Thursday, July 9, 2015

Berubah Berubah Berubah

Assalamualaikum

Hati ini tidak akan bertaman tanpa Rasulullah SAW *bermonolog* 

.

Hi semorang! Pe khabar? Amek extra manfaat dalam 10 Ramadhan terakhir ni tak? Rugi kalau tak! Rugi kalau tak dapat Malam Lailatul Qadr! Usaha! Okay? Hehehe. Apapun topik besaunya adalah Berubah. Semua benda tak jalan kalau tak nak berubah. Nak berubah tu kena ada niat sudah tentu, dan usaha. Baru perubahan itu berjalan lancar, In syaa Allah!

Awak awak awak, hidup ini kan... terlalu singkat untuk kita hidup dalam kenangan sahaja. Terlalu singkat untuk tidak move on. Jadi kena move on! Bila awak awak awak move on kan, ketahuilah terasa seperti dunia yang baru. Jauh lebih indah dan tenang. In syaa Allah! Apa guna memori lama jika ia hanya mengundang kesedihan tanpa kesedaran.

Okay, apa lah kan In membebel ni move on lah, memori la, kenangan lah. Ini secara general. Bukan sekadar memori luka, kenangan duka saat bercinta cintun. Tetapi secara general melingkupi segala kerugian kita pada masa lalu. Kerugian masa, waktu, tenaga dan nikmat! Penuh dusta, lagha dan dosa-dosa. Renung jap... hurmmmmmmmmmmmm.

Manusia ni sensitif. Sikit-sikit sentap. Tapi baguslah sentap tu. Maknanya memang kena tepat pada diri sendiri, tu yang nak sentap tu. Maknanya hati itu masih ada chance nak berubah! Nak jemput mai mai mai mai mai hidayah. Hehe. Tapi kan, sentap saja. Nak berubah tidak. Pulak! Lagi teruk acah-acah sentap. Beli buku tarbiah sentap, ambil gambar satu petikan, upload dan #sentap. =.='''

Sentap, terasa, hati terusik tetapi tak buat apa-apa. Seolah-olah hidayah datang dan hanya disapa didepan pintu hati. Tak diundang masuk pun kedalam hati dek kerana tidak dapat melawan penyakit-penyakit  hati yang sedang bermaharajalela. Maka teruslah berada dalam kegelisahan dosa,maksiat. Bukannya kegelisahan dalam menerima hidayah untuk mengubah hidup ke arah lebih baik!

Dramanya macam ni... (ilustrasi pendek)

Hidayah : *knock knock!* Assalamualaikummm...

Hati : *Membuka pintu* Ohhh, hidayah ka... waalaikumussalam wbt...bye!

Hidayah : ... TT___TT

Setakat tu ja. TU JA. TU JA? TU JA. Tak jemput masuk pun. Maka mereka pun berhuhuhuhu...
 -___-...

Pelik sangat, tetamu nak masuk bagi tambah seri tapi ditolak. Kenapa? Sebab tak ada usaha nak berubah..........(Dalam kes hidayah nak masuk ke dalam hati)  Rugi kan? Pembaca-pembaca selalu ada rasa gelisah tak? Kalau tak selalu, tapi pernah rasa kan? Kan kan kan? ^_^. Agak-agak kenapanya ada rasa gelisah tu? Ce teka, ce teka... (Sukanya In sok-sok tahu gituh). Heheheh...

Orang gelisah ni, ada dua jenis. 

1. Gelisah saat hidayah Allah mula ingin memasuki ke dalam hati.

Macam pelik kan, hidayah Allah nak datang pun gelisah. Ish, tak logik betul. HAA SIAPA KATA TAK LOGIK??? Cuba ingat balik ketika-ketikanyaaa crush In, cinta hati In nak terima wahyu... eherm, In tengah kata mengenai Rasulullah SAW. >_<. Alaaa, malu la kite... (okay melawak).
Apa ceritanyaaa? 

Nak pendekkan cerita, time tu Nabi Muhammad SAW badan berpeluh-peluh, hati jadi resah takut dan gelisah, dan pulang ke rumah apabila datangnya malaikat Jibril untuk menyampaikan wahyu. Selepas itu...semua tahu la noh apa yang terjadi. Ni kan antara kisah popular, penting mengenai Rasulullah SAW ^^,.

Jadi, untuk hilangkan gelisah ini perlulah mendekatkan diri kepada Allah agar mudah tenang, dan hidayah Allah itu masuk ke dalam hati kita setelah menepis, melawan, dan merawat penyakit-penyakit hati kita. Hilang segala tompokan titik dakwat cat hitam di hati kita tu. In syaa Allah, dengan izinNya!

