Thursday, February 27, 2014

Back To Basic

Assalamualaikum

Marhaba! Hello! Ni hao! :D 
Dalam bahasa Melayunya untuk topik itu adalah kembali pada yang asal. Saja letak bahasa Inggeris nampak macam lebih menarik. Ceyy ye ke ? Hahahah >,< Untuk apa yang In kongsikan ini akan dikreditkan kepada Ustaz Haslin Bollywood dan juga Ustaz Azhar Idrus (UAI). Kenapa In berkongsi ? Sedangkan korang boleh je youtubekan ye tak ? Actually In pun tak search sama ada video untuk Ustaz Haslin tu ada ke tidak. Ini semua dibicarakan atau dibincangkan pada rancangan TV "Anta Tanya Ana Jawab". Tak semua orang ada Astro,tak semua orang ada keinginan nak tengok,tak semua orang ada masa lapang nak tengok dan macam-macam lagi alasanlah pokoknya. Malah mungkin ada yang tak tau akan kewujudan ustaz-ustaz ni. Allah,duk Malaysia saja tapi tak kenal siapa ustaz atau ulama' di Malaysia. Haruuu aih. So In akan tolong sampaikan kepada anda melalui blog ini. In syaa Allah bermanfaat dan mendapat keredhaan Allah SWT. Tahniah jika anda membaca seluruh mukadimah berjela ini kerana anda sudah mencapai tahap kesabaran yang boleh diberikan pujian. hahah. Jom kita mulakan!

1) Soalan kahak/hingus ketika solat

Jika ia berada di kerongkong/tekak anda,boleh ditelan. Solat tidak batal. Namun jika ia berada di dalam mulut anda,tidak boleh telan. Jika telan,batallah. Apa perlu buat? Sunat untuk ludah di sebelah kiri. Makruh sebelah kanan. Jika orang kiri ada orang,ludah lah kat kanan. Pointnya,ludah yang tak ada orang. Macam mana dalam masjid? Tak boleh la ludah sebab tu tempat umum,ramai orang. Maka ludahlah didalam poket baju anda. Kat selalu ada belah kiri. Kalau tak ada,ludah la kat pakaian anda. Wallahu'alam :)

2) Soalan gemuk lemak berlayer dibadan. Bolehkah duduk seperti tahiyat awal ketika berada di tahiyat akhir?

Boleh boleh. Menurut Imam Al-Syafie,nak buat perbezaan duduk itu kerana ingin membezakan berada di tahiyat awal atau akhir. Ce fikir,orang baru datang nak solat berjemaah. Dia boleh tengok hah sama ada orang tu berada di tahiyat awal atau akhir. Itu je. Tapi kalau dah tak mampu nak duduk tahiyat akhir tu boleh je duduk macam tahiyat awal ketika tahiyat akhir. Wallahu'alam :)

3) Soalan bila masuk masjid nak solat jemaah,saf akhir tiada orang. 

Haa,nak solat jemaah pun kena ada ilmu. Jangan biarkan orang belakang seorang je. Bila kita seorang je dibelakang,cuit orang depan. Dah tu orang depan kena tahulah kenapa dicuit. Bukan saja kacau ke apa tapi diminta berganjak ke belakang. Time-time korang solat kan,tetibe rasa ada orang cuit dari belakang. Maknanya dibelakang tu hanya ada seorang ja,dia mungkin baru sampai nak join solat jemaah. Apa perlu korang buat? Berganjak kebelakang. Untuk mendapatkan pahala saf dan solat yang sempurna. In syaa Allah. Wallahu'alam.

4) Soalan tengah solat berjemaah tiba-tiba tengah-tengah kosong.

Ha ini mesti kes orang tu terkentut ke apa kan. Solatnya batal lalu dia keluar daripada jemaah. Kalau orang kanan tak ke tengah,orang kiri tak ketengah,orang di belakang tu boleh berganjak ke depan untuk mengisi ruang kosong itu. Ini jarang diketahui kerana jarang berlaku di Malaysia. Selalunya kita dengar berganjak tepi je kan? Tapi sebenarnya boleh berganjak ke depan juga. Wallahu'alam.

5) Soalan kes lupa doa Qunut.

Haa ini lagi satu. Doa Qunut ni ada bacaan pendek ada bacaan panjang.  Kalau tak baca,kena sujud sahwi. Sebenarnya tak ingat full pun tak apa. Ini hanya sekadar berhenti seketika dan berdoa. Tak angkat tangan doa pun tak mengapa. Boleh je baca sepotong ayat " Allahummah dini fiman hadait " then terus sujud. Boleh. Bukan sepotong ayat tu je. Ayat lain pun boleh dalam doa Qunut. Ini sesuai untuk yang nak kembali solat ke ape. Tak perlu susahkan diri. Kalau di Makkah mereka tak ada bacaan Qunut. Di Malaysia,untuk akidah ASWJ (akidah yang benar) mengikut Imam Al-Syafie kita bacalah doa Qunut waktu solat subuh. Wallahu'alam.

6) Soalan kes doa Iftitah wajib atau tidak.

