Ini post palu yang ke-3... 1 dan 2 boleh scroll di bawah :D Perlukan pendapat atau pandangan anda semua dalam post palu 2. Hohho... So let me straight to the point ! Ini hasil perkongsian sepupu In bernama Arif. Rujukan adalah daripada Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Ghazali :)
Adab-adab Orang Alim ( Adab-adab Seorang Guru )
Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini :
1) Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan)
2) Lambat marah
3) Duduk dengan haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala
4) Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya
5) Memilih tawadhu' yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai
6) Meninggalkan bergurau dan bermain-main
7) Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai
8) Membimbing murid yang bebal
9) Tidak memarahi murid yang bodoh
10) Tidak malu daripada berkata "aku tidak tahu" (bagi masalah yang tidak diketahuinya)
11) Memberikan perhatian bagi murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik
12) Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya
13) Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah
14) Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan
15) Melarang murid daripada menghendaki yang lain dari Allah dan ilmuNya
16) Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu Ain. Dan ilmu yang fardhu Ain itu ialah yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batin dengan takwa
17) Memperbaiki diri sendiri dengan takwa sebelum ia menyuruh orang lain,supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya)
Adab-adab Seorang Murid
Adapun adab-adab seorang murid terhadap gurunya maka iaitu :
1) Apabila ia menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu
2) Jangan membanyakkan bercakap-cakap dihadapan gurunya
3) Jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya
4) Jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin
5) Jangan ia menyangkal (menunjukkan rasa tidak puas hati) terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata si pulan itu menyalahi akan yang engkau kata itu
6) Jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya
7) Jangan ia berbisik dengan orang yang duduk di tepinya ketika gurunya memberikan pelajaran
8) Jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah dia sedang sembahyang
9) Jangan ia membanyakkan soalan kepada gurunya ketika ia letih
10) Apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya
11) Jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlis
12) Jangan bertanya kepada gurunya ditengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempay duduknya
13) Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa AS bagi Nabi Khidhir AS seperti yang disebutkan dalam Al-Quran :-
Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkarannya itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sahaja.
Allahu'alam. Ini sedikit perkongsian buat kita semua :) Fi hifzillah ! :))
:: NN ::

Maksudnya : "Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khidhir) : Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perbuatan yang mungkar." (Surah Al-Khafi ayat 71)