Tuesday, May 7, 2013

Wilayah Kecil Di Hati

Assalamualaikum

Nampak tajuk tu ? Dalam hati In ni ade terdiri daripada beberapa wilayah kecil. Satu wilayah yang menetap di hati In ni sebuah keluarga yang tercinta. Satu wilayah ni perlu diisi pada masa hadapan . Hehe. Tapi bukan wilayah tu In nak cerita. Ade lagi satu wilayah dimana special sangat. Wilayah ni didirikan sejak In darjah satu lagi tau. Wilayah kecil yang penuh dengan kedamaian. Kadang-kadang,ade juga riuhnya wilayah ni. Tapi tak sampai beberapa minit,jam...terus bersatu balik. Seolah-olah kami tak dapat berjauhan,berpaling muka,tidak mempeduli antara satu sama yang lain. Kami tak dapat tahan kedinginan.

Siapa penduduk wilayah kecil ni ? Kekawan rapat In yang sangat sangat sangat rapat sampai macam keluarga kami ni !!!! Ikatan yang terbentuk dari darjah satu sampai la darjah 6. Bayangkan 6 tahun bersama. Tak ke hebatnya ?! Susah senang kami harungi bersama. Sesiapa yang down waktu exam,menangis..Kami yang datang memujuk. Well,tahu lah siapa In tujukan ;P Hehee... situasi ni waktu darjah 4. Huahuahua ~~ XD Shhhh ~ Relax,sekarang dia di PDRM. Haha. Yang pasti orangnya bukan In. Hahazzz.. Ingat kejar-kejar semua.Ingat bukan main playboy nyeeeeee si Mr.I tuuu.. Suka 10 orang perempuan and In yang ke-3 ke yang ke-4 entah. Haha,okay la tu. TOP 5 kan ? Hahahaha :D Situasi ni pada waktu darjah 2. Haha.

Ingat pula,pernah seorang laki ni kena tampar dengan kawan In seorang perempuan ni sebab lelaki ni kurang hajar jugak la time tu. Hahahaha...nak nangis dah laki tu. Tapi ! Masih boleh lagi berkawan esok hari kan seolah-olah tak de ape yang berlaku. Nampak tak betapa tebalnya benang kami ? :) Situasi tu berlaku pada waktu 5/6 entah :) Ingat juga waktu Encik.S cuba untuk menendang ke ape entah dengan perempuan tu sebab dia geram sesangat. Perempuan tu melawan balik kata "maiiii arrr maiii arrr" Namun lelaki tu tendang ala ala ala comelnye. Kawan In gelak. In pun tengok gelak je ar. Sebab In tau dia tak la seganas tu.. Hahaa. Tapi tak lama kemudian okay balik. Haaa...

Ingat pula,waktu popularnya bebola jelly warna warni tu. Kalau letak dalam air,bebola jelly tu akan mengembang besar. Time tu Mr.S bawa dalam kelas,tunjuk cikgu. In kata nak tengok ! nak tengok ! Dia tunjuk. Lepas tu terus dia percik air tu. In pun geram laaa.. balas balik... Cikgu Is tengok gelak je kami dua. Haa gaduh gaduh...dahh dahh..cikgu Is kata dengan riang. Hahaha. Malu tauu.. Tapi kemarahan kami sekejap je down and kawan balik. Wahahaha... Teringat jugak waktu darjah 5 In dipecat jadi pengawas TANPA SEBAB. Cikgu tu tak puas hati ape entah. Lepas tu,boleh pulak akhir tahun sebelum masuk darjah lima,dia minta tolong In buat kerja depan kekawan dia. Lepas tu kekawan dia puji In,dia pun ikut sama. Padahal,tahun depan In tak jadi pengawas dia. Apa pasai ? Sebab dia pecat In tanpa sebab. Panaihhhh ... 

