Tuesday, August 4, 2015

Raya 2015 :))

Assalamualaikum

Hi semua, pe khabar? Lama jugok In 'beraya' daripada blog kan? :P Maaflah... heheh. Okay ini post raya 2015 saya. Next post in syaa Allah mengenai Melaka yang In pergi melawat dan sekali resepi ayam panggang. Kehkehkeh... Bukan apa, seronok tengok hindustan setiap siang malam :P Tu la nak update blog pun tak menjadi-jadi hihi... Apapun In akan ceritakan raya In dan seterusnya gambar-gambar dan gambar-gambar itu hanya ada buat sementara waktu. Lepas tu In akan delete balik. Kalau korang tanya kenapa, hm suka hati In lah kahkah...

Sebelum Hari Raya, seperti setiap tahunnya, In akan excited dengan adanya rendang dan lemang. Hehe! Ketupat? Nayyy tak minat. Hehe... Lemang je In suka and rendang!!! In buat dua biskut raya iaitu biskut lidah kucing and biskut coklat cip. Raya ni memang biskut raya cepat habisss. Mak In kena buat round 2, round 3 biskut raya walaupun selepas raya ke-4!!! In? Cukuplah round 1 je :P wakakaaa... Nasib la kan siapa datang raya lambat... Heheh... 

Esoknya pagi raya, In bangun begitu awal. Bersiap paling awal. Dan...tak buat apa. Hahahaha. Makan kek lapis Mak In buat, makan makan makan. Makan bubur pedas Sarawak... Siapa tak tahu google ada kot. Kalau x de nasib la XD Dalam jam 11 pagi macam tu bertolak dua kereta. Satu kereta abang sulung satu kereta Abah In. Kenapa? Sebab selalunya Abah In balik awal. In and adik-beradik balik selalu time nak dekat maghrib tu. Hahaha. Lepak dekat rumah sedara. Ada cousins, makcik pokcik. Hehe.

Memula awal pagi tu salam ibu bapa In and dapat duit raya. Then melawat kubur-kubur dulu. And then parents In pergi rumah jiran lama kitorang dulu nak bagi biskut raya. In and abang-abang terus pergi rumah sedara. Rumah Paklang In. Pergi sana baru bergambar, terima duit raya bagai daripada sedara mara, sepupu-sepapat yang dah kerja awww :P Hahaha. Sepupu In belah Abah In ada 9 orang je, semua balik sini (yang dari KL) kecuali seorang. Cucu sulung tak de, tak balik Malaysia tahun ni. So 8 orang sajalah... Heheh....

Raya pertama memang penat dengan tetamu. Raya kedua? Heheh ermmm raya kedua pulak In and cousins termasuk abang In kitorang escape malam tu jap gi tengok wayang, Ant-Man :P Hahaha. Bukan ape, raya ke-3 diorang balik KL dah. So lepak ah malam tu kat luar. Best... Hehe. Dapat eskrem pulak tu tengah hari tu :P Suka la, free :P Raya ke tiga tetamu ada jugak datang. Raya ke-4 buat open house kat rumah In. Jemput 3 buah keluarga saja dan yang lain kekawan In , kekawan abang2 In. Thanks my friends sudi datang. Kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah. Korang terbaik ;) 

Abah In pun kata kekawan In paling meriah. Hahahah... Ada yang tak disangka datang, datang jugak. Thanks lah tolong jemput mewakili In ni ;) Suka suka... Tetamu itu juga pembawa rezeki kepada kita, kan? :) Memang kekadang In malas nak ada tetamu ramai. Penat. Tapi pujuk diri sendiri, tetamu itu bawa rezeki kepada kita dan Allah redha :) Lelama In suka je ada ramai tetamu. Lepas raya ke-4 x de tetamu sangat sampai baru-baru ni ada open house lagi tapi untuk kekawan parents In. Hahaha. Dapat makan laksa Sarawak! Kalau korang nak tahu, Raya rumah In tak sah kalau tak ada bubur pedas dan laksa Sarawak. Menu wajib setiap tahun raya :P Kuih lapis pun. Hehehe. Tahun ni yang kurang, biskut almond london :< Selalunya Mak In buat tapi tahun ni beli je T_T. Tak sesedap Mak In buat. Ergh... Memang seteres bila fikir. Lol. 

Raya ke-5 pergi alor setar melawat Maklang Milah In. In tak pasti In ada gitau ke tidak, suaminya meninggal dunia time puasa tak lama dulu, malam Jumaat. Hmph... (Al-Fatihah). Semoga roh arwah Paklang Jalil dalam kalangan orang yang beriman. Aamiin. Ha, first time In pergi alor setar! Memang perak and excited sungguh dengan kehijauan, ketenangan dan suasana begitu kampung! Nasib dapat merasa, tu pun sebab Maklang Milah baru pindah ke alor setar la. Kalau tak, memang tak akan pergi kot ahahah... Time tu juga pergi Pekan Cina tangkap gambar mural. Tak lama dulu juga In ngan abang In pergi festival di Penang. Seronok time bunga api!!! paling dekat,paling meriah pernah In rasa. Hehehe... 

Hari-hari lain juga dan kebelakangan ni In pergi beraya rumah cikgu dan kekawan.Seronok! Dan keluar dinner dengan abang In. Dekat Akar Lima. Jumpa kawan In jugak. Seronok. Makanan di Akar Lima sedap lelagi air banana choc! Ngidam lagi niii... hurmmm... Orang Kulim patut try! Jangan tanya kat mana. Memang kat Kulim tapi nak bagitau exact place tu susah. Try tengok ig, or google or waze. Hehehe. Sorry! Gi ni lah sepanjang raya In. Orang datang beraya, dan In pergi beraya jugak. hahaha. Kekadang raya kat kedai, raya kat mall...haaa... XD Tengok gambar pulak okay yang tak kekal lama disini! 
Sebelum tu konklusi awal-awal... Ermm, sambut biasa-biasa saja. Dengan keluarga terdekat. Kekawan terdekat. Hehehe. Dedekat. Tak terlalu meriah, tak terlalu suram. Hehehe anda bagaimana? Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin >_< Bagi ceq fokus layan hindustan ni pulak nah :P Sekian!

p/s sedih jugak family di Indonesia beraya di Sarawak. Tak dapat jumpa diorang. Tak dapat jumpa Om Iwan TT___TT

:: NN ::

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, In. Maaf zahir dan batin. :)

    Wah! Bila In melawat Melaka? Arol orang Melaka. Update pasal Melaka cepat, nak tahu jugak best ke tak Melaka. Hehe! :D

    Beraya sakan In ya! Raya Arol tahun nie alhamdulillah lebih meriah sebab sambut dengan ahli keluarga baharu. Eh kejap! Sejak kenal rasanya ini baru kali pertama Arol tengok gambar In.

    Layan hindustan jek eh. Samalah dengan kakak Arol nie. Kadang-kadang Arol pun terlayan sama. :D

    ReplyDelete