Saturday, May 30, 2015

Muslimah Palsu, Ouch!

Assalamualaikum

Apa khabar ukhti semua? Post ini khas untuk para ukhti yang amat ana sayangi. Kita bersaudara, dan sudah menjadi tanggungjawab ana untuk menyampaikan dan memperingatkan kita bersama. Maaf terlebih dahulu jika ada salah silap dimana-mana. Atau andai ada yang terasa dihati. Kerana pahit itu jika ditelan baik untuk tubuh badan sebagai pengubat dalaman dan luaran. Jadi ya ukhti, Muslimah palsu? 

Sudah banyak dalam kalangan kita ini sebenarnya muslimah palsu. Siapa? Dimana? Bukan kerja kita untuk ambil tahu dan menghukum. Tetapi secara umum untuk mengingati sesama sendiri kerana kadang-kadang kita sendiri tak sedar diri kita ini muslimah palsu. Dengar muslimah palsu pun sakitnya tuh disini. Wujud ke muslimah palsu ni? Pasti wujud. Inikan dunia. Dunia penuh maya. Berpura-pura diatas pentas dunia. Gunakan agama sebagai umpan pancing Mr.Akhi. Berkata-kata manis tak sendiri amalkan. Ouch. Itu sangat ditakuti malah pada diri ana sendiri. Kerana itu untuk ana berkongsi apa-apa perlu ana pastikan sendiri agar ana juga ada amalkan atau sedang berusaha amalkan. Jika tidak nahas ana di akhirat kelak :< . Tak mudah untuk menjadi pendakwah. Tak mudah untuk berjuang. Tak mudah untuk tegakkan dan kembalikan sinar Islam. Tapi satu perkara yang ana pasti, jangan tinggalkan senjata utama kita iaitu du'a. Jangan sombong dengan Yang Esa. Sombong yang bagaimana? Yang lepas solat, tidak meringankan tangan untuk menadah dan berdoa. Sombongnya seseorang hamba itu jika tidak berdoa. Walhal Allah itu sungguh mengalukan dan menggalakkan serta sangat, sangat, sangat menyukai hamba yang berdoa, memohon dan meminta daripada Dia. 

Pertama sekali ukhti sekalian, pemakaian. Jaga pemakaian kita seperti dituntut dalam Islam. Fahamilah. Berkali sudah ana tekankan. Tudung itu menutupi dada, belakang tidak pendek dan melepasi bahu. Bukan cukup-cukup atas bahu tetapi MELEPASI bahu. Bukan suruh melabuhkan seperti para ustazah diluar sana. Bukan. Tidak memaksa sehingga selabuh itu. Tetapi memadai dengan menutup apa yang disuruh. Kaki itu juga aurat kita,ukhti. Berstokinlah. Jangan kata diri tidak alim maka tidak mahu memakainya. Ini bukan soal alim, kurang alim, dan tidak alim. Tetapi ini satu ARAHAN, SURUHAN dan WAJIB di lakukan oleh kita ya ukhti sebagai para wanita ciptaan Allah yang indah-indah belaka :') . Jangan takut dengan kata-kata orang , "Diri tak alim, tapi kemain tutup auratnya. Hipokrit. Tunjuk alim!" Ya Allah ukhti, itu hanyalah pemikiran orang yang berpendidikan rendah. Bagaimana kita, itu nombor dua. Nombor satu, ikut apa yang Allah suruh, apa yang Rasulullah SAW sampaikan kepada para wanita dari zaman dahulu kala. Menutup aurat sepenuhnya. Baju dilabuhkan hingga ke punggung. Bukan baju dimasukkan ke dalam skirt. No no no. Jangan pakai seluar ketat-ketat. Jangan pakai baju tunjuk bentuk badan. Secara peribadi, ana sangat suka pakai jubah. Apabila ana pakai jubah, ana tampil lebih yakin kerana ana yakin ana sudah menutup aurat dengan sempurna dan dijaga oleh Allah SWT. In syaa Allah. Itu yang ana doakan. MasyaAllah, subhanallah perasaan itu sukar digambarkan. Ukhti cuba dulu, baru faham perasaan ana :') Kalau ana pakai kain, skirt...ana pakai blouse yang labuh menutupi punggung. Bukan ana masukkan kedalam kain kononnya ia fashion dan lebih menarik. Secara pengalaman, ana tidak perlu bertudung singkat, menunjukkan bentuk badan ana ... untuk nampak cantik dan tenang dipandang orang. Jika dipuji, segala pujian hanya untuk Allah. Nak kata untuk dapat pujian? Ana tidak perlu melanggar perintah Allah untuk mendapatkan pujian. Dalam pujian mungkin ada dua pandangan. Yang kita sendiri tidak tahu. Bayangkan ukhti bertudung singkat atas dada. Menampakkan 'dua buah' di dada ukhti. Berpakaian ketat memperlihatkan bentuk tubuh ukhti. Kebarangkalian pujian yang ukhti dapat penuh syahwat. Jika sebaliknya, dengan menutup elok seperti suruhanNya, pujian itu penuh ketenangan bagi yang memandang. MasyaaAllah. Subhanallah. Dengan izinNya. In syaa Allah. 

Nombor dua. Jika solat jaga dan pemakaian juga jaga. In syaa Allah, automatik punya rasa malu untuk bertingkah buruk atau berkata keji kerana kita dilindungi. Fungsi menutup aurat sepenuhnya itu untuk berlindung. Bukan dari segi pandangan lelaki dan anasir-anasir jahat,tetapi juga secara akhlak peribadi kita. Akhlak kita akan terjaga. Automatik. Yakinlah. Percayalah. Begitulah didikan diri yang paling berkesan sebenarnya. Back to the basic. Mulut tidak mengeji dengan kata carutan. Mencarut itu sungguh hina ya ukhti. Tidak kira jantina sebenarnya. Tetapi secara jujur ia lagi nampak jijik dan busuk jika ia keluar dari bibir seorang wanita. Kerana wanita itu sebenarnya,lumrahnya seorang yang lemah lembut dan 'empuk' hatinya. Mana sampai hatinya untuk mengeji saudaranya sendiri? Hakikatnya jika sampai mencaci itu, tidak kena pada hati kita. Apakah itu dinamakan muslimah? Apakah itu dinamakan orang yang beriman? Yang beriman kepada Allah? Apakah itu ciri orang yang solat dan berpuasa? Aneh bukan? Alang-alang kita hendak berpuasa, selalunya kita boleh bertahan satu bulan untuk menjaga tingkah laku dan percakapan kita pada bulan yang mulia, Ramadhan. Selepas itu laju kita tinggalkan. Kenapa ya? :/ 

Hati-hati dengan hati. Hati yang terusik punya saluran yang selari dengan iman kita. Hati-hati dengan penyakit hati kerana penyakit hati itulah musuh diri kita sendiri. Yang membawa kita hasad dengki yang tinggi. Yang mempermainkan rencana yang bukan-bukan pada minda kita. Yang mengajar lidah kita untuk kata butir-butir yang keji dengan cacian carutan. Penyakit hati yang lama-lama mengeraskan hati hingga tak berada dijalan yang lurus. Darah dikotori dengan daging yang busuk sebusuknya. Kerana dunia ini maya, kita tak nampak. Kita tak nampak betapa hodohnya kita. Betapa busuknya badan kita. Astaghfirullah. Jika kita dapat lihat kehidupan kita selepas mati, apabila dibangkitkan... mungkin...kerana penyakit hati ini, muka kita hodoh sehodohnya. Bernanah. Berdarah-darah. Hodoh sampai tidak sanggup dilihat. Bau badan kita busuk sebusuknya. Busuk sangat sehingga tidak siapa mahu mendekati. Pewangi juga tidak dapat menghilangkan bau yang amat busuk lebih daripada busukan bangkai. Kotor,lebih kotor daripada seekor babi. Hanya kerana penyakit hati, ya ukhti. Bayangkan. Allah tidak mengaku hambanya, Nabi tidak mengaku umatnya. Kita sendiri. Sedih sangat, ya ukhti. Kita sendiri. Saudara meninggalkan kita. Masing-masing kita yang jijik ini tidak ingin mendekati antara satu sama lain. Bayangkan. Hanya kerana...penyakit hati. Bagaimana penyakit hati ini? Banyak jenis ya ukhti. Tapi antaranya, hasad dengki. Cemburu. Tidak senang dengan kejayaan orang lain. Dan apa-apa yang buruk,negatif pada hati kita. Bagaimana untuk merawatnya? Istighfar,sayang :') . Istighfarlah. Jangan pernah tinggal sekalipun setiap hari kita. Kita tak tahu tahap mana, dan keanjalan hati kita. Maka beristighfarlah. Dan sedang itu, kita juga meningkatkan iman kita. In syaa Allah. 

