Tuesday, March 4, 2014

Namimah

Assalamualaikum

Pengertian An-Namimah

1) An-Namimah (menyebar fitnah). Namimah adalah menukilkan perkataan dua orang yang bertujuan untuk berbuat kerosakkan, menimbulkan permusuhan dan kebencian kepada sesama mereka, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya). Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai).” (surah al-Qalam, ayat 10-11)

2) Maksud namimah ialah memetik kata-kata orang dan menyebarkannya dengan tujuan untuk merosakkan, melagakan-lagakan, mencetuskan permusuhan, perbalahan dan kemarahan dalam kalangan manusia. Imam an-Nawawi mengatakan bahawa para ulama mendefinisikan namimah sebagai menyampaikan perkataan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosak hubungan di antara mereka.
Di dalam bahasa Melayu namimah disebut sebagai ‘membawa mulut’ dan ‘mengadu domba’. Ini adalah salah satu jenis maksiat lidah kerana petikan itu dipindahkan melalui lidah. Antara sifat orang yang tidak beriman ialah hamaz iaitu suka menggelar-gelarkan orang dan mengadu domba.
Dari Hudzaifah, beliau mengetahui laporan tentang adanya seseorang yang suka melakukan namimah maka beliau mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda maksudnya, “Nammam (orang yang suka mengadu-domba) itu tidak akan masuk syurga” (riwayat Imam Muslim, no 303). 

Na'uzubillah min zalik. Itu antara pengertian namimah. Namun mungkin ada yang masih kurang jelas. Jadi, mari kita lihat contohnya pula :)

A: Kau tahu tak si C tu orangnya tamak. Bukan tamak je,kedekut betul!
B: Oh ye keee...aisehhh,tak patut-tak patut...
***
B: Kau tahu tak,A kata kat kau yang kau ni tamak dan kedekut!!!
C: Apa???! Mulut tak ada insurans si A tu!!! Arghhh...

Di sini dapat lihat si B tanpa tabayyun (klarifikasi) menyampaikan kepada si C apa yang dikatakan si A kepadanya bertujuan si C marah dan benci kepada si A. Demikianlah si B dapat dikatakan sebagai orang yang membuat fitnah (Namimah) iaitu sebagai penyebar fitnah. Namimah merupakan salah satu dosa besar dan hukumnya haram kerana menimbulkan satu keadaan yang buruk dan merugikan. Namun dosa besar ini bukan susah untuk ditangani. Ini perbuatan yang senang untuk kita tinggalkan. Terdapat beberapa kaedah untuk menanganinya. Kredit diberikan kepada Dr. Azwira Abdul Aziz yang mengambil sumber daripada kitab Sahih Al-Bukhari. 

Pertamanya apabila seseorang itu memilih sikap tidak mudah mempercayai berita yang dibawa oleh golongan manusia yang jenis nammam (pembawa mulut) kerana membawa mulut itu adalah orang fasik yang melakukan maksiat. Maka jangan benarkan diri kita mempercayai orang seperti itu. Allah SWT sendiri menyuruh supaya kita berhati-hati dengan berita yang dibawa oleh orang fasik. Firman-Nya yang bermaksud ;
"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang sebenar sehingga menyebabkan kamu menyesal dengan tindakan tersebut." 
(Surah al-Hujurat, 49:6)
Kedua, berusaha mencegah, melarang dan menasihatkan pelaku namimah. Dalam pada masa yang sama kita jelaskan kepadanya keburukan dan kesan dosa namimah ini pada pertimbangan neraca Islam.
Ketiga, kita hendaklah melahirkan rasa marah kepadanya kerana Allah. Ini kerana orang yang melakukan namimah ini adalah orang yang dimurkai oleh Allah. Maka kita sebagai hamba Allah perlu melahirkan kemarahan juga kepada orang yang dimurkai oleh Allah tetapi dengan kadarnya. Sekurang-kurangnya kita tidak terikut dengan segala perbuatan buruknya.
Keempat, kita perlu bersangka baik dengan individu atau pihak yang diadu-dombakan sebelum kita memastikan perkara itu. Mengadu-domba di dalam konteks masyarakat kita sekarang ini kesan buruknya sangat serius. Kadang-kadang fakta itu tidak tepat dan bersifat tidak pasti. Boleh jadi fakta itu sejenis penipuan dan sesuatu yang diada-adakan serta yang boleh melaga-lagakan para ulama, pemimpin dan masyarakat seluruhnya.
Kelima, jangan membiarkan diri kita terikut-ikut dengan gaya pengadu-domba itu sehinggakan kita juga terjebak melakukan perkara yang sama. Mungkin pada asalnya kita hendak memperbetulkan keadaan tetapi tiba-tiba kita tersalah kata, jadi kita juga terperangkap masuk ke dalam kandang yang sama iaitu kandang namimah.
Jadi kita perlu muhasabah diri kita agar lebih berhati-hati supaya kita tidak mencetuskan perbalahan ataupun permusuhan di kalangan masyarakat disebabkan an-namimah yang merupakan salah satu daripada maksiat lidah. In syaa Allah. Sekian sahaja :) Fi amanillah !

:: NN ::

10 comments:

  1. nice piece of sharing dear... ada dalam draft tak pernah publish pun lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... Oh ye ke ... ilmu yang bermanfaat baik jangan ditangguhkan,ye takkk ^^;;

      Delete
  2. tq berkongsi in.. erm takut bila ingat dosa2.. mana tau pernah ter 'gosip' kan org..huhu..moga terhindar dr sifat suka gosip ni..nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. La syukran 'ala wajib :)
      Na'uzubillah min zalik ... tak apa sis,rajin-rajinlah minta maaf dekat semua orang , in syaa Allah dosa diampunkan :)

      Delete
  3. bahaya ni mengadu domba.. saya suka baca entry kamu.. sungguh bermanfaat. terima kasih. semoga Allah berikan kita petunjuk dan hidayah-Nya... amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,ia merupakan dosa besar dan maksiat lidah. Lebih para kalau ia datang daripada penyakit hati (dengki etc) Na'uzubillah min zalik...
      Alhamdulillah,syukran :) In syaa Allah... aamiin ...

      Delete
  4. Nauzzubillah min zalik , semoga kita dihindarkan dari orang sebegini dan dijauhkan sifat tu dalam diri kita , In Shaa Allah . Teringat dulu waktu sekolah suka dengar kawan bercerita a.k.a bergosip , Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah ... betul tu Amy,orang yang dengar walaupun tak ada niat dapat saham juga,Allah :( In pun sama T.T ... kena rajin-rajin minta maaf kat orang,in syaa Allah dosa-dosa terhapus. Aamiin...

      Delete
  5. salam In.. =)

    Namimah..? owh..ok paham dah..thanks share info ye In..
    smoga thndar dari skap cmtu..lebih baik diam dari bkata2..senang! xde btmbh dosa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt :)

      La syukran 'ala wajib :D
      Yes,in syaa Allah . But if dengar pun 'share' dosa... hati-hati dalam berkumpulan :)

      Delete