Naik darjah lima.In pakai baju putih. Kekawan In terkejut. "weh,hg bukan ka pengawas ?" ..."weh,kenapa hg tak jadi pengawas?" Hmm,In hanya senyap je. Tak tau nak kata apa. Tapi kan,terharu giler tau. Waktu pemilihan ketua kelas and penolong kelas. Seorang tu calonkan In. Semua calon kena keluar kelas. Tak ley tengok undian dalam kelas. Then waktu nama In disebut. Semua kata "Nazmin!!Nazmin!!!" and angkat tangan boleh kata satu kelas !!!!! Waaaa,terharunyaaaaaa..... :') Serius touching time tu. Thanks guys.  In jadi penolong ketua darjah. Ye la,mana boleh rampas kedudukan kapten kami !!! Ngeheee..spe tu? Mr.A. Hahahaa... Terbaikkk punya ketua kelas !! Keh3 ~ Then naik darjah 6,guru pengawas dah ditukar. Guru tu tau kisah In. And dia amek balik In sebagai pengawas sebab dia tau guru sebelum tu pecat In tanpa sebab yang kukuh. Arghh.. Huhu thanks ya cikgu :) Serius time tu kan semua kekawan In tak sokong and tak suka pun cikgu tu.... Semua tak puas hati. Dah la sijil yang dijanjikan pun tak dapat. Grrr.. Dia tak pergi dapatkan cop. huhu,tak pe tak pe. Sabar. And I won't forget her name !!! It's ok. Setelah guru pengawas baru yang amek In kembali,semuanya jadi baik semula :)

Nampak tak ? Kami bersatu ketika susah dan senang. Kalau Mr.S badmood dia buat perangai. Marah-marah lepas tu menangis. In pula pi pujuk dia. Hahahahaa...Kekadang In yang menyebabkan dia badmood atau best friend In.. Tapi kami pujuk balik. Hiakhiakhiak ~ Lembik kan lelaki dulu ? :P Sekarang lagi lembik.  Heheheeeee joking :P Then,kami study In group. Pecahkan group dalam kelas. Dalam group In tu masing-masing ada kekuatan dan kelemahan dalam subjek-subjek tertentu. Kitaorang saling membantu. Waa,best tau !!! Waktu tu In ingat lagi,selalu ajar Maths dekat Husna. Hahaha... Dan subjek apa tatau. Best ooo... Tapi to think about it,kenapa waktu sek rendah math In ok,waktu sek menengah tak ? Haizz~ Hahaha...

Ape lagi nak cerita mengenai penduduk wilayah kecil ni ? Serius tau,In rindu sesangat ngan diorang ~ Sampai sekarang!!! Kami still bersama. Waktu cuti sekolah je,masing-masing contact. Awww... And lepas habis UPSR. Kan berpecah ? Sedihhhh oh. But then tup tup ade text drpd unknown number. Tengok-tengok antaranya kekawan lama In !!! Waaa.. Diorang tanya laaa,mana menghilang... diorang kata,susah payah cari la... itu la ini laaa... Hey ! In pun tak lepaskan peluang. In cari jugaaa kekawan lama In and ade jumpa !! Ade yang berpisah sejak darjah 4 sebab dia tukar sekolah tapi masih ingat In. hahaha,terharu gile tau. Siapa yang tak terharu ? Waktu form 4 baru mai tegur,add In kat FB ! Waaa.. Berapa tahun tu terpisah? In yang susah sangat nak ingat dia tau ! Haha. Sorry bro :D ~~~

Ape lagi ehhhh~~~Memang banyak sesangat ni kenangan indah kami bersama :)) Kalau ada apa-apa..masing-masing tanya "kenapa wey?" "ada apa?" Waa,terharunya :') Caring je diorang... Ishh,nak balik sek rendah balik. haha.. Nak kekawan special tu semua balik. Sekarang ni,walaupun kami jumpe banyak kawan baru,but still kalau tanya... kami pilih yang lama !!! Because our friendship will never die. Waah! Haha XD Kami memang satu keluarga okay. Wilayah ni begitu special didalam hati In. Sangat teramat special. Setiap tahun buat reunion. Sebab kami menghargai persahabatan yang sudah lama terbentuk. Kami akan jaga sampai ke tua <3 Hahahaaaaaaaa... ye ke ? In syaa Allah... nanti bawa cucu-cucu sekali. Wahahaha... :P