Ya ukhti, ana sendiri tidak mampu untuk mengingati setiap satu dipelosok dunia ini. Ana harap ukhti-ukhti sampaikan juga kepada kawan-kawan, saudara-saudara yang lain. Jika ukhti benar sayang. Jika ukhti benar ingin kita semua mencium haruman syurga. Ada beberapa tips untuk kita sama-sama mendidik. Berdakwah secara depan-depan atau senyap-senyap tidak kelihatan. Antaranya, jangan pernah 'like' gambar para wanita yang tidak lengkap auratnya. Ingat, fahamlah maksud menutup aurat itu dahulu. Bertudung, berlengan panjang, berseluar panjang tidak semestinya menutup aurat. Tidak guna jika tudung singkat, lengan panjang tetapi ketat menunjukkan bentuk badan/lengan dan begitu juga memperlihatkan bentuk kaki sekali tidak berstokin. Kedua, jangan memuji para wanita yang tidak menutup auratnya dengan sempurna. Ketiga jangan upload gambar jika ada kawan-kawan ukhti atau ukhti sendiri yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Jika mereka bertanya, ketika itu barulah terangkan dengan cara baik kenapa berbuat demikian. Ini cara yang halus dan baik. Jangan kondem sesama sendiri dan mencetuskan permusuhan. Jangan. Lebih baik kita diam dan menggunakan 'kuasa' atau 'hak' kita untuk 'like','comment' dan 'upload'. Senang saja ukhti. Senang sangat. Kalaulah ramai yang buat begini, pasti senang untuk mendidik. Kerana mereka pasti tertanya-tanya, "Aku selalu like, puji comment gambar dia. Tapi kenapa dia tak like ye? Tak pernah nak puji aku." Ketika itu in syaa Allah, terbuka hati mereka untuk menerima pandangan kita. Prinsip dan pendirian itu penting. Itulah prinsip dan pendirian ana. Yang ana belajar daripada seseorang. Ana sendiri tak ingat daripada siapa. hehe. Asiif. ^^'. Semoga ia bermanfaat buat kita semua. Dan semoga kita istiqamah dalam setiap amalan kita sekecil-kecil mana pun. Jangan tangguhkan lama-lama ya, kerana maut itu tidak menunggu kita. Kun faya kun. Semoga kita semua dapat menjadi muslimah sejati,bukanlah palsu! In syaa Allah. Ayuh sama-sama kita usahakan. Betulkan niat kita. Untuk meraih syurga Allah. Redha Allah. Syafaat Nabi. Aamiin Allahumma Aamiin... Fi hifzillah. Assalamualaikum. 

:: NN :

p/s WeChat ana yang baru : Inn13541 | Edorain (Min Holmes)

Ke Hadapan

Assalamualaikum

Ke hadapan Nazmin Nazifa pada masa akan datang. Cheh. *Suspens* 
.

Pernah tak rasa saat dulu itu begitu bodoh, memalukan, tak nak jumpa siapa-siapa dan lihat kembali pada hari ini, bayangkan kembali. Apa yang dirasa? Ketawa. Rasa itu manis. Lucu. Dan lihat siapa diri pada masa sekarang? Dah habis Asasi. Tunggu degree (In syaa Allah). Bagaimana diri sekarang? Alhamdulillah berpuas hati. Masih cuba perbaiki. Hari demi hari. Dan andai sekarang ada sesuatu perkara yang terganggu. Rasa macam buntu. Nak give up. Rasa bodoh kembali. Terjadi sesuatu yang memalukan. Atau dihina. Dicaci. Dikeji. Andai. Adakah akan terus jatuh dan tidak bergerak maju? 

.

Tidak. Aku akan bangkit. Hadapinya dengan tabah. Sabar. Senyum. Istighfar. Kerana ia ujian. Belajar pada masa lalu. Ingat, kita pernah lalui macam-macam sampai bila fikir balik, Allahu bagaimana kita hadapinya tu? Such a miracle kita ada disini sekarang setelah hadapi pelbagai ujian. Kerana janji Allah itu pasti. Allah tidak akan menguji hambaNya itu melebihi kemampuan hambaNya. Maka aku sekarang berada di peringkat ini dengan izinNya. Dengan kekuatan daripadaNya. Syukur. Dan apa sahaja jika ada berlaku sekarang atau masa akan datang, why should I care? Because I'll be okay. 100% sure. Aku pada masa akan datang akan bersyukur dengan aku pada waktu dulu (which is now). Aku membesar kerananya. Aku matang kerananya. As long as aku memerlukan Allah tidak kira aku berada pada teratas atau terbawah...dan aku tetap menunduk dengan apa aku miliki, in syaa Allah aku akan berjaya. I'll be somebody. Kalau bukan pada dunia, pada Allah sahaja sudah cukup :) . Well, yang utama itu pandangan Allah pada kita bukan? Jadi, kerana itu aku perlu terus berjuang dan tidak berduka. 

.

Catatan-catatan yang ada tak kira dimana aku catatkannya, adalah untuk aku baca kembali apa yang telah aku katakan. Apa yang aku lontarkan. Andai aku suatu hari nanti, aku agak celaru, rasa tersasar dan kebuntuan. Maka aku boleh melihatnya semula untuk kembali ke jalan yang benar. Untuk mengingati semula siapa aku, bagaimana aku dan apa matlamat aku. Itu pentingnya catatan bagiku. Dan andai aku pada masa hadapan membaca ini, ingatlah siapa pun aku ketika itu, ingatlah bukan mudah perjalanan yang aku tempuhi untuk sampai ke peringkat itu. Untuk mendapatkannya. Jadi haruslah aku terus bersyukur dan membantu yang memerlukan. Andai aku lalai pada masa hadapan dan aku membaca ini, maka bersegeralah melakukan amal-amal baik yang mungkin telah aku tinggalkan dek kerana kealpaan dunia. 

.

