Saturday, January 23, 2016

1st Semester-Done

Assalamualaikum

Hi there. I just received my first semester punya result semalam and alhamdulillah lulus all the subjects and mencapai my target. Huhu... Syukur alhamdulillah. Without doa-doa kalian, In mungkin tak dapat mencapai apa yang In harapkan... Terima kasih :') For all your supports and du'as... 

In tak tipu, In sangat struggle with a lot of things there sejak kali pertama di sana. So tak sure boleh fokus belajar ke tidak and tak sure boleh score ke tidak. But i have really nice roommate yang selalu support In. Dia je tahu betapa In struggle di sana. Hahah. Until one day I looked so down... Time tu keluar gi toilet, bila masuk bilik and nak tengok cermin somehow In macam terperasan ada sticky note di sebelah cermin In. So In baca, "Siapa y berusaha dye akn BERJAYA. Siapa y menuai akn dpt HASILNYA" Allahu :') Terharu sangat... Thank you my dear roommate...

In tak tahu kenapa rasa susah sangat hidup walaupun di negara sendiri. Why so many stressful things or In yang too focus on unnecessary stuffs...? X'D Since I got a lot of supports and nice words from my beloved friend there, my rommate and my foundation mates, alhamdulillah... I managed to grow stronger and achieved what I want in this first semester. Alhamdulillah atas kekuatan yang Allah berikan. But now I'm thinking about financial...

Entahlah, dapat PTPTN pun rasa tak cukup. Memang tak cukup pun untuk satu semester. Dah la nanti  berhutang. Even my father said that. Dia pun still kena toppup duit untuk perbelanjaan In. So memang cadang nak score first sem and mohon JPA. Tapi sehari sebelum result keluar dah kecoh pasal JPA suspended. Entah la betul ke tidak so far but if betul suspended, buntu sangat nak mohon biasiswa apa agar dapat ringankan keluarga. Agar diorang tak perlu susah-susah keluarkan duit belanja untuk In dah. Kekadang rasa nak kerja part time pun ada... Tengok yang mana mampu dan boleh blend dengan jadual pelajaran In. 

In sangat serious dalam kehidupan In sekarang ni lelagi sekarang dah 20 tahun! Walaupun unofficial lagi but hey sekarang dah 2016 kan. Hahahah. Rasa tanggungjawab makin tinggi. Rasa macam mencari duit adalah satu misi utama juga untuk menjamin masa depan yang entah lah apa akan jadi nanti. Kos sara hidup makin meningkat. Tak tahu siapa je yang boleh tolong nanti so yang utama kena tolong diri sendiri dulu. Rajinkan diri dan penatkan diri untuk beribadah seperti belajar dan bekerja juga. 

Anyway, tak tahu lah apa yang bakal mendatang dan apa yang In akan jadi untuk 2016 ni. Doakan yang terbaik buat semua orang sebab In dapat rasa 2016 ni akan jadi tahun yang sangat mencabar bagi In. Doakan In dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Doakan negara kita, jangan lupa doa dalam sujud dan ketika habis solat. Huhu. Semoga perjalanan semester In kali ini dan seterusnya berjalan dengan lancar dan dapat score seperti yang In harapkan... Anda anda anda semua pun all the best okay! Salam alaik.

:: NN ::

Tuesday, January 19, 2016

Terengganu or People

Assalamualaikum

Hi semua. Malam ni mengantuk sangat so tak ada mood nak tengok any variety show ke apa. So ni post terakhir hari ini dan selepas ni nak tidur sebab esok iols ada date dengan member. So people out there mesti tanya In macam mana Terengganu? Best tak duduk Terengganu? FYI, I BELIEVE that ramai menyaksikan In selalu juga meroyan di twitter apabila In di hostel/Terengganu. In nak jujur, jujur sangat di post ni.

First thing, soalan anda kebanyakannya salah or tak tepat (apabila budak law berbicara ceh). "Macam mana Terengganu?" "Best tak Terengganu?" It supposed to be "Macam mana study disana?" or something like that. Alright, personally Terengganu is just a place yang banyak pantai dan ada musim tengkujuh yang membuatkan certain kawasan yang banjir dan recently di universiti In dijumpai ular yang sangat gemuk dan panjang like sangat panjang. Tak perlu kot tunjuk gambar? Nak tengok? Minta kat my ask.fm sebab gambar dalam phone X'D (Tengah update guna pc abang).

