Sunday, March 2, 2014

Telatah Mu'iz

Assalamualaikum

Nak jawab cemna tu ? Lebih molek "Waalaikumussalam wbt". Hehehe... saja nak peringat balik mengenai post INI :) Ada yang mengamalkan ? Good good ! Keep it up tau !!! So seperti lama dulu kala time-time sebelum SPM kot ada kata nanti nak update pasal Mu'iz. Ambil masa nak update sebab kalau update pasal Mu'iz ni semangat lebih. Excited gitu . Hehe. Jadi bagi sesiapa yang tiada minat langsung dengan haiwan ke kucing ke seumpamanya,sila klik tanda pangkah di tab anda tu lah ye. Hehe. Terima kasih ^_^.

1) Barangan Mu'iz


Ini makanan Mu'iz. Tapi sekali sekala je beli sebab mahal tau. Makanan dia yang lain tak tahulah jenama apa tapi biji juga :) . Bawah tu pula buih sabun. Selalu main dengan Mu'iz dengan buih sabun. Mu'iz tak keluar memburu di luar,so kenennn dengan buih sabun ni melatih dia untuk peka dan pantas. Lol !

 

Ini sikat Mu'iz tu . Dia suka sangat disikat. Nanti tengok lah gambarnya,macam anak raja ! Hahaha. Pastu ada juga beli pencakar dia,tapi tak ambil gambar solo. Nanti dapat tengok di pictures yang lain. Dia suka tidur juga dekat pencakar dia. ^o^~ Oh Mu'iz pun suka main bola loceng dia. Ada 4 !!! Dia selalu bawa keluar bola loceng dia daripada sangkar dan main. ^^;;

2) Mu'iz Yang Terlena








Hahah. Mu'iz tidur rata-rata. Macam ni,awal-awal pagi dia dalam sangkar berada di luar untuk udara segar dan kena cahaya matahari pagi. Dia pun suka tengok burung-burung,katak awal pagi. Bila dia dah mula meow selalu pada jam 8.30-9.00 a.m. akan dibawa masuk ke dalam rumah. Time tu dia bebas dalam rumah,tidur rata-rata. Main buas rata-rata. Mengintip dan menyibuk rata-rata. Hahah. Malam macam jam 10.00-12.30 camtu dia akan dibawa masuk sangkar balik dan tidur. Boleh lihat dia tidur belakang TV,bawah sofa,di pencakarnya,tempat minumnya,my room and my parents' room . Heh heh ... Kuat tidur !!!

3) Mu'iz Yang Penyibuk

 Ini atas piano. Sedapppnya dia panjat piano nohhh... Tak tahu nak kata apa,is it like a spy-thingy ? Hahaha. Kalau Mu'iz dengar apa-apa dekat jiran sebelah ke,dengar burung ke,atau bosan ke dia selalu naik atas piano dan usya luar. Mengintip ! Sibuk ! Haha. Kalau In nak join sekali kan,dia tak suka. Dia akan turun piano. Amboiii dia tak kasi kongsi XD

Ni la lagi satu kes suka layan perasaan sendiri. Hahaha. Kat depan ada tingkap besar kan,dia suka lepak sana usya luar. Tapi kalau bawa dia keluar dia tak mau. Pulakkk. Haha. Tu pula dalam bilik,tah hape dia sibuk tengok dari tingkap tu. Dan bila dalam parents pula kan,bila abah In balik kerja bunyi kereta,dia akan cepat-cepat panjat katil parents and jenguk kat luar tingkap,sebijik macam tu. Hahaha perangaiii XD

 
Ni pula kes setiap kali In nak ambil wudhu' dia ekot sekali sibuk juga kot nak ambil air wudhu' :p Tu tuu bukti XD Kantoi ha Mu'iz sibuk.... hahaha

4) Kenakalan & Kengadaan Mu'iz

Muka mengantuk. Haha! 

Ni kenakalan duluuuu,sekarang tak dah. Hahah. Mu'iz tak ganggu orang solat dah haa ;D Good boy.

Ni la...serupa sikat anak raja. Hahaha. Ngadeeee ! Pastu tetiba nakal macam gambar kanan hujung tu. Dah la keluar kuku!!! 

Tengok tengok...buat comel...pastu tunjuk gangster,tapi cara dia minum pun macam tu. Gaya malaihhhh. hahaha. Akhir bawah tu dia tak berani naik atas sejadah tu,In larang :) Tapi !!! Hari tu In tengah solat,dia nak pi opposite la dan dia waswas nak lalu ke tak. Kalau lalu dia melintas In yang tengah solat la,pijak sejadah. Last-last sekali dia laju lari lintas depan In. Hahaha. Allah haiii.... Hilang kusyuk,tersenyum In time solat XD Kalau nampak dia lari,serius macam katun. Haha !