Ini adalah catatan untuk aku sendiri di blog aku. Ini adalah peringatan emas aku sendiri untuk aku pada masa hadapan. Ingat Allah, ingat perjuangan Rasul dan ingat kepayahan keluarga. Selamanya dalam redha Allah dan bahagia. In syaa Allah. Dengan penuh kasih sayang, kepada Nazmin Nazifa pada masa hadapan ;)

:: NN ::

Monday, May 25, 2015

Foundation Story : 2nd Sem

Assalamualaikum

Ni haooooo guysss! Howowyouuuuu? ^_^ This is my 2nd sem story! Keep calm and read >_<

Ia bermula pada bilik 1A-01-1X. Bilik tak jauh sangat dengan bilik yang lama,yeay! I love the spot! And paling best bilik pada 2nd sem ni bebetul depan modem WiFi. Laju bebenor la WiFi itewww awok :P Flashback hari-hari sebelum nak jejak universiti pada 2nd sem. Keputusan bilik mana dah boleh check secara online. In kan ada group dengan roommates lama. So I started tanya dah check? Bilik apa? Tingkat berapa? No.berapa? Sort of. Anddddd TARAAAA... In sama dengan salah seorang daripada roommates lama iaitu Natasya Hudson! Eh eh Natasya Izzati si TESL-ian :P. So kembali kepada masa mendaftar. In sampai ke bilik paling awallll... Bosan bebenornye. Dah siap unpacking tapi tak de siapa lagi yang sampai kan. Hmmmm bosangg sungguh. Whatsapp la si Natasya tu. Tasyaaaaa awakkk kat maneeee. Katakannn awak kat maneeeee... Hahahaha. Natasya kata kejap lagi dia sampai, dan minta maaf dia terlambat. Huh :P Hahaha. Time chat dengan dia, ada seorang ni masuk... Dengan banyak barangnya X_X. New face! TESL-ian!!! OMG kali ni Natasya ada geng TESL dalam bilik! 1st sem dulu dia sorang je, lain Prelaw :P. Namanya Syazwani Salim dari Johor... Memula ingat dia ni jenis sopan malu-malu gitu. Cheh tak ghupenye :P Jangan mare,hahaha. Dia sampai2 berkenalan jap. Dia nak kena keluar balik. Dia kata 'Nanti saya datang balik ye!" Cheh, ku sendiri lagi....tapi time tu sempat roger-roger Natasya kata roommate kedua dah sampai and bagi la info2nya. Muahahaha. Macam spy lak. Tak lama tu Natasya sampaiiii... Haaaaaaaa akhirnya ku tak sendiriiiiii... THANK GOD! Mereputsss gueh tunggu mek ni lelama. Hihi. After awhile dah ada 3 orang dalam bilik. Sampai ke malam sikit tertanya-tanya siapa la lagi sorang!!! In berharap budak prelaw! Knockkkk knockkkk ketukan pintu. Jengggg, she...is... Syakira in the housee yooo! Kiera from Ganu Kitewwww... Terengganu. Dia dulu bilik depan In je. Selalu juga ketuk pintu bilik In nak pinjam notes ke kamus ke daripada Hawa. Dia 1st day, sesampai dah banyak cakap. Happening ar ada dia ni. Lawak sungggohhhh dia ni. X'D 1st day dah tanya apa yang kitorang tak suka. Kitorang pun tanya dia gak. So we will behave in syaa Allah. Menjaga dan menghormati antara satu sama lain. Itu yang penting untuk kemakmuran bilik! In selalu keluar dengan Kiera. Gi mall. Keluar makan. Tengok wayang. Sebab Natasya dah buang kita lepas ada abang romance. Opsss. KIDDING! :P Hahahahaha! Jangan mareeee. Kitorang banyak gila-gila juga sebab Wani tu gila-gila :P Kahkahkah! Virus dia dijangkiti. Tak de penawar X'D. We share stories. Minta pendapat ke, luahkan perasaan ke, bincang ke, gelong-gelong...sume togethergether. Alhamdulillah. I love them so much :) Miss them. 

Mengorak langkah keluar bilik, pergi kelas. Cheh, kali ni kelas 5 hari seminggu. PACK GILA. Penat. Sehari je balik kol 5. Lain sume kol 6. Tapi Jumaat opkos awal la, kol 12.30pm kot. Paling malas kelas ELC. HAHAHA. Tuhan sahaja yang tahuuu kenapaaa.... X'D . Paling stress kelas ELC. Tuhan sahaja yang tahu kenapa X'D . Favourite lecturer MADAM NORIZAN. Ya ampunnn... she's so nice and adorable. Like a mother to me! To all of us! Beliau ajar Ekonomi. I respect her THISSSSS MUCHHHH... (uncountable) Hahaha. I LOVE HER AND I MISS HER SO MUCH. (uncountable). Ekonomi tu serius bosan dan mengantuk. Memang kekadang kelas dia ngantuk but somehow she managed to make it interesting by time to timeeeeee! And she said that my class, beliau suka sangat ajar kelas In and love to see our responds! Beliau ajar tak guna SLIDES! WHICH I AM SO GLAD. Beliau menulis kat whiteboard. Bercerita. Relate ekonomi dengan kehidupan to make it clear and senang ingat. Like every week akan ada kuiz so that we prepared. So time final tak struggle banyak untuk ingat sebab selalu revise untuk kuiz and test! Cara beliau mengajar sangat berkesan dan terbaikkkk! Sesiapa yang dapat beliau amat untung! TBH, memula memang beliau macam strict, garang ke ape but actually beliau tak pun! She's so sweet and nice. Hahaha. Yes, she loves to shoot people,beware of that :P BUT itulah menjadikan kita lebih berdisiplin dan berfikir sebelum bercakap. And to stay positive! Task paling best time 2nd sem was DEBATE ! Arghhhhh, I just missed the moment, the feeling. Best wooohhhh debate. Memang sebelum hari nak debate tu tak tenang. Nak cari point, hafal point, get ready, nak nampak yakin but once dah masuk arena debate tu...cheh...terus berubah mode as a debater! Tampil yakin and fight fight fight. In time tu pihak government and we won >_<''' Bila ingat balik time debate, geram sangat rasa dengan the third speaker from the opposition si Syahiddin tu :P Cam nak carik-carik dia. HAHAHA KIDDING. ACTUALLY NAK TEMBAK DIA. HAHA. >_<''' Bestnya pengalaman tu. Alhamdulillah. Terima kasih MADAM HJH MARINA (DATIN). Somehow, your style of teaching menambahkan keyakinan saya dan buat saya lebih berani and mengenal kekuatan dan kelemahan diri. I'm just so glad. Alhamdulillah. I am so thankful. Alhamdulillah. Of course there will be a lot of assignments and stressful times...but just bear with it. If you wanna cry just cry and be strong again. Fight till the end. Tak tipu, there was a moment In sangat down and somehow stress yang amatttt ya Rabb! I cried a lot. Mengadu a lot dengan kawan sorang tu. Sampai tetiba called In kata dia kat UiTM. :P Awwww sanggup drive ke UiTM lalalalala :P... and ada moment In tak tahan dengan assignment dedekat final. Nak study tak boleh assignment tak habis. Tidur lambat. Tekanan demi tekanan. Sampai keluar bilik kawan and menangis di koridor sesenyap. Orang lalu, buat tak malu nangis. Dah okay, masuk bilik kawan balik sambung buat kerja. Tapi menangis lagi sekali sebab kawan tanya 'ok tak?' Hahahaha. Ada yang suruh In balik bilik and tidur. But I just can't. Part In dah selesai but In nak tunggu kekawan siap juga. Soooo yeah. Ada moment edit assignment banyak kali. Letak itu letak ini. Cari dan cari bahan. Letak sampai Madam tak dapat tanya satu habuk soalan pun. HAHAHA. Sebab Madam tu suka tanya soalan time presentation. And esoknya kitorang present and guess what penat lelah kitorang beberapa hari itu membuahkan hasil apabila group In dapat markah paling tinggi and Madam pun terdiam seribu bahasa time kitorang present sebab tak de ruang Madam nak tanya. Hameekkkk... Semua kitorang letak secomplete yang mungkin. Kaji daripada group yang sebelum-sebelum ni yang dah present. HAHA. Alhamdulillah. Those moments indah sangat.... syukur!