Kan Allah ada berfirman, dengan mengingatiNya hati akan tenang. Ingatlah Allah, hati pasti tenang, no doubt! Belum cuba, belum tahu! Tak kenal maka tak cinta. Kenal Allah, sudah tentu tak rugi malah jatuh cinta sedalam-dalam lautan cinta. Huhuhu... Pastu, dalam mendekatkan diri kepada Allah tu, haa...solatlah taubat ke, rajin zikrullah ke... dekat dengan Al-Quran. Baca Al-Quran.

Lalu, pasti akan rasa dekattt sangat dengan Allah. Menangis-nangis ingat dan menyesali dosa-dosa lalu, segala perkara lagha. Gelisah pasti akan hilang selepas itu! Dan apabila hendak melakukan apa-apa keburukan, maksiat, kesalahan atau pun dosa, hati akan datang gelisah serba-salah kerana takutkan Allah dan dosa sebagai 'ganjaran'. Pastu, tak jadi la buat. Alhamdulillah...

2. Gelisah saat menolak hidayah dan terus dibelenggu kemaksiatan.

Time gelisah tu kan, yang tengah rasa gelisah pasai pa tak tau. Konpius. Buat apa-apa serba tak kena. Instead of kembali kepada Allah, pergi buat benda lain. Benda yang bertambah lagha, tapi rasa dia pehhh macam segala kekusutan hilang. Contohya nak hilang rasa gelisah, pi dengar lagu lagha kuat-kuat, menari-nari, pi clubbing, minum air kencing syaiton nirrojim aka arak, ambil dadah dan sebagainya. Rosak!

Gelisah tu hilang. Pasti rasa macam dah hilang. Tapi ketahuilah gelisah yang hilang tu, yang nak bawa ke jalan yang benar. Yang ketuk-ketuk pintu hati tu tapi dah direject dengan kejam. Iskkk. Friendzone pun tak ada! Apa yang ada? Tu, yang kencing tu XD. Itulah peneman 'setia' yang buat syok sendiri rasa macam tak gelisah dah. 

Padahal kan, gelisah lain yang datang. Gelisah ni kan, feel dia lain sikit. Gelisah ni dalam keadaan sedar tak sedar. Bila buat dosa pun, rasa best. Rasa tenang. Tak rasa apa. Gelisah ni dasyat. Pastu kan, sampai tahap tak rawat, boleh bawa kemurungan lama-lama. Pastu kan, boleh bawa ke arah bunuh diri! Na'uzubillah min zalik. 

Jadi, orang tu sebenarnya dalam kerugian kerana bila nak buat maksiat, kesalahan, keburukan dan dosa tapi tak rasa apa kerana sudah terbiasa. Hidayah yang hadir dihalau, tak sempat nak ajak masuk pun, tak dihalau pun. Sombongnya sombong! Lalu, teruslah dibelenggu dengan kegelapan, yang syok sendiri ingatkan dah bertemu dengan cahaya balik. Heh!

Konklusinya, apabila gelisah itu...tandanya hidayah nak masuk lah tu. Jadi, cecepat la jemput masuk, sedarlah sedar okay untuk menggenggam hidayah dan berubah! Usaha untuk berubah. Kalau dah jemput masuk, tak ada komitmen dan usaha nak berubah tak boleh jugak. Aduh, pening. Nanti tetamu tu balik (hidayah). Ni kes nak bagi tetamu tinggal dalam rumah (hati) kita selamanya XD.

Jadi, jangan sentap saja. Berubah. Usaha. Berubah. Jangan gelisah dan tak mencari Tuhan. Cari Tuhan. Berubah. Usaha. Berubah. In syaa Allah, hidup pasti lebih bahagia dan bermakna. Dengan hidayah dan redha Allah. Pasti semua berjalan dengan lancar! Cantikkkk ahhhh! Heee. Minta diri dulu, fi amanillah wa fi hifzillah. Assalamualaikum wbt!

:: NN ::

Saturday, July 4, 2015

Pengalaman Paling Bermakna!

Assalamualaikum

Hi peeps! Friends! Brothers and sisters! Tadi kawan In dari Asasi tegur In di whatsapp. Terkejut juga dia tegur. Terima kasih awaaa terdetik nak whatsapp saaiaaa >_<'. Kitorang panggil dia Sya. Dah habis whatsapped tu tetiba memori dijajah. Hahahah. Teringat 2 pengalaman yang bermakna buat In. Rasa dia lain macam. Best sangat. Actually, tak ada perkataan to describe! Cewah. 