Last but not least !!! Ngada la suruh orang belai dia... naik atas sofa. Hahah. Siapa ajar ? (saya la) kuikui... Pasal naik atas sofa ni,kalau In tepuk-tepuk atas sofa baru dia naik. Orang lain dia tak naik,kalau In saja dia naik. BUT ! Hari tu abang sulung In cuti sebulan. Dia belajar daripada In lah :p Dia selalu juga belai Mu'iz pastu bila dia duduk atas sofa,Mu'iz pun ikut bila dipanggil. But between us,Mu'iz tetap memilih ku :P Ngehhh... Bila dia nampak In terus pergi kat In. Winkwink!

Lain pula,Mu'iz ni takut dengar mesin rumput dan strangers. Orang yang tak pernah dilihatnya sebelum ini. Dia akan rendahkan badan dan lari sorok bawah sofa atau mana-mana yang boleh sorok lah XD Mu'iz bulan ni masuk 1 tahun,alhamdulillah. Moga Mu'iz terus sihat dan panjang usianya. Aamiin. Nanti nak kasi cucuk. BTW,Mu'iz pun dah ada sangkar travel dia. Panggil ape tah. Haha. Senang nak bawa dia ke mana-mana. ^_^... Hah,untuk melarang Mu'iz melakukan sesuatu pula,dia akan faham kalau kita keluarkan jari telunjuk dan hayunkan depan belakang ulang kali. Alaa,macam ibu-ibu melarang anak juga XD Mu'iz manja-manja pastu buat perangai gigit orang. haha. Tapi tak sakit. Dia gigit main je. Dan Mu'iz,bila orang jalan di akan tampar kaki orang tu. Haha. Pastu kita gertak dia guna kaki,dia standby nak lari... Pastu main kejar-kejar ngan dia dalam rumah :P THE END !

Hahhhh maaflah,entah ada orang nak baca ke post tentang ni :PP 
Post ni nak letak dalam "Muiz And Gang" (septutnya ada The gang tapi tak cukup ruang,kurang rajin edit) tuuu XD Gang-gang Mu'iz lain hari lerrrr... ^^,
Hehe sorry la,In memang suka sangat dengan haiwan dan kalau post tu memang panjang benornye,all out gitu :3 Apa pun setiap post itu perlu ada manfaatnya. Apa kali ini ? Hahhh ni ...

.
Rasulullah ﷺ menekankan dalam beberapa hadisnya bahawa haiwan kucing itu tidaklah najis. Malah dibolehkan untuk berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mentua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu'. Pada ketika itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lalu ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi ﷺ pernah bersabda, 
“Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang peliharaan di rumah).” 
(HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda ﷺ berkata, “Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bekas.”
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bekas. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas air. Melihat itu, Nabi berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu'.

Nabi ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda ﷺ menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur.
 Datanglah pula seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah ﷺ berwuduk dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
 Hadis ini diriwayatkan Malik, Ahmad, dan imam hadith yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badannya, peluhnya, bekas dari sisa makanannya adalah suci. Air liurnya bersih dan membersihkan serta hidupnya lebih bersih daripada manusia. 
Wallahu'alam :)

:: NN ::

14 comments:

  1. Comel nye muiz , bulu dia tebal , kucing parsi kahh ? Dulu rumah amy ade berbelas ekor kucing , tapi banyak da mati . Sekarang tinggal sikit je :'(
    Allah! Sucinya kucing , baru tahu tentang ini . Alhamdulillah , terima kasih ya In atas perkongsiannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye,kucing parsi :)
      Same here :( Dulu In ade berbelas juga kucing biasa. Semua dah mati and now my one and only Mu'iz je. Huhu... Tapi sekarang ada banyak juga kucing luar yang datang,my mum bagi makan. So kira-kira termasuk kucing luar ada 6 ekor XD hahaha.

      Oh ye ke,alhamdulillah. Nasib baik terdetik hati nak berkongsi :) Ya sama-sama :))

      Delete
  2. kena jawap salam dengan lebih panjang... ingat lagi N3 In ttg itu...hehe
    comelllnya Muiz.. bulu pun nampak gebu je IN... geram nengok... ini klu pa'e tengok maunya dia tak lepas...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe alhamdulillah sis masih ingat :D

      Hahaha ye kan ^^,

      Delete
  3. Kenapa kucing ni comel sangat ! Geram pulak tgok . Tiba2 sye suka kucing pulak , hehhee .

    Done follow you :) #415

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa bela la kucing,itu sunnah :p heheh ...

      Alhamdulillah syukran :D Done follow you back ye ex-ketua pengawas ! ... hee

      Delete
  4. comelnya kucing dia..bulu lebat.. siap dijaga betul2 lagi.. kalau kuar tak balik ni memang nangis..

    ReplyDelete
  5. owh..mcm tu..
    yaya ingt lau da kena kucing tu,kotr..sbb pon kucin yg ade kt uma suke lagi jalan luar rumah dari dalam rumh..huhu..

    anyway..eh si muiz tu ade sikat jugak ea..ptt la cam geram je tgok bulu dier..hehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,tapi bila dia jilat/basuh badan dia dengan air liur dia tu... MasyaAllah,memang bersih badan dia sebenarnya :) Kita ni lagi banyak kuman daripada kucing :)

      Hehehe... ^^;;

      Delete