2nd sem In selain nama-nama yang In sebut di 1st sem...btw, kelas masih sama. Tak tukar. LWA02A. So back to my point, nak kata 2nd sem tambah kawan yang boleh kata rapat lah juga... em namanya Aiman and Sheldon. Actually Aiman tu nak kata rapat sangat tak. Tapi kategori boleh la agak rapat sebab pernah keluar sekali and dia selalu duduk barisan belakang In. So selalu sembang2 juga, kongsi pa pe...and kekadang task ada sama group dengan dia and dia selalu nyanyi and selalu buat aku ketawa dengan cara dia, nyanyian dia and memacam lagi. Terima kasih Aime sebab bagi aku ketawa selalu dalam kelas walaupun secara kebetulan ke, indirectly ke, ape... haha.. Haah Sheldon adalah my foundation bestie! We had a serious discussion sometimes, heart to heart conversations and something like that. We shared stories. Best ah. Selalu datang paling awal dalam kelas and jadi penyelamat kebosanan In bila In TERdatang awal. 3 kali TERdatang kelas awal :( Sejam awal... 45 minit awal...sebab tak tengok jadual atau tersilap jadual...Sedihhh IKR! Dia datang, boleh start sembang menunggu masa berlalu. Lepak makan kat cafe ke ape. Hahahaha. THANK YOUUU PRINCE SHELDON! Selalu snap gambar dia dan post kat wechat In. Hehehe. He is just so cute maaa... and nice. Dia speaking teratur and clear! Likeeee it... Always looking forward dengan presentation diaaa.. Sorry I couldn't make it nak tengok you debate dulu :( I was so sad y'know!!! In tertinggal ape entah and kena lari balik ke kolej. Peh memang hari yang memenatkan ah. Hahaha. Sheldon, promise me that you will be my forever foundation bestie okayyy! Kalau tak, x nak view you main drum :PPP HAHA! Dia drummer kentalll! Talented guy! Ayuhhh Iban ayuhhh! Hehehe. Hidup SARAWAK-IAN! I am a half Sarawak-ian :P LOOOOL. Kekadang cakap Sarawak dengan Sheldon dalam group and other friends were like... 'what are they talking about???' HAHAHA X'D. Dapat group sama dengan Sheldon time forum sangat bestttt and you saved us!!! Macam mana In tak sayang dia :<< ? HAHA. Alhamdulillah alhamdulillah... What about the girls? Like I said from my 1st sem story,In bergaul dengan semua orang. Emmm till the end of our foundation, Khai tetap macam k e n a l a n HAHA... and Isaiah like my so-so friend. Hahaha... Amar pun so-so la :) BUT ALL OF THEM ARE MY FRIENDS. Tak kira rapat macam mana pun. Renggang atau awkward macam mana pun korang kawanku ;)) Selamanya, in syaa Allah. We may not be able to meet or keep in touch one day but.... I will forever remember you guys okay??? In syaa Allah.. I just love all of them :) Segala pahit manis kita bersama sudah menjadi manis manis semanis kurma ^_^... 

I think that's all nak sharenyepunnnn... Nampak simple tapi actually banyak lagi I wanna keep it as my secret memories :P Jangan jeles.. you will have yours ! Hahaha...Tak semua perkara perlu diceritakan... kannn... Kekadang lebih indah apabila kita simpan ia sendiri dengan kita. Simpan di ingatan, di hati...di jiwa raga... Ahazzz... So all the best korang semua and the next batch of LAW005 and LAW007. Nasihat terakhir seikhlas hati dan seserius mungkin adakah korang yang nak masuk ni perlu take serious dengan semua assignment dan test dan kuiz sebab itu carrymark yang amat bernilaiii... Carrymark rendah you won't be able to score,trust me. Buat elok-elok. Jangan lemah semangat. Time flies very fast. Just bear with it okay? And 1st sem buat BEBETUL. 1st sem lagi susah dari 2nd sem to me. So strikeeeee bebetul 1st sem. Jangan bagi paper fail! Just don't. Take serious tak kira core subject or not. Even LAW KPTM guna CGPA 4 best law subjects tapi JUST FOR UPU. Nak mohon biasiswa ke...UM ke...USM ke...GUNA CGPA UITM. So anggap lah korang tu LAW UITM walaupun sebenarnya korang LAW KPTM. hahahaha. Nak dapat DL sebenarnya senang. ^_^. MUET? No worries. Senang je in syaa Allah. Trust me. Cheh. Okaylah...tu je... All the best lagi sekali dan sekali lagi. Berkali-kali. Hahaha. Fi amanillah. Assalamualaikum.

p/s all in all, my favourite subject sebenarnya PSYCHOLOGY... Takkan mengantuk dalam kelas dan selalu fokus. Notes sentiasa ready. Lagi-lagi dapat Mr.Waseem. Senang faham. Walaupun susah dapat markah,HAHA. Tapi alhamdulillah final, result....dalam lingkungan A! THANKS SIR. Memang target nak A. Gila fav subject tu,kalau tak dapat A kuciwaaa la... THANKS A LOT SIR. SEMOGA BABY SIR YANG BAKAL DILAHIRKAN OLEH ISTERI SIR SIHAT WALAFIAT! Hahaha.. dan semoga SIR SEKELUARGA SIHAT JUGA. ^______^ <---bright smile!

:: NN ::


Friday, May 15, 2015

Persaingan

Assalamualaikum

Dah dapat result, maka akan ada persaingan. Persaingan untuk ditempatkan dalam course dan universiti yang telah dimohon. 1st of all, congratulations my dear friends yang berjaya meraih DL. In tahu korang layak and berharap ia memang kejayaan yang penuh rahmat dari Tuhan. In syaa Allah. I am truly glad dengan kejayaan korang, alhamdulillah! Tahniah. Yes, akan ada spesis yang "BUT there are a lot of people yang lagi tinggi daripada aku. Macam mana ni?" Penuh kerisauan. Kalau sentiasa fikir mereka yang diatas kita, kita lupa yang dibawah. Dan apabila kita lupa yang dibawah, rasa syukur kita beransur pergi. Resah. Kerana persaingan. You can't have that little joy dah. Why should you ruin that? Rugilah orang macam tu :) Sometimes, is okay to not look yang berada di atas kita agar kita punya rasa syukur pada diri kita atas apa yang kita dapat and being positive for the future. Akan sentiasa ada orang yang lagi atas daripada kita. That's the truth, the reality guys. Just have some fun dengan humble of course. Jangan rosakkan hati itu dengan rasa kecil-kecil yang kurang enak tu. Itu rezeki yang Allah bagi and just accept it without any complaint. For once, just please. Eh eh eh? I am tired enough to see manusia macam. Kesah pulak aku kan? Memang aku kisah. T_T. Just sad tengok manusia macam tu. Tak pernah puas, uh? Bring it on, banyak mana persaingan nak bagi just bring it on. IF ALLAH SAYS YES, YOU WILL GET AND IF ALLAH SAYS NO, YOU'RE ACTUALLY DESERVE SOMETHING BETTER FOR YOURSELF, YOUR FUTURE. For God's sake, just please, calm down! Stop merungut. Doa banyak-banyak. Doa agar dimurahkan rezeki. Rezeki tu dah Allah tetapkan masing-masing. Tinggal ia cepat atau lambat je okay? Doa. Bukan merungut and comparing yourself with others. Seriously, i hate it. People comparing themselves and start merendahkan diri sendiri, hina diri sendiri. TALK TO THE HAND. Tuhan saja yang tahu kenapa ada manusia macam ni T_T. I AM SAD. Okay. That's all. Pointnya is, BERSYUKUR APA YANG KORANG DAPAT OKAY WITHOUT A SIGH OR A COMPLAINT OR THE WORD 'BUT'. Sekian, assalamualaikum :)

:: NN :: 