"Kekawan,ketahuilah yang aku sangat-sangat rindu dengan korang. Aku sentiasa semangat,rasa macam nak nangis,tetapi gembira dengan segala kenangan kita semua bersama. Susah senang kita bersama. Kita tak bongkak dengan markah exam kita antara satu sama lain. kita juga tidak rasa malu apabila jatuh. Sebab kita tahu,yang kita sentiasa ada buat satu sama yang lain. Apabila aku susah hati,korang minta aku ceritakan. Apabila korang susah hati,korang ceritakan kepada aku. Walaupun sudah lama tak jumpa,korang percaya segalanya selamat dengan aku. Korang percayakan aku. Aku hargai sangat-sangat. Seriously,aku sayang korang. Korang la penduduk di wilayah dalam hati In yang begitu special. Semoga wilayah ni tidak akan berpecah belah. Semoga ia terus berdiri utuh :D In syaa Allah. Aku akan sentiasa doakan persahabatan kita semua. Miss you all ! Gonna meet all of you later. After SPM ! In syaa Allah :D Please,take care ya and stay healthy ! Nanti,kita semua ramai-ramai pergi serbu rumah cikgu Is XD Ngeheheee..."

Okay,Itu la luahan hati In untuk kekawan lama In yang tidak akan menjadi sejarah. Sentiasa renew !!! :D Korang pun,jangan sia-sia kan persahabatan lama tu okay ? Cari balik diorang !! Huhu !! Best,dapat review balik kenangan lama. Tanya diorang macam kita dulu,macam mana kita sekarang. Ada beza tak. hahaha. Serius bila dengar banyak ketawa sangat. Macam ,"aku dulu macam tu ke ??!" "aihhh,mana ada ! Tipu tipu!".. Percayalah,pasti diorang ada tokok tambah,jadi jangan percaya sangat ! :P hahahhaa.... XD Cuma sekadar bergurau sayang kan ? :D Okay see ya ! ^^k

:: NN ::


Sunday, May 5, 2013

Cara Belajar Saya !

Assalamualaikum

Heyya ! Pe khabar semuanya ? :) Exam In hampir tiba. Khamis ni dah start exam. Sejurus selepas HAC. Tahu ke tidak,sekolah In punya HAC (Hari Anugerah Cemerlang) ade dua hari ! Special dak ? Hahaha... Sesiapa sahaja yang baru masuk sekolah In,memang terkejut and terasa pelik sebab sekolah ade dua hari HAC !! Sambutan haruslah meriah dan teratur. Dengarnya anak Sultan Kedah kot yang akan datang sebab Sultan Kedah kan dah jadi Agong ~~ Haaa... Tu untuk Hari Pertama. Memang sejak azali lagi macam tu. Hehe. Untuk Hari Kedua,sekolah menjemput bekas pelajar sekolah In untuk menyampaikan hadiah. Haa,Dato' ape tatau .. Hihi,sorry. Tak ingat. Rasanya Bukan sahaja Dato' tetapi sebelum Dato' ade lagi gelarannya. Tak ingat XD Hehe ~ Hebakk ! :D So balik kepada topik. Hahaaa,In nak kongsi sedikit cara In belajar . Siapalah In kan nak bagitau cara belajar semua kan ? Huhu.. tapi tak salah kalau nak berkongsi,kan? Mana tau cara In ni pun berkesan untuk korang-korang yang nak study jugak ! :D