Yang wajibnye apa dalam solat ? Al-Fatihah. Iftitah lupa atau tak baca tak mengapa. Boleh juga digantikan surah lain. Sebenarnya doa Iftitah ini adalah pembuka surah kita solat. Pembuka untuk Al-Fatihah. Tak ingat surah-surah lain ? Al-Fatihah cukup then turus rukuk dan sujud. Ini selalunya untuk orang baru masuk Islam lah kan. Ajar yang wajib dulu kemudian yang sunat. Ye la,kalau paksa baca nanti,tersekat-sekat dan tajwid lari,cacat solat. Huhu... Bacaan permulaan dan surah selepas Al-Fatihah itu sebenarnya sunnah. Nabi SAW buat. Nabi juga suruh kita ikut apa yang baginda lakukan. Cara beribadat solat,haji dan lain-lain. Jadi apa salahnya kita ikut kan ? Ikutlah :) Wallahu'alam.

7) Soalan luka berdarah ketika solat.

Time tengah solat tu tup-tup luka dibadan berdarah kan,solat tidak batal. (wow pendeknya) Haha. Wallahu'alam

8) Soalan ambil wudhu'.

Ambil air wudhu' dalam sungai. Masuk gedebuk boleh. Niat then terjun terus,duduk dalam sungai. Haha. (aik pendek juga) Wallahu'alam

9) Soalan Ter.

Kalau Tertinggal solat sebab Tertidur,Terlupa...benda ni dimaafkan oleh Allah SWT. Contohnya balik kerja lewat pagi,pukul 3 macam tu ... letak kepala terlena,bukan tak dengar jam tadi dengar ...tapi letih kan dan bila bangun 9 pagi. Anggap itu solat subuh kita bila kita bangun. Tak perlu bacaannya qada'. Macam biasa adaan. Contohnya lagi,nak kahwin busy semua pula kan. Terlupa Zuhur dan time tu dah masuk 'Asar. Lepas tu time tu baru teringat Zuhur. Haa,la la tu solat Zuhur dan masih tak perlu qada'an. Masih adaan. Haa tapi ni kalau asyik Ter je kena luku ni. Hahah. Tak mau eh... Makan kurma ke kismis ke banyak-banyak. Haha. Namun lain pula kalau sengaja ke apa. Itu esoknya ke apa kena ganti solat dengan bacaan qada'. Wallahu'alam

10) Soalan datang masjid orang solat 2 rakaat.

Selesai azan,mesti ada solat 2 rakaat iaitu namanya solat sunat Qabliyah. Belum ada azan dah ada orang solat dah. Itu namanya solat Tahayatul Masjid. Pada suatu hari, Nabi tengah baca khutbah dalam Jumaat. Datang seorang sahabat dan terus duduk. Nabi berhenti berkhutbah. Nabi suruh si Fulan bangun. Apabila masuk masjid,jangan terus duduk dulu sehingga dia solat dulu 2 rakaat bagi hormati masjid. Wallahu'alam

11) Soalan lafaz dan niat solat.

Kata Imam Nawawi,untuk membezakan,memisahkan antara adat/cakap biasa dan ibadat. Kalau tak boleh lafaz,cakap biasa contohnya sambil "Allahu Akbar" niat je "Sahaja aku sembahyang Maghrib" cukup. Ulama' kata bahawasanya cukup dengan keadaan "Sahaja aku sembahyang Maghrib". Relax je. Sebab tu kadang-kadang kita tengok ada aih sekejap je takbir Allahu Akbar dan ada yang panjang benor takbirnya. Yang panjang tu mungkin yang baca panjang-panjanglah. Contoh ambil wudhu' pun niat biasa, bahasa masing-masing pun boleh. Contoh , "Ya Allah aku berwudhu'." Cuma lafaz tu kena ikut sebab mentertib,mencantikkan lagi. Wallahu'alam

Alhamdulillah sampai sini sahaja In mampu kongsikan. Buat warna-warni bagi naik mood,tak boring. Supaya tak mengantuk,in syaa Allah. Menjadi ke tidokkk teknik ni ? hahah. Semoga ia memberi manfaat buat kita semua. Seriously sebahagian besar In kongsikan pun In baru tahu tau tak :D Haa... Jumpa lagi di lain hari ye :) Assalamualaikum wbt. Fi hifzillah.


Taraaaa ! Saya sayang ustaz-ustaz. Hee

:: NN ::




Tuesday, February 25, 2014

Tahajjud

Assalamualaikum

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Tahajjud yang dimaksudkan adalah Solat Sunat Tahajjud. Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdhalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Allahu.

Rasulullah SAW bersabda:  

“Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Tujuan solat Tahajjud pula adalah sebagai tanda perhambaan kepada Allah SWT jua mendekatkan diri kepada Penciptanya. Ketiga adalah tanda kesyukuran manusia atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT dan akhir sekali adalah mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran jua dugaan hidup.

Tips memudahkan bangun solat malam ??? 

1) Sebelum masuk tidur,berniat ingin melakukan solat Tahajjud.

2) Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat

3) Bersederhana makan dan minum di siang hari.