Result

Assalamualaikum

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. I've got my results. RESULTS. Banyak results okay. As a KPTM student, dapat result CGPA UiTM, GPA UiTM, and CGPA/GPA KPTM. Hahahaha. Banyak tu. Alhamdulillah I already achieved my target. Nope, my parents' expectations! Yasss! Syukur. Apa lagi yang paling bahagia kalau bukan melihat senyuman ibu bapa kita,kan? "This is your reward as you already achieved my expectation."- Abah, 2015. WOW. Gila tak bahagia hati ni? Hahaha. What else yang In nak kalau bukan kebahagiaan ibu bapa In ? :) They are my everything from the 1st place after Allah and Rasulullah ^^. Terima kasih kepada Allah because HE gave me this! Letting me to borrow this kejayaan :) Nope, am not a DL student, YET. But I am going to be ;) In syaa Allah. Alhamdulillah finally all my hard work has paid off! Tidur satu jam. Bangkit bangun bangkit bangun. Tidur yang tidak menentu. Sakit itu sakit ini. Ke sana ke situ. Naik turun naik turun. Salah itu salah ini. Alhamdulillah dengan hasil yang dapat. I am truly glad and feel blessed lagi-lagi hari ni hari Jumaah Al-Barakah. Penuh dengan berkat. Alhamdulillah. Can't stop to say Alhamdulillah. I just don't know. I cried. Terharu. Because of my parents. I mean to see them happy. "Seronok Mak tengok gred ni. Kalau push lagi sikit mesti best!" -Mak, 2015. Gila tak happy? Anak mana tak happy, cakap cakap! Hahahaha. Yesh, Mak. I admit it if I push a little bit more I could get something bigger, greater... DL :) But for my foundation, that was all I could do :) I will do better and be the best among the best in future, in syaa Allah. No matter where I am going, what will I do for my next education, my next course, field to learn...I will just do my best and even better than the past ;) Thank you, Mak & Abah. For your happy words! For your smiles. And the rewards! I am happy enough to see both of you smiling because of me :) Weee... And thanks bro for the wishes. Ingat tak, Rul pernah kata , " Betul nak ambil Law? Kawan Rul kata susah gila. Memang susah. " And I said , " Belajar apa-apa pun susah and itu kawan Rul. Macam mana dengan orang lain yang boleh buat, kenapa kita tak boleh?" Proven huh, bro? Hehehe... I made it until this far, alhamdulillah. Hiksss! :* Kiss sikit okay bro. Kekekekek... Will try to get the DL kalau you wanna see me to get that :P You had put such that high expectation. Hahaha nampak macam mengaku adik hang ni boleh buat, kan kan kan? Hahahaha... okbye. Hahahaha! In syaa Allah... You have to get that DL first, bro ;) Hari tu sipi-sipi, why not on your next sem? Hahaha jangan nak berteater sangat, tahu dah nak retisss blergh... hahaha. Congratulations juga kepada my 1st bro yang dapat JOHAN Festival Teater Malaysia Peringkat Negeri Kedah 2015.  Everything went well alhamdulillah. Berharap pada masa depan juga. Percaya dengan perancangan Allah 100% and you will never be disappointed. Terima kasih kepada yang mendoakan kami semua :) May Allah bless you! Assalamualaikum :)

:: NN ::

Monday, May 11, 2015

Foundation Story : 1st Sem

Assalamualaikum

Hi guys ^_^... Korang yang nak masuk foundation tu relax sikit. Nanti akak sambung post untuk membantu korang. Kali ni lepak dulu dengar cerita akak. Kahkahkah... Ada orang request minta cerita. Actually In ada cerita dah serba sedikit. Tapi kali ni biar In cerita as a whole lah from A-Z. Dari 1st sem sampai habis sem. Tapi post ni untuk 1st sem dulu. 2nd sem in syaa Allah my next post.

Cerita 1st sem In bermula dengan bilik 1A-01-1X. In merupakan orang yang ke-3 sampai di bilik. Penuh juga dengan keluarga masing-masing dalam bilik In. Habis semua pergi tinggallah In, dan 2 orang roommate In. Seorang lagi tu dia tak datang-datang lagi pun. Maka sesi perkenalan bermula. Siapa start dulu? Muka tak tau malu, dia ni la ---> SAYA :P Hahah. Jadi dapat tahu sorang namanya Hawa Faqihah dari Kuantan. Seorang lagi Natasya Izzati dari Klang. Sembang punya sembang ( ceh 1st day dah sembang). Meme lah :P ... Datang lagi seorang. Namanya Umi Hajjaj dari Shah Alam. Cheh, patut check in lambat minah tu :P Lalalala. As the time goes by, kami seorang demi seorang makin rapat. Berkongsi kisah, heart-to-heart conversations. Tapi Umi belum lagi. Umi enjin dia lambat panas. Kekawan dia selalu datang bilik dia, dia HUHAHUHA (ketawa) sembang dengan kawan dia Zulaikha and Nadja. Umi selalu macam buat kerja sendiri-sendiri. Hahaha. Nak dekat-dekat habis semester 1 baru enjin Umi hidup :P , barulah kitaorang 4 boleh kata rapat as roommates. Siap keluar gi SCM lagi. Kenangan as rommates sebelum berpisah,aiceh. Ada krisis waktu 1st semester di Mawar. Krisisnya degree students cuti sem. Jadi DC pun tutup. Tak de makananlah. Kita foundation students kena la bahagi masa nak keluar beli makanan atau dari cafe. So if ada antara kami nak keluar, mesti tanya " Nak apa-apa tak? " Haa. Kitaorang ada whatsapp group. Aktiviti kami, selalunya In dengan Hawa & Natasya selalu jogging pusing UiTM sampai ke air pancut, dekat kandang rusa. Syiokkk ooo. Umi tu, puteri lilin sikit :P Kekekeke jangan mareee. As roommates kami sangat bahagia, tiada krisis antara kami. Hahaha. Saling menyakat sudah pasti. Lagi-lagi, awal-awal tu semua 'mangsa' kami guna untuk menyakat huruf A :P Kemainnn lagi. Hahah! Tolong beli makanan, keluar beli makanan sesama selalu jugalah. Pendek kata, I love my 1st sem roommates so much :* It is hoped that we can meet again, one fine day :) In syaa Allah.

Maka mengorak langkah keluar bilik, pergi ke kelas. 2 minggu tak belajar kelas lecture hall. 3 minggu tak belajar kelas tutorial. Satu minggu ada MDS. 1st week kelas, berkenalan. A lot of questions they asked us. Tak kira lecturers atau classmates. Soalan common, nama-dari mana-sekolah mana-kenapa pilih law-law pilihan keberapa-degree nak sambung apa-cita2 apa. Lecturer tak kan tanya result SPM korang punyalah. Sepatutnya result SPM tu dah boleh bungkus masuk peti. Hahahah! Yang akan tanya kalau ada pun classmates korang je. Tu manusia tak move on lagi dari SPM :P. Serious talk, dah masuk universiti kita semua sama. Result SPM shouldn't be asked. 1st sem In kelas LWA01A. Class Rep pilih secara undian dan sebulat suara, cheh... memilih Isaiah. Sabah bah. Kenapa pilih dia? Sebab dia dari 1st day banyak cakap. HAHA. Dah nampak ciri-ciri Class Rep. Penolong Class Rep, kita pilih Nadia. Dari Shah Alam. Ya, dekat. Hahaha. Trademark dia Sectionless. Sebab Shah Alam selalu ada seksyen, taman diorang. Tapi Nadia punya taman tak de seksyen. Kihkih. Nama timangan Nadia is Dragon. Gangsta? Haha! Tu sebab email dia yang lucu dragongurlzzz... X'D Time gambar kelas pun dia tertulis Dragon instead of Nadia. Semua terkejut and sejak tu nama Dragon dia terlekat kat dia. Kihkih. Sabor ye Nad yeeee... Aummmm :P