 Ini jadual exam In ... Yang In highlightkan tu ialah subjek yang 1st and In kena study yang itu dulu!!!
 Maaf terbalik ! Malas nak rotate. Ini pula ape yang In perlu study untuk exam ni. In guna pen warna warni untuk bezakan jenis Subjek,Tingkatan berapa and Topik apa... In guna kertas testpad je. And In tak buat macam ni. Ini gambar hadapan.
 Gambar di belakang~
 Taraaaa !! Haa,In guna macam ni ! Lipatkan kertas testpad tu menjadi satu muka yang panjang ~~ Bagi In,buat macam ni senanggg sangat ! :) Mudah untuk dibawa juga. Boleh lipat kecil-2...
 Dan ini nota sejarah In waktu exam yang lepas !!! Tengok,banyakkk kan !? Hee,mudah je buat nota macam ni...
 Bila di bukakk ! Haha tudiaa .. ade empat helai kertas.. tapi dapat jimatkan penggunaan  kertas dengan nota yang banyak !!! Sebab kita lipatkan kertas tu :D
Bahan yang digunakan. Bila korang tengok,nota sejarah , In tak guna pen warna warni. Kenapa? Membazir mungkin ? Lagi satu,melambatkan proses pembelajaran In. hahaha.. And,In tulis cincai-2. Tak de lah cincai sangat kan. Bila guna pen warna and tulisan huduh pulak tu..nanti In tak tau apa yang In tulis. haha. Lagi-lagi habis mood hilang nak baca. So,buat nota macam ni In tak suka guna pen warna-warni ni... In lebih mudah tangkap and ingat hanya dengan guna pensil sja. Mudah,kalau silap leh padam. Kalau pen warna,In lebih ingat dengan warnanya,lebih fokus tengok warna berbanding nota In tu sendiri. Wahahaaa... XD
 Haa ! Ni bila In nak buat jadual la. Macam gambar 1st-4th td... Ape yang perlu dibaca dulu,In highlight kan... And In guna pen warna untuk tentukan and bagi nampak perbezaan untuk subjek,tingkatan dan topik.

And lastly,In buat penanda macam tu bagi senang nak rujuk. Kekadang,bila kita gelabah and nak cari topik tu cepat-2 makin lama kita nak cari. Haha... So bila ada penanda senanglah sikit. And tak yah rujuk selalu kat depan index tu. Save masa. Haha... TAPI ! Jangan buat dekat buku sekolah,please :) Ni buku In sendiri okayy :) And untuk study,In lebih suka gariskan isi dia atau kurungkan isi dia "____"/ " (...)" so that bila nak study balik In boleh padam and buat balik. Kalau highlight kang tak dapat buat balik. Kalau buat banyak kali mudah ingat bagi In ~~ So highlighter tu kalau note kertas cikgu bagi boleh la guna. Untuk tunjuk mana yang penting and so on ~~~ Buku teks sekolah bukannya milik kita so ingat,jangan sebarangan nak highlight buku tu !! Kesian budak tahun depannya. And waktu In study selalunya pagi kalau tak sekolah.Tapi tadi In tengok Running Man sebab semalam tak tengok. Hehe... Lepas tu baru study la. Tengah hari selalunya In tengok movie jap. Then,baru study balik. Malam memang study lah ~ Tidur memang mau cukup. Tapi kalau terpaksa kurangkan 1/2 jam tidur tu dah menjadi perkara biasa la. Siapa suruh tak study awal-2 kan ? huhu.. Okaylah,that's all ...See ya ! :D

p/s Exam kali ni kan selaras. Tetapi kan,sekolah In ni special sikit. Sekolah kami buat asing. Jadi maknanya sekolah In tak sama exam dengan sekolah yang lain. Tidak selaras ^_^ ~ Jadi,bagi sekolah yang lain tiada guna tanya ape yang cikgu sekolah In bagi untuk study. heheh. Hanya pelajar sekolah In sje boleh tanya. haha .. All the best ya semua ^___^ ! ~~

