Thursday, February 6, 2014

Perempuan Lelaki Dan Gambar

Assalamualaikum

Hi semua,nimen hao ma ? hehe ... Okay ada apa dengan topik hari ini ? Jenggggg ~ Let's straight to the point yah! In sendiri ada dua orang abang dan In juga sangat rapat dengan sepupu-sepapat lelaki. Ini berdasarkan pengalaman In sendiri dengar dan nampak,bukan main cakap dan sewenangnya bagi pendapat atau pandangan. Tapi sebelum tu ingat,ini bukan ditujukan kepada semua perempuan atau lelaki...tetapi khas kepada SPESIS macam ini. Anda sendiri kenal diri anda :)

Dulu In kan ada Facebook (s). Facebook ni memang rancak dengan upload gambar disertakan caption yang aneh-aneh. Macam mana itu caption yang aneh ? Contoh : 

" Saya tak comel macam awak. "

Maaf,lebih kuranglah sebab saya sendiri tak reti nak buat caption aneh macam tu. Sungguh berbakat orangnya. Tetapi itulah masalahnya sekarang. Bukan hanya sekadar caption yang aneh,edit gambarnya juga melampau. Sudah berbeza benar dengan realitinya. Berisi jadi langsing,gelap jadinya putih melepak dan sebagainya. Bagus,berbakat dalam penggunaan teknologi tetapi menggunakannya ke arah yang salah. Fitrah,inginkan pujian,penghargaan dan perhatian. Tetapi biar dalam cara yang betul. Caption macam tu boleh jadi satu tarikan atau perhatian. Gambar yang diedit begitu juga. Lelaki akan pantas LIKE dan COMMENT. 

" Comelnya awak. / Anak siapa ni,comel lah! "

 Ramai perempuan suka apabila dipuji macam.Tetapi tak sedar kemungkinan besar itu hanya sekadar jenaka atau perli bagi para lelaki. In ada satu kenalan ni and she's nice to me. Baik,lembut bicaranya sekadar In mengenalinya. Tetapi satu hari tu In tak pasti bagaimana boleh buka topik ni antara In dan "lelaki-lelaki itu". Jadi In tak berani nak cerita pada awalnya takut jadi pengolahan cerita pula. Apa yang In ingat dua orang lelaki ini mula cakap pasal kenalan In tu. Sakan berkongsi cerita dan bergelak ketawa.

Dialognya tak setepat yang diucap tetapi lebih kurang begini...

Lelaki 1 : " Kenal. Badan yang macam gemuk tu ah? Hahahaha,dia gemuk kan ? Tapi dalam gambar nampak kurus. Hahaha."

Me : Tak ah....biasa ja dia....

Lelaki 2 : " Ohhh dia tu ... Tu la..dia bukan macam hitam-hitam sikit ka ... putih jah dalam gambar. Hahaha edit oh..."

Me : Tak baikk ahh -.- ... dia tu baikla

Lelaki 1 : " Hahaha tu la pasal...edit "

Me : (speechless) 

Untuk perempuan : Kalau anda sendiri dapat tahu bahawa diri anda jadi mangsa perbualan macam ini bagaimana ? Malu kan ? Na'uzubillah min zalik .

Inilah masalahnya sekarang. Bukan tak kasi edit , tetapi janganlah melampau sampai jauh benarnya dengan realiti. Parah lagi kalau orang tu kenal anda. Jadi macam dialog di atas. In tak suka edit gambar tetapi kalau gambar yang In nak upload nampak kusam,pudar atau kata lain rendah kualitinya ya, In edit . Tetapi tidak melampau. Hanya sekadar smoothkan gambar. In ni amatur sangat -.- tapi bagus apa kang takut termasuk dalam spesis camtu pula :) Dan lagi satu,kalau edit bilanglah edit. In akan bagitau gambar di edit bila In sendiri lihat ada beza juga daripada gambar asal In ambil. Tapi In suka bagi lagi hitam gambar. Lol,motip??xD 

Isu macam ini tak boleh salahkan lelaki seratus peratus. Yang perempuannya sakan upload dengan caption yang aneh dan edit yang melampau siapa suruh ? Huhu . Biar sederhana :) Upload,upload tetapi jangan kerana inginkan pujian atau perhatian eh ? Tau tau tau ? Tak mau la :) Tak manis,mana rasa malu itu ? Huhu.

Lagi satu cakap pasal gambar. Lelaki ataupun perempuan masing-masing memainkan peranan yang penting. Nak upload gambar,molek dah diri sendiri sempurna auratnya tetapi ... aduhai orang sekeliling atau kawan-kawan dalam gambar tu ada yang tak sempurna auratnya. Allah.... habis tu macam mana ? Kalau nak upload juga,kena croplah. Itu kalau boleh crop kalau tak boleh ? Tolonglah jangan upload. Sayangilah saudaramu sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri :) Kalau anda upload gambar dan dalam gambar itu ada yang tidak sempurna auratnya maka anda sudah berbuat dosa. Itu kerana anda upload gambar yang mendedahkan aurat walaupun bukan diri anda tetapi saudara Islam mu sendiri . Dan kasihanilah saudara Islam mu kerana tindakan mu dirinya juga berdosa kerana terdedah aurat. Wallahua'alam. Andai ditujukan soalan oleh rakan anda ;

"Weh mana gambar ? Asal tak upload lagi ?"

"Weh asal gambar aku tak ada ? Asal crop??"

Tabahlah wahai saudara saudariku :) Jawablah dengan yakin dan tenang ...

"Maaf,aurat tidak sempurna."

Itu jawapan yang In selalu berikan. Takut jadi salah faham,nanti kata In pentingkan diri lah , apa lah tetapi hakikatnya kita menjaga diri kita sendiri dan juga dirinya agar menjauhi dosa itu ... Allah... Ya,semoga orang-orang itu memahami ,in syaa Allah. Jangan takut jika niat anda baik kerana Allah. Anda hanya mengamalkan ajaran agama yang Allah perintahkan. Cekallah wahai hati,kuatlah wahai iman :) Dan apabila anda sudah tahu berdosa upload gambar orang yang tidak sempurna auratnya,jika lihat kawan anda yang mengupload gambar sebegitu juga tegurnya secara baik dan secara diam. Elakkan secara umum takut dirinya rasa malu atau tidak selesa kan :) Nanti kata kita cuba menghina pula kan ? Haa... Sebelum bertindak kena fikir kesannya. Takut niat baik tetapi cara salah... Susah juga :) Jadi cakaplah ...

"Saudara,gambar yang saudara upload tadi tu kawan-kawan saya juga. Saya harap saudara dapat delete gambar itu kerana aurat mereka tidak sempurna kalau saudara juga sayang mereka sebagai kawan saudara. Saya sayang kawan-kawan saya :) " 

In syaa Allah orang itu memahami. Tegur biar secara baik dan lembut. Jadi lagi sekali In katakan ini tanggungjawab bersama . Kata sayang itu mudah tetapi nak tunjuk itu susah kan ? Kadang hati terhalang,fikiran menyekat. Senang je,semua orang boleh cakap sayang saudara Islam tetapi tak nampak apa bukti anda sayang saudara Islam anda ? Selain berdoa kepada mereka,usaha-usaha kecil macam ini juga bukti sayangnya kita kepada saudara Islam kita :)

Semoga Berjaya. Maaf dan tegurlah saya jika ada salah di mana-mana... Saya terbuka :)
Fi hifzillah ... Assalamualaikum wbt.

:: NN :



12 comments:

  1. ni hao... ni ne? hehe
    tegur secara lembut takpe.. jgn sindir2 gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni hao = hello
      Ni hao ma ? = Awak apa khabar
      Wo hen hao = Saya khabar baik

      Hihi alang-2 tu share sikittt... XD

      Wo hen hao,xiexie ni ^_^

      Betul-betul,kadang-kadang kita manusia sensitif sangat sampai kena sindir pun boleh jadi isu besar. Baik secara baik dan berhikmah. :)

      Delete
  2. Betul tu sis.. kalau kita tegur secara lembut & berhemah pasti lebih baik...:)

    ReplyDelete
  3. Suka entri nie! :) Setuju dengan part orang sekeliling tak sempurna aurat. Memang selalu nampak sekarang nie, si pemilik Facebook dah cantik sempurna tutup aurat tapi suka upload gambar dengan kawan-kawan yang tidak menutup aurat.

    Terasa dengan soalan "weh mana gambar?" tue. Hahaha! Sebab Arol selalu diajukan soalan tue. Arol cuma jawab, "Nantilah, tak transfer dalam laptop lagi." Before upload, I'll make sure gambar tue sempurna. Zoom sana zoom sini. Kalau ada part yang terdedah, Arol akan warnakan (biasanya lengan) sama warna dengan baju. Hihi.

    Bukan bajet alim, tapi berusaha nak jadi baik. Hehe. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah :)

      Haha ya In pun pernah juga warnakan selalu bahagian di pergelangan tangan... Betul,mungkin ada yang mengata bajet alim/ustaz/ustazah tapi kita sendiri tahu diri dan niat kita iaitu berusaha untuk menjadi lebih baik. Kita hidup bukan untuk manusia lain tetapi Allah ;D

      Delete
  4. Assalamualaikum Min.
    Sebenanya tak salah upload gambar kt FB or mana2 media sosial cuma ada had dan batasnya. Had dan batas yg telah ditetapkan oleh agama. Gambar yg mendedahkan aurat dan boleh menimbulkan fitnah jgn diupload.

    ReplyDelete
  5. btul tu In..selalu yg dpt kita lihat cmtu la...
    pastu, lau post pic ttp aurat tp mslh nye make up tu cm terlebey sudaaa pla..
    cntik..mmg rmai org like,tp rmai jga xsedar..ianya adlh aurat juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia,jagalah kecantikan dan berhiaslah hanya untuk suami :)

      Delete