Pada mulanya In cuma bergaul dengan rakan perempuan je. Bila nampak seseorang perempuan kecik molek ni masuk, rasanya macam pernah nampak. Tak tau betul ke tidak. Rupanya roommate In, si Umi tu sama kelas dengan In. Ahahahaha... Lelaki, In tak pandang, tak mau kenal pun kawan lelaki. Cheh, berlagak. Hahahah! Bukannn em, ada la sebab peribadi. But as the time goes by juga, In bukakan hati In... and get myself free a little bit and ada juga kekawan lelaki yang In agak rapat. Boleh dikatakan rapat. Macam In kata, In bergaul dengan semua rakan perempuan meaning that I am not belong to any group. Pasti ada, di mana-mana korang pergi pasti akan ada group yang terbina. Yang punya geng-geng sama kepala. Sehati sejiwa bersama. Duduk dan berjalan bersama. But In, tak. I am free. I love freedom. I am a free spirit. So In bukan jenis kawan yang melekat dengan orang yang sama, asyik duduk dengan orang yang sama, pergi mana-mana bersama dengan orang yang sama, bukan jenis cup tempat untuk kawan, bukan jenis tunggu kawan untuk pergi kelas sama-sama, bukan jenis sanggup tinggal bas untuk naik bas sama dengan kawan and so on. In suka hidup dalam realiti. Bukan orang macam tu tak hidup dalam realiti, tetapi my reality is diorang tak akan selamanya ada buat kita, disamping kita and In tak nak get attach to anybody. In jenis berdikari sendiri, boleh hidup sendiri, boleh jalan sendiri. In tak rasa sunyi sendiri, I enjoy it very much. No one yang clingy dekat In, In tak kan rasa rimas, Everyone knows how much I love to go anywhere sendiri, sesorang. Diorang dah terbiasa dengan cara In dan diorang tak kan risau dah. LOL. So bila ada group assignment, of course In lah orang yang terakhir masuk to any group, selalunya. Unless kalau ada orang dah awal-awal ajak or tanya. Sebab In bukan jenis with the same people, melekat dengan orang yang sama. I love to experience, bekerja dengan orang yang berlainan. Orang lain selalunya memang dah sedia ada geng sendiri so selalu masuk group dengan orang yang sama. In masuk yang terakhir yang mana group masih kosong lagi. 

Kalau tanya, semua kawan perempuan In dah pernah bersama. Tak kisah keluar bersama ke, makan bersama ke. Tak de yang In missed. You nameeee it! Semua In dah bergaul. Ho yeah! Lelaki kelas In sikit aje. Isaiah, Sheldon, Aiman, Khairul, Syahiddin, Mustaqim & Amar. 1st sem In so-so dengan Isaiah, Aiman, Sheldon & Amar. Macam tak kenal langsung tu Khairul :P HAHA. Yang agak rapat Syahiddin dan Mustaqim. Syahiddin tu agak rapat bermula dengan kecomelan dia, cheh. Nak termuntah. Hahaha! Dia macam teddy bear. In panggil dia Teddy Syai. Nama lain, Syai, Edin, Din. Hahaha ekot mood panggil dia macam mana. Mustaqim mula-mula tak hingin pun nak kenal. HAHA. Tapi satu hari tu dia punya topik assignment kebetulan sama dengan In. So TERPAKSA cakap and contact dia :P Eherm, share-share sikitlah bahan kannn wakakaka. Banyak membantu. Fikir-fikir not bad juga dia ni. Hah bolehlah kawan. So kawan lah. Rapat lah juga. Hahaha. Isaiah dari Sabah. Sheldon dari Sarawak. Aiman dari Kelantan. Tapi susahlah nak dengar dia kecek klate. Khairul Perlis. Syahiddin Sabah. Tapi kacukan semenanjung dia ni. HAHA. Pak dia orang Johor. Mustaqim Kuantan dan Amar dari Rawang. Orang lelaki boleh lah In nak senarai sikit, sikit ja diorang ni. Perempuan ramai, memang tak larat nak menype. Hahazzz. Pasal Umi yang sama roommate dan classmate, still kami tak rapat pun. Time ni Umi selalu berkepit dengan Nadja kot. After Nadja keluar daripada Asasi Law untuk sambung pelajarannya di Turki, time ni baru In dan Umi mula rapat. Umi pun bukan jenis attach dengan orang. Takdenya group-group di asasi ni. Disebabkan kami ni agak serupa, dan seroommate, so selalu dalam kelas duduk sebelah menyebelah. Tapi kalau terpisah pun, no hal. Hahaha! Masih boleh hidup ;) 

Kuliah pula, ramai yang jeles dengan kelas In. Sebab kelas kami 4 hari je :P Kelas lain 5 hari. Muahaha! Hari Jumaat kami FREE. FREE. NO CLASS AT ALL. BOLEH TIDUR LAMBAT HARI KHAMIS. BOLEH TIDUR AFTER SYURUK. Okay. Hahahahahah. 1st sem lecturer favourite Madam Jane. Dia ajar subjek ELC. Yang ada forum and debate. Memang mengantuk kelas, semua kelas mengantuk :P . Tapi kelas dia better. Ada unsur fun juga. Pernah sekali kelas In asyik kata lalang-lalang (sebab lecturers selalu ubah apa yang dia cakap). Tercetusnya word lalang tu sebab lecturers sekejap kata tu, sekejap kata ni. Tapi In tak termasuk dalam pencetusan lalang :P. But one day, kitaorang yang lalang sekejap kata jawapan ni, sekejap kata jawapan tu and Madam Jane pun kata kitaorang lalang X'D Hamekkk ko. Hahahaha. Duk kata lecturers sangat, students pun lebih kurang. Hahahaha! Beliau sangat best. Hahaha. Funny. They way dia ajar, dia cakap. Madam Jane kan English teacher, dia kata la anak-anak dia tak percaya. Tapi disini, kitaorang selalu setuju apa sahaja Madam Jane kata X'D. So Madam Jane kata, 'you should tell my children how good I am in teaching English, as an English teacher. You all really believe me. Unlike my children," Hahahahaha! Something like that. X'D A lot of assignments ada. Reading, research...presentation, debate... I had so much fun :) Pernah banyak kali kena reject topic dengan Madam Jane. Hahahaha lawak gila time tu. At last dapat juga topik yang dia berkenan. Stress gila cari topik X'D tapi at the same time seronok. Hahah. 

Nothing much to say pun. Rasa macam ni saja yang nak dikongsi. Of course there was a lot of struggling. Ada ups and downs dia. Ada bad timesnya tetapi In prefer untuk tidak berkongsi. In nak berkongsi manis-manis. Sebab kalau kongsi yang kurang menyenangkan maknanya In release tenaga negatif. I am afraid korang akan rasa gementar, takut or not ready. Nayyy... semua boleh survive. Semua boleh buat. Don't you worry. Biar In kongsi yang manis-manis saja so that korang pun bersemangat nak pergi, nak experience. Yang pahit itu biar sendiri rasa jika ada. In percaya dimana saja korang pergi, korang menuntut pasti akan ada pahit manisnya. In lebih suka yang pahit itu kita simpan sendiri. Lain orang, lain pengalaman. Just just have to go through them by yourself :) Will be back soon enough to share my 2nd sem story :) I love my 2nd sem than my 1st sem ^^, See ya!

:: NN ::

Sunday, May 10, 2015

Adab Dan Tatatertib Tidur

Assalamualaikum

Heyya! Sekarang baru Maghrib. Ada yang dah tidur? Haip haippp! Tunggu lepas Isya' nahhh ;) . Hari ni nak berkongsi adab dan tatatertib tidur. Hapeee? Ingat lompat atas katil terus dibuai mimpi ke :P ? Kena la ada adab dan tatatertib. Barulah tidur lena dilindungi Allah SWT dan dibuai mimpi-mimpi indah. Ewah! Just a short post okay :))

Perkara-perkara Yang Patut Dilakukan Sebelum Dan Selepas Tidur

1. Ambil wudhu' sebelum baring untuk tidur
2. Bersihkan/kibaskan tempat tidur sebanyak 3 kali sebelum membaringkan badan
3. Berbaring/tidur dalam keadaan muka menghadap kiblat
4. Berbaringlah ke sebelah kanan tempat tidur itu. Kemudian letakkan tangan kanan di bawah pipi sambil membaca doa ini:

"Dengan namaMu, Ya Allah, aku hidup dan aku mati."

5. Apabila bangun dari tidur, bacalah doa ini:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan (membangunkan) kami kembali sesudah kami mati (tidur), dan kepadaNyalah kami kembali."

6. Gerak-gerakkan badan perlahan-lahan terlebih dahulu sebelum bangun.

Done! Cepatkannn! Doa sebelum tidur ada banyak lagi, tetapi ini menjadi pilihan saya! Andaaa? Dan jangan lupa sesudah bangun tidur juga ucapkanlah 'Alhamdulillah' sebagai tanda syukur juga kepada Allah :) Semoga kita istiqamah dalam menyempurnakannya sedikit-sedikit. Lama-lama in syaa Allah mantappp! Selamat Malam terlebih dahulu, daripada saya ;)

:: NN ::

Wednesday, May 6, 2015

Asasi Undang-Undang (2)

Assalamualaikum

Tak silap, hari ni keputusan UPU keluar kan untuk SPM 2014? Macam mana, ada yang dapat Asasi-Undang-Undang di mana-mana? (: Congratulations kepada yang berjaya ditempatkan di mana-mana universiti dalam apa-apa kos. Yang tak dapat, in syaa Allah rezeki kepada intake 2 dan seterusnya. Jangan bersedih walaupun sebenarnya memang akan ada rasa sedih itu. Takpe,faham. Cheer up cecepat okayyy! Sebab korang dah nak masuk universiti, pasti korang akan rasa apa yang perlu dibeli, dibawa dan sebagainya. Okay, it depends kepada fasiliti universiti itu dan penempatan kolej kediaman yang korang tinggal. Disebabkan saya dari UiTM Shah Alam, dari jurusan Undang-Undang KPTM, dan bertempat di kediaman terbesar UiTM Shah Alam iaitu Kolej Mawar, maka saya akan beritahu apa yang saya ingat untuk membantu korang yang mungkin akan sama kasut dengan saya. p/s saiz 7.  Hohho!

Sebelum tu, sebagai mahasiswa mahasiswi UiTM yang baru masuk...korang akan menempuh 1 minggu yang terasa agak panjang tetapi last-last rasa eh dah satu minggu! Dan korang rasa bahagia sangat dah melepasi satu minggu yang ibarat 1 bulan. Tetapi lama-lama korang akan merindui perasaan terseksa dijiwa itu kerana yang pahit itu sebenarnya manis diingati. Witsss! Yang korang akan tempuh tu MINGGU DESTINI SISWA (MDS). Orientasi guys, orientasi. Selamat maju jaya tauuu ;) Lain tahun pasti lain pengalaman. Tetapi aktiviti pasti agak sedikit sama. Belajar nyanyi lagu UiTM DiHatiku, Lagu MDS, dengar ceramah dan lain-lain. Secara peribadi, rindu sikit. Tetapi kalau tanya nak rasa lagi tak, TAK MAU! (Tapi akan rasa lagi untuk degree in syaa Allah. Sobs). Tak sangka masih hidup selepas satu minggu tu. Terharunya TT___TT. Tetapi pengalaman yang menarik :) Kalau saya terlebih rajin, saya akan buat post khas mengenai MDS dan rulesnya. Kalau tak, usya la blog seniors lain :P 

Apapun berdasarkan pengalaman saya, sebelum saya masuk UiTM of course saya pun buat research. Bagaimana keadaan dia, fasiliti, barang-barang perlu bawa dan lain-lain. Saya nak bagitau, saya tak puas hati dengan apa yang saya dapat dari blog seniors yang lain :P HAHAH. Apapun saya akan senaraikan apa yang penting perlu ada. Sebarang kekurangan (manatau orang tak puas hati juga dengan senarai diblog ini like I used to feel on other people's blog :P) amatlah dikesali. Maaf >_<. Ingat, ini untuk mereka yang akan masuk UiTM Shah Alam, Kediaman Kolej Mawar. Akan ada extra note untuk pelajar Asasi Undang-Undang. Gambar bilik? Ditakuti gambar sudah tidak ada dalam phone tetapi akan saya usahakan. In syaa Allah. 

Checklist barang-barang

1. Pakaian (Untuk PreLaw, extra pakaian black and white)
2. Penyangkut baju (Kalau nak gantung baju. Recommended)
3. Baldi (Nak basuh baju. Dobi Mawar ada, RM2.50 seunit kot. Mesin basuh layan diri,AKAN ada. Personally not recommended KALAU guna mesin basuh lama lagi. Tak bersih. Lol).
4. Laundry box (Kalau nak simpan pakaian kotor lama-lama,hujung minggu baru basuh. Guna plastik besar pun boleh.)
5. Perlengkapan mandi. (Contohnya towel, sabun, dan lain-lain)
6. Laptop (Kalau usya blog seniors yang lalu, diorang kata nak bawa tak pe,tak nak pun tak pe. Diorang kata lagi, 1st sem tak guna sangat WHICH PERSONALLY saya tak setuju. Saya kata, laptop bagi yang ada, sangat penting tak kira 1st sem atau 2nd sem untuk buat research dan assignment tidak kira waktu dan tempat. Mudah. Ini untuk PreLaw. If korang tak de laptop, janganlah mendesak keluarga untuk belikan. Kemudahan ada, tetapi keluar peluh dan makan masa banyak. Will tell you more.)
7. Broadband (Ekot suka hati. Hahaha. Kediaman Kolej Mawar menyediakan WiFi mereka. Kelajuan mengikut kedudukan bilik rasanya :P dan ia LIMITED. Kadang-kadang tak dapat connect sebab limited. WiFi tu kena daftar di website UiTM dulu setelah anda sah menjadi pelajar UiTM Shah Alam. WiFi tu hanya boleh untuk satu kegunaan sahaja. Contoh, dah guna untuk phone, tak boleh guna pada masa yang sama untuk laptop. Kalau nak guna broadband sendiri, Maxis dan YES broadband laju di sana.)
8. Cadar tilam dan bantal
7. Bantal
8. Whiteboard marker, sticky notes & thumbtack
9. Handphone & earphone (Macam mustahil je korang tak bawa :P)
10. Chargers
11. Pendrive
12. Al-Quran (JANGAN LUPA HAA!)
13. Telekung and Sejadah
14. Kasut bertutup
15. Selipar (Untuk pergi bilik kekawan ke, pergi tempat-tempat dekat dalam kolej and terutama pi toilet!!!)
16. Selipar jamban (Kalau korang nak asingkan selipar mandi dan selipar pergi tempat lain dalam kolej lol)
17. Kasut sukan
18. Jam tangan
19. Kamus Oxford (PreLaw tolong bawa)
20. Buku Federal Constitution (PreLaw tolong bawa. Untuk 1st dan 2nd sem)
20. Kalkulator (PreLaw guna untuk 2nd sem dalam Ekonomi)
21. Berus kain (Unless hantar dobi)
22. Pencuci kain (Unless hantar dobi)
23. Perlengkapan diri (bedak apa bagai)
24. Selimut
25. Payung
26. Stokin (EXTRA PLEASE. Uitm Shah Alam kalau hujan tu, kemain basah dan banjir. -__-)
27. Iron (Ironboard ikut suka, sebab iron atas tilam pun okay lalla~)
28. Jug heater
29. File dan kertas kajang dan note kecil
30. Mug, sudu, garfu, pinggan/mangkuk
31. Stok makanan
32. Kunci mangga (Locker yang ada pengunci tak silap 3. So boleh bawa 3 kunci mangga saiz biasa)
33. Botol air
34. Alatan tulis