:: NN ::

Saturday, May 4, 2013

Gabenor Yang Sopan

Assalamualaikum

In akan berkongsi cerita ni yea :D In dapat cerita ni daripada buku Like Father Like Son By Mohammad Zaka Ali Farisi. Kalau korang jumpe buku ni jangan teragak-agak untuk membeli ! :D

Salman al-Farisi adalah salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Dari namanya saja orang dapat kenal dengan mudah bahawa Salman berasal dari Parsi. Perjalanan masuk Islam Salman juga cukup unik dan menarik.

Semasa hidupnya,Salman pernah menjawat jawatan sebagai gabenor di salah sebuah wilayah kekuasaan umat Islam. Sekalipun menjawat jawatan sebagai orang nombor satu di wilayahnya,beliau tidak merasa sombong. Jawatan gabenor dipandangnya sebagai amanah yang harus ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Kedudukan tinggi tidak mengubah keperibadian beliau yang rendah hati,ramah,penyantun dan penolong terhadap sesama manusia.

Kejadian berikut ini rasanya cukup menggambarkan peribadi luhur Salman. Waktu itu,Salman sedang berjalan seorang diri melihat-lihat keadaan rakyat. Di sebuah tempat yang sepi,Salman bertemu dengan seorang lelaki separuh usia yang sedang memikul karung yang cukup berat. Orang itu kelihatan kepenatan,apalagi di tengah terik matahari yang panas menyengat. Melihat ada orang yang lalu di depannya,lelaki itu terus menarik Salman dengan kasar dan menyuruhnya memikul barang.

Salman hanya tersenyum melihat kelakuan orang itu.Tanpa berkata sepatah kata pun, beliau melakukan apa yang diminta lelaki itu. Dengan agak kasar,lelaki itu menyuruh Salman memikul karungnya sampai ke tempat yang dituju.

Di tengah perjalanan,mereka melewati seseorang yang sedang berehat. Spontan,orang itu berdiri dan memberi salam kepada Salman. Alangkah terkejutnya dia melihat Salman memikul karung.

Merasa ingin tahu,orang itu pun berkata, "Pakcik,apakah pakcik tahu orang yang memikul karung mu adalah Salman,gabenor negeri ini?"

Spontan lelaki itu terperanjat dan terkejut mendengar pernyataan tersebut. Betapa dia telah berlaku kurang ajar dengan pemimpin negeri ini. Lelaki itu terus mengekori Salman yang telah berjalan agak jauh. Lalu,dia menurunkan karung dari atas bahu Salman sambil meminta maaf berkali-kali.

Namun,dengan selamba Salman menjawab sambil memikul kembali karung itu,"Tidak mengapa.Saya akan memikul karung ini hingga ke rumah mu."

Tamat :D

Allah.... tengok betapa tulusnya hati seorang gabenor,Salman tu. Pemimpin yang baik,tidak bongkak dengan kedudukannya yang tinggi. Huhu,indahnya kalau semua orang dapat mencontohi sifat dan sikapnya yang penuh pekerti. Tidak kira siapa kita,sama ada yang di bawah,di atas,terbawah mahupun teratas...ataupun tengah-tengah ... kita patut memiliki sifat macam ini. Yang masih tidak lupa diri,tidak lupa jati diri. Memahami tugasnya dengan baik. Indah kan kalau hubungan sesama manusia macam ni. Tiada siapa yang akan tertindas,tiada siapa yang akan terasa. Moga In dapat jadi macam beliau :) . Moga kita semua dapat menjadi macam gabenor Salman ^^, Aamiin ~~~ 
Jadi,dalam cerita ni semoga pembaca dapat tangkap nilai dan hikmah dalam cerita ni ya... In suka sangat cerita ni dan mesej yang ingin disampaikan. See yaa ^^,

:: NN ::