Terengganu is OKAY walaupun TAK ADA CINEMA. I mean, ada tapi jauh dan limited I think? Tak nak ambil tahu sangat. Tak apalah dah dapat sana, lepak pantai dan cafe je lah yang ada. Sis bahagia je. NAMPAK TAK, SIS KATA SIS BAHAGIA. So the real problem is not on Terengganu. The people there yang macam bermasalah sikit. No, diorang tak bermasalah, cuma like membawa masalah kepada In. Dari segi emosi kebanyakannya. LOL.

Masalah dia orang kat sana! Bukan orang Terengganu, orang yang menuntut di uni iols itu. You know what, I know, and we all know Terengganu ni macam negeri Islamic gitu tapi tak seIslamic Kelantan. So universiti di sana, kalau tawarkan kos pun, kos utama must be like Islamic punya kos kan. So MAJOR people there orang yang so called Islamic people berkopiah, berjubah, bertudung labuh, berbaju kurung blablabla. That is okay. 

I am so fed up, and stress and annoyed apabila ada manusia yang macam kolot. Islamic yang kolot maybe? Sorry. You see, anda berjubah, bertudung labuh macam sangat labuh, kos agama, dan seumpamanya but itu tak membawa makna anda boleh memandang remeh or like hina ke apa kepada manusia lain dan bebudak kos lain. Tau tak, In dengan kawan In bertshirt labuh okay, seluar slack, tudung ikut syarak but bila sampai satu cafe ni yang mostly bebudak kos agama, diorang tenung and pandang kitorang like kitorang ni sangat pelik macam makhluk asing, macam memakai pakaian tak cukup kain ka apa. 

Kalau sekali pandang and buat don't know tak apa, ni memang tenung habis terutama lelaki. Tatau la mungkin terkesima dengan kecantikan kitorang kot? (Lewls -__-) Mentaliti patut di ubah. Perempuan pakai tshirt, or seluar or jeans doesn't mean dia tak tutup aurat selagi mana pakaiannya itu tidak singkat, tidak menunjukkan bentuk badan dan ketat. Why so hard to understand? Tutup aurat bukan didefinasikan dengan memakai baju kurung, jubah, tudung labuh blablabla, alright? Bear in mind.

Itu satu mentaliti bebudak sana. Seriously, sangat stress. Dengan pemikiran diorang yang kolot. Tak semua, tapi sepanjang In lalui memang ramai juga lah~ Even kekadang bergaul dengan non-muslim pun like menjadi satu kesalahan. Excuse me? Saya tidak mengerti. I thought universiti yang so called as Islamic ni membantu la In untuk jadi lebih baik ke, tenang ke untuk study bagai tapi In rasa diri In makin worse and macam nak memberontak selalu. Di Shah Alam dari segi pengalaman lagi banyak maksiat but they are open and accept any kind of people. Just be nice to everyone. Sini, semua sok-sok baik,sempurna or ahli syurga~

 Dulu di Shah Alam, ada macam-macam but guess what? In jarang sekali keluar. Malas gila nak keluar. Tapi di sini, even tak ada apa, In macam nak keluar selalu. Tak boleh lah kalau duduk dalam hostel or uni lama-lama. Ya Ampun, negative vibes di mana-mana. I even want to say this, sana tak henti-henti In dengar kata caci-makian, carutan ( well this datang dengan orang sekeliling In. fefaham je la ). Kalau kat sana Shah Alam, we understand each other, accept segala nasihat dan teguran secara hati yang terbuka. But here? Kita pula yang kena tahan, bertolak ansur and kalau ada nasihat or tegur sikit mula nak sentap ke, marah ke, merajuk ke. Pening la.

Kat sini, semua ikut kepala sendiri. Semua ego tinggi and lalang. Sini ramai berkawan pun semata-mata kerana membawa 'keuntungan' mereka sahaja. Bukan ikhlas berkawan pun. So like wow. Degree life is so challenging and new. Sudah la cabaran menuntut pelajaran dah satu hal besar nak ditanggung. Ini nak tanggung satu hal berinteraksi, hidup with these kind of people... Sangat menguji hati dan kesabaran In. Sangat menguji ketahanan mental In. In banyak kali rasa I can't do this anymore. I can't stay here with these people. I am not meant to be with them or be here. I should just walk away. How can I survive for 4 years here?

Dulu, In tak pernah rasa berat hati gila nak balik Shah Alam. And even rindu rumah tu jarang sekali unless bila tak sihat mestilah rindu rumah. Tapi kat sini, like every second asyik fikirkan rumah. Fikir bila lagi nak cuti. Bila boleh balik. And bila dah cuti, nak balik tu rasa berat sangat ya Allah... Allah sahaja yang tahu. I cried a lot kat uni. I just hate it. I just hate jadi this weak but somehow I can't control myself. I know, kita nak berjaya dalam pelajaran firstly we must love the place kita menuntut. We must enjoy the environment.Trust me, I tried a lot. 