Thank you Sya, sebab bagi aku teman kau sekali untuk mencari pakaian pada hari pertunangan kau. AllahuAllah nikmat rasa dia time-time teman kawan shopping barang pertunangan tu best sangatttt >_<. Excited :P Baru kawan tunang, kalau kahwin feeling dia mesti lagi deep! Best sangat, pengalaman pertama dan bermakna! Perasaan tu tak dapat diungkap. Lihat kawan sendiri getting ready untuk bertunang. Peh, nak juga rasanya T_T >_<'. Bagi In kan, kalau dah bertunang dengan seseorang itu rasa macam dah jumpa orang yang akan masuk kedalam hidup kita selamanya. Macam dah tak perlu risau lagi 'siapa gerangannya' yang menjadi bakal suami/isteri kita. Cuma yang perlunya adalah usaha dan doa agar ia dikekalkan sehingga ke jinjang pelamin serta selamanya sampai ke syurga Allah! Pertunangan itu sebenarnya tempoh untuk berkenalan. Boleh jadi memang korang dah kenal pasangan korang, but who knows bila dah bertunang lagi korang kenal. Time tu baru gerak lagi ke hadapan untuk mengenal hati budi masing-masing. Sya, aku doakan pertunangan kau kekal hingga naik pelamin dan... sampai ke syurga! ^_^. Sya, aku tak boleh janji nak jahitkan baju kahwin kau. Tapi, kalau aku pro sikit tu, tudung kahwin je la :P Ekekekekek... Aku niat nak kasi free, tapi apa kata kau tolong bayarkan tiket flight untuk ke Kelantan? :P Ye, Sya orang Kelantan. Hehehe... In pandai kecek kelate sebenarnya (sikit-sikit) sebab Sya kecek kelate dengan kite. Hahahaha. Aku doakan kau Sya! Apa pun thanks for the memories!

Pastu, pengalaman seterusnya yang bermakna adalah pengalaman dalam mencari pakaian dinner!!! Ya Allah, memula nak pakai jubah sedia ada je sebab In tak suka shopping. Tudung je baru. Dengan kasut Converse :P HAHA. #Swag kan? LOLOLOL. Bagitau la kat Mak. Pastu Mak cerita kat Abah. Pastu tetiba Mak dan Abah tak kasi guna baju sedia ada. Abah pun bank-in duit serta merta *_*. Apakah? Hahaha. Pastu In cerita kat kekawan. Pastu ajak diorang. Pastu nak kata la, THANK YOU Anis sebab sedia menemani aku untuk mencari pakaian dinner. Mula-mula nak beli jubah/dress je pastu beli kasut jugak. Tu pun tak lebih dari bajet Abah In bagi. Alhamdulillah. Ye la, kawan bising kata takkan nak pakai kasut Converse kot. Maka In pun ternampak kedai BATA siapa ada SALE. Masuk-masuk kedai terus nampak satu kasut ni. Terus grab. Terus minta saiz. Terus cuba. Terus beli. SENANGKAN. HAHAHA. Shopping dengan In sangat senang X'D. Pastu masuk butik pakaian time tu ada Biha dan Sya juga. Diorang setia menolong memilih pakaian dinner In. THANKS korang, Anis,Biha dan Sya sebab sudi meluangkan masa dan teman beli pakaian dinner. Pilih pakaian untuk aku sebab aku malas nak fikir dan malas nak shopping. Thanks sangat. Korang penyelamat aku. Hahaha. Tak silap aku, hari yang sama kita cari baju tunang Sya kan? Penat gila hari tu kan? Hahahaha. Tapi best. Hahaha.

Thanks sangat korang, memang hari yang penat gila tetapi bermakna. Thanks sangat sudi memerah otak cari pakaian aku. Matching-matching kan dengan kasut. Sebab In beli kasut dulu, tu kena cari jubah/dress yang kena dengan kasut :P . Tak larat oiii nak pusing-pusing Seksyen 7 Shah Alam tu. Dah jumpa kedai kasut dulu, borong la kasut dulu. Hahahaha. MUDAH KAN shopping dengan In? In nak shopping dengan kekawan yang susah tu :P Hahahaha. Terima kasih sangat dengan pengalaman yang bermakna. Feeling yang tak bleh describe! Hehee... sayang korang weh. Mmmuahhh! Apa-apa aku roger korang nanti. Tunggu hari aku nak tunang ke, kahwin pulak ke. Hahahaha. Okay ahhh berangan sangat. Huhu. Semoga kita kekal kawan selamanya... Terima kasih segala suka duka! Peace be upon you! And kepada yang membaca ;) Fi amanillah!

