Friday, April 12, 2013

Fakta Menarik Tertarik ! #5

Assalamualaikum

Hi !!! Lama tak kongsi mengenai fakta menarik ni kannnnn ! Teruskan membaca ! ^^,

1.Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 km dalam tubuh manusia.

2.Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu.

3.Setiap 1cm persegi kulit manusia,didapati mengandungi 7 meter pembulu darah.

4.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas.Langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

5.Apabila seseorang bercakap,secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

6.Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1000 jenis bahan kimia.

7.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

8.Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari.Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.

9.Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

10.Kandungan emas dilaut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

Habis :D Sambung nanti pula... sorry la In tak sempat nak update selalu sebab agak busy. Mei ni exam lagi. Lepas tu lagi beberapa bulan trial. Then SPM SPM SPM SPM SPM SPM SPM SPM SPM+..... tediaa XD Ada maksud tersirat tu ><'' hehe .. ~ Dan mengenai fakta number 4 tu .. subhanallah .. tengok betapa sayangnya binatang kepada anaknya. Tetapi manusia ni ? Sanggup buang anak bagi mati . Huhuhu ... Dan mengenai fakta 7 tu macam tak juga ~ entahlah ~ tengok ajal maut kita yang telah tercatat le kannnn ... huhu ... Ni lah antara fakta menarik yang In kongsikan ... Wallahu'alam ~ 

:: NN ::

4 comments:

  1. i kidal. so mati cepat dari yg kanan la? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,tak perlu nak kisah sangat pun fakta tu ... Kidal ke kanan ke ... masing-2 akan kembali ke Maha Pencipta tak kira cepat atau lambat :)

      Delete
  2. wah..psl kopi tu..very shockedd..huuhu 1000 bhn kimia ea...

    ReplyDelete