa malam ni??? Aceyyy. Lepas masak tu mak kata sedap and she gave to kenalan parents saya la. So I was like "you really wanna give them?? betul sedap??" Huhuhu... Kang tak sedap malu den malu. Haha. Alhamdulillah everything went well berkat pertolongan dan mak rasa masakan tu masa demi masa. Haha ayat cannot go betul. Terima kasih kepada Allah juga kerana memberikan kudrat ini untuk memasak.Hey,bunyi macam dah menang pertandingan memasak. Without wasting our time kan as time is so precious like gold :P Mari kita tengok resipinyeee edited by me okay... Oh ya,saya lupa nak tangkap gambar pes bawang saya. Kalau tengok gambar saya tak hitam stew dia sebab saya tak tumis bawang sampai hitam. Kalau tengok blog tu kuahnye hitam. Untuk pes bawang boleh rujuk gambar di blog INI.

Bahan-bahan masakan:



Daging halal lebih kurang 500gm ~ bersihkan dan potong kiub
1 batang lobak merah ~ potong dengan kreativiti anda
2 biji kentang ~ potong dengan kreativiti anda
2 sudu tepung gandum
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Oregano (bahan wajib masakan saya) hehe

Sedikit daun bawang dan daun sup~ untuk hiasan

Air secukupnya.

Bahan-bahan pes bawang:

1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris

300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara saya menyediakan pes bawang:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul-betul masak. (Time ni campur sikit oregano)



Cara penyediaan masakan:

1. Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai.Well,saya guna claypot.Teehee. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
2. Masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
3. Masukkan semula daging dan air secukupnya (saya tak buang air/jus daripada gorengan daging tadi), kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga masak.
4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi sehingga sayuran empuk/lembut.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Ditambah oregano lagi atau lada hitam jika ingin sedikit umph lebih :P. Hidangkan dengan ditaburkan dengan daun sup dan daun bawang.


Selamat Maju Jaya ! ^_^

:: NN ::

4 comments:

  1. cantik mak In potong semua , ingat In potong . Tahniah In , da berjaya masak . Amy satu pon belum lagi . Mood nak memasak belum timbul . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha macam tu lah bila dah jadi isteri dan ibu orang :)
      Hehee thank youuu... tak pe Amy,take your time XD Find the mood !!! ^_^

      Delete
  2. wslm In..

    wahhh ni lagi advance dari Yaya..pndai dier msk lauk tu..huu
    yaya nak kena rajin blajar ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,sikit-sikit je boleh... Mak banyak tolong juga :)
      Go sissss,you can do it ;))

      Delete