:: NN ::

Pemain Hoki

Assalamualaikum

Hi gaisss. Pe khabar? Hehew... In rasa In pernah bagitau yang In ni antara manusia yang bermain hoki walaupun tak pro, cukuplah acah pro. hehehe. Ceritanya dari sekolah rendah In bermain hoki. Berlatih kuat dibawah 'naungan' coach Cikgu Iskandar. Cikgu kesayangan saya. Cikgu BM saya, Guru kelas saya, Cikgu PJK saya dan coach (dalam BM apatah? hahaha. Eh betulke ejaan English tu?) hoki saya. Saya tau, saya murid kesayangan cikgu :P Waktu mula-mula masuk berlatih main hoki, untuk pemilihan wakil sekolah, terus rasa macam "Mesti dapat ni...murid yang rapat dengan cikgu :P" HAHA,tak senonoh gila. Hahahaha.

BUT actually it was not easy at all! Cikgu profesional sangattttt! Strict. Serious. Memang training gila-gila lah. In pun bekerja keras untuk jadi yang betul-betul layak and akhirnya In dapat yeay! So pendek cerita In masuk main, best, dan dapat nombor 1. What a great team we had, kan teammates? Hee. Hitam melegam satu hal. Selalu kena ngejek dengan family members, arwah Wan la...semua orang la. Like i careee... Hahahaha. Pastu masuk sekolah menengah. Yup, In under kelab hoki. But too bad, In tak pergi berlatih untuk pemilihan wakil sekolah sebab... masalah peribadi. Huhuhu. In anti seorang lelaki ni yang juga pemain hoki. Asal In masuk kelab tu, je mesti dia ada. Pendek kata, banyak kelab dia masuk sampai In ambil nekad nak korbankan my passion bagai sebab dia je -__-.

Am I stupid? Huhuhu. In lebih memilih keselesaan dan ketenangan berbanding... hobi In, keinginan In, blablabla yang seangkatannya. Huhuhu. It was really a sad story. I gave up sebagai pemain hoki time sekolah menengah. Bukan sebab tu je reason, In pun tak dapat ngam dengan other members, pemain hoki perempuan. In sangat tak dapat ngam. I was so timid back then during high school. I don't know why. (Ok tipu, actually I hate the school. Sebenarnya nak pergi SMKK). LOL. Tapi perasaan tu sekejap je. Time form 2 dah dapat adapt and terima takdir seadanya. Hahaha. Seriously, berada dalam sekolah tu penuh tekanan. People will be like pandang tinggi dengan In sebab In sekolah tu. Then letak harapan tinggi. Then asyik memuji. Blablabla. I was tired and rimas. Tu dulu, awal-awal. Lama-lama I love the school, and proud of it. ^^, (but still tak suka mentaliti yang pandang budak sekolah tu semua hebat-hebat, pandai-pandai...unlike other schools.) In tak setuju actually. Heh heh. I even... almost... melawan mentaliti pengetua sendiri in her room. LOL! Dah la pengetua tu jiran In. So double berwaspada. Nasib baik dapat jaga mulut. Hehew... 

TBH, sometimes...contoh Mak In akan kata, "belajar pandai-pandai...biar orang tengok kita pandai, look up to me and something like that..." then, In tak akan belajar. Kekadang In memberontak dan membawa kejatuhan In sendiri just to show that itu bukan matlamat dan niat In belajar. In tahu, tu impian ibu bapa atau cara diorang sokong nak kita usaha lebih kuat dan cemerlang but...somehow ia lebih membuat In 'melawan'.  NVM, tu dah luar dari topik. So back to the main post. In suka sangat hoki. I don't know why. Sebab kalau korang geram kan, korang tak perlu cemarkan mulut korang. Just amek kayu hoki, aim the ball (bayangkan bola tu something or somebody korang tak suka and pukul sekuat hati.) It worked on me. HAHA! Hoki membantu In releasekan stress dan kesedihan. Sukan memang membantu. Secara emosi sekali bukan setakat jasmani,fizikal. 

In sedih sangat bila fikir balik that In berhenti bermain dan berlatih sebabkan people...Yang In tak suka, tak dapat ngam... In pernah pergi berlatih sekali je and it was useless. Banyak borak, 'bergedik'..(sorry kalau ada pemain hoki sekolah menengah yang baca. Just fikir yang In tak cakap pasal korang or In salah faham. You know yourself kan...). Time sekolah rendah, time berlatih takde memekik-memekik berebut bola bagai but kat sekolah menengah...ya Allah... those sounds, those screams... In rasa memalukan -___-... dan.... pelik...dan....apakah....? Lol. Ada yang memang bermain dari sekolah rendah juga but act like a...rookie? Lol. In pun tak terer mana, tapi In tak delah sampai nak berebut bola,sambil memekik bagai...Tak faham lah. Pening juga bila ingat balik. Hahaha. So, nak buang kesedihan dan kekecewaan, In beli kayu hoki sendiri dan bola dan main di halaman rumah sebab halaman rumah lama In dulu luas. Macam...luas gila. Tak gila sangat tapi luas lah. LOL. 

