Monday, April 1, 2013

Apa Ku Lihat

Assalamualaikum

   Keadaan kelas sungguh bising.Barangkali cikgu Fizik tidak dapat hadir kerana kelmarin beliau kelihatan sakit tekak.Ya,tidak syak lagi setelah ada guru ganti yang masuk ke dalam kelas.Pada satu masa,kelas kelihatan diam.Sedikit-sedikit bunyi bisikan.Kemungkinan sedang berbincang atau bergossip kali?Biasalah,remaja.Tugas guru itu diganti pula dengan seorang lagi guru yang pernah mengajar kami semasa tingkatan empat,subjek Bahasa Malaysia.Keadaan kelas kembali bising.Terdengar suara-suara "Shhh!Shhh!Shhh!" Aku hanya tersenyum.Kalau aku ditempat cikgu,sudah tentu aku curi-curi ketawa.Terasa seperti budak sekolah rendah pula.Perlu disuruh diam.Keadaan masih agak bising namun berkurangan. Cikgu kusyuk bersama 'netbook' miliknya yang berwarna biru,berjenama Toshiba.Aku bosan.Aku tiada kerja ingin dibuat.Semuanya sudah aku siapkan.Jadi,aku mengalihkan kerusi aku ke belakang mengikut rakan kananku.Aku duduk bertentangan.Dua orang rakanku dibelakang tiada.Mereka pergi menemui seorang guru untuk berbincang mengenai perkara yang berkaitan dengan Pandu Puteri.Aku mengambil nota kecilku dan sebatang pensil.Aku mula memerhati keadaan didalam kelas.Aku mula menulis...

   Aku melihat pelbagai ragam rakan sekelasku.Tidak kira sama ada Melayu,Cina,India dan Siam.Bermula dari bahagian meja disebelah kanan.Dua orang dihadapan mengalihkan kerusi mereka menghadap ke belakang.Empat sekawan berbangsa Melayu sedang lagi bercerita.Aku tidak berada begitu jauh dengan mereka.Jadi,aku ada dengar sedikit sebanyak.Mereka bercerita atau berkongsi mengenai makanan yang disukai dan sebaliknya serta lain-lain lagi.Mungkin,tidak patut aku nyatakan disini.Salah seorang daripada mereka membawa kipas tangan.Dia mengipas-ngipas kerana kepanasan.Maklumlah,cuaca kebelakangan ini sungguh panas.Terutama apabila menuju ke Utara.Lagi panas jawabnya.

   Seterusnya,dibelakang mereka terdapat dua orang lelaki India.Mereka juga bersembang dan bergelak ketawa.Tetapi tidak kuat.Dua orang dibelakang mereka lagi terdiri daripada seorang India dan seorang lagi Siam.Pelajar India itu sedang tidur manakala pelajar Siam itu sedang tekun membuat kerja.Akhir sekali ialah di belakang mereka terdapat dua orang lelaki berbangsa Cina.Mereka sedang membuat kerja juga.Penuh kusyuk.Namun yang duduk ditepi tingkap itu kadang-kadang kelihatan seperti termenung jauh.Apabila aku terus melihat dia dengan lama,dia tersedar.Dia lambaikan tangan kepadaku.Agak-agak,teringatkan 'crush'nya yang juga berada didalam kelas itu."Hehe",senyum sinis didalam hati.

   Seterusnya,dibahagian tengah dimana tempat aku duduk.Aku dibarisan hadapan sekali bersama dua lagi rakanku.Seperti dinyatakan diatas,aku sedang menulis apa yang aku lihat disekeliling aku.Kawan kananku yang sedang lagi berada pada kedudukan persis sepertiku sedang membuat kerja sekolah subjek Bahasa Inggeris.Begitu juga dengan rakan disebelah kiriku.Namun,dia berada dikedudukan seperti biasa.Tidak mengalihkan kerusi ke belakang seperti kami berdua.Belakang rakan kananku dan belakangku kosong.Seperti dinyatakan diatas.Namun seorang rakan masih ada ditempatnya.Dia juga tekun membuat kerja Bahasa Inggeris.Belakang barisan itu pula terdiri daripada tiga pelajar berbangsa Melayu.Seorang lagi bersembang dengan rakan kirinya.Rakannya itu juga berborak dengannya sambil membuat kerja.Yang berada dihujung kiri sedang membuat kerjanya sendiri.

   Belakang lagi,tiga sekawan berbangsa India sedang duduk berderet.Dua dari kanan sedang bersembang sambil membuat kerja.Hujung disebelah kiri sedang kusyuk membuat kerja sambil-sambil memerhati juga keadaan sekeliling.Kedudukan akhir sekali dibelakang,tiga orang rakan berbangsa Cina.Mereka juga bersembang sambil membuat kerja.Terlihat juga dua pasangan kekasih bercakap.Mungkin,berbincang mengenai kerja sekolah.Kelihatan seperti itu."OPS!" Harap-harap,aku tidak salah tafsir.Memang mereka pasangan kekasih kali? Aku sudah melihat dan mendengar beberapa bukti serta saksi."Hehe",senyum sinis lagi didalam hati.Tidak ketinggalan juga ada seorang rakan Cina membawa kerusinya ke belakang untuk bersama tiga rakan itu.Bersembang sambil membuat kerja juga kali?

   Akhir sekali dibahagian sebelah kiri.Dua rakan dihadapan yang terdiri daripada seorang India dan seorang Cina.Kedua-duanya perempuan.Mereka sedang tekun membuat kerja.Belakang pelajar India itu mengalihkan kerusi dibelakang persis seperti kedudukan sepertiku.Dia bersembang dengan dua orang rakan dibelakang.Namun salah seorang dua rakan itu membuat kerja sambil berborak.Dibelakang pelajar Cina itu,iaitu duduk disebelah pelajar yang mengalihkan kerusi dibelakang itu,dia tiada ditempatnya.Tahukah anda dimana dia berada? Dialah pelajar yang membawa kerusinya kebelakang untuk berkumpul bersama dengan tiga orang rakan lagi tadi.Masa rehat sudah tiba.Aku sudah meluangkan masa dengan agak bermanfaat.Mungkin? Akhirnya,kebosanan aku sudah terisi dengan menulis setiap ragam rakan sekelasku.Aku kembali kepada posisi sebenar.Masukkan kerusi kedalam,dan..."Terima kasih,cikgu!"

Situasi di dalam kelas ; 1/04/2013/Isnin/Waktu Fizik dua masa sebelum rehat

---Heheheeeee,ayat BM memang komanlah...Haha,tapi ini yang In lihat suasana didalam kelas tadi.Peace!Saja,sebelum tidur ni nak berkongsi juga.Pening tak? Dapat bayangkan tak? Macam susah je kan.Agak-agak dapat teka tak berapa orang didalam kelas In? ;)  Kihkihkih...See Ya!----

:: NN ::

6 comments:

  1. oohhhh.... kak in skodeng satu kelas ye. ada bakat jadi spy nih, hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan skodeng...memerhati ~ hehe ..tak lah,detective ;)

      Delete
  2. http://meyrajohn.blogspot.com/2013/04/fabuloous-giveaway.html Jemput join! :)

    ReplyDelete