Apapun, somehow, I managed to get over these stuffs... Keep trying to be positive over and over again. Keep trying to start a new fresh day every day...And I tell to myself I can survive for 4 years here. Yes I can. ONE friend... Only this one friend kat uni ni yang In boleh go, yang boleh sesama saling mengingati baik buruk, nasihat dan saling menegur and she said to me, "Don't give up. I'm here for you." So far, I only have this one and only good friend. Yang lain, seriously... In nak jauhkan diri. They bring negative vibes. Actually ada juga beberapa yang baik. Memang baik, I know... Diorang sangat okay, and suka diorang juga. Alhamdulillah. Cuma yang memang In rapat seorang ni je la. We actually melalui the same problems. We agreed much on this. We felt getting worse being here. 

Mesti ada rasa macam tak logik kan. Terengganu, tempat kurang maksiat, kononnya~ ... Duduk uni islamik...takkan la boleh buat kita makin teruk or something like that. Maybe I am just not that lucky yet, to meet good people there.So i am looking forward for my next sem agar jumpa lebih ramai orang baik-baik...bawa In ke arah lebih baik. Open minded. Dan ikhlas dalam persahabatan. Personally In kata, uni is islamik, but not penghuninya. Ada yang nampak islamik semata-mata peraturan universiti and ect. So yeah, jangan mudah judge by luaran seseorang okay. Get to know them first. It is a good thing dengan menutup aurat mengikut syarak. Tapi untuk bergaul dengan orang, we need yang baik dari hati dulu. So I am trying my best to stay there, hidup dengan suasana begitu sambil belajar. Really trying hard. Just doakan In saja X'D Lots of love from me, salam alaik.

:: NN ::

Monday, January 18, 2016

Cintaku

Assalamualaikum

Hi semua! Ni hao! Harap semuanya sihat. I know I did tell you guys untuk update on my 2nd trip with le friends but In nak hold that post dulu. Tajuk besau kemain jiwang je bunyi ihiks. Okay In tak nak corner sana-sini. Jom kita straight to the point. 

Personally, In rasa In jenis yang bercinta selepas bernikah. In macam tak boleh sangat nak suka kat orang. Like susah sangat, dan memeningkan sangat. Lewls! Bukan apa, In nak hati In tak dipersiakan dengan mencintai seseorang yang belum pasti. In nak hati In mencintai seseorang yang sudah pasti halal buat In. Such a waste of time dan hati mencintai orang hari demi hari tetapi tak tahu sama ada dia adalah orang yang benar untuk In atau tak. 

In nak mencintai orang memang benar untuk In, yang memang layak dicintai oleh hati In. In nak dengan cara bercinta lepas bernikah, every single day In akan jatuh cinta dan bertambah cinta tanpa rasa ragu because he's my husbenggg mannn! And he really deserves my love <3. I don't even know sempat merasa or not, it is either this way or nothing. I chose this road, bercinta lepas bernikah. I don't even know how, akan terjadi or not, when, where dan siapa. 

This short post, In seriously kata I don't have a special person lagi and I am not really looking for 'him' (the right one for me). Masa tu akan datang pada masa yang tepat dan sepatutnya. Of course In baru 20 tahun and umur bukan menjadi alasan untuk tak bicarakan mengenai ni but at this age In dah tetapkan not to think about it lagi. For now, In tak fikir pun. In ada perkara lain nak settle dulu, langsaikan dulu~ so yeah ^_^,

Of course, ada je lelaki di luar sana tunjuk their interest kepada In and even into a serious relationship but I just can't, for now. Not even want to think of pertunangan jugak X'D In akan consider bila lelaki itu nampak dah matang, dah banyak lakukan tanggungjawab kepada keluarganya, betul-betul mampu untuk dirikan rumah tangga. Other than that, you guys should focus on your studies or work dulu. And bahagiakan dulu ibu bapa masing-masing. Because sekarang In tengah fokus benda-benda tu. In fokus untuk dapatkan dan buat duit sendiri, bukan cari lelaki yang dah berpoket tebal. 

Cinta bagi In is not the first thing. Agamanya dan tanggungjawabnya yang diutamakan. Mesti ada saja wanita di luar sana yang berkahwin dulu,baru bercinta. Mesti ada yang baru kenal berapa hari je, bulan je then kahwin dan bercinta. Dan utamanya, bahagia. Mesti ada. Malah In ada tahu beberapa orang begitu, alhamdulillah. So doakan yang terbaik buat kita semua, follow the flow ~~~ That's all from me,fi hifzillah wa fi amanillah. Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

Sunday, January 17, 2016

Chew Jetty, Pulau Pinang (UNESCO World Heritage)

Assalamualaikum

Hi semua ! I am back ! Hari ini nak update mengenai perjalanan In bersama abang sulung In pada tempoh hari di Chew Jetty, Pulau Pinang. Pernah dengar tak? Apa yang menarik sangat? Jetty je kan~ Cheh. Actually Chew Jetty ni listed as UNESCO World Heritage in Penang,Malaysia. So obviously ia menjadi tarikan pelancong dan memang salah satu tempat pelancongan di Pulau Pinang~ Pergi sana like wah, rasa kehidupan di atas air, dengan memijak papan-papan, rumah-rumah lama yang masih utuh!

Sepanjang lorong untuk masuk ke kawasan boat-boat tu ada cafe dan kedai-kedai jual souvenirs. Of course penduduk sini dan pemilik kedai semua milik orang Cina if i am not mistaken~ In sangat suka feeling-feeling tempat sebegini. Like kampung-kampung, pedalaman and whatsoever yang berkaitan. Hahahaha. So here ada few pictures of me di Chew Jetty. Akan di delete juga gambar-gambar tu. So if ada yang baru baca but tak da gambar means dah delete. Sorry in advance! Boleh google je,banyak je gambar lagi menarik than mine! ^_^






Shades on~ Panas oi! So actually ni hobi In bersama abang In. Kitorang akan tukar role. Kalau turn abang In, maka In lah photographernya~ So time ni sangat melayan perasaan sendiri... Banyak juga pelancong time ni. Omputih pun hado~ So anyways kitorang bergambar di sini saja. Tak amek gambar lorong-lorong tu semua sebab...fokus kitorang disini X'D And yeah, saja nak share, time balik tu kitorang pergi singgah makan di TheTablePenang. Time nak balik tu, terserempak dengan jalan yang unik ala-ala di luar negara gitew! Ada la kekawan ingat In pergi obersi...lol. Style tau tempat ni. Dekat area-area cafe tu. Tak ingat nama tempat ni tapi bangunan-bangunan dia style lah~ Sebagai jiwa photographer In suka tempat tuu,ceh!


So cuti sem In di isi perkara-perkara sebegini~ kuikuikui... In tak suka duduk rumah waktu cuti semester sebab bagi In kalau duduk rumah sepanjang cuti sem sahaja sama seperti duduk hostel mereput! NO. Kalau nak tau juga In dengan abang sulung In kalau berjalan, kalau jumpa tempat yang menarik untuk bergambar memang kitorang berhenti dan terus snap snap! Lol... Jiwa photographer yang tak ada perancangan sangat nak bergambar di mana X'D. Terserempak ja berhenti turun dan tangkap. HAHA. Okay, next I'll update on my 2nd trip with my friends ala-ala backpacker sebab kitorang punya budget memang berusaha paling murah on penginapan dan transportation! So stay tune! Fi hifzillah. Assalamualaikum wbt.

:: NN ::

Friday, January 15, 2016

Taman Negara Pulau Pinang | Penang National Park

Assalamualaikum

Hi semua. Maaf. Lama tak menype disini. Almaklum kehidupan degree yang penuh cabaran dan dugaan :P And hey, SELAMAT TAHUN BARU! I am unofficially 20. Please please, jangan kata In dah boleh kahwin. Tak nak lagi eh. Anda anda anda duluan ~ Hihihi... So, In nak berkongsi ceritera di mana In dan abang In bersama beberapa rakannya, telah pergi ke Taman Negara Pulau Pinang tahun lepas! Ahaks! Lambat sangat nak updatenye punnn... Time In pergi ni, sebelum In masuk degree, dan selepas In habis Asasi. Hahah. So around bulan 4 atau 5 gitu 2k15. Hohho. Semua sihat? Tak sompek den nak blogwalking lagi. Maap dehhh... Moga-moga semua sihat belaka ye. Shall we move to the next para? Ouyeah~