Main sendiri,sendiri. Berlatih sendiri. Memang... lonely.HAHA. Ye la, game tu memerlukan team, but I don't have a team. Sedih kan? LOL. Then lama-lama In punya skill pun makin pudar,karat dan lemah. In pun cuma main basic things. Berlatih secara basic. Or sometimes just sebagai alat nak lepas geram ke ape. Walaupun In dah tak main hoki, tapi In masih seorang pemain hoki, yang masih ada minat. In masih juga bermain secara sendiri tetapi sangat jarang. Kekadang kayu tu dah menjadi sebagai alat pertahankan diri In. Lol. Emergency tool. Hahaha. Kalau korang tanya, menyesal tak...gave up on something because of people. Yang sebenarnya tak kacau hidup kita pun tapi it happened without ada niat. They didn't even know In rasa macam tu. Salah In juga terlalu humble dan pendiam (on that time). Jujur In kata, In tak kesal. In memang jenis susah nak menyesal sebab sebelum In buat keputusan In akan fikir segala benda yang mungkin mendatang atau bakal dirasa. And I was totally ready for it. Ada benda , you shouldn't give up disebabkan orang lain. You must go through it...if benda tu korang sangat serius dan nak jadi sebagai career korang kelak. In, memang berminat main hoki. I really love it. So passionate but...ada lagi penting daripada itu which, nak fokus kurikulum dan ketenangan minda serta hati. Hahahahaha.

I gave up both, robotik dan hoki. Tetapi tak pernah menyesal. Sebab maybe memang benda tu In suka tapi tak elok buat diri In. Allah lebih tahu. I cried a lot back then. But...at the same time I felt so relieved. I felt like dah 'balas dendam' dengan diorang by gave up on them. Feeling-feeling macam "korang dah kehilangan seorang yang berbakat, boleh digilap". LOL... eksyen gila. Hahahahaha. Sokay, tu cara In tenangkan diri sendiri. Tak kacau orang lain punnn. Hahaha :P I felt like "In merupakan diamond yang berharga yang tersembunyi didalam cengkerang, yang tidak diketahui orang." LOL. And I smerk-ed. HAHAHA. Itu masa In dalam generasi awal remaja...form 1-3. Hahahaha. I was so satisfied back then of that thought. Apa pun, kelasakan In tidak terhenti disitu. In masih buat macam-macam aktiviti luar macam camping, daki gunung blablabla... workout. Blablabla... Happy go lucky girl is me. Hahaha ^^. Saya, masih pemain hoki tahap 0 dah sekarang sebab dah lama tak bermain and I'm still proud of it. Alhamdulillah for everything. Pengalaman, perasaan, yang bermacam-macam dan mematangkan serta mendewasakan In :). The moral is, actually get to know yourself and your dream... never give up, and just do your best to achieve it ;). I know mine, and yours is? :))

:: NN ::


Mana Gadis Ayu Tu?

Assalamualaikum

Hi guys! Kebelakangan ni rajin benornye nak menype... Tak da mood nak bercakap jadi saya menype huahua... Okay, kebanyakan kawan saya terutama kawan baru daripada Asasi memandang saya like gadis ayu, 'muslimah' (lah sangat hahaha), bukan gila-gila blablabla seangkatannya. Guess what? Semua salah! Hah! Hahahaha. Dan terutama lelaki lah. Kalau In cerita mengenai In time sekolah especially sekolah rendah diorang macam "yeeeeeeeee keeeeeeee" (dengan nada pelik dan sukar untuk percaya). Argh I am so tired. 

You see, apa yang korang lihat tak semestinya 100% benar. OR, you see what your eyes wanna see! Ahahhh! Wait, that doesn't mean that I was fake. I am not. Okay, ini bukan setakat among friends, among family members pun macam dalam rumah lain, luar rumah lain. AKA diorang nak kata In berlakon ke ape la kannn. Seriously guys. I don't have to explain actually. Common sense. Dalam rumah tu siapa? FAMILY MEMBERS. Which means, orang paling dekat dengan kita dan rapat. Apabila kita dekat dan rapat, automatik kita berperangai 'lebih luar biasa' Hahahah! Common sense dude. Anddd, bila kita kat luar, ada adabnya dan perilaku tertentu agar masyarakat hormat kepada kita. Hidup perlu bertolak ansur. Sometimes, it depends on the people that we met. 