DONE!
Okay, in syaa Allah cukuplah senarai tu untuk hidup di kolej sepanjang berada disana. Maaf berterabur sebab tulis ikut ingat je. Okay, alatan elektronik macam laptop, phone apa bagai yang duduk dekat dengan universiti atau kolej boleh la bawa after one week orientasi tu. Sebab hujung minggu korang boleh balik! Just in case korang takut hilang. Tetapi daripada pengalaman saya, tak ada kes kecurian pada tahun In tak silap time orientasi. Ke In yang tak tahu... kuikui. Tetapi, saya bawa laptop from the 1st day lagi. Sebab saya tak balik rumah di Kedah after one week orientasi tu. Saya rasa selamat je kalau kunci locker and kunci bilik apabila keluar. Semua senarai di atas tu, tak semestinya bawa sekaligus on the first day. Itu perancangan korang sendiri. Nak bawa one week after ke, 2 weeks after ke...Tapi personally ini lah yang perlu ada. Ada je barang yang boleh beli di Kedai Mawar. No worries. Just in case korang nak dapat gambaran, nak beli sesiap dari tempat korang, inilah barangnya. Di Mawar ada mesin fotostat, CC untuk print dan online. Of course, bayar. Binding apa semua ada,jangan risau. Kedai makan banyak. Snooker ada, badminton court semua ada. Lagi-lagi Mawar dekat dengan Pusat Sukan. Pusat Sukan semua jenis sukan in syaa Allah ada. Senanglah. Bilik TV ada. Bilik memasak ada. Kena book dulu di pejabat Mawar kalau nak masuk bilik snooker and memasak. Bilik komputer ada (tapi tak pernah jumpa). HAHA. Bilik study ada. WiFi HOTSPOT laju kemain punya. Sejuk kemain punya. Watercooler ada. Mesin isi air ada. Mesin air guna duit ada. Macam-macam ada. Have fun, study hard study smart! Assalamualaikum ;)


:: NN ::

Sunday, May 3, 2015

Merajuk

Assalamualaikum

Hi there! Ni hao ma? ;) I am back! Okay just straight to the point. Main topic is MERAJUK. Hmph... Merajuk bukan satu masalah tetapi yang dijadikan masalah dengan siapa yang kita merajuk tu? Yang mana betul-betul kenal In, In memang susah nak merajuk. In rasa kalau merajuk tak dapat apa. Mungkin sebab In jenis malas nak layan hati. Hahah! Dan In juga bukan jenis nak memujuk orang lagi-lagi kalau kawan lelaki yang merajuk. Kawan perempuan, nak tak nak kenalah juga pujuk kan. Bukan salah. Loool! Tetapi kalau ajnabi ni nak merajuk dengan In,tolonglah -___-. Tak ada masa nak layan merajuk kamuuu! Memang kena tinggal dengan In. Muahahah!

To make this simple,macam ni. Perempuan tak manis nak bermerajuk dengan ajnabi ni. Kenapa? Sebab ajnabi! Dah kenapa dengan ajnabi? Ikhtilat! Kan pernah sembang dulu pasal ikhtilat. Dah tu merajuk ni sebenarnya ada sedikit elemen kemanjaan tau. Sedap la lelaki tu dapat manja-manja kita perempuan. Dah tu nanti suami nak dapat apa? Sobs! Jadi tak manis lah,tak eloklah nak merajuk dengan ajnabi ni. Lelaki ni jenis yang main layan je,ye kan? Susah nak jumpa kalau perempuan merajuk dengan lelaki, dia bagi last seen. Hahahah! Perempuan kena tahu,kena kawal perasaan. Dari segi emosi memang kita lemah tetapi kita perlu jaga,jaga untuk diri maruah kita juga. Kalau nak 'mendera' lelaki dengan sifat merajuk tu,biarlah dengan suami sahaja. Sweet la kot! HAHA!

Same goes to the boys! Si ajnabi pun tak manis nak merajuk dengan kami perempuan ni. Lelaki buat cara lelaki. Gagah khalifah dibumi mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin wanita. Jiwa tu kena perkasakan! Kalau lelaki nak merajuk sama dengan perempuan,nak pimpin ke mana? Hanyut laaa hanyuttt... Tak sukalah tengok lelaki lembik macam tu. Bukan nak kata lelaki ni tak perlu ada perasaan macam tu, tetapi biar bertempat. Biar tempat merajuk tu kena dengan kita. Halal dengan kita. Nak merajuk dengan anak dara orang dah kenapa? Pi bawah ketiak Mak lah baru sweet. Hahaha. Tak perlu nak jadi atau acah-acah berjiwa macam perempuan sangat. Lelaki ni sebenarnya utuh emosi dan pemikirannya. Sebab tu pemimpin! Ni kalau hati macam perempuan, fikiran pun terjejas. Rasionalnya entah kemana! 

Jadi setakat itu sahaja saya ingin kongsikan pendapat saya yang serendah-rendah pengetahuan ni. Saya suka observe, dah lihat banyak tetapi kita tak boleh nak ubah orang. Yang hanya saya mampu buat kemukakan apa yang saya dah lihat kita pada zaman ini dan hanya mampu mengajak untuk reflect siapa kita pada fitrahnya. Fitrahnya kita ini bagaimana? Dah tahu fitrah kita bagaimana, cara untuk kita menjaga dan kawal bagaimana? Step by step faham satu-satu in syaa Allah molek dalam luar kita. Molek lah kehidupan kita. Nak molek luar, dalam kena start dulu beroperasi. Barulah terpancar kemolekan kita diluar juga. Molek noh molek. Saya minta diri dulu. Fi hifzillah. Assalamualaikum wbt

:: NN ::


Saturday, May 2, 2015

End Of Foundation

Assalamualaikum

MasyaAllah sisters and brothers... Lamanya ana menghilang... Hahah. Ampunnn ;) Saya baru habis perjuangan asasi sejak lebih kurang 2 minggu yang lalu. Alhamdulillah. Tunggu result,interview, dan urusan-urusan yang seangkatannya. Ada rezeki,ada lah dapat apa-apa,mana-mana untuk degree bulan September. Doakan! So,maaflah tak update blog terus selepas bebas daripada kehidupan asasi! Walaupun dah habis,banyak benda lain nak buat. Unpacking barang dari hostel satu hal. In pun sebenarnya baru pindah ke rumah baru,so kena unpacking barang dari rumah lama juga (sampai sekarang tak jalan sangat tu) Hehehe. Lepas tu dalam 1 week holiday kejap dengan family di beberapa negeri. Explore lah time-time ada masa ni supaya tak mereput di rumah,ye idak!? In syaa Allah saya akan kembali secepat yang mungkin dengan post yang ilmiah dan bermanfaat untuk kita semua. Macam ada idea nak cakap pasal apa. Actually banyak! Nak cerita juga time-time holiday,time-time tengah feeling cintan cintun sebab umur pun dah masuk 19 tahun :P. One year to go untuk merangkap masuk 20-an. Oh my! Hahaha. In syaa Allah. Yang penting doakan agar kita semua sihat dan bertenaga...! I'll be back again for more info ye. In syaa Allah... Have fun! Have a great day ahead! Fi amanillah wa assalamualaikum wbt!

:: NN ::