So, cerita dia macam ni. Kawan lelaki abang In yang sulung ngajak dia sekali mendaki menempuhi hutan rimba serta menikmati alam sekitar bersamanya. Actually, kawan dia tu tengah jadi guru sementara di sebuah sekolah dan mereka buat rombongan pelajar bersama beberapa rakan guru setugas yang lain. Sewaktu In dengar abang In cerita dengan Mak kami, maka In pun macam , "NAK IKUTTT" Sebab kitorang dapat join FOR FREE. Hahahaha. Naik boat bagai semua free okay? Hahaha. So abang In like okay jom! >_<' Maka sepanjang hari tu In tak dapat tidur langsung atas faktor yang tidak dapat di kenal pasti uhuks. Maka nak kata la, pergi sana gerak lepas subuh (sebab rombongan sekolah kan kena ikut masa sekolah. Selalu 7.30 pagi cemtu kenai kumpoi dah~). So yeah, iols tak tidur langsung selama dua hari termasuk hari kejadian. Haha.

We at first (me and my brother) pergi singgah USM dulu sebab kat situ nak jemput kekawan abang In. Kawan abang In jemput lagi sorang kawan perempuan dia. So like 2 men 2 women. Yeeszaa. Pendekkan cerita, sampai je ke Penang National Park, kawan abang In handle senaman bebudak tu semua. Abang In, In dan lagi seorang kawan perempuan tu bebas buat perkara memasing. Maka sesi photoshoot sendiri-sendiri bermula dari situ ~ Usya satu gambar mewakili pembukaan hari ku waktu itu dulu lah eh ~ 


Lepas tu, dah habis senaman, maka kami bergerak lah untuk mendaki ~ Penat lah juga tapi personally tak mencabar mana pun. Tak mencabar langsung kot XD CEH. Bukan apa, In tak tidur seharian kot sebelum hari tu but In still okay je daki. In, abang In and bersama dua orang kawan dia like cikgu-cikgu sekali la jaga bebudak tu dari belakang XD Hahahaha... Tau ja la kalau rombongan sekolah ni mesti bising-bising apa lah kan, so yeah. Memang sepanjang perjalanan pasti hingaq punya XD Pastu ada budak international juga, exchange student. Dia dari mana dan nama apa tak ingat but dia kata dia suka kat sini. Tempat asal dia, dikira dia tak hensem. Tapi kalau kat sini, dia dikira hensem dan ramai suka kawan dengan dia X'D Tu yang dia kata la~ Hahahahaha... and dia tahu banyak languages gila lah ! Like seriously banyak gila bahasa dia tahu. Just wow. Hands down to you little brother! Jom tengok gambar lagi.



Nampak tak tu? hakak-hakak dan abe-abe belakang sekali menjaga bebudak tu :P Hahahaha sambil melayan alam semulajadi yang indah bersama~ ^_^ Best sangat serius. Pengalaman yang menarik. Alhamdulillah. Lepas tu dapat naik boat for free tuuuu :P Harga sepatutnya tak pasti, tak ingat. Kawan In ada bagitau sebab dia pernah pergi. hm. Tapi tak ingat lah. Boat ni bawa kami ke Pantai Kerachut ~ kot. Eh jap tak ingat sangat actually :P Tapi bila naik boat, kitorang ada berhenti setiap part. Ada batu macam buaya, batu macam penyu~ dll...interesting! In rekemen sangat pergi pergi pergi~!

Sorry, tak banyak gambar nak letak sebab lepas beberapa hari gitu nak delete balik kan! Ada beberapa lagi tapi In letak di IG @nzmnnzfa ~ So yeah konklusinya ia pengalaman yang sangat best dan menarik. Apa kata anda-anda anda rasa sendiri? Pergi la bila ada kesempatan waktu! ^_^ Lepas ni In akan berkongsi 2 pengalaman terbaru! In pergi satu tempat ni dengan abang In dan juga satu lagi tempat dengan kekawan In ala-ala backpacker gitu tapi dalam negara so far! Stay tune ! Fi hifzillah.

:: NN ::

Kepada Student Asasi Undang-Undang :)

Assalamualaikum

Hi semua. Okay sebelum ni ramai minta nota-nota akak dari Asasi dan ada akak dah bagi beberapa. Cuma akak terpaksa berhenti seketika atas faktor line dan internet di universiti dan seterusnya akak ada final examination. Sangat sibuk dulu. Sekarang akak tengah bercuti dan akak tak pasti anda-anda masih memerlukan nota akak yang lain yang diminta untuk emel tu ke tidak. Kalau masih nak boleh comment di bawah ni atau emel kepada akak okay? Maaf atas penangguhan dan penungguan jika ada. Salam alaik wa fi amanillah.

:: NN ::