In boleh kata almost, especially yang baru kenal In tanggapan mereka likely be like... ;

1) In seorang gadis lemah lembut
2) In seorang yang sombong
3) In seorang yang tidak suka bersukan
4) In seorang muslimah
5) In seorang 'puteri lilin'

Maybe I missed out something tapi tak dapat ingat. Lebih kurang macam tu tanggapan orang yang tak kenal In. Kalau tanggapan family, lagi berterabur :P Tapi itu privacy saya huahua... Firstly, In mungkin lemah lembut but I AM NOT ALWAYS LIKE THAT. Especially dengan orang yang terdekat. Okay contohlah, dengan brothers. I am totally opposite with 'lemah lembut'. Sometimes, In memang bercakap lemah lembut dengan diorang but most of the time, I can be...errr...faham-2 sendiri. SIBLINGS derrrr... hahahaha. Tapi bila di luar, I am totally opposite most of the time. Adakah itu menunjukkan bukan perangai sebenar In? Berlakon? Fake? NO. I am still NN. Ia sebenarnya dipanggil MANNERS. Apabila bertemu dengan saudara-mara lain, or orang lain dalam kalangan masyarakat mestilah lebih berhemah dan sopan. You can't be like between you and your siblings,kan? The manners are IN ME. So definitely that is me. I am being myself. Get it? Understood? Lewls.

Secondly, saya seorang yang sombong. Betul ke? Seriously, the answer is YES...and NO. My yes is of course In kena 'sombong' dengan mostly...lelaki luar sana. In kena jaga ikhtilat. I am trying so...help me out, guys. I can't do it by myself. And strangers out of nowhere...! Kenala sombong, terlalu mesra nanti kang kena culik pulakkk lewls... My no is because kalau In kenal In pasti tegur punya la. Melainkan In malu. Malu dan sombong jauh sangat beza dia okay?  Thirdly, MY GOD! Gila lah kalau In tak suka bersukan. My another side sangat lasak, suka adventure. Suka outdoor activities. Suka bersukan tetapi tak begitu berbakat so sukan setakat mampu je lol. In seorang pemain hoki (bunyi macam hebat je hahahaha). Waktu sekolah rendah. Thank you cikgu Iskandar sebab mempercayai In untuk mewakili sekolah kita and we won. 1st place! 1st time masuk 1st time menang nombor 1 pulak tu. The pains time berlatih, peh masih ingat lagi. Time sekolah menengah under hoki juga tapi tak pergi berlatih dan of course tak pergi mewakili sekolah sebab masalah peribadi. NVM story lain kali. Banyak bercamping je as a Scout! Daki gunung, redah hujan, redah panas, redah ketiadaan air semua I experienced okay. Tak lasak...ke? Kem ketahanan pengawas and all those lasak activities dah redah. Tell meeee,tak lasak KEEE?

In seorang muslimah? Ok I really appreciate it when you guys said that. Macam doa. Kata-kata tu doa, in syaa Allah. Look, kita semua muslimah, tetapi adakah kita muslimah sejati? Tanya diri sendiri.  But let me tell you something, apa yang In pakai, apa yang In tutur itu semua basic things and ilmu for sharing. A little ilmu that I shared untuk saham akhirat. I am not saying that I am too good or too bad. But don't look up to me too much because In rasa I am nobody. In tak capai apa-apa pun. In cuma ikut perintah Allah in basic things. In bukan hafizah, In bukan ustazah yang berilmu penuh didada siap sedia menjawab apa-apa soalan ugama secara umum or seangkatannya. I am sooo tahap merangkak-rangkak lagi. hahah. A lot more to learn :)) And thennn, orang mungkin pandang In macam 'puteri lilin tak tahan panas'. In tak perlu bahas sangat soalan ni sebab In rasa kekawan asasi sendiri dah lihat :P, In redah pergi mana-mana di uni/around Shah Alam dengan berjalan kaki tengah-tengah panas. Rarely took a bus. Hahahaha. Obviously am not putri lilin. I got sunburn, I didn't freakkk outtt like other girls. You are afraid, that you don't look pretty when you are 'black'...or even infront of the men. Then, you are not finding someone who will accept you for who you are. Sometimes, In suka testing out apabila In kena sunburn. In cuba tengok apa orang sekeliling kata. Skin colour, is not a problem at all, to me. In tahu siapa diri In, bagaimana diri In. People will be like, "kau tak pe la kau putih. Boleh la kau tak kisah kena sunburn." I don't get it. 1stly, maybe waktu In kena sunburn, orang yang baru kenal In mungkin bersangka In memang hitam. Lewls. 2ndly, orang yang cakap macam tu actually putih juga tetapi kena sunburn dia rasa diri dia memang gelap sejak azali walhal tak. Confused. Lewls. 