4) Membaca Al-Quran

5) Juga dikatakan Qailullah (Tidur sekejap di waktu siang hari [Zuhur]) membantu untuk kita beribadat pada malam hari. 
// Akan berkongsi lebih dalam di lain hari \\


Tidak dilupakan juga,kenapa In tiba-tiba berhajat nak berkongsi serba sedikit mengenai solat sunat Tahajjud ni? Sebenarnya In pun tak pernah buat. In syaa Allah akan datang. Huhu... Yang buat In terdetik untuk berkongsi sedikit mengenai ini kerana In membaca salah satu kisah Rasulullah SAW. Mari In kongsikan :)

Salah seorang sahabat bertanya kepada Siti Aishah, isteri Nabi Muhammad berkenaan tempat tidur nabi. Aishah memberitahu bantal Nabi Muhammad SAW diperbuat daripada kulit yang diisi dengan kulit pokok kurma. Hafsah, isteri Rasulullah SAW yang lain pula melaporkan tempat tidur baginda terdiri daripada sehelai hamparan kain yang kasar buatannya dan dilipat dua.

Pada suatu hari, Hafsah menjadikan lipatan kain itu kepada empat lipatan. Tujuan beliau adalah memberikan keselesaan kepada suaminya yang tercinta. Namun, apabila menjelang subuh, Nabi Muhammad SAW memanggilnya dan bertanyakan berkenaan kain yang digunakannya malam tadi. Hafsah memberitahu baginda bahawa dia menjadikan lipatan kain itu daripada dua kepada empat lipatan. Nabi Muhammad SAW mengarahkan Hafsah mengembalikan lipatan kain itu seperti biasa. Kata baginda, kelembutan kain empat lipatan itu menghalangnya daripada sembahyang Tahajjud. Allahu :")

Wallahu'alam. Tersentuhnya baca ni. Rasulullah tidak mahu keselesaan itu kerana keselesaan itu akan menghalang baginda daripada bangun untuk solat Tahajjud. Begitu pentingnya solat sunat Tahajjud itu,Allah... Bagusnya jika kita dapat melakukannya persis baginda SAW :") In syaa Allah ... Fi amanillah :)

:: NN ::

Friday, February 21, 2014

Buat Si Pemilik Hati

Assalamualaikum

Hao jiu bu jian ! Nimen hao ma ? hihihi... Main topic nampak macam ermmm... boleh timbul fitnah ni >_<' Hahaha. So to get rid of it,In nak jelaskan tiada apa-apa 'special' pun. Rasanya semua faham ! Kan kan kan ! Do not tease me >_<''' So selalunya kita sering buat post pasal couple-couple ni... Letih la ~ Tak ada siapa nak dengar nasihat kita T.T ... Apa kata kita kasi support dan doa untuk yang jenis lain pula! Haaa jenis apa pula ni ??! Jeng-jeng-jeng ...

1) Buat si pemilik hati yang sudah punya pasangan hati tanpa melalui hubungan couple :)

Nampak tak tuuu ! Saya boldkan tu ! In nak kasi support dan pendapat In sendiri bagi sesiapa sahaja yang kini sedang menyukai seseorang dan seseorang itu jua menyukai anda. Tetapi kalian tidak melalui sebarang hubungan haram. Kalian hanya menunggu rezeki dan izin Allah untuk perasaan itu terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Haa... ala-ala berdoa agar ia benar jodoh anda yang sudah tercatat di Luh Mahfuz . So first of all I would like to say BRAVO ! Sebab kalian dapat menahan nafsu durjana tu dengan mengelak diri daripada hubungan couple tu. Tapi renungkan adakah anda benar-benar tidak sama dengan orang yang bercouple tu ? Hati sudah terpaut bersama tetapi jangan lupa tau ikhtilat kena jaga. Nak bermanja-manja,merajuk pujuk bagai lepas kahwin lah bagi In :) Susah,memang susah. Lagi molek dah tau hati sama terikat,doa doa doa doa ! :D Berhubung dalam doa ! Tapi bukanlah tak bagi berhubung text ke apa. Boleh,tapi ala kadar sudah. Memang boleh jadi macam bosan,tak ada nikmat mungkin,nothing special gitu tapi percayalah ini untuk kebaikan bersama. Lepas kahwin tu apa nak buat,buatlah. Konpem rasa indah sesangat! Dan bagi In kalau kasih,cinta,sayang itu kerana Allah pasti rasa nikmat jua walaupun tidak bermanja-manja bagai :) Saya doakan kepada pemilik-pemilik hati sebegini tetap tabah,kukuh,cekal pendirian to say NO COUPLE dan in syaa Allah berjodoh dunia akhirat :) Lagi satu,jagalah hubungan dengan Allah supaya apa yang anda ada sekarang ini dapat keredhaan Allah SWT. Hubungan sesama manusia akan baik jika diri kita ini baik dengan Allah. Kerana keberkatan dan keredhaan Allah itu amatlah kita perlu untuk kehidupan yang bahagia :)

“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” 
(HR. Abu Dawud)

