Friday, March 7, 2014

Ghibah

Assalamualaikum

Apa khabar semua ? :) Haritu punya post mengenai namimah,ada ingat? Hehe. Kali ini In nak berkongsi mengenai ghibah. Lebih kurang sama tetapi tidak serupa. Jom tengok apa itu ghibah ye. 

Ghibah adalah dengan mengatakan aib orang lain atau sesuatu apabila didengar orang yang memperkatakan dia akan benci. Kita semua sedia tahu bahawa manusia itu tidak suka apabila bentuknya,perangainya,keturunannya dan ciri-cirinya dihina serta nama baiknya tercemar. Allah SWT berfirman ; 

" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari buruk sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. "

( QS. Al Hujurat,49:12)

Selain itu,sabda Nabi Muhammad SAW iaitu ;

" Tahukah kamu, apakah mengumpat itu ? "Sahabat berkata : Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui." Lalu Nabi bersabda : "Iaitu kamu menceritakan tentang saudaramu mengenai hal-hal yang dibencinya." Maka ditanya pula : "Bagaimana, jika yang saya katakan itu sebetulnya terdapat pada saudara tersebut ?" Nabi menjawab : "Jika yang kamu katakan itu ada padanya, bererti kamu telah mengumpatnya, dan jika tidak seperti apa yang kamu katakan itu, sungguh kamu telah berbuat dusta tentang dirinya (kamu telah menuduh dia). "

(H.R. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa’i)

Na'uzubilah min zalik.


Soal Ramadhan,perbuatan ini dapat menghapuskan pahala puasa kita. Selalunya benda ini terjadi apabila berkumpulnya beberapa orang pada suasana yang santai (lepak). Selalunya orang yang diumpat itu tidak berada di antara mereka. Bukan setakat diluar sahaja,malah dengan dunia IT yang serba canggih ini juga boleh dijadikan sebagai medium umpatan. Berhati-hati bila berchatting,text and etc. Peringatan buat diri sendiri juga. Ingat,dosa kita dengan manusia kita kena minta ampun dengan manusia. Allah tidak akan mengampuni dosa itu selagi mana kita tidak meminta maaf kepada orang yang kita berbuat salah. 

Namun begitu,beberapa ulama' membolehkan ghibah untuk tujuan yang benar dan disyariatkan iaitu yang tidak mungkin tujuan itu tercapai kecuali dengan ghibah tersebut. Sebagai contoh ;

1) Mengajukan kezaliman yang dilakukan oleh orang lain.

Dibolehkan bagi orang yang dizalimi untuk mengajukan yang menzaliminya kepada penguasa atau hakim dan selain keduanya dari orang-orang yang memiliki kemampuan untuk mengadili si zalim itu. Orang yang dizalimi itu boleh mengatakan bahawa si Fulan itu telah menzalimi (menganiaya) diriku.

2) Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran dan mengembalikan orang yang berbuat dosa kepada kebenaran.

Sesungguhnya kita serba tahu Allah SWT yang Maha Berkuasa untuk mengubah seseorang itu. Hidayah itu milik Allah. Namun kita sesama manusia tidak salah untuk berusaha agar seseorang itu menjadi lebih baik. Dalam hal ini , seseorang boleh mengatakan kepada yang memiliki keberanian atau kekuatan yang diharapkan boleh mengubah kemungkaran atau keburukan itu. Sebagai contoh si Fulan melakukan pelbagai kejahatan,maka dengan demikian dia akan menasihati dan melarangnya daripada membuat jahat. Maksud ghibah di sini adalah mengubah kemungkaran atau kejahatan. Jika tidak bermaksud seperti ini maka ghibah itu adalah haram. Wallahu'alam.

Semoga ianya jelas ya. Semoga kita semua terhindar daripada sifat tercela ini. Jika rasa pernah kita mengumpat orang maka cepat-cepatlah memohon maaf kepada mereka. Jua sebagai peringatan diri saya sendiri. In syaa Allah. Fi amanillah ! :)

:: NN ::



6 comments:

  1. ghibah... akak pernah update juga dulu sekali... great piece of sharing and salam jumaat dear...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    pkongsian dan peringatan yg baik In..
    kdng kita xsedar kita tgh cakap hal org..huuu
    semoga dhindari dari sikap buruk spti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye,kena sentiasa istighfar dan rajin-rajinlah meminta maaf dan memaafkan. Huhu...

      Delete