The reason why I brought up this matter adalah In nak korang kenal diri sendiri, be yourself and jangan dengar sangat orang sekeliling. Do not change to fit in the societies. Be yourself, be flexible to fit in. Get your common sense. Konfiden dengan nikmat yang Tuhan sedia ada kasi kat korang. If people keep telling you that you are fake but you're not, get a gun and shoot them. Lol, kidding! Just ignore it. Konsep In, In selalu ignore dengan komen-komen orang macam tu termasuk family members. Sometimes, kita terlalu amek serius walhal they are just trying to tease you. You are getting emotional so sudden. Chill babes. Hahahahah. You can say, I am ayu, I am kurang hajo, I am lasak, I am garang, I am pemalu, I am tak tahu malu , I am fake. Doesn't matter. Semua tu adalah saya except for fake of course. I am flexible, I have manners, I have common sense how to behave in any kind of situation or people. You ask my family, you ask my close friends, you ask my new friends, anybody that knew me, you'll get different answers. In percaya, bukan In seorang...tapi korang juga. Most of you are not fake or pretending. Ia hanya satu keadaan yang membawa anda ke arah itu. Hahaha. People sometimes don't understand this but it doesn't matter as long as you know yourself and your partner-to-be aka husband-or-wife should slightly know :P. Well, cuba bayangkan dalam tempoh perkenalan anda macam gadis melayu terakhir but bila dah kahwin tengok-tengok macam...i don't know but something that is opposite to it. Terkejut partner you allsss nanti. Sooo give them a hint. "Awak, awak terima saya seadanya kan. Walaupun kekadang saya jinak macam kucing, garang macam singa atau blablabla" Hahahahaha ! :P Kekadang manusia itu tidak berubah, cuma korang tak kenal dia sebetulnya lagi. See yeaaa! ;)

"Mana gadis ayu tu?"

Me : "Gadis ayu tu hilang jap, time to be lasak for awhile babeee! Jom bersukannn!" 

P/s gadis yang benar-benar ayu tak mungkin berlasak sukan. Soooo not me. 

:: NN ::

Friday, July 3, 2015

Sis, Tak Panas Ke?

Assalamualaikum

Ni hao ebelibadi! Ini bukan post 'Aku Yang Masak, Kau Yang Panas'. Ini persoalan mengenai orang sekeliling saya yang tanya , "Sis, tak panas ke?" Asal pula In nak rasa panas? Ada orang kuang hajo dengan sesape ke?
Eh meh sini nak luku orang tuuu... ><'''

Okay ekceli, ramai juga yang kenal In dengan cara pemakaian In. In kan, benda wajib pakai selain pakaian 'zahir', In kena pakai inner. Baju inner. Kalau masih rasa insecure lagi, In pakai handsocks. Insecure lagi, nak pakai sarung tangan pulak (in syaa Allah, omy). Pastu, kalau pakai kain dalam pun pakai seluar or, seluar hitam fit macam orang bersukan tu kan. Haa... Motif utama, keselesaan. Pastu nak kena feel secured la. Maksudnya aurat terjaga. Lebih tebal dan besar pakaian lebih rasa selamat dan terjaga. Hewhew.  Pastu baru rasa selesa. Niat sampingan (pun ada), kalau pakai kain pastu ada seluar motifnya boleh la nak lasak-lasak sikit (lol) dan mungkin time emergency boleh guna nak buat side kick ke ape kan (tediaaa). 

So, orang sekeliling tengok dengan heran. Makcik pakcik duk kipaih kipaih panaih bak hang. (LOL). Pastu kekawan pula macam... "panas Malaysiaaa" (ha ha, you guys should stop with the 'siaaa(sial)' Beradab please (hurm). Pastu jeling-jeling dari atas ke bawah, bawah ke atas. In pun macam "eh pehalll,ada tak kena ke dengan pakaian ni. Ishhh nampak pa pe ke... Ish ada pa pe ke..." Bermacam emosi bergelora di hati. In memang sensitip bab-bab ni. Pandang-pandang In memang tak shuuukeee... (lol). Pastu baru diorang bersuara, "Haihhh, tak panas ka pakai lapis-lapis macam ni?", "Haihhh, tak panas ka pakai pakaian macam ni (jubah and whatsoeverrrr)". Diorang keluh "haihhhh" dulu baru aju soalan. Macam terseksa sangat tengok In ni, walhal In lagi seksa tengok diorang dengan tanda tanya , "Korang ni, panas sangat ke???" (Agak mengejutkan dengan pakaian mereka yang tidak cukup kain, maklum sebab nak raya dah...tak da timeee...(LOL))

In dengan selamba disertakan senyuman yang sangattt manis (eherm) berkata, "Tak panas pun..." Kalau baik sikit In kata, "Panas la jugak. Sikit." (Konon In pun faham perasaan diorang). Jujur, In tak tahu ini isu apa. Sama ada In jenis yang susah rasa panas, atau suka panas so rasa macam tak panas atau isu lain. Tapi hakikat apa yang In rasa, awal-awal pemakaian In memang rasa panas juga tapi tak rasa macam nak berkipas-kipas. Pastu, makin lama makin jatuh cinta pakai macam ni, rasa enjoy. Pastu jujur In rasa, jarang sangat rasa panas. Bukan sebab In baik tapi In rasa, dengan izin Allah benda baik dipermudahkan. Berserta niat yang baik. In syaa Allah. Pastu ya, berpeluh-peluh, YA TAPI, In tak rasa panas. Korang faham tak? Peluh, TAPI tak rasa panas. Hewhew. Pastu ADA rasa panas, tapi boleh tahannn... rasa macam ala panas ni normal, so-so je. Padahal Mak Jemah rumah belakang dah bermandikan ais dan anak-beranak dia minum dua tong air ais. Hurmmm. 

Mokcikpokcik In especially time gather sama-sama kekadang ada ja la aju soalan ni. Kekadang diorang tak tanya, diorang bagi jawapan. Contoh... "Aih panaih ngat aih...Sis(me) tu biasala tak reti rasa panaih." Nampak tak, dia tak tanya. Dia bagitau In ni spesis tak reti rasa panas. Ha ha. Baguslah. Nampaknya dia memahami In. Huahua. Benda paling kelakar, pernah berpakaian macam tu pastu duduk sesorang kat hall pastu main phone pastu lama-lama baru sedar fan tak on... betapa In selesa dan enjoy dengan pemakaian In. Hurmmm... Mak In pun kekadang tegur, "ish tak panas ka tak on fan." Sorry,tak sedar lerrrr Makkkk...

Fakta : Pernah lupa nak makan
Fakta : Pernah berpakaian berlapis-lapis (tidak terkecuali bertudung sekali opkos) dan lupa on fan dalam cuaca yang panas. Walhal berpeluh tapi tak rasa apa. 

Konklusinya, jangan takut dengan perubahan. Jangan berundur kerana cuaca tetapi majulah kerana Tuhan dan diri sendiri. Jaga diri sendiri, iman tu. Maruah tu. Perjuangan Rasulullah SAW tu (dalam menaikkan martabat wanita). Jagalah jagaaa cekmekmolekkkk. Mula-mula rasa super hot. Pastu akan rasa hot. Pastu dan selamanya (in syaa Allah) cool for ever afterrr...(wah). Dia jadi cool, cooler and the coolest. Eherm. Hahaha. Coba aja... tak rugi. Basic ja, Tudung bawah dada,belakang dan bahu. Baju labuh punggung tidak mengikut bentuk badan dan serupa juga dengan seluar/kain/jubah and whatsoeverrr... In je yang melampau sampai nak berinner, tak cukup inner ber handsocks X'D. Rasa insecure pada diri sendiri adalah sangat tinggi,what to do :) Bagi In sebagai seorang perempuan, aurat dan maruah nombor satu untuk dijaga agar Islam dan Iman terjaga. In syaa Allah. 

p/s Paklang Jalil In baru sahaja meninggal awal semalam sebelum subuh I think. Tolong doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. (Al-Fatihah). (Yasiin sekali pun boleh). (Lagi pun ni kan hari Jumaat.). Arwah baru je datang ke rumah sebulan atau 2 bulan yang lepas. AllahuAllah... Nampak sihat benornye, tetapi ajal tak tunggu. Takdir Tuhan kepadanya :') . Redhakanlah... Semoga ketemu disyurga. In syaa Allah. I will try my best TT^TT... :')) Wait forrr meeee...

Nota Kencanggg! : Pakai baju lengan pendek dan berhandsocks tidak dikira menutup aurat dengan sempurna KECUALI handsocks itu tidak ketat. Handsocks itu longgar dan tidak menampakkan bentuk tangan. JIKA TIDAK, ia dikira MEMBALUT aurat bukan MENUTUP aurat. Allahu'alam. Sekian.

Fi amanillah. Assalamualaikum wbt.

:: NN ::