Saturday, March 22, 2014

Ananiyah

Assalamualaikum

Halo semuanya :D How are you? For batch '96,the journey has just begun! Do not feel bad with your result. You did your best. Allah doesn't give us what we WANT but Allah gives what we NEED. Make a smile on your face! Let your eyes sepet!!! Ngehhh... So apa kes kau speaking ni In. Just realised. (Eh) Hahaha. Apa-apa sajalah. Untuk demam wish tahniah tu. May I remind you ;

Congrats [✓] Congrates [x]

p/s Tahniah my school,SMK Sultan Badlishah kerana menjadi sekolah no.1 di Kedah untuk SPM. Seramai 67 orang straight A's dan 2 orang straight A+. Alhamdulillah. I'm not one of them. Didn't get all As , ngehhh :D Jom sambung topik penyakit hati ni. Apa itu ananiyah? 

Definisi

Ananiyah berasal dari kata ana,ertinya ‘aku’.Ananiyah bererti ‘keakuan’. Ananiyah adalah sikap seseorang yang selalu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain disekitarnya. Sifat ini sangat tercela, dan membahayakan di dalam pergaulan di masyarakat. Ananiyah termasuk penyakit hati, apabila dibiarkan akan berkembang menjadi sombong, takabur yang diiringi sifat iri dan dengki.

Firman Allah Swt Q.S. Luqman [31:18] ;
Ertinya :
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. 
(Q.S. Luqman [31: 18])
                
Nabi saw bersabda :
دَبَّ اِلَيْكُمْ دَاءُ الْاُمَمِ قَبْلَكُمْ الْبَغْضَاءُ وَالْحَسَدُ هِيَ حَالِقَةُ الدِّ يْنِ لاَحَالِقَةُ الشَّعْرِ (رواه الطبرانى)
Ertinya :       
“ Menimpa kepadamu suatu penyakit umat-umat sebelum kamu iaitu benci-membenci dan dengki. Dialah pencukur agama, bukan sekadar pencukur rambut.” 
(H.R. Thabrani )


Contoh


a. Dalam sebuah perbincangan,Seman sebagai pembicara dari perwakilan kelompok A tidak terima hasil perbincangan kelompoknya di canggah oleh kelompok lain. Kerana ia berasa bahawa hasil perbincangan kelompoknya adalah paling benar. Apa yang dilakukan Seman merupakan cerminan dari sifat ananiyah.



b. Tomoi adalah anak pertama dari sebuah keluarga. Ia mempunyai dua orang adik  perempuan. Dalam kehidupan di rumah dia selalu ingin semua keinginannya dipenuhi dan lebih dibandingkan dengan kedua adiknya.Dia selalu ingin menang sendiri. Dia rasa dirinya adalah anak pertama dan satu-satunya anak lelaki dikeluarganya. Perbuatan yang dilakukan Tomoi termasuk perbuatan yang tidak terpuji kerana Tomoi hanya mementingkan dirinya sendiri.



Na'uzubillah min zalik !

Cara Mencegah

a. Sedar bahawa ananiyah akan berbahaya untuk dirinya sendiri dan orang lain.

b. Ingat bahawa ananiyah adalah penyakit hati, tiada seorang pun yang dapat menyembuhkan kecuali dirinya sendiri. Nabi SAW bersabda :

اَلاَ وَاِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً اِذَا صَلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَاِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ اَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
 (رواه البخارى)

Ertinya :
“ Ketahuilah, didalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik,baiklah tubuh seluruhnya, dan apabila daging itu rosak, rosaklah tubuh seluruhnya. Ketahuilah olehmu, bahawa segumpal daging itu adalah qalbu (hati)” 
(H.R. Bukhari)

c. Menyedari bahawa manusia mempunyai hak dan martabat yang sama.

d. Menyedari bahawa perbuatan ananiyah termasuk perbuatan dosa.

e. Membiasakan diri untuk bersedekah.

f. Beristighfar dan memohon Allah bersihkan hati dan akhlak terutama ketika solat Subuh.

In syaa Allah. Semoga kita terhindar daripada sifat tercela ini ya. Aamiin. Fi hifzillah.

:: NN ::

4 comments: