Saturday, July 13, 2013

Ingat Sebelum Kena

Assalamualaikum ..

Ingat Sebelum Kena.. 

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, 
sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! 
Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu unsur yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! 
Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging
babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari 'Health Corporation of Singapore'.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah;
VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru
keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera, Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Terdapat salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk endapat barah'. Kalau istilah James Bond, 'Licence to kill!'

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat
sahaja.

Semoga kita semua dihindari penyakit-penyakit yang merbahaya itu ye. Segala yang berlaku atas kehendakNya tetapi kita juga perlu berusaha untuk menghindari agar tidak melakukan sesuatu yang mengundang penyakit-penyakit ini. Jangan lupa agar doakan kita semua agar sihat walafiat ^_^

:: NN ::

---Klik sini jika ada berminat untuk beli novel---

16 comments:

  1. woooaaahhhh... berguna ni. ok^^

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Yg bawang goreng segera dicampur straw tu pernah saya dengar.Yg lain, inilah pertama kalinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. La syukran 'ala wajib :)
      Oh ... saya baru tau yang SLS tu je...huhu...
      Alhamdulillah dpt membantu saudara :)

      Delete
  3. TQ sharing In..
    banyak benda yg boleh mendatangkan penyakit skrg ni... kena lebih alert terhadap apa yg kta makan & ambil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. La syukran 'ala wajib ^_^
      Betul tu ... sebaiknya buat research dulu apa yang kita nak beli =)

      Delete
  4. Kak in... Nak share boleh? Ini link baru blog kita http://sweetaries97.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tapi kat sini tak boleh highlight. So kalau nak buat post ni,adik kena tulis balik :) maaf ye ... kalau sanggup,okay je ^_^

      Okay! Kak In terjah secepat mungkin!!! hehe

      Delete
  5. salam In =)

    wahh gelinye no.3 tu..yekk..

    thanks share In..tmbh ilmu pgtahuan..Alhmdulillah ^_^
    jgala kshtn sdri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :)

      Kannn..hahaha..mcm nk try je buat :P hahah

      La syukran 'ala wajib :) ..alhamdulillah..yah :D

      Delete
  6. yang ni serius baru tau yang bawah2... thanks sharing...

    tapikan nk tumpang tnya. kalau makan hati nk kena buat mcm mn ye.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha,oh ye ehh .. hehe , la syukran 'ala wajib :)

      Tanya lah XD ... kalau mkn hti,muntahkan balik :D . hehe :P

      Delete