Sunday, March 16, 2014

Definisi Kejayaan

Assalamualaikum

Marhaba! Ni hao! Hi! ^_^ . Khamis 20.3.2014 pada jam 10.00 pagi. Tarikh yang menjadikan debaran buat pelajar-pelajar SPM 2013. Kelak dewan akan menjadi riuh dengan ketawa senang atau esakkan pelajar yang bersyukur jua yang kesedihan. Kita gembira tak sama. Ada dengan senyuman,ketawa dan tangisan. Jua kita bersedih tak sama. Senyuman,ketawa dan tangisan. Dalam hati Allah Maha Mengetahuinya. Saya juga salah satu 'mangsa' SPM 2013. Saya juga akan bakal menerima keputusan pada hari dan tarikh tersebut. Namun apakah kejayaan bagi saya? Definisi kejayaan bagi setiap individu itu berbeza membuatkan ada yang dapat kurang dia masih gembira,ada yang dapat bagus namun masih bersedih. Kenapa begitu? Kerana mungkin pandangan kita dari segi makna kejayaan itu berlainan.

Tidak dinafikan semua orang inginkan kejayaan yang dikatakan keputusan cemerlang yakni semuanya A dalam subjek yang diambil. Tapi andai diri tidak dapat menggenggam semuanya adakah ia tidak dapat dilabel sebagai kejayaan? Bagi saya tidak. Anda sendiri kena tahu bagaimana prestasi anda di sekolah dahulu. Jika dapat keputusan itu yang contohnya dulu 4A sekarang 5A. Dulu ada E sekarang jadi D. Kejayaanlah tu. Kejayaan kita tak sama. Yang pelajar cemerlang,dulu mungkin selalu semua A. Tapi ada A- , A saja. Tup tup SPM yang A saja jadi A+ . Itu kejayaan bagi orang yang selalu cemerlang di sekolahnya. Jadi saya fikir kita kena sedar prestasi kita di sekolah bagaimana dan positifkan diri bahawa jika ada peningkatan maka kita sudah berjaya. Kalau diri kita dulu kurang dan tiba-tiba kita nak bandingkan diri dengan pelajar yang selalu tip top dulu memang akan rasa diri itu begitu kecil. Ibarat langit dan bumi. Jadi,mari kita bandingkan diri kita sendiri dengan yang lama dan yang terkini. Orang itu mungkin dulu 2A je tiba-tiba SPM 4A. Orang lihat dia menangis gembira,bersyukur. Kadang-kadang kita tak akan dapat faham perasaannya kerana kita tak pernah berada dalam kasutnya. Bagi yang lain itu biasa tapi siapa tahu bagi dia itu luar biasa. Allahu. 

Namun ada memang dah mindsetkan diri itulah makna kejayaan. Tetapi kadang-kadang rasa terjatuh juga kerana guru-guru atau ibu bapa yang tidak sedar akan perkara ini. Guru-guru lebih kepada mereka yang memang nampak terang berjaya. Tanya itu ini. Tahniah sana sini dan dirinya yang nampak kekurangan disisihkan atau mungkin hanya sekadar ucapan biasa. Tidak dinafikan juga kita dah rasa syukur dengan keputusan kita namun kerisauan menyelebungi diri akan tanggapan ibu bapa pula. Mungkin seseorang itu sudah masak dengan ibu bapa yang mengharapkan lebih baik daripada ini membuatkan diri dia juga jatuh malu dan kecewa kerana gagal merealisasikan hasrat ibu bapa. Mak saya kata tak apa result macam mana sekalipun. Lepas ni masuk Uni buat elok-elok. Allahu,lega rasa hati ini. Tapi saya mengaku masih diri ini tidak boleh selesa dengan kata-kata mak saya itu kerana mungkin itu hanya sekadar sedapkan hati saya. Ya,kita ingin hati ditenangkan tetapi kita juga tidak mahu ibu bapa menanggung rasa yang sama. Namun apa boleh buat? Ini namanya takdir Allah berikan. Ini namanya rezeki yang Allah kurniakan. Redha. Perjalanan kita dihadapan akan mengubati masa yang berlalu. Saya cukup yakin dengan perancangan Allah SWT kepada diri saya. Saya juga mengharapkan keputusan yang cemerlang yang boleh nampak terangnya cemerlang agar ibu bapa saya senang,gembira. Tapi andai ia tidak terjadi maka terus bangun dan lakarkan kejayaan itu pada masa hadapan. Mungkin masa di Uni untuk anugerah dekan dan sebagainya. ^_^

Definisi kejayaan kawan-kawan saya yang saya tanya di Ask.fm secara anon. ahaks :P

"not about getting straight A's or what . bagi saya kejayaan adalah setelah kita berpenat lelah dan akhirnya keputusan yg dpt tue menggembirakan hati kita . jgn lupa juga kejayaan akhirat :)"

"When you have succeeded in making a change for the better."

"bilaa kita sudah capai sesuatu yg memang kita ingini.. tidak semestinya juz cemerlang dlm pelajaran.."

"Kejayaan dunia ni takkemana , kejayaan di akhirat yg dinanti nanti"

"Kejayaan maksudnya orang yang berjaya mencapai sesuatu matlamat dalam kehidupan .. so itu merupakan kejayaan untuk mereka ..itu di dunia , kalau untuk mencapai kejayaan di akhirat .. kita kenalahh menjadi muslim yang diredhai Allah ... kejayaan tu kita akan nampak di akhirat sana.. sama ada masuk syurga atau neraka .."

"setelah kita berusaha untuk berjaya dan menerima segala kemungkinan. terima qada' dan qadar dan teruskan hidup. kita berjaya di dunia dan di akhirat."

Allahu,kagum dengan definisi mereka :) Anda anda tahu mana jawapan anda sendiri. Sy yang bertanya,maklum :p


See yaaa ! 

:: NN ::

6 comments:

  1. InsyaAllah In akan berjaya..amin..lg pun In dah berusaha sebaik mgkn.. apapn terima dgn syukur dan redha..ya sis:-)

    ReplyDelete
  2. yup..kejayaan dunia dan akhirat..seimbang itu lebih baik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In syaa Allah buat kita semua ... Aamiin Allahumma aamiin :)

      Delete
  3. Definisi yang mereka berikan sungguh , tak mampu Amy berikan jika soalan ini ditanya kepada Amy . In Shaa Allah , kita da buat yang sehabis baik . Redha dan tawakal dengan apa yang bakal diterima , semua aturan Allah . Selamat maju jaya In :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Kita semua tak sama,persepsi kejayaan berbeza bagi setiap orang. You should find yours ;)
      In syaa Allah,kepada Amy juga :D

      Delete