Friday, May 17, 2013

Lihat Ucapannya,Jangan Lihat Orangnya

Assalamualaikum


Hi there ! :D I'm only 17-teen but I always talk like an adult ! :P Kenapa In cakap macam ni? Ada kena mengena lah dengan topik hari ni ^_^. Tajukkk tu... In nak share satu kisah pada zaman dahulu. Muehmuehmuehhh... Jom baca and fahamilah isi-isinya :)

Di bawah kepimpinan Khalifah Umar bin Abdul Aziz,umat Islam mengalami kemajuan yang pesat. Pada masa itu,kemakmuran bukan lagi hal yang jarang ditemui. Rakyat benar-benar merasakan kesejahteraan. Di samping itu, daerah kekuasaan umat Islam juga semakin bertambah luas.

Pada suatu hari, khalifah dari kalangan Bani Umayyah ini menyampaikan sebuah arahan. Isinya,setiap pemimpin yang ada di daerah wajib menghadiri pertemuan peringkat nasional. Mereka harus melaporkan situasi dan keadaan yang terjadi di daerah masing-masing.

Pada hari yang telah ditentukan, semua pemimpin pun hadir. Mereka berkumpul di balai pertemuan. Tidak lama kemudian,Khalifah Umar bin Abdul Aziz masuk dan mempersilakan hadirin untuk menyampaikan laporan mengenai perkembangan daerahnya.

Beberapa saat kemudian,suasana menjadi sunyi. Masing-masing enggan menjadi orang pertama yang berbicara di hadapan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Keadaan ini berlangsung cukup lama,hingga kemudian suasana menjadi agak sedikit kecoh. Terdengar hadirin berbisik-bisik kerana yang mengangkat tangan adalah seorang remaja wakil dari daerah Hijaz.

Khalifah cuba menenangkan suasana. Setelah keadaan menjadi tenang,beliau berkata, "Tuan Kecil,sebaiknya kamu menahan diri dahulu. Berilah kesempatan kepada para pemimpin yang lebih tua untuk menyampaikan laporannya terlebih dahulu."

"Amirul Mukminin,dari tadi tidak ada seorang pun wakil daerah yang mahu berbicara. Kelihatan mereka seperti enggan menjadi pembicara pertama. Daripada waktu terbuang,saya mencuba untuk tampil menjadi pembicara pertama. Lagipun,manusia tidak seharusnya dipandang dari usia,tetapi dari hati dan ucapannya."

"Maksud mu?"tanya khalifah ingin tahu.

"Allah SWT mengurniakan kelebihan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.Ada orang yang memiliki pengetahuan yang luas,fikiran yang jernih dan hati yang arif walaupun dari sudut usia kelihatan masih muda. Orang seperti inilah sebenarnya lebih berhak memberikan pandangan dan pendapat. Lihat ucapannya,jangan lihat orangnya."

Hadirin tergamam,keadaan kembali riuh. Mereka kagum mendengar kata-kata anak muda itu. Khalifah sendiri kagum mendengar jawapannya.

"Benar apa yang kamu katakan. Seorang pemimpin memang harus ahli,adil dan arif. Kepimpinan seharusnya tidak diserahkan kepada orang yang tidak boleh berbuat apa-apa. Boleh menghancurkan negara.

"Amirul Mukminin,kami ini wakil daerah yang memikul amanah kepimpinan. Kami memimpin negeri bukan kerana cita-cita. Teruslah Tuan memimpin dengan adil dan bijaksana. Kami yang ada di daerah ini akan mencontohi Tuan."

Kehairanan khalifah semakin bertambah. Kata-kata anak ini sangat fasih dan penuh makna."Boleh aku tahu,berapakah usia mu sekarang?"

"Lima belas tahun."

T.A.M.A.T

Semoga rakan-rakan blogger semua mendapat manfaatnya daripada cerita ni. Keluarkan kata-kata yang baik,pandangan dan pendapat yang bernas ^_^. Tak kira berapa usia kita,semua orang berhak bersuara tetapi bersuara mestilah ada syaratnya. Jangan memberontak,fikir dulu sebelum cakap dan carilah ketenangan dan kematangan didalam diri ^_^ . Maju Jaya yeaaa semua ! :D Salam Jumaat ~

:: NN ::


9 comments:

  1. salam..
    skrng yg penting ilmu..
    kdng skrng rmai yg lg tua tu kurng ilmu dri yg muda..dan ada jg sbliknya..
    Alhmdlh..trima ksh utk pkongsian ni In =)

    ReplyDelete
  2. Hm..cerita yg padat dan tepat...maksud yg mendalam... =)

    ReplyDelete
  3. Hm..cerita yg padat dan tepat...maksud yg mendalam... =)

    ReplyDelete
  4. betul., jangan nilai orang dengan luaran., kena nilai dalaman jugak kan? hehe ^^

    ReplyDelete
  5. Aha,,sy penah berada dalam kedudukan pemuda tersebut #bukannakberbangga tapi ade satu program kay pergi dlu kay paling muda(14) lain2 peringkat universiti..n lastly kay dapat peserta terbaik ^_^

    ReplyDelete