2) Buat si pemilik hati yang bertepuk sebelah hati :S

Okay,lawak hambar -__- ... Bertepuk sebelah tangan ! Siapa yang tak tahu ni ? Semua tau kalau bab cinta cintun hati hatu... hohoho...Maknanya dia seorang je suka seseorang tu. Cinta yang tak berbalas. Hey ! Smile ! Don't worry... Semua ni ujian Allah. Mungkin Allah nak mengajar sesuatu kepada kita kan ? Sabar ya. Berdoalah kepada Allah 'andai dia bukan jodohku,maka buanglah perasaan yang sia-sia ini. Yang melalaikan dan melemahkan aku." Uhuksss. Touching. T.T ... Bahagialah kerana anda masih punya ibu bapa,adik beradik,kawan-kawan dan mungkin lawan. Eh ? Hihi... Apa pun yang datang kepada kita,kena bersyukur kerana Allah memberi ujian kepada kita kerana Allah sayang. Alhamdulillah. Saya doakan kepada pemilik hati sebegini terus tabah dan tidak putus berdoa untuk memiliki pasangan yang halal yang soleh/solehah. Ingat,untuk dapatkan pasangan yang baik,diri kena baik dulu. Nak dapat suami soleh,diri kena solehah dan vice versa. Chaiyokkk ! :D

"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi…"

3) Buat si pemilik hati yang perlu pilih antara dua atau antara ramai-ramai tu :O

Wow,ini konpem kes retis sangat ! Hehehe ... Fofular gitu... >_<''' Cadangan,pendapat dan nasihat yang pendek. Solat istikharah ye awak awak awakkk :D Tips lain adalah ... Jodoh yang baik atau perempuan yang baik untuk diri anda itu apabila anda melihatnya kan,rasa gembira. Yeah ! Kalau anda fikir-fikir pasal dia,tengok dia jadi kusut kepala otak,hati resah gelisah tu reject okay reject. Hehe. Saya doakan anda mendapat yang terbaik yang dapat membawa anda ke syurgaNya :) Allahu.

“Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai banyak anak (subur), kerana aku bangga dengan sebab banyaknya kalian di hadapan para nabi nanti pada hari Kiamat.”
(HR. Ahmad No: 13594 , dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)

3) Buat si pemilik hati yang tak pasti punya rasa kasih,cinta,sayang kepada seseorang itu ataupun tidak @_@

Okay ! Ini parahhh... Tidak kenal perasaan sendiri. Konpius bangat sih kateko... Sekejap perasaan tu ada,sekejap tak ada. Kadang rasa indah,kadang rasa nothing at all. Rindu sekejap menerpa sekejap tidak. Okay seumpamanyalah. Lagi sekali,saya suggest anda anda anda solat hajat boleh. Istikharah boleh. Minta kepada Allah,"sedarkan aku mengenai perasaan aku ini. Yang mana salah,yang mana benar,berikan aku petunjukMu." Itu kalau In lah,kalau anda anda anda,silalah doa,luahkan apa yang terbuku di dalam hati tu. Allah Maha Pendengar lagi Maha Memahami. Sweet kan mengadu,luah,share dekat Allah ! Kerana sebaik-baik penyelesai masalah itu adalah Allah :) Setiap ujian diberikan ada pintu untuk keluar. Mohon kepada Allah :) Allah Maha Mengetahui... Saya doakan anda akan cepat mengenal hati anda sendiri,seterusnya jagalah hati itu agar tidak jatuh terjunam kepada cinta nafsu. :)

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. 
Surah Al Furqaan : Ayat 74

4) Buat si pemilik hati yang tiada perasaan gitu-gitu ^_^

Okay,faham lah ekkk gitu-gitu tu macam mana. Hahaha. Mungkin seseorang tu nak fokus on pelajaran dulu. Tak mau fikirkan jodoh dulu sebab jodoh tu akan datang sendirinya. Nak utamakan dan fokus kepada hubungan dengan Allah kerana lebih dekat kita kepada Allah,in syaa Allah akan Allah kurniakan seseorang yang baik buat diri kita untuk menemani dan melindungi kita. Dan paling benarnya mungkin Allah masih tidak mengizinkan perasaan itu untuk hadir dalam hati kita. Apa sahaja Allah lakukan ada sebab dan bukan sesuatu yang sia-sia itu sudah pasti ! Untuk hadiahkan kita,menghukum kita cash atau sekadar memberi pengajaran untuk kita belajar daripada pengalaman. Untuk apa ? Agar kita menjadi seorang mukmin yang sejati. Gitu ye. Jadi chill ! Sabarlah. Berdoalah kepada Allah agar bukakan pintu hati pada masa dan keadaan yang tepat. Ni advantage kot untuk sesiapa sahaja yang memiliki hati macam ni sebab boleh elak lalai hati kerana hati tidak berkayangan. kuikui... Ingat Allah,in syaa Allah dapat yang mantop ye. Walaupun masih tidak tahu siapa bakal zauj/zaujah still kita masih boleh dan perlu berdoa agar mendapat zauj/zaujah yang soleh/solehah...Mendapat anak-anak yang soleh/solehah,sempurna fizikal dan mental and etc. Proses ini memakan masa tau,jadi doa-doa awal ! Pedulikan orang yang berfikiran kolot kata gatai ke ape. Pirrahhh . Hehe. Allah tahu isi hati kita,pemikiran kita,niat kita :) . Apa kita buat semuanya kerana Allah,pedulikan kata-kata penduduk bumi ni. Asalkan dapat redha Allah cukup :) Selain redha Allah,juga redha ibu bapa... Saya doakan pemilik hati sebegini akan menemui seseorang itu dan berhubunglah secara halal aka nikah. Cinta selepas nikah itu indah :)

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”

Kategori manakah anda ? hehehe.......... Kongsikanlah >_<''' 
Selamat maju jaya !!! 

p/s Nanti ada orang tanya,macam mana si pemilik hati yang dah kahwin ni ? Hahaha... In syaa Allah berkekalan hingga dapat membau syurgaNya :")

// Hao jiu bu jian ! : Dah lama tak jumpa ! //

:: NN ::

Wednesday, February 19, 2014

3 Prinsip Keimanan

Assalamualaikum

Hi semua orang :) Okay In nak kongsikan kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata prinsip keimanan ialah tiga.

1) Petunjuk

2) Yang dijadikan petunjuk

3) Yang mengambil petunjuk


Petunjuk ialah Allah, yang dibuat petunjuk ialah Al-Quran, sementara yang mengambil petunjuk pula ialah orang mukmin. Sesiapa yang mengkritik satu huruf dari Al-Quran, seolah-olah mengkritik Allah, kitabnya dan juga Rasulullah SAW.

-Siri Mawaqif Al-Ulama by Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri-


:: NN ::

Tuesday, February 18, 2014

Kasih Sayang Rasulullah SAW (PBUH)

Assalamualaikum

Apa khabar semuanya ? Ya akhi ya ukhti :) Hari ni In nak kongsi serba sedikit mengenai Rasulullah SAW. Saya tahu dan yakin kita semua tahu bahawa Rasulullah SAW ini sifatnya sungguh penyayang. Kasih sayangnya bukan sahaja kepada kanak-kanak yang gemar bermain dengannya bahkan juga kepada makhluk-makhluk Allah SWT yang lain. Antaranya ? ^_^

Pernah suatu ketika, ada kucing tidur di atas kain baginda. Oleh sebab Nabi Muhammad SAW perlu menggunakan kain itu,baginda menggunting kain itu tanpa mengejutkan si kucing yang sedang tidur lena. Allahu :) 

Kalau In ni ? Heheee kekadang suka kacau si Mu'iz tu tidur sebab geram sangat,comel. Hohoho... Sedihnya,tak dapat mencontohi sifat Rasulullah SAW yang di atas tu lagi T.T ...

Rasulullah SAW juga menunjukkan kasih sayang kepada kambing. Apabila Nabi sedang makan kurma,tangan kanannya memegang buah kurma untuknya manakala tangan kiri pula diletakkan buah kurma muda untuk dimakan oleh kambing itu. Rasulullah SAW juga melarang orang yang menyembelih binatang yang banyak susu kerana susu yang banyak dapat dimanfaatkan.

Semasa dalam perjalanan pembukaan Kota Mekah,tentera-tentera Islam berselisih dengan seekor ibu anjing yang sedang menyusukan anak-anaknya. Nabi Muhammad SAW mengarahkan salah seorang anggota tenteranya menjaga anjing itu supaya tidak diganggu oleh tentera-tentera yang lain. Betapa mulianya Rasulullah SAW yang pengasih dan penyayang kepada semua mahkluk walaupun pada masa itu baginda melaksanakan misi penting. 

!!! اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Salah seorang sahabat Nabi mengambil dua ekor anak burung dari sarangnya. Ibu burung itu terbang melayang-layang di atas kepala sahabat itu dan berbunyi,seolah-olah marah dengan kelakuan sahabat itu. Apabila Nabi Muhammad SAW mendapat tahu perkara itu,baginda mengarahkan sahabat memulangkan kembali anak-anak burung itu ke sarangnya.

Nabi Muhammad SAW juga pernah berkata, "Jika kamu mengenderai binatang,tunaikanlah hak binatang itu. Janganlah memperlakukan haiwan itu seperti syaitan." Baginda juga berpesan, "Allah melaknat orang yang memotong anggota badan haiwan,sedangkan haiwan itu masih bernyawa." Baginda melarang melaga-lagakan binatang dan membuat tanda pada muka binatang peliharaan serta memukulnya di bahagian muka. Baginda juga marah kepada orang yang memberi izin atau memandulkan haiwan hanya kerana tidak mahu haiwan itu beranak.

Last but not least,apabila hendak menyembelih binatang,Nabi Muhammad SAW menyuruh supaya melakukannya dengan baik dan jangan menzalimi binatang itu. Gunakan pisau yang tajam supaya dapat menyegerakan kematian haiwan itu.

Inilah bukti-bukti sayangnya Rasulullah SAW kepada makhluk-makhluk Allah SWT bukan hanya sekadar sesama manusia tetapi juga kepada haiwan-haiwan :) Allahu. Semoga kita semua melayan dengan baik antara kita sesama manusia juga kepada binatang kerana itu sunnah. Allahu'alam :)

:: NN ::


Visited

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ




Lembah Bujang,Kedah

Langkawi,Kedah

Pulau Pinang

Kelantan

Gua Kelam,Perlis

Cameron Highlands,Pahang

Genting Highlands,Pahang

Selangor

Negeri Sembilan

Sarawak

Melaka

Betong Yala,Thailand : Intro , Part 1 , Part 2 , Part 3 , Part 4


:: NN ::











To Keep In Touch

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ



Untuk menghubungi dan menjaga silaturahim dengan pemilik blog :


Email : nZ_1n@ymail.com

Twitter : @NazminNazifa

Ask.fm : nazminnazifazan

Wechat ID : Inn13541

Instagram : @nzmnnzfa


Syukran Jazilan

:: NN ::




Author-Who?

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ



 

لاحول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم | الحمد لله على كل حال ونعمة 
Islam  Milik Allah  Obses Kucing

Pemilik blog bernama Nazmin Nazifa yang dilahirkan pada tahun 1996. Seorang hamba Allah SWT,umat Rasulullah SAW dan akhawat yang ceria serta tegas. Saya berasal dari Kedah. Alhamdulillah masih mempunyai ibu bapa yang tersayang. Mempunyai dua orang abang dan saya satu-satunya anak perempuan kepada pasangan bahagia ini (Emak dan Abah). Saya beragama Islam,bangsa Melayu warganegara Malaysia milik Allah SWT. 

Bekas pelajar di Tabika Taman Seluang. Kemudian melanjutkan pelajaran pada peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik seterusnya mengorak langkah ke alam menengah di Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Sultan Badlishah. Kini menuntut di UiTM Shah Alam dalam jurusan Asasi Undang-Undang KPM,Kolej Mawar (Jun 2014-2015). Sudah memasuki fasa Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB HONS) di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak. Terkini (2019) sudah tamat belajar dan alhamdulillah telah merangkul segulung ijazah. Sedang berkhidmat di sebuah firma guaman, Pulau Pinang sebagai Pelatih Dalam Kamar (Chambering) yang in syaa Allah bakal habis pada awal bulan Mei, doakan. 

Pemilik blog gemarnya membaca namun buku sekolah dikecualikan. *Ehe* Pemilik blog ini aka saya juga suka berfikir dan lebih senang bersendirian. Namun diri ini bukan tidak ramah,peramah orangnya. Boleh dikatakan seorang pemalu juga mengikut keadaan sekeliling dan dengan siapa. Saya suka meluahkan rasa,pendapat serta penghargaan dalam bentuk puisi. Walau kadang dilihat hanya sebagai amatur namun saya tidak pernah kisah kerana ia lahir bukan semata-mata dari cebisan idea minda untuk perhatian luar sana tetapi berkarya daripada hati yang tulus ikhlas. Ceh. 

Pengisian blog ini lebih kepada perkongsian ilmu untuk bekalan akhirat. Namun kadang tidak terlepas untuk sekadar berkongsi pendapat dan memberi penghargaan. Jika ada salah silap tegurlah saya secara baik. Saya juga akan menerima secara baik,in syaa Allah. Sebarang kata caci makian tidak dibenarkan sama sekali di dalam blog ini. Sebelum saya mengakhiri pengenalan diri ini,saya berharap siapa sahaja yang datang berkunjung dapat manfaat dalam penulisan atau perkongsian saya serta mendapat keberkatan daripada Yang Esa. In syaa Allah. Aamiin.


Yang benar ikhlas,
Nazmin Nazifa Noorzan ( NN )



Friday, February 14, 2014

Memberi & Menjawab Salam

Assalamualaikum

Hi semua orang :D Nimen hao ma ? Kuikui ... Saya sedang mengaplikasikan apa yang saya sudah belajar. Hihihi... Good news isssss... Syukur alhamdulillah In dah dapat result untuk second test Mandarin. Lulus,yeay! Terima kasih atas doa-doa anda semua,Allah saja yang dapat membalas :) 3rd March ni habislah pengajian Mandarin In untuk tahap 1. Exam tinggal lagi 2 :) 

So for today,the main topic is "Memberi & Menjawab Salam". Ramai juga yang tak tahu ni kan? In rasanya pernah tahu tapi lupa. Mesti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Ih ih ih... Tapi walau macam mana pun,alhamdulillah seperti post In yang lalu In telah menghadiri satu majlis ilmu yang penuh barakah. Lagi sekali In ingin kongsikan apa yang dikatakan oleh Ustaz Haji Zamri bin Haji Mustafa. Benda simple,tak pening kepala. Kalau selalu amalkan in syaa Allah akan menjadi satu kebiasaan. In pun tengah cuba,jom jom! 

Kita sepatutnya menjawab salam dengan melebihkan salam daripada orang yang memberi salam. Senangnya tengok contoh okay ! 

1) A: Assalamualaikum.
B: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

2) A: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
B: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh.

3) A: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh.
B: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh.

Itu je takat akhir :D 

"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." 

(Surah An-Nisa : 86)

Jadi, selamat beramal ! :D

:: NN ::

Thursday, February 13, 2014

Adakah Bahagia Itu Milik Kita ?

Assalamualaikum


Allahu,alhamdulillah. Gembira sangat dapat hadir majlis ilmu sebegini :) Sepupu perempuan In yang ajak pergi pada mulanya,menghampakan kerana tak dapat hadir sebab ada kelas Mandarin. Tup tup,atas kekuasaan Allah dan dengan izinNya In dapat text daripada cikgu bahawa kelas Mandarin dibatalkan. Syukur tak terkira In dan dua orang sepupu perempuan lagi dapat pergi bersama menghadiri majlis ilmu yang penuh barakah ini :") Syukur alhamdulillah,thank you Allah ^_^ ~~~~

Jadi Heliza Helmi ni semua orang tahu kan ? Tak perlu intro pun. Ustaz Haji Zamri ini pula penuntut di Al-Azhar,sudah berkahwin dan kini mengajar B.Arab di salah sebuah sekolah di Bukit Mertajam tak silap. Mohon maaf jika ada tersalah mana-mana. Semalam sangat santai,penuh gelak ketawa tetapi pengisian ilmu yang cukup baik. Ustaz Zamri sporting,Heliza Helmi semua orang tahu kot macam mana beliau dan juga Moderator ala ala PU Mamu sebab nama dia Mamu. Hahahaha.

Majlis dimulakan dan diakhiri dengan Qasidah. Jua ada berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW :) Subhanallah rasa macam Malam Cinta Rasul! Rasa feeling-feeling tu ada walaupun diri tak berkesempatan pergi mana-mana majlis Malam Cinta Rasul. Huhu... Perkongsian ilmu yang cukup baik,mantap subhanallah daripada Ustaz Haji Zamri dan Heliza Helmi. Suka penceritaan Ustaz Haji Zamri dan juga daripada Heliza Helmi,penuh hikmahnya! Allahu.

Perkongsian sedikit daripada Ustaz Haji Zamri semalam. Ustaz berikan formula cinta. Formulanya adalah AMIIN.

A-Allah
M-Nabi Muhammad SAW
I-Ibu bapa
I-Ilmu
N-Nafs ( diri yakni menjaga maruah diri)

In syaa Allah pada masa yang lain In boleh kongsikan yang lain daripada ilmu yang In dapat daripada Ustaz Haji Zamri dan juga Heliza Helmi pada hari tersebut :) Syukur alhamdulillah.

:: NN ::



Friday, February 7, 2014

Al-Quran Has The Answers ( I Would Like To Share)

Assalamualaikum

Apa khabar semuanya ? :) See see !!! In dah mula selalu update kan kan kan.. Muehehehe... Okay secara jujur In dapat ni daripada twitter :) Seseorang yang baru masuk Islam dan dia banyak share Islamic tweets ! He's so into it tau,Allahu :") Hidayah itu sesungguhnya hak Allah untuk memberi kepada sesiapa sahaja Dia kehendaki. Moga perjalanan hidupnya dipermudahkan :D So what is it ?? Here ! 

.
.
.

I said : My sins are so many.

Allah said : "And who can forgive sins except Allah?" [ 3:135 ]

I said : Do not leave me.

Allah said : "So remember Me ; I will remember you." [ 2:152 ]

I said : I'm facing a lot of difficulties in life.

Allah said : "And whoever fears Allah? He will make for him a way out." [ 65:2 ]

I said : I have many dreams that I want to come true.

Allah said : "Call upon Me ; I will respond to you." [ 40:60 ]

.
.
.

Subhanallah :") Al-Quran has the answers. So please,smile my brothers and sisters because Allah is always there for all of us. Keep smiling and make du'a for all of us so that in syaa Allah we can be together in His Jannah one day :") Aamiin ...

:: NN ::

Thursday, February 6, 2014

Perempuan Lelaki Dan Gambar

Assalamualaikum

Hi semua,nimen hao ma ? hehe ... Okay ada apa dengan topik hari ini ? Jenggggg ~ Let's straight to the point yah! In sendiri ada dua orang abang dan In juga sangat rapat dengan sepupu-sepapat lelaki. Ini berdasarkan pengalaman In sendiri dengar dan nampak,bukan main cakap dan sewenangnya bagi pendapat atau pandangan. Tapi sebelum tu ingat,ini bukan ditujukan kepada semua perempuan atau lelaki...tetapi khas kepada SPESIS macam ini. Anda sendiri kenal diri anda :)

Dulu In kan ada Facebook (s). Facebook ni memang rancak dengan upload gambar disertakan caption yang aneh-aneh. Macam mana itu caption yang aneh ? Contoh : 

" Saya tak comel macam awak. "

Maaf,lebih kuranglah sebab saya sendiri tak reti nak buat caption aneh macam tu. Sungguh berbakat orangnya. Tetapi itulah masalahnya sekarang. Bukan hanya sekadar caption yang aneh,edit gambarnya juga melampau. Sudah berbeza benar dengan realitinya. Berisi jadi langsing,gelap jadinya putih melepak dan sebagainya. Bagus,berbakat dalam penggunaan teknologi tetapi menggunakannya ke arah yang salah. Fitrah,inginkan pujian,penghargaan dan perhatian. Tetapi biar dalam cara yang betul. Caption macam tu boleh jadi satu tarikan atau perhatian. Gambar yang diedit begitu juga. Lelaki akan pantas LIKE dan COMMENT. 

" Comelnya awak. / Anak siapa ni,comel lah! "

 Ramai perempuan suka apabila dipuji macam.Tetapi tak sedar kemungkinan besar itu hanya sekadar jenaka atau perli bagi para lelaki. In ada satu kenalan ni and she's nice to me. Baik,lembut bicaranya sekadar In mengenalinya. Tetapi satu hari tu In tak pasti bagaimana boleh buka topik ni antara In dan "lelaki-lelaki itu". Jadi In tak berani nak cerita pada awalnya takut jadi pengolahan cerita pula. Apa yang In ingat dua orang lelaki ini mula cakap pasal kenalan In tu. Sakan berkongsi cerita dan bergelak ketawa.

Dialognya tak setepat yang diucap tetapi lebih kurang begini...

Lelaki 1 : " Kenal. Badan yang macam gemuk tu ah? Hahahaha,dia gemuk kan ? Tapi dalam gambar nampak kurus. Hahaha."

Me : Tak ah....biasa ja dia....

Lelaki 2 : " Ohhh dia tu ... Tu la..dia bukan macam hitam-hitam sikit ka ... putih jah dalam gambar. Hahaha edit oh..."

Me : Tak baikk ahh -.- ... dia tu baikla

Lelaki 1 : " Hahaha tu la pasal...edit "

Me : (speechless) 

Untuk perempuan : Kalau anda sendiri dapat tahu bahawa diri anda jadi mangsa perbualan macam ini bagaimana ? Malu kan ? Na'uzubillah min zalik .

Inilah masalahnya sekarang. Bukan tak kasi edit , tetapi janganlah melampau sampai jauh benarnya dengan realiti. Parah lagi kalau orang tu kenal anda. Jadi macam dialog di atas. In tak suka edit gambar tetapi kalau gambar yang In nak upload nampak kusam,pudar atau kata lain rendah kualitinya ya, In edit . Tetapi tidak melampau. Hanya sekadar smoothkan gambar. In ni amatur sangat -.- tapi bagus apa kang takut termasuk dalam spesis camtu pula :) Dan lagi satu,kalau edit bilanglah edit. In akan bagitau gambar di edit bila In sendiri lihat ada beza juga daripada gambar asal In ambil. Tapi In suka bagi lagi hitam gambar. Lol,motip??xD 

Isu macam ini tak boleh salahkan lelaki seratus peratus. Yang perempuannya sakan upload dengan caption yang aneh dan edit yang melampau siapa suruh ? Huhu . Biar sederhana :) Upload,upload tetapi jangan kerana inginkan pujian atau perhatian eh ? Tau tau tau ? Tak mau la :) Tak manis,mana rasa malu itu ? Huhu.

Lagi satu cakap pasal gambar. Lelaki ataupun perempuan masing-masing memainkan peranan yang penting. Nak upload gambar,molek dah diri sendiri sempurna auratnya tetapi ... aduhai orang sekeliling atau kawan-kawan dalam gambar tu ada yang tak sempurna auratnya. Allah.... habis tu macam mana ? Kalau nak upload juga,kena croplah. Itu kalau boleh crop kalau tak boleh ? Tolonglah jangan upload. Sayangilah saudaramu sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri :) Kalau anda upload gambar dan dalam gambar itu ada yang tidak sempurna auratnya maka anda sudah berbuat dosa. Itu kerana anda upload gambar yang mendedahkan aurat walaupun bukan diri anda tetapi saudara Islam mu sendiri . Dan kasihanilah saudara Islam mu kerana tindakan mu dirinya juga berdosa kerana terdedah aurat. Wallahua'alam. Andai ditujukan soalan oleh rakan anda ;

"Weh mana gambar ? Asal tak upload lagi ?"

"Weh asal gambar aku tak ada ? Asal crop??"

Tabahlah wahai saudara saudariku :) Jawablah dengan yakin dan tenang ...

"Maaf,aurat tidak sempurna."

Itu jawapan yang In selalu berikan. Takut jadi salah faham,nanti kata In pentingkan diri lah , apa lah tetapi hakikatnya kita menjaga diri kita sendiri dan juga dirinya agar menjauhi dosa itu ... Allah... Ya,semoga orang-orang itu memahami ,in syaa Allah. Jangan takut jika niat anda baik kerana Allah. Anda hanya mengamalkan ajaran agama yang Allah perintahkan. Cekallah wahai hati,kuatlah wahai iman :) Dan apabila anda sudah tahu berdosa upload gambar orang yang tidak sempurna auratnya,jika lihat kawan anda yang mengupload gambar sebegitu juga tegurnya secara baik dan secara diam. Elakkan secara umum takut dirinya rasa malu atau tidak selesa kan :) Nanti kata kita cuba menghina pula kan ? Haa... Sebelum bertindak kena fikir kesannya. Takut niat baik tetapi cara salah... Susah juga :) Jadi cakaplah ...

"Saudara,gambar yang saudara upload tadi tu kawan-kawan saya juga. Saya harap saudara dapat delete gambar itu kerana aurat mereka tidak sempurna kalau saudara juga sayang mereka sebagai kawan saudara. Saya sayang kawan-kawan saya :) " 

In syaa Allah orang itu memahami. Tegur biar secara baik dan lembut. Jadi lagi sekali In katakan ini tanggungjawab bersama . Kata sayang itu mudah tetapi nak tunjuk itu susah kan ? Kadang hati terhalang,fikiran menyekat. Senang je,semua orang boleh cakap sayang saudara Islam tetapi tak nampak apa bukti anda sayang saudara Islam anda ? Selain berdoa kepada mereka,usaha-usaha kecil macam ini juga bukti sayangnya kita kepada saudara Islam kita :)

Semoga Berjaya. Maaf dan tegurlah saya jika ada salah di mana-mana... Saya terbuka :)
Fi hifzillah ... Assalamualaikum wbt.

:: NN :