Tuesday, May 20, 2014

Pesanan Diri : Ini Permulaan Baru

Assalamualaikum

Hi semua =D Nak masuk universiti ni kadang-kadang rasa takut sikit la. Dah la jauh sungguh dengan rumah. Tapi tadi jumpa cikgu sekolah In,cikgu Saniah. Cikgu Saniah kata "You'll enjoy" . Peh,kata sependek itu daripada cikgu Saniah bikin saya semangat je. Rasa macam nak daftar esok je,boleh tak? =P Haha. Apa pun,kita selalu dengar orang kata waktu kita sekolah dulu... "nak bercinta jangan sekarang,kat uni nanti ramai lagi...pilih ja nak mana" Amboih,cam boleh order kat kedai pula kan? Hehe. Lebih kurang macam tu lah. Tapi untuk In sendiri,of course In tak kan masuk dalam 'alam bercinta'. Maksud In di sini couple la. Never. Dan In juga masuk universiti ini bukan untuk mencari cinta. Bukan sama sekali bukan. Tapi biasa adat bila kita ke tempat yang jauh lebih ramai. Bergaul dengan orang baru. Mungkin ada yang terlekat hati kepada kita,atau kita suka dia atau sama-sama suka. Namun itu lumrah. Yang nak dijadikan pesanan ini kalau terlekat dua hati itu ketahuilah andai ia melalaikan tinggalkan saja. Mengganggu pelajaran. Andai ia mengingati anda kepadaNya,hanya kirimkan doa. Bagi In,melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya tidak kira di matrikulasi,pusat tingkatan 6 atau universiti swasta mahupun kerajaan matlamat utamanya adalah belajar. Tak semua ada peluang sama dengan kita untuk teruskan pelajaran. Mungkin ada dimana-mana penjuru dunia yang tidak dapat peluang ini. Maka kelak siapa nak bantu mereka? Kita :) In syaa Allah. Belajarlah dan dapatkan kejayaan itu terutama orang Islam. Untuk naikkan ekonomi Islam,kuatkan ummah dan membantu saudara kita di luar sana yang mungkin kurang pendapatan dan kemampuan. Hmph... Rakan-rakan seperjuangan In ada yang telah daftar semalam dan ada pada tanggal 25 ini. In dan rakan seperjuangan yang lain akan daftar pada 1 Jun. Ada yang 2 dan 3 Jun. Allah,tak tahu bila lagi kesempatan kita untuk berjumpa wahai rakan-rakan seperjuangan :") . Apa pun selamat maju jaya. Tak mengapa jarang nampak nama di telefon pintar ini,di twitter kerana faham akan kesibukan dan ketekunan rakan seperjuangan belajar. In syaa Allah sama-sama kita doakan agar hati kita terang,mudah menerima ilmu. Dan hari itu In contact Cikgu Iskandar yang tersayang :') . Cikgu Iskandar kata kepada kita, (Batch 1996 SKTAM) 

'Insyaallah ingat selalu. Jumpa kkwan len kirim slam tahniah dn slmt bjaya'

Itu pesanan dan doa seorang guru lama kita =) Ayuh semangat kita teruskan perjuangan. Yang pernah jatuh kita bangkit semula. Yang terus kekal di atas pertahankan kedudukan itu. Malah pergi lebih tinggi :D . In syaa Allah suatu hari nanti kita jumpa dan berkongsi cerita pengalaman masing-masing sepanjang tempoh kita tidak bertemu. Ini permulaan baru buat kita semua. Biar berpecah seketika untuk menggapai cita-cita masing-masing. Semuanya,fi hifzillah. Salam! :")

:: NN ::

8 comments:

  1. InsyaAllah nti pasti akan baik2 aja In.. akak pun pun mcm tu..mcm2 perasaan masa mula melangkah ke Alam U.. jauh plak tu dr Sabah ke Semenanjung.. semuanya pasti mematangkan kita dari segala sudut... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah. In berharap penghijrahan ini membawa seribu satu kebaikan kepada In. Aamiin :)

      Delete
    2. pekabar In?? dah start study semula ker? apapun akak harap In sihat & baik2 ja...:)

      Delete
    3. Alhamdulillah sihat wal'afiat... Ahad ni baru daftar tapi esok dah bertolak. Maaf sis agak sepi disini. Huhu. In pun harap sis begitu :)

      Delete
  2. Yes! You'll enjoy, In! Orang yang kata pasal cinta tue menipu. Arol dah masuk U tapi tak sempat pun nak pilih. Sibuk buat assignment dan join macam-macam aktiviti. Sempat pilih tarikh nak balik rumah jek. Hehe! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ye la homesick ek sampai lupa benda lain,tengok calendar bila nak balik. Hehehe. ^^
      In syaa Allah,thank you ! :D

      Delete
  3. salam In...
    selamat menempuh khdupan yang baru di U..
    apapun kena pndai jaga diri ok..jgn smpai kena kejutan budaya pula...
    bhye tu..huuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt :D
      Heheh in syaa Allah terima kasih :D
      Hmph,kejutan budaya tu macam mana ek,masih samar-samar :S